Friday, December 09, 2011

rahsia tarikh lahir anda

 
 
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb,10Hb,19Hb,28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb,11Hb,20Hb,29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb,12Hb,21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb,13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3 
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain
 
 

Friday, November 25, 2011

setelah seminggu di Dungun

Assalamualaikum^^


yeahhh..dah seminggu kat Dungun ni..seminggu jualah blog aku ni terbiar dan tidak dapat belaian kasih sayang dari tuannya..sadiskah? tidak! yang teramat sadisnya apabila internet connection kat sini langsung tidak superb..nak upload gambar pun mengambil masa selama setengah jam..uhhh..uhhh.not cool!


sebab musabab aku malas nak update blog,tambahan sekarang sedang melayan variety show korea : running man & oh! my school..hahahah.. makan,tidur, solat, mengadap depan lappy dan gelak terbahak-bahak sehinggakan nak terkeluar anak tekak lepastuuu ulang balik benda yang sama :D


ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pelajar yang baru masuk semester baru..oh yeah..rutin harian yang sungguh mengasyikkan :)..tapi..aku janji..ini adalah sementara..bila class dah start..aku nak focus!!! tak moh dah leka dengan bende lagho canggini.. ceh..ceh..





 okay..seronok.. subject dah semakin sikit..
tapi tough punye tak boleh tahan..calculation & memorize semua cukup rasa..






memang sengaja tempah bilik lama..
naluri ini sudah sebati dengan PHA 209 :)




HAI..adakah korang tahu bahawa kat dungun ni sejuk bukan main kepalang! kipas stick on 1 je..tidur pun berselimut habis siap bersweater..wah! tak dengar lagi suara seksi aku ni..perghhh..sakit tekak punye laaa teruk..nasib terima rawatan kat klinik uitm..dapatlah ubat free..malangnya sampai sekarang suara aku masih belum normal..punye serak basah , nak cakap pun payah :(



Friday, November 18, 2011

tips buat duit dengan Churp Churp



Assalamualaikum^^


HAI..aku pasti ramai yang dah tahu dan pernah dengar pasal churp churp ni..tapi, masih tertanya-tanya dan tak tahu macam mana yea nak buat duit dengan churp churp ni..wuwuwu..aku pun baru je join..hehe..lepas kaji punya kaji tak salah kan nak share dengan korang :)


APA ITU CHURP CHURP?


Churpchurp adalah salah satu program cara mudah untuk buat duit di internet untuk rakyat Malaysia . Churpchurp ialah adik kepada Syarikat Nuffnang (bukannya pesaing) . Dengan hanya mempromosi offer dari pihak churpchurp di  Twitter, Facebook, YM, blog. Mungkin sebab ia lebih banyak mengunakan medium twitter, logo churpchurp juga berbentuk burung seperti logo twitter. Ok, disini aku tunjukkan cara buat duit melalui Churpchurp!


1. pertama sekali, korang perlulah daftar akaun churp churp..percuma je! DAFTAR SINI

2. pergi ke bahagian SETTINGS (kanan belah atas) dan isi semua maklumat iaitu profile, sharing preferences, survey.

3. Dah siap! :)








*3 Cara buat Duit dengan ChurpChurp

 

1.  Social Sharing Churpchurp
Ia merupakan cara paling senang untuk buat duit dengan churpchurp sekali sebab anda tak perlukan sebarang kelulusan dari pihak admin.

Hanya share link yang diberikan untuk campaign yang sesuai. Korang akan mendapat ganjaran bila ada yang klik link yang anda berikan itu. Antara cara promosi link paling mudah ialah menggunakan platform sosial, misalnya blog, Twitter, Facebook, IM, atau e-mel. 

 



2. Social Seeding ChurpChurp

Melalui cara ini, korang akan ditugaskan untuk menyampaikan mesej pengiklan pada platform media sosial seperti Twitter, Facebook. Hanya ikuti arahan yang pihak mereka berikan.



3. Scheduled Tweets ChurpChurp

Untuk cara ini, korang perlu mempunyai sekurang-kurangnya 25 follower di akaun Twitter anda (hahaha..sebab tu aku semangat sign up twitter 2 hari lepas..come here bebeh :) twitter.com/marliyanamk. Pihak churpchurp akan hantar review twit yang akan korang submit sebelum diapprove. Korang perlu tulis dengan kreatif tweet tersebut dengan memasukkan kata kunci yang disediakan.




Berapa Banyak ChurpChurp akan bayar?


Bayaran yang diberikan agak berbaloi iaitu sekitar  RM0.20 hingga RM0.40 untuk setiap unique click. Ya, itu 1 klik. Kalau dalam sehari anda mampu mendapatkan hanya 20 klik, jadi dalam masa sebulan anda boleh jana lebih dari RM100. Mudah bukan? psssttt..nak tahu tak? kalau pada hari rabu per click RM 0.40 (so, pandai-pandai lah:)



Kalau ada yang tanya cara mudah tingkatkan klik pada churpchurp ini jawapannya ialah FACEBOOK dan Twitter! Melalui facebook bukan sahaja korang boleh bersosial, tetapi juga boleh buat duit melalui churp churp menggunakan platform facebook. Jadi tugas anda hanyalah post di facebook dan tunggu sahaja duit anda masuk.






 tunjuk ajar oleh : asmawati
 disediakan oleh : marliyana mk




jadi tunggu apa lagi???..jom daftar akaun dan buat duit! DAFTAR DI SINI

*okay ..next entry aku share mengenai tips letak iklan churp churp pulak yea :)











Remy Ishak & Faradhiya Sah Bergelar "Suami Isteri"???

 

Bukan ke Remy Ishak tengah kemaruk bercinta dengan aktres popular, Tiz Zaqyah? Kenapa pula tiba-tiba terkeluar ???? CLICK HERE to read more

 

 

 

 

Wednesday, November 16, 2011

burung terbang saye..

Assalamualaikum^^


OPPPSS! celah mana aku ada burung? terbang bagai lagi? HAHAHA..







  
oh ye..disebabkan ada permintaan dari fans aku ni kan..





maka..wujudlah burung terbang saye!




ianya sungguh memilukan hati kerna diusia sembilan belas tahun barulah aku ada akaun twitter sedangkan budak 6 tahun sekarang bukan sahaja dah ada akaun sendiri..malah beriban follower lagi..

hahahaha..silakan gelak tutup mulut!



alaaa korang ni jangan laa sombong sangat yeh..mehlaaa tweet tweet dengan aku..
ciannnn..burung aku takde kawan lagi (

sob sob 




Sunday, November 13, 2011

thank you NUFFNANG & TGV CINEMAS!

Assalamualaikum^^



wehee :) buat kali pertamanya dalam riwayat hidupkuh dapatlah habuan setelah setahun mendaftar menjadi ahli nuffnang..walaupun earning aku tak pernah naik..(sebab sampai sekarang aku buta huruf dengan nuffang ni): boo me! :P ehem..ada sesiapa yang budiman nak tolong explain kat aku ?




yeahh..dapat tiket wayang for free :)
nak ke? silalah ambil satu
hihihihi




thank you NUFFNANG and TGV CINEMAS :)







birthday korang bila pulak? 
rajin-rajin kanlah cek e-mail tu kan..kot kot terlepas pandang ke



HAHAHA.. alkisah nak pergi ambik complimentery passes tuu pun merajuk 2 jam dengan cik tayunk! sebab dua dua bertekak cari jalan..bila salah masuk jalan..mulalah..kejap salah aku..pastu salah dia pulak..end up..merajuk!!!

kata je anak jati kolompo! tapi poning kepale gak ah cari alamat office nuffnang ni..pakai gps pun sesat sampai highway mahameru..ishhhhhhhh..uwuwuw~ kalau nak senang cari,..office nuffnang ni berdekatan dengan yellow cab pizza jalan raja abdullah.








hikhikhik..rasa dihargai pulak..sebab dulukan aku pernah buat part time di TGV KLCC..6 bulan lebih jugak kot..masa habih spm dolu-dolu ..rasa rindu nak kerja kat situ balik! kat ENTRI NI aku gebang habis laa pasal kerja jadi CRO aku tu.hahahha

Tuesday, November 08, 2011

senarai pemenang GA

Assalamualaikum^^

haiiiii semua~ amboi..debor-deborlah tu..okay..apa pun..aku nak ucapkan..berbanyak-banyak TERIMA KASIH kepada awak..awak yang sudi join..tanpa korang tak meriah laa GA aku yang tak seberapa ni..korang jangan sombong-sombong eh.. :)


OK.secara jujurnya aku generate number sebanyak 10 kali..dan berikut adalah nombor yang bertuah..TAHNIAH  ye! :)














  21.   http://lindasyasya.blogspot.com/2011/10/giveway-by-marliyana-mk.html
139.   http://zitaomar.blogspot.com/2011/10/giveway-by-marliyana-mk.html
197.   http://aienasyikin.blogspot.com/2011/10/giveaway-by-marliyana-mk.html
177.   http://www.littlemiss-starberries.co.cc/2011/10/giveway-by-marliyana-mk.html
 13.    http://akuadalahaku20.blogspot.com/2011/10/giveway-by-marliyana-mk.html
216.   http://sweettwinz.blogspot.com/2011/11/giveway-by-marliyana-mk.html
225.   http://estrada92.blogspot.com/2011/11/contest-contest-d.html
102.   http://bynurashikinj.blogspot.com/2011/10/giveway-by-marliyana-mk.html
 79.    http://azzalifestory.blogspot.com/2011/10/giveway-by-marliyana-mk.html
232.   http://diyadaniablogspotcom.blogspot.com/2011/11/giveaway-by-marliyana-mk.html     




sila bagi nama, alamat, no telefon ok? 


 

Monday, November 07, 2011

baju untuk dijual.. harga bawah RM15 je!


Assalamualaikum^^



salam aidiladha semua~ hehehehe..raya! raya! seronoknyaaa raya! aku pulun habis dengan kesempatan yang ada untuk makan puas-puas.HAHAHA. namun.. disebabkan kegigihan melantak ituuuulah, aku update entry hari ini :)

okayyy..HAIIII awak para wanita/gadis/perempuan dan sewaktunya disana! dengan ini aku nak bagitahu yang..baju-baju untuk dijual ni hanya tinggal 11 items je lagi.. sebaik-baiknya order or pm me ASAP..sebab aku nak masuk semester dah 19/11 nii..

full item boleh tengok KAT SINI! sila-silalah cuci mata.. kalau berkenan mai habaq yer..







item no : 2
ROMP T-SHIRT (BLACK)
RM15



 
  item no : 4
CARDIGAN KAIT
RM15



 item no : 6
SEED (BLACK)
RM 15
SOLD


 item no : 12
FLORAL
RM15




 item no : 13
TANK TOP (PINK)
RM15



 item no : 17
SHORT CARDIGAN (WHITE)
RM15


item no : 18
BLOUSE (WHITE)
RM15
SOLD


item no : 19
PEACH
RM12



 no item : 22
ROMP (BLUE)
RM 12



no item : 23
PADINI (PINK)
RM 13


item no : 29
MINI DRESS (PURPLE)
RM15



  • POSTAGE RM 4-7
  • boleh pm me kat inbox FB @ email : nashah_1011@yahoo.com



 ok TQ!  :)

Saturday, November 05, 2011

the result

 assalamualaikum^^



hello korang! wahhh.. baru dapat mengadap lappy..beberapa hari ni agak busy sebab rumah aku dilanda bencana alam..mengakibatkan harta benda hampir musnah.. kejadian berlaku pada pagi rabu lepas..kedatangan 2 raksaksa ( sila rujuk gambar ) membolos semua masaku hanya untuk melayan karenah tak senonoh diorang.. 
kamus dewan ; raksaksa = anak buah


 

ngeh..ngehngehhh..dak bajet superman and dak comot tuuulaa raksaksanye..dak-dak kecoh ni tak habeh-habeh kaco makshu dia.. waktu petang cangggini baru dapat on9 sebab depa nga syiokk tidur :) my kakak ipar pulak alhamdulillah..dah selamat bersalin baby girl 2/11/2011 and pantang kat rumah aku ^^

EHEMMM.. punyalaa dok busy kat rumah..sampai lupe nak cek result :O nasib baik neyna call aku.HAHAHAHA..to budak2 dip uitm yang dpt good result & dekan tuu :) congrats .. aku puny agak down.bukan agak2 dah..memang down dari sem lepas :(


memang serve your right laa kan..usaha ciput, outcomes pun cenonet..
apa pun alhamdulillah all passes



 
hati nak.. tapi takut ambil risiko..

uhmm, korang ada pengalaman? share2 laaaa 
okaylaah semua ..selamat berkorban!


Wednesday, November 02, 2011

GA by Marliyana Mk will be close on 4/11/2011



Assalamualaikum^^

okay.. so sorry to inform that due date GA kena awalkan.. sebab aku akan masuk semester lagi 2 minggu..
wuwuwu~ aku tahu..confirm aku busy for preparation..uhuh..not cool :(


insyaAllah..jika takda  apa-apa masalah, 
keputusan akan keluar pada 8/11/2011   :)


so, for those yang belum join lagi..hurry up guys
TQ :) thanks again for joining this GA
give me time to skodeng blog korang..i'll hit u back! and follow too :D
*hugs*


Tuesday, November 01, 2011

TIPS : menambah tinggi badan



HYEEE korang semua :)


kenapa yeh? semua orang dok hallooo halloo bulan november?..penuh dekat wall fb dengan dashboard ..nak school holidays eh? ke penghujung tahun? aippp..ke sebab birthday aku.. oh yeah..tak lama dah.. 10 hari lagi i'll turning to 19 :) hehehehe boleh kahwin dahh






pada enteri lepas budak comel naf. tanye soalan yang agak tough..ceh,ceh.. siapa tak nak tinggi yer??? nak kan..aku harap fahaman dan tips ni berguna sebab ni teori aku.main geduk jeee.yuhuuu:)



Faktor-faktor yang mempengaruhi tinggi badan.

 

  1. Keturunan. - Ibu bapa yang memiliki tubuh badan tinggi yang ideal berpotensi memiliki anak yang tinggi.. maknanya korang kena paham yang ketinggian ditentukan oleh faktor genetik. 

  2. Nutrisi. - Pastikan kita cukup protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium, sodium) kerana ia sangat mempengaruhi peninggian badan.

  3. Hormon pertumbuhan berfungsi merangsang pertumbuhan tulang. Hormon tiroid diperlukan untuk melancarkan proses metabolisma tubuh. 

  4. Olahraga.

    "kalau korang jaga faktor2 ni..InsyaAllah..tinggi melampailah anda :)"



 


 TIPS CEPAT MENINGGIKAN BADAN

  • Perbanyakkan olahraga di waktu pagi. Jogging, bersenam, volley, basket ball, renang.
  • Tidur cukup 8 jam sehari secara teratur dan bangun pagi.
  • Cukup nutrisi, vitamin. Banyakkan minum susu berkalsium tinggi dan zat besi.
  • Makan secara teratur dan hindari stress.
  • Doa.

1. Stretching : gerakan meregangkan badan. Sehingga tulang-tulang punggung tertarik memanjang. Jika gerakan ini dilakukan secara rutin dan intensif maka dapat membantu merangsang penambahan panjang tulang-tulang punggung.


2. Hanging : bergantung dengan kedua tangan. Gerakan ini sangat merangsang pemanjangan tulang-tulang punggung.


3. Kicking : menendang-nendangkan kan kaki. Gerakan ini merangsang pertumbuhan tulang kaki sehingga memanjang secara optimal.


4. Biking : berbasikal dapat merangsang pertambahan panjang kaki. Menapak pedal secara rata, tidak jinjit. Punggung tegap, tidak membongkok. Jika setiap hari berbasikal dalam jarak yang cukup jauh, dapat membantu merangsang pertambahan panjang kaki.


5. Swimming : Pada waktu berenang, seluruh badan mengalami peregangan dari badan sampai hujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh.


6. Olahraga basket atau volley (bola tampar) sangat baik merangsang pertumbuhan badan kerana tubuh sering melakukan loncatan-loncatan ke atas. Loncatan melawan gravitasi, menimbulkan peregangan pada seluruh tubuh.




 ***Perasan tak mengapa orang eropah lebih tinggi daripada orang asia???


SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.

Sebaik-baik usaha  untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki.


okay..GOOD LUCK!



 NAHHH..tatapan untuk korang..
kalau jealous silalah berusaha :)




Monday, October 31, 2011

Blogger Challenge #Day4 - If you could live anywhere in the world,where would it be?

HAIIII korang!
"If you could live anywhere in the world,where would it be?"







 kalau aku laa kan..
 aku nak canggini..



nak rumah kat atas awan




 
 ha ahhh.. atas awan! petang petang tak payah bawak anak-anak pi taman..
kita golek-golek atas awan ni dah syioookkkk :)



 kita main laaa nyorok-nyorok ke..hantu tetek mesti tak jumpe.. HAHAHAHA



 rase rase.. kalau majok dengan hubby..kita sorok je celah awan niii..
biar naik juling si hubby mencari..
WAKAKAKAKA
.
.
.

lepas tu..lepas tuuu





.......nak ada awan terbang macam goku ensemmm kita ni :)



kalau jiran sebelah perdajal kat kite..
kite kamehameha die!





okay..paham tak...ni KALAU je..



Blogger Challenge #Day3 - If you only could have one wish,what would it be?


Assalamualaikum^^

wish? wahhh.. tough question! macam nak jawab karangan SPM paper BI plak.. hahaha..

.
.
.

ehemmm.. sebenarnya, aku takda laaa demand sangat.. just.. I wish to have another 100++ wish..  boleh tak? boleh tak? pangggggg..kene pang skali.. hahaha..





okaylah..aku serious ni.. jumaat ni 4th november kan? i wish i could get a 
good result..nothing much..





***arghhhh.. lagi 2 minggu nak masuk sem balik! boleh tak nak wish tak nak balik u.. 
nak kahwin laaaa..:)

Sunday, October 30, 2011

jom kite main..tag tag!

Assalamualaikum^^


ehhh..eh.. awat dah basuh kaki, cuci muka.. awal bebenor masuk tidoqnye! hahaha..dari sini dah nampak muka monyok dia.yelaaa.kan esok kerja..dah start sekolah.. hahaha.. (amboii..yana! mentang2 kau cuti sem..pergelak kat depa eh? EH! EH! tengok tuuu..kerut jeaa dahi tuu.. jeles ea? hehehe

relaxxx aaa.. JOM RELEASE TENSION!



1st STEP - Copy this rule



 2nd STEP : tell 11 trivia about myself 

  1. aku suka makan tapi tak suka seafood
  2. taken 5 meals per day (heheheh) WAJIB
  3. sebelum tidur mesti berangan 8 minit :) *kdg2 TERlebih-lebih minit uh
  4. suka nauuu shopping..kalau boleh nak beli 10 seluar, 10 baju dalam satu masa tapi takda duit.haha 
  5. kuat jealous.. *kalau maxis hantar msg/mms kat boipren pun jelesss.. tapi orang kata cemburu tanda sayang.. kan? kan?
  6. nak kahwin dengan Muhammad Shahizzam (boleh tak?ehhh, bile nak 25thn niiii :) 
  7. masa form 4 pernah kena panah petir ketika mendaki gunung tertinggi di dunia Selangor :Gunung Nuang
  8. aku kuat membebel..kuat berleter..huh..semua kuat
  9. masa sekolah aktif unit beruniform KRS.. naik pangkat dan ditauliahkan menjadi Sarjan..wuwuwu..Sarjan Marliyana yee. (hahaha..org kata muka je sweet tapi ganaz ) silalah percaya!
  10. sekarang dah k-pop addicted.. 
  11. lipas terbang pernah masuk dalam seluar aku (eeeiii..aku benci lipas!)


3rd step :  from fatin izzati


:65: Subjek yang korang suka?
micro & macroeconomics

:65: Kalau lelaki mengurat kamu, apa tindakan kamu?
buat bodoh..

:65: Lagu latest sekarang apa ek?
 ft island - like the birds
infinite - paradise
kim hyun joong- lucky guy
secret-love is move
kara -step


:65: Suka lelaki smoker?
tak suka!..BENCI

:65: Warna kegemaran?
merah

:65: Motor/kereta idaman?
Honda Accord

:65: Ciri-ciri bf/gf korang?
baik..penyayang.

:65: Blogger mana yang awesome? bagi link...

:65: Pendapat tentang korea lover?
omo..DAEBAK!!!

:65: Google Chrome/ Mozilla?
mozilla

:65: UPSR korang berapa A ?
 A, A , A


4th STEP : Please answer my question

  1. tempat makan mana best?
  2. suka makan apa?
  3. macam mana nak gemuk/naikkan badan?
  4. tempat shopping mana best?
  5. korang rasa, korang Hot ke?
  6. lagu terakhir korang dengar
  7. perkara yang memalukan
  8. suka pergi mana?
  9. pakai pencuci muka apa?
  10. video apa yang paling best? bagi link...
  11. perkara yang orang tak tahu pasal korang

***semua orang nak join mehlaaa..kang kata aku pilih kasih plak.hehehe



:) tittttt ..jangan marah haa.. aku main random ikut suka hati bulu ketiak je pilih link untuk tag ni..
sajeee have fun sebelum tidoq..  :) selamat mencuba & good night :D



footer : wahhhh.. empuklaaaah bantal ni..syioookkk betul!  :)