Sunday, January 30, 2011

bahaya minum air sebelum tidur?

Ye.. adalaaaa

Assalammualaikum

salam semua.. ye. entri lepas aku ada la bagitahu tips tentang penjagaan mata tu.

ada la juga feedback yang aku dapat.diaorang tanya kenapa??? pasal apa??? bukan minum banyak air kulit lebih cantik ke?uhmm..

yang aku ada selitkan supaya jangan minum air sebelum tidur. kenapa? hentahhh..

aku pun baru tahu. huhu. betul. masa aku dok selak ,cari info. aku baru tahu. oleh itu, jum kita kongsi bersama..



Soalan :

Adakah minum air terlalu banyak air menyebabkan mata saya kelihatan bengkak pada keesokan harinya ?

Jawapan :

YA, tetapi hanya jika anda mengambil bersama terlalu banyak natrium.

Sumber natrium : makanan berempah dan bergaram.

Penahanan bendalir.

Minum air secara melampau boleh membuatkan mata anda kelihatan bengkak, tambahan pula anda telah makan makanan yang kaya dengan sumber natrium (makanan berempah dan bergaram) hampir waktu tidur iaitu 2 jam sebelum tidur. Terlalu banyak natrium akan menyahhidratkan badan anda. Oleh itu, apabila masa akan dating jika anda meminum air, badan akan menahan air (penahanan air), untuk kembali ke badan anda kepada terhidrat semula (badan anda memerlukan lebih banyak air untuk mengimbang tekanan osmosis. Apabila air terkumpul, kantung mata (bengkak) akan wujud.


*ha.. bagi pendapat aku juga la kan. tak bagus minum banyak air sebelum tidur.kang dok korang syok2 mimpi nanti rasa nak terkincit lah, terkucil lah..lebih2 lagi korang ada masalah kencing tak lawas.awww. jangan cari pasal lah. ok?



ok kawan.kawan..

yang aku makan ni adalah contoh sumber natrium la. alahaiii.. buat2 la nampak walaupun tinggal tulang jo. hehe :D

dah tu pulak. dah lepas makan ni mesti la minum air gila vavi banyak kan. tak kan nak buang air pepsi. kan dah membazir. oleh yang demikian ,janganla lepas makan korang bantai tidur terus plak. kan cari penyakit namanya. tak gitu..


so, kita sebagai muslimin muslimat aku sarankan yang lebih afdal adalah minum air lepas solat.kan korang solat 5 waktu. ehmm.. tiap kali lepas subuh,zohor,asar,maghrib,isyak minum lah air 2 gelas.

***tuu cara aku laa. bagus rasanya . yeeehee :) korang pun praktik2 kan lah :D



inilah yang dapat aku kongsi..kalau rasa tak berapa nak yakin. ha.kau tengok sendirilah.

versi lain di sini @ sini pown boleh la


KONGSI DAPAT ILMU. by, blogger

Saturday, January 29, 2011

tips penjagaan mata.

Assalammualaikum

amboii.. seronok semua orang dok makan buah limau mandarin sambil goyang kaki kan. kesempatan cuti chinese new year ni jangan la dok happy sangat.

kesihatan jaga taw. *ceh..caring jugak aku nii. haha. ha.. kepada semua yang dok selalu mengadap lappy, pc tu. meyh luangkan masa.


SIHAT.MATA.CANTIK.






Tips @ cara yang perlu anda lakukan semasa penggunaan lappy @ PC.

1.Pilihlah monitor yang berbentuk LCD/plasma sebab monitor ini dipercaya lebih baik daripada monitor model lama.

2.Jagalah jarak mata anda dengan monitor komputer. Jarak paling ideal antara mata dan monitor adalah 30 cm.

3.Adjust monitor sejajar dengan mata, jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi. Adjust sehingga kita rasa selesa dengan posisi antara kepala (mata) dan monitor.

4.Adjust warna pada monitor sehingga sedap dipandang mata, tidak terlalu terang sebab ini menyebabkan mata menjadi silau. Juga jangan terlalu gelap sbb akan menyebabkan mata bekerja terlalu keras sehingga membuat mata menjadi cepat kering.

5.Adjust screen refresh rate menjadi 75 htz.. Caranya : jika anda pakai windows XP klik kanan pada desktop-properties-setting-advanced-monitor-lihat kolum screen refresh rate, atur menjadi 75 htz.

6.Boleh gunakan cermin mata khas utk pengguna komputer (works like computer filters)

7.Perhatikan cahaya di sekitar ruangan tempat menggunakan komputer. Usahakan ruangan yg cukup cahaya. Elakkan menggunakan komputer di ruangan yang gelap (tidak cukup cahaya).

8.Selalulah kedipkan mata, sbb dengan mengedipkannya, mata akan merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata yang berfungsi membuat mata menjadi lembab. Jika perlu, mata yang kering dititiskan ubat (eyemo?) untuk membuatkan mata selalu dalam keadaan lembab.

9.Setelah penggunaan komputer dalam jangka waktu yang lama, istirahatkan mata minima 15 minit. Jenguk2 mata ke tempat lain (daripada monitor) untuk menyegarkan mata. Usahakan untuk melihat objek yang berwarna hijau seperti daun/pokok. Menurut para pengkaji, warna hijau mampu membuat mata kembali segar.

10.Perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin A (sayuran hijau) atau yg mengandungi beta-carotine (from veggie/fruits yg berwarna kuning) krn bagus utk mata. . Sila rujuk doktor mata jika terdapat gangguan pada mata.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A W A S.. Ramai yang tidak tahu ini >>>

1. Elakkan dari minum air 2 jam sebelum tidur.Ini kerana minum air dengan banyak sebelum tidur akan mengakibatkan kulit pada bahagian bawah mata bengkak dan sembab.

2. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggal betul-betul, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman, atau dipenuhi dengan bintik-bintik halus.

3. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi, dan ia boleh mengakibatkan 'oil seed' sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, 'witch hazel', dan pro vitamin B5.

4. Elakkan mata memakai kanta lekap lebih dari 12 jam kerana ia meletihkan mata.


..actually, banyak lagi cara. just entry ini aku focus on ketika mengadap lappy & pc. tahu jelah zaman moden teknologi sekarang. everything kita buat mesti on the screen right? so macam penjagaan mata ketika tonton tv, baca buku, banyak lagi lah tuu jangan pandang remeh je. once in a while kita wajib menjaga permata yang kita ada ini. ingat! jaga lah dengan sebaiknya mata yang kita pinjam ini. kang mane tahu. Dia boleh tarik anytime je. before the end..

*jagalah pandangan mata & tengok benda baik2 je tau :D




ok bye. peace dulu :D


Thursday, January 27, 2011

yana & her bed stories..

kelakar habislaaa lala lalalaa
__________________________________

Assalamualaikum

tadi baru je selamat meninggalkan dungun dan dengan cerianya telah pulang ke kl.
*penat dalam seronok
hari2 aku terisi dan penuh dengan aktiviti bersama kawan2 yang sengal macam aku
*seronok tapi penat
walau apa pun,
sebelum korang nak tidur ni kan..

meyh aku hidangkan dengan beberapa cerita.

.........................................................................................
skodeng

Tiga orang askar menjalani latihan di sebuah perkampungan asli di daerah Pahang. Selesai menjalani latihan mereka melalui sebatang sungai.

Sedang mereka melalui sungai itu, mereka ternampak seorang gadis asli sedang mandi tanpa seurat benang pun. Apalagi askar tersebut mengambil kesempatan untukSKODENGgadis tersebut.
menyedari diskodeng gadis itu pun naik ke tebing sungai.

Apa yang peliknya ialah gadis itu tidak menutup badannya tetapi menutup mukanya sahaja dengan kain batik.

Pelik dengan kejadian itu seorang askar menghampiri gadis tersebut dan bertanya:”mengapa awak menutup muka tetapi tidak menutup badan?”
Jawab gadis itu dengan selambanyer: “yang lain semua seghupa tapi muka je lain2″

Ketiga2 askar itu semakin pelik . :D haha

______________________________________________

terkangkang-kangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

_____________________________________

janda hilang pedoman

salmah seorg janda yang mempunyai ank perempuan tunggal bersusia 6 tahun, sejak kematian suaminya,kehidupanya tidak terurus, makan minum pakai tidak menentu sehingga anak ppuannya tidak berbaju adakalanya.

Sedang seronok anaknya bermain pasir ,(mcm biasa x pakai pape). Kebetulan, lalu Usop seorg duda kaya dikampung itu, kerana terkejut melihat anak salmah..

Usop: oi budak mana baju??ei.. malu…mak mana? Nah2.. RM 20. Soh mak beli baju tau!!

Anak salmah pulang dan mencrita segalanya sambil mghulur wang RM 20, salmah sgguh terkejut dan seronok..(xpasal2 dapat RM 20).. Salmah: hurmm kalo aku xpakai pape, mesti dapat RM200..hehe(suke)..

Waktu yg dituggu, salmah menuggu usop lalu,dirinya sudah pun tidak berseurat benang pun dgn harapan usop akan memberinya wang yg banyak..5 minit pastu usop pun lalu..Usop: fuyo!! Mana baju kamu? Nampak #%$% kamu tu..ow x sanggup aku,..dirimu begitu x terurus..dgn nada sedih + geram melihat salmah yg xpkai pape tu.. lalu usop,, nah! RM 0.20.. Salamah: eh 20 sen je??

Usop: cukuplah ,beli pisau cukur!!


_________________________________

panggilan sayang untuk isteri

Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

___________________________________

yang paling berharga

Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja.

"Saya sama sekali tidak mencurinya, Yang Arif " kata si pemuda itu membela diri.

"Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat terpaksa saya mengambil motornya. "

________________________________________
tersalah rendam

seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

Pemuda : Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.

Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.

Pemuda : Bagaimana caranya tok ?

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya, tok bomoh juga berada dirumahnya. Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut. Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih. Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh : Kenapa cepat sangat..?

Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?

Pemuda : Sudah tok. Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh.

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?

Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok..

_______________________________________

asmara orang pencen

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"


............................................................


silakan gelak kalau kelakar ^_^
semoga terhibur

goodnight. ZzzzZz

*aku happy kalau semua orang happy :D


Tuesday, January 25, 2011

kenapa cantik sangat?

hijab. la mode.inspiration


Assalammualaikum..

entry kali ni aku nak buat lain sikit lah.tgk lah title kan.tehee

asyik pasal aku je.eh..pahal pulak.kan dah mmg blog aku. *erk?haha

okay dah!

NAH, meyh tgk ni.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


ngeh..ngeh.

.

.

.

.

.

.

aku suka betul dgn dorang ni.

pakai apa pun cantik :D

1

2

3

4

5

6



taaaaadaa

6 selebriti bertudung yang aku adore sangat..

________________________________________________

1. Datin Norjuma Habib Mohamed

Wanita ini pernah menjadi kegilaan ramai lelaki di luar sana semasa menjadi pengacara di saluran TV3 suatu ketika dulu. Namun semuanya hanya mampu melelehkan air mata darah kekecewaan apabila gadis bernama Norjuma Habib ini bernikah dengan seorang datuk VVIP (adik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak). Wanita ini juga lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan UIAM. wah! dah la cantik,berpendidikan lagi. perfect


2. Nur Heliza binti Helmi

Siapa lah yang tak kenal dengan wanita bermata bulat ni kan. Merupakan bekas pelajar AF 5.nyanyi pandai,masak lagi lah.yehee. wanita ini berjaya mendapat segulung ijazah dari UMS. sekarang urus syarikat sendiri , penceramah motivasi lagi.wah. cukup pakej lah


3. Farah Adeeba Mohamed Ashraf

selalu korang tgk kat mane? ye.. meletup kat tv9 tuu. pengacara tu la. style habiss kan dia.lawyer lagi


4.Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot

Merupakan host, model actress. muka cantik ada mix lagi. hentah.aku pon hingat dia ada mix ape.tapi,with hijab she's really beautiful.


5. Farah AF

Seorang lagi artis AF. dengar cerita dia start and dapat hidayah ni time mengendalikan salah satu rancangan astro oasis. dan dia terus memakai.tahniah anda dah bertudung. kn bertambah comel tu. *ceh! teringat aku :D

.

6. Aida

Aida Radzwill? ehh.. silap2. dah bertukar nama ok. Aida Khalida. very fashionable lah.walaupun makan garam dulu.(dah berusia nak bg tahu) dia tetap berani pakai tudung fashion sekarang.fashion sekarang lah.. yang lilit sana sini.batu byk2 tu.uhm.mcm2 lah


aikkk.. ni siapa pulak. ???


??

??


7. (tiada dalam senarai)


control ayu tak habih2. igt cantik ke?dah la not in the list.sibuk je

*mintak maaf ye. ha. nih gambar tuan punya blog ;D

Sunday, January 23, 2011

aku BENCI kau seumur hidupku..

Assalammualaikum.. selamat hari jumaat

Aku nak sangat dia. Nak sangat! Kalau dia ada,lengkaplah bagi aku dan berasa keyakinan. Tiap2 masa aku terhegeh hegeh cari dia. Tapi dia? Kenapa? Selalu pergi selepas sudah menyelami diriku.. ??? aku memang tak faham.. orang lain bersusah payah nak buang dia. Tapi aku? ..tetap mahukan dia.. aku masih buntu. Tak tahu mana satu nak pilih. Aigoo..*(keluh orang korea) uhm.. pada permulaannya begitulah Yana yang nak sangat sangat mengumpul lemak di badan supaya mendapat badan ideal yang diidamkannya. Penat aku makan..sampai ada kawan aku sorang ni ckp aku macam tong sampah. Terima apa sahaja makan *kecuali seafood! Hehehe :D

maintain jelah kan..harap2 cam gini la sampai beranak 7. heh2. amin dulu :)

hahahaha..


alhamdulillah.. sebelum terlambat..Akhirnya.. aku berjaya mencari ini.

Perlu tahu! ***the readers ,keep reading :D


HAIRAN betul tengok Yana. Dia makan banyak tapi badannya kecil,keding dan kurus. ''Kadang-kadang tengok dia makan tak berhenti. Mulutnya asyik mengunyah namun berat badannya tak pernah berganjak,'' kata Nadiah kepada saya.
Nadiah berasa hairan kerana setelah tiga bulan mengamalkan diet yang ketat dia masih belum mampu menurunkan berat badannya. Sedangkan sahabatnya Yana yang makan banyak tidak pula menjadi gemuk.

-----------------THE END ***watak hanyalah secara #random. 10Q-----------------

Jelaslah bagi kita bahawa faktor makan bukannya sebab yang tepat mengapa seseorang menjadi gemuk. Seseorang menjadi gemuk disebabkan tubuhnya tidak mampu menukar makanan kepada tenaga untuk digunakan. Sebaliknya makanan disimpan menjadi lemak. Orang yang mengalami masalah ini tentu akan berasa letih dan kekurangan tenaga. Apabila dia makan lebih banyak untuk meningkatkan tenaganya, makanan tersebut terus menjadi lemak pada badan dan dia akan bertambah gemuk.

1.Adakah berat badan satu masalah bagi anda?
2.Adakah anda sedang mencari-cari panduan yang berkesan untuk menurunkan berat badan?
3.Adakah anda sering mencuba untuk kurus tetapi gagal?
4.Adakah anda berasa kecewa apabila doktor dan para pakar tidak mampu membantu anda menurunkan berat badan?

Hakikatnya, anda tidak perlu berbelanja mahal untuk kurus. Anda hanya memerlukan pengetahuan yang baik mengenai jenis makanan yang mampu meningkatkan kadar metabolik dan senaman yang berkesan untuk mencapai berat badan idaman anda.

Bila enzim dan hormon pembakar lemak tidak ada dalam badan kita, sudah tentu badan tidak mampu membakar lemak. Akibatnya berat badan tidak berganjak meskipun berpuasa dan berdiet dengan bersungguh-sungguh. Jadi diet dan kaedah meningkatkan enzim dan hormon badan perlulah seiring.

PERSEDIAAN MENTAL UNTUK KURUS.
1) Sudahkah anda memikir dengan teliti mengapa anda mahu mengurang berat badan? Keazaman dan kekuatan minda sangat perlu kerana tanpa keazaman yang kukuh anda tidak mungkin mampu menghadapi cabaran yang hebat sewaktu menjalani proses menurunkan berat badan.
2) Adakah anda ingin mengurangkan berat badan untuk diri sendiri atau untuk orang lain? Mereka yang mahu kurus atas desakan naluri sendiri lebih berjaya pada amnya.
3) Adakah anda bersedia untuk memberi tumpuan dan kesungguhan menukar tabiat, jenis makanan dan aktiviti anda bagi menjayakan rancangan pengurangan berat badan?
Jawapan ya kepada soalan-soalan di atas memberi erti anda bersedia untuk memasuki era baru dalam hidup anda. Semestinya hadiah yang menunggu anda sangat besar ertinya dalam kehidupan anda dan keluarga.

MAKANAN YANG PERLU DALAM DIET.
Banyak kalori boleh dikurangkan dengan mengelak makanan berlemak dan bergula. Kalau membeli makanan pilihlah makanan yang labelnya menunjukkan kandungan kalori atau kandungan gula yang rendah. Makan daging merah, daging ayam dan ikan. Makan makanan yang kandungan gula sedikit. Perlu diingat jus buahan juga mengandungi gula yang tinggi. Minuman beralkohol mengandungi kalori yang tinggi.

Makanan yang berkanji dan jenis tenusu patut ada dalam diet harian kerana ia membantu badan kita mendapat zat dan vitamin untuk keperluan kesihatan. Kita juga perlu mengambil bahan dan bijirin sayuran tiap-tiap hari. Dadih, susu kurang lemak, keju dan apa-apa makanan yang mengandungi susu rendah lemak. Kaum wanita perlu mengambil kalsium untuk mengelak reput tulang.

KAUNSELING PIL DIET.
Pil diet boleh menyebabkan tekanan darah meningkat ke paras bahaya. Janganlah sekali-kali ambil pil diet tanpa preskripsi doktor kerana tidak berbaloi untuk mendedahkan diri kepada bahaya semata-mata kerana ingin badan yang cantik.
Saya tidak bersetuju dengan pil diet kerana ia hanya boleh menurunkan berat badan buat sementara sahaja.

*Jalan utama mengurangkan berat badan adalah mengurangkan pengambilan kalori dan mengambil hanya makanan yang mempunyai glycemic indeks rendah serta bersenam.
Inilah jalan utama untuk membakar kalori dalam badan. Ia cara yang penting untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang dikehendaki. SELAMAT MENCUBA.. aja aja!

Pada hari cuti2 ini. Maklumlah,di terengganu ..jumaat &sabtu public holidays.yehee :D kami pon memeriahkan hari cuti dengan melalukan perkara berfaedah, iaitu bersenam. bagus bukan? :)

Jom ikut kami .. *PROSES MEMBAKAR LEMAK!
Masa : 7pagi - 10pagi
Tempat : Taman Tasik Tanjung Sura ( belakang UiTM Dungun,Trgganu)


berlariii.. 1,2,4 round (ehh..3 pon tak sampai kan?) haha

main turun naik bangku( konon bagi lutut,muscle kuat gitu)


sit up. ko pgg aku,aku pgg kau pulak :P

liyot.nadyot.nenot..
mereka semangat jog..

..
..
tapi aku?
..

mengarut jerk.haha
okay.sambung balik..

apa nii? gelak2 je..



sorry..sorry ..&8*%^$#@$%^&*(*!~~ ouh. nak menari sorry2 by Suju rupa2nya :P

okayh.penat dah... jum jalan2 kat tempat ni sebelum balik..


tasik yang nyaman..


nak balik kl. kami rindu .. syg our family * sedih la plak :(

pulang..marilah pulang. nak dekat dah.sebelah kanan ni uitm.belah kiri pantai..

dah sampai..
okay. bye bye <3

*L E M A K! ..aku BENCI kau seumur hidupku..
itulah yang sebenarnya.

NEXT UPDATE ..
gathering at the beach?
coming soon ok :D

Tuesday, January 04, 2011

part II life begins..

Assalammualaikum

ye.. dah lama tak berblog ,ini kerana berukband aku tak bayar.haha. harap faham ye.apa pun belum terlambat nak cakap happy new year to all. welcome 2011. semoga tahun ini lebih di berkati dah di rahmati oleh Allah. aku nak jadi lebih yang terbaik untunk semua. yahhh. tak terlambat jugak nak cerita , i went back to uitm dungun last Sunday for Jan-May. Arggghh.. u know what? yesterday I already counted the days to back home -Ampang,KL was my perfect home! 25 days left! then.. mid semester holiday will be begin.ouhh, last Sunday. right after my parents send and left me. It has been struggle to be here. alone! uhmm.. i want back home. Please! Help me :( ohkay yana! stopp. You have to survive here. in what ways you have to. okeylah. kuatkan iman.tabahkan semangat.let's go through to see my new life. cekitdaud! hahah ;D (terpaksa senyum)

UiTM Dungun (Pendaftaran)
Lepas 10 minit gi daftar. Dengan gembira dpt Kolej Duyung! Alhamdulillah.


barang byk gila vavi nak kemas. penat aku angkut. nasib baik bilik bawah sekali ;)


keadaan brg2 yang malas nak kemas sebenarnya


katil bukan pilihan aku. aiyahh. tak suka katil atas. ada tingkap plak tu. time nak tidur je terang kena lampu luar. no choice! katil bawah semua dah di cop ;(


uarghh, ni pown sedih. beranda ber 'view' kan bilik elektrik. haha.apa nak buat ;(


*iklan jap. huhu. pantai ..air nya dah tak biru lagi. keruh! yea laa.. musim hujan ni. dia tarik pasir so, kebiruan dah tak kelihatan lagi. mungkin 2,3 bulan akan pulih ;)


muka ketat*** dlm perjalanan ke uitm. sincerely, tak nak tinggal di dungun ;(

*Finally...


my katil busyuk..


tempat kuh berjuang siang & malam *Study


di sini lepak lepak dulu babe


1bilik 4 orang. bersama new roommates ;D


wahh. tak suka ini. kelas setiap hari 8.00pagi. aiyahhh..

buat yang tersayang,
***mak, abbah, k-ry, k-rol, k-rel, muhd shahizzam SYG, kak yati, kak ct, yusuf, rifqi, rayyan, mama ,abah .. i'm gonna miss u all. a lots muahhhhhhh

aja aja Fighting !!!