Saturday, April 30, 2011

err :/

Assalammulaikum ^^


Terasa sangat berat nak bangun pagi tadi, macam biasalah lepas subuh.. krohh..krohh.. sambung tidur,.. ok! semangat nak balik rumah dah berkobar-kobar ni.. rasa sahaja seperti mahu aku redah lautan yang terbentang luas depan ni.. tapi apa kan daya kan.. esok tinggal lagi satu paper..i guess paper kegemaran semua dak kelas aku,hahah.. seronok dalam kelas belajar dengan Daddy Joe. Oppss... bukan.. Mr.Joe dah la..kang anak dia marah plak nanti.

Risaauuuu... dah la tak baca apa lagi.malam tadi dok sibuk kemas barang.packing baju lagi.ERR :/ macam la nak balik hari sabtu je, ahha..mak aku laa suh kemas barang.

HEE .haduuh.. macam mana aku nak study pun dok tahulah.. aku suka Marketing nii.. tapi. apabila ia memerlukan kekuatan untuk mengingat.ahhh, malas ar camni. dalam kepale otak dah set. nak balik! nak balik! uhm.. yayyy,esok lepas habis exam..pukul 5.15 lak tu habis..nape la tak buat pagi2 je. hurmm.tak pe lahh. dah lama aku bersabar nii.. nanti lepas balik tak sabar nak jumpa cik tayunk..ada la jugak 4 bulan tak jumpa  :(



akuuu..

S
E
D
I
H

!
!


N
A
K

B
A
L
I
K

Monday, April 25, 2011

I syggg U,..sumpah tak cari lain lah Dato'


Assalammulaikum ^^



HEE :) seronok gila batak kan ada sugar daddy, nak apa semua dapat. lagi-lagi kalau poket dia berkepuk-kepuk berharumkan bau duit tuu.wauuuu syiookkk habis. eh! jangan lah jealous! kalau kau nak, pandai2 lah pancing sendiri.umpan bukannya mahal. pakai taik gigi pun lepas.*eh,yeke? entah. haha..

okaayyy.. aku sebenarnya.. nak mengucapkan bukan ratusan mahupun ribuan tapi jutaan dan berbillion-billion TERIMA KASIH sayang yang tidak terhingga kepada Dato'.. ehem.ehem.batuk-batuk la plak.nasib baik tak terbersin, kang nak kesat hingus malu jea.hehe. ok!  terima kasih kepada Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah. isshh, jangan tahu nak bersangka buruk dengan orang.mintak jauh la sugardaddy ni.aku tak hingin pun!!!
*kan dah ada cik tayunk.eceeh,  ^,~  huhu

sebab... masa aku boring-boring tahap zon kritikal, aku dok terjah2 la.sekali aku jumpa benda nii. bestnyaaaa.tips-tips ni adalah "pemangkin semangat untukku terus belajar & terus belajar seterusnya menjadikanku remaja berwawasan yang menjadi tunjang dan tonggak kepada negara terbilang yang merdeka semenjak tahun 1957 sekali gus melahirkan generasi yang mengamalkan norma-norma murni lagi suci sejajar dengan wawasan 2020 negara Malaysia". naahhh. amek kau! karangan A+. haha.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 

Sila amati, fahami, teliti, amal, praktik secara istiqamah ye.. semoga kita menjadi insan yang cemerlang agar hidup tidak lagi dibelenggu dengan gelombang & gejala serta budaya yang tidak sihat.

  1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
  2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat. 
  3. Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi. 
  4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan. 
  5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa. 
  6. Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif. 
  7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita. 
  8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita. 
  9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya. 
  10. Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan. 
  11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa. 
  12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
  13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif. 
  14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan. 
  15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali. 
  16. Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya.
  17. Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya. 
  18. Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu. 
  19. Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu. 
  20. Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.
  21. Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.
  22. Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.
  23. Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang. 
  24. Jadikan diri anda sebagai besi berani; yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda.
  25. Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda. 
  26. Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah. 
  27. Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah. 
  28. Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan. 
  29. Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda. 
  30. Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya. 
  31. Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan
  32. akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia.
  33. Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi. 
  34. Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung. 
  35. Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah. 
  36. Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang. 
  37. Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu. 
  38. Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat. 
  39. Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya. 
  40. Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar. 
  41. Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri. 
  42. Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental. 
  43. Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.
  44. Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca. 
  45. Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar. 
  46. Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu. 
  47. Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.
  48. Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda. 
  49. Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.
  50. Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira. 
  51. Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.
  52. Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang.
  53. Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang. 
  54. Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki. 
  55. Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif. 
  56. Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif. 
  57. Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga.
  58. Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat. 
  59. Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.
  60. Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini. 
  61. Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan. 
  62. Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.

hiasan semata-mata




* Petikan dari buku : Tips Pelajar Cemerlang
Oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah



ok bubye ^,~ mekaceeh sudi bace. eh! tak nak like ke?


Saturday, April 23, 2011

perghh, hotel memang best kalau nak .....tut tut



Assalammualaikum


Ya habibi..Ya Maulana.. meh sini dok dekat-dekat meh.. Ana mau kongsi satu benda laa.. bak kata tok guru ana.."hidup untuk memberi" :) eh,apa pasal aku nii.tetiba je..opps.. aku bukan baru balik dari arab,buka dari keturunan arab,.. mahupun ramai yang cakap aku ni ada mix arab ke hapa.ouh. no! no! saya melayu tulen.asli lagi..product of Malaysia (terbaik dari ladang) cehh..bangga2 je kau kan? keke.. 


ouh..begini la jadinyer.. bila dok menghafal novel 'Sejarah Pemikiran & Tamadun Islam' haha.. yesss bebeh! Alhamdulillah.. 1st paper dah selamat. tinggal 4 lagi. Alhamdulillah..yang aku baca tuu ada yang masuk walaupun 2 hari sebelum nak exam aku baru ler sentuh buku nak baca..teruk kan? lepas tuu.. pagi2 sebelum sampai bilik exam baru laa aku nak tepon mak aku.. "maaakkk, jap lagi da nak exam..doa kan yna .tau! doa2..,suh abah & semue doa sekali" hehe.. *legaaaa


okaayy lah.. sila bukak mata luas-luas.luas bagaikan langit dan bumi.ishh, awat sepet je mata tuh? ada yang terkebil-kebil pulak tuh ,adoiii.. tak syiookk aa camni. baik korang pergi cuci muka dulu.kalau rasa dah segar.*paksa! ..meh tengok tajuk balik. hakhak.. buat tutt? tuut? astagafirullahalazim,.. bukan yang tuu la nok! harap maklum, tiada unsur 18 +++ di sini yea. memandai je ah kau ni.. yang aku nak dok heboh ialah..  



taraaaaa......

wink,wink ;P    _______welcome

anda akan dilayan sebentar lagi ^_^



taraaaaaa... hotel memang best kalau nak makan..
okay! MAKAN..nampak dok aku caps lock tu ! kan? kan? 
tapi... duit pon kena best la kan? haha. 


okaayy..*cik tayunk..jom laa.ling nak belanja ni. ngeh..ngeh.. haha.. tadi lepas habis je exam.. perut dah buat konsert.non-stop kau. laparrr gile laa. so, mana mahu makan? ye! di sini ada penyelesaian.. hotel dungung jadi sasaran. hebak hok? haha..elleh..dah banyak kali dah aku mamam kat sini. tapi,saja nak share nak bagi korang kebulur. hehe.eh.bukan! saje je..nak mengupdate.jom la cekidaud



@ Sri Molek
okayyy.. ni Sri Molek.. ada lagi.. Bayu Grill pe benda tah.. selalu lecturer laa gi situ. dak hotel student yang service. sri molek nii memang dah ada pekerja la. for the bill, including service & tax eh ! tapi..... for student, dapat discount,tapi kena tunjuk kad metrik lah...



ready to eat?

OHH... pemilihan makanan yang terdapat kat menu memang lah penting. pasaaiii.. kita ni kan student kang kalau beli sekali tak sedap kan rugi. wekk. (tak semua hotel masak sedap)


yeaahhh.. ini yang aku makan tadi. eh.. tahu-tahu je,.. ha r. naci putih & claypot tomyam ayam. 
(i hate seafood so much )much much more!!!!


kuew tiaw goreng sedap seantero


chicken chop the power of dungun

sandwich with starving chicken ham 


spaghetti alla bolognese that u will never go hungry

kentang enak walaupun makan begitu saja




ayu M&M , liya CHANGMIN

NAD tutor, SYIRA iz, NINA A&A

oh kawan.. maafkan aku kerana wajah mu yang terpampang amat sedikit.body nye pun ku kerat-kerat sebab...hah*buat apa,,semak jee (haha, mana ada).. 





wowwww... nak kek hapa? meh habaq.. semua adaa..

bukan macam biskut CHIPSMORE ,jap ada jap tak ada, bukan macam ASTRO ,macam-macam ada. tapiiii, macam LOREAL kerana dirimu begitu berharga.
hahahaha ...kek memang ler berharga.. sodaapp plak tuu.haha. suka!suka!



waahhh. memang seronok ada kawan macam kawan nad. ex-roommates dia budak hotel.dia bagi kek ni.haha aku pun syiookk.. *tukang perhabeh :)


ok bubye.. 

mekaceeeh sudi baca. eh, tak nak like ke ?

Friday, April 22, 2011

..pantai oh pantai


Assalammualaikum ^^


waahh.. panas betul la petang ni. nih kalau dapat terjun sungai ke.. swimming pool ke .pehhh. memang best la kan..ye dak? uhm.. kata je depan UiTM ni ada pantai Teluk Gadung. tapiiii.. tak leh mandi laa. silap2 kalau aku ni gatai sangat nak mandi pantai tuu memang arwah le aku. hah? ha arrr.. dalam sangat air nye..banyak dah board "Di larang mandi !!!" tercacak kat situ.. oohuiii. lagi pun,..pasir pantai tu jerlus.so, memang ramai yang dah mati akibat mandi kat situ.. daannn..
oh. nak dengar satu citer tak??


nak ke ta nak?? ahhh. tak de.. aku nak cerita jugak! tersebutlah kisah..pada zaman dahulu..bukan zaman firaun mahupun kerajaan Turki Uthmaniyyah..niii, masa beberapa tahun yang lalu,entah bila la..lecturer aku cerita. ada student nii.diorang ni couple.. ada suatu masa tuu dok dating kat pantai (maklumlah pantai nii betol2 depan UiTM Dungun) ..nak dating mana lagi kan.. hee ;) lepas tuu. aku pun tak pasti samada couple tu mandi or jenjalan kat situ.. yang aku tahu.. sang perempuan tuu, terjerlus pasir.."bangggg..selamatkan ayang bangggg " ecehhh. (dialog aku semata-mata) ouchh. sang lelaki apa lagi..bertungkus lumus menyelamatkan sang perempuan, weehhh. awek depan mata. tak kan nak terbeliak biji mata je tengok.oh! the end of the story.. mereka lemas.. dan, sampai sekarang tah kelibat /mayat tak jumpa2 lagi. Wallahua'alam.. 


eehhh. jap laa.. jangan ler tutup lagi blog aku. aku tak habis lagi cerita niii.. alaaa. pasai couple tu tadi kan. harrrr,  alkisah ler cerita nye.. bilik sang perempuan kat Kolej Perhentian (adoooi bape entah no. bilik ,level 3 aa..aku lupe daa) haa. bilik dia memang UiTM kosong kan.. pasal nyer.. berhantuuuu.tiap2 malam sang perempuan datang.meroyan habes. (eh!tu mitos aku jea) niii haa... ada mokcik cleaner mengadu,.. tiap kali je sapu ,bukak pintu bilik acik keluar pasir jee. pelik lah. dala tak ada orang duduk.pasir bukan main. uhmm.bilik sang lelaki pulak kat Kolej Tenggol .. haarrr, tahu dak.. bilik sang lelaki ni pulak acik keluar air je. entah mana ler datang. bak kata nenek aku,tok moyang kita dulu cakap "kalau tak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang" . harrr. macam tu laaa.

p/s : cerita ini tiada kena dengan kau yang nak amek exam, mahupun mokcik jual nasi lemak ikan tongkol (: sodaap ler.. kat kl acik ikan bilis jee..kat sini ada ikan tongkol.waa cakap sama lu.sedaap :)



ekceli.. memang ramai dah student yang dah jadi arwah akibat bermandi-manda kat pantai nii. siryes! selama setahun aku menginap di uitm dungun nii. (cehhh,..ayat nak menginap je) tak pernah lagi kusentuh air yang jauh nampak tenang sekali tapi dari dekat.fuiyoooo. pukulan ombak kuat gilleh..cantik memang cantik.kalau cuaca panas...phewh.. warna air pantai kebiru-biruan kalah pulau jeju mahupun pulau yang setaraf dengannye hehe. dari pantai nii..dah boleh nampak Pulau Tenggol , Pulau Perhentian, Pulau Redang,Pulau Duyung tak da pulak la nampak kelibat nye, haha (eh..pasan tak nama kolej kat sini semua diilhamkan dari nama2 pulau yang tersohor di Trgganu ni) biasalaaa.resort campus la katakan.hotel uitm dungun pun bertaraf 5* ....
peehh. mood riak plus plus dah aku ni  ^_^ hee



gini la upenye pantai tuh

mmg keding ah aku g teman kawan2 joging.seantero pantai ni aku selami ;P


gathering kesatria kembara


kan..aku dah kata.. kebiruan pantai ni. kebluran mata aku pasai hotttt sangat kat sini



mood : cik yana ingin bercerita (bukan bercinta)

mekaceeh sudi baca.. eh, tak nak like ke? :)

Thursday, April 21, 2011

kenapa mak buang aku? apa salah aku?



Assalammualaikum


Alhamdulillah , aku sampai Dungun petang semalam. pehh.. 2x jugak la merasa naik bas sensorang. aku pun bukannye berani sangat. Tahu2 jelaa.zaman sekarang.. MashaAllah  ..macam2 boleh berlaku. phewwwh. oh ye. semalam setibanya aku di DYB 017. ketaaakk.baru nak bukak pintu,tapiii kunci. oh..tak de orang le ni. uhmm, sebab tu aku malas sangat nak balik awal macam kawan2 aku tuh. sebab aku tahu bilik aku selalu tak de orang! (aku pun tak tahu kenapa aku dicampak dengan budak kos lain :( ) banyak kali jugak la ..aku selalu tidur sensorang..hebakk hok? :O 


danggg,,.. cepat2 aku letak beg semue.dannn. terus carik bekalan yang mak aku bekalkan pagi tuh. lapooor pulak. dalam bas bukan main aku takde selera.ouhh.nasi goreng & kek aku lahab.tapi, sikit je makan.. sakittlah.. mungkin dengan cuaca panas teriiikkk membuatkan... adoooiii, pening kepale. siyes! nak baring malas ah aku nak panjat katil (maklumlah..katil atas, sekali dah naik malas nak turun) lepasss tu, nga pening pale tu ,aku terdengarrrrrr..uuweeekk

aku terdengar suatu tangisan yang mendayu-dayu. "Ya Allah.. ape nih? tak kan ade baby kot", dengus kecil hatiku. uuweekk.uwweeekk. eh bukan laa. meooww.meooow laa. peh.makin lama makin kuat.. aku daah tak tahan..


taraaaaa..

tapiiii. bukan yang ini aku jumpe

=
=
=
=
=


eehhh. apa nih. tikus ke?



ni la diaaaa yang memekik tuu


hadduuhh. sekali anak kucin daa.. dari jauh cam anak tikus tadi.lagi laaa,pening ! pening! kat rumah dah la depan belakang rumah ada kucin. kat sini pun ! hurmm.. dapat pulak roommate yang suke kucin. amekk kau. cam gini la jadik nye. kasihannnn. rommate aku cite dah berapa hari mak dia tak balik .tah berjoli dengan jantan mana plak ahh. 


tempat teduh sementara..

acara pakse minum susu



tengookkk tidur nyenyakk kau, tah bape hari le tak menyusu. apa boleh buat nak bagi pun tak pandai minum.tu yang kitaorang pakse..siap bagi minum pakai straw.. rommate aku lah.aku assistant je,.. keciaan die.pagi tadi.. dowang ni dok meooww.meoow lagi. jenuh laa.. tak kan aku nak beli susu lagi. dah la semalam ciap order kat makcik gadong nak susu panas..oleh itu, kami sepakat untuk mengambil ibu angkat..nasib baik ! dia ibu yang penyayang. dia tak macam ibu tiri yang lain. haha


nasib baik le ibu ni baik.. walaupun dah ada 7 anak.. tapiii masih menerima anak angkat




dahh lerr.. lepas buat kerja amal & kebajikan ni..aku nak sambung study yang tergendala.. bubye ^_^

p/s = kita hendaklah menjaga hubungan manusia dengan alam..


addoiii. tak yah ler tgk meja aku,.. serabutttt ayam je


haaarr.. ni takpee.


kalau nak terjah lagi bilik aku meyh... TERJAH SINI !!! 


mekacehh sudi baca, tak nak like ke?

Wednesday, April 20, 2011

oh Eiffel Tower aku datang ! yayyy..


Assalammualaikum ^^


waahh.. memang best, tak sia-sia aku perhabiskan duit semata-mata nak pergi bercuti dengan dia. wehee.memang romantik habis laa. dalam hidup aku memang aku tak rasa bertuah cam gini. dapat bercuti kat paris dengan hubby tersayang. dah tu pulak dapat merasa . peh.. yang ni memang syiook. hehe. cam malu lah nak cakap.hehe. 

i felt so blessed that i can reached Eiffel Towel. okeyh! aku ulang lagik sekali. Eiffel Tower!(amende yana ni?) weh.betol doh aku mimpi naik Eiffel Towel. ceh ! tak boleh blah.ha ah. kira ni honeymoon la kot. wuwuwuw ~ siryes! tak percaye. tak yah cakap ler, bahagia tak terkata. hahaha. issh. masa ngah melayan bait-bait cinta tu,.. hehehe~
(yunk.. nanti titew g ye? besh la kat sini)            :O  berangan lah kau!

ngah jenjalan kat dalam tu kan. tah level bape. tapi memang tinggi. masa tuh aku dok dengar yang semua orang kene turun. bunyi loceng ke hapa lagu yang bingit amat sangat. kacau jerk.dah la aku baru sampai dah memekik suh turun.oh.rupa-rupanya alarm aku,.. aku dah sedar sekarang yang aku hanyalah mimpi. ceh !


wot.woot. sape tak nak gi Eiffel Tower kan. dapat mimpi pun dah memadai ^^_


okaayylaa. pepagi ni aku dah merapu meraban.aisshh. tapi..yang mimpi tu kan, aku pun dok tahu ler betoi ke dak kat Eiffel Tower. aku je yang lebih2. haha. (ntah-ntah klcc jerk) hikhik.. oh cukup! mimpi yang indah ni dah buat aku tersengih dengan air liur basi.haha. 

oh ye tak ye. jap lagi pukul 10 pagi aku dah nak kene berangkat meninggalkan KL tercinta, dannn... kembali ke Dungun. woh, tak tahu lah 7 jam dalam bas dengan sorang2 aku nak wat pe. moga2 selamat sampai ye. uhm..untuk cik tayunk titew yang nak exam kul 9 jap lagi..goodluck ye sygg. jangan kalut sangat.relax je,..ling tahu yunk boleh buat =D InsyaAllah.



saje je.. rase spt mahu upload gamba sendiwi kan ^_^




mekaceeh sudi bace,.. eh. tak nak like ke?

Monday, April 18, 2011

tips tingkatkan kuasa ingatan *apa relax2? derrr.. exam dah dekat nii



Assalammualaikum ^^


waahh.. berapa hari dah tak post eh? ouh.. baru 2 hari. ke korang dah rindu kat aku? hah? taak? ok.. tak pe la. hehe. seronok dok rumah ni, lama dah tak bahagia camnii. yeke? yelaaa. lagi-lagi anak buah aku yang dua orang tuu datang..peh, kecoh satu rumah. berlari sana sini. abis kolam depan ghumah .ikan2 pun kecot perut je. lpas tu. acik-acik terajang aku je. mana tak nye budak2 tu ciap kelua ultraman je.macam biasa la,..aku ni raksaksa acik kene mati je. hahah. * kelakar lah pulak. 


dah tuu pulak.. aku nak on9 dia laa sibok.. "macuuuuu.. nak tenok otomen. spiderman. bacom (backkom) ".aku pun layaan laa. naah.. mengadap youtube tenok katon je ar aku. si adek nye puun  "pipiiinnnn (upin&ipin). macuuuuu nak pipin !!" erk..? aishh.. apa lagi.abang mula la mara "eisshh..adek nii. sebok arr. g tido !!! dussshhhh. die tendang nye adek die. uhm. macam2 la budak nii. ok dah!


husshh.. nampaknye aku yang dok bahagia kat ghumah ni memang tak sentuh buku langsung laa. bukan main semangat lagi buku aku angkut dari Dungun sampai Ampang kan. *hihi.tapiii. habuk pun tarak. adoii. pening! pening! hati rasa tak tenang. nak tidur, bangun tidur..dok pikir.. bile laaa aku ni nak study. final exam sabtu niii. yanaaaa,.. sabtu ni !!! 



oleh kerana exam nak dekat.. tak guna laa kalau sekarang baru nak tanamkan azam.pe laa kan. lebih baik aku bagi tips macam mana nak bagi kuat ingatan. kan korang dah belajar.buat homework.bagai2 ni kan.. titew just polish & fresh our memory. uhmm. macam mana ye? tekan f5 !! eh bukaan. tuu fresh computer laa. hehe


__________________________________________


11 cara tingkatkan kuasa ingatan..



1. Paling senang lagi mudah nii ..Kuatkan keinginan untuk mengingat. 


2. Dapatkan pengertian dan benar-benar paham apa yang dibaca. *haaa. time cam gini pasti ramai yang berangan kan.nak berangan pun boleh. kalau ye pun. timE korang nak tidur, ngah golek2 kat katil tu haa. berangan lah puas2 =D


3. Belajar dengan kaedah-kaedah yang kreatif . korang perlu lah memberi perhatian yang teliti.mendengar dengan teliti, berbincang membuat nota-nota ringkas dan menulis esei.*perlu!

 
4. Fikirkan kita mencari pengesan sesuatu bentuk. Aturlah bahan-bahan yang akan dipelajari mengikut susunan yang logik dan nomborkan isi-isi penting.

 
5. Selalulah mengulangkaji. *ni kalau tak buat macam mana laa nak ingat.nak ke tak nak. wajibulghunnah ye ulangkaji .kan dah habaq tadi. wajib !

 
6. Carilah perkataan-perkataan yang akan menjadi kunci atau rangkaikata-rangkaikata yang boleh dijadikan punca sesuatu idea.

 
7. Gambarkan idea-idea itu menerusi contoh-contoh, penjelasan, gambar dan gambar rajah.

 
8. Bagi perkara yang dihafal, tulislah di dalam buku-buku kecil (saiz poket) atau kad-kad. Bacalah nota-nota ini berulang kali. *tak yah ler nak hafal panjang menjela. lepas take note. just elaborate & expand je note tuu

 
9. Cubalah mengingati faktor-faktor yang mudah anda lupa dengan mengaitkannya pada suatu faktor yang berkaitan, seperti di mana anda membaca bahan tersebut, dengan siapa anda berbincang mengenainya dan sebagainya. 
contoh soalan = brief explain with aid diagram a channel distribution.
jawapan yang aku ingat =  satay.
sebab = bila nak buat diagram die macam satay.
 

kan.. macam satay tuu. hehe..* cicah kuah kacang sodap sgggt nii

 

10. Pelajarilah berulang-ulang dan bersungguh-sungguh sehingga semua faktor tersebut telah anda kuasai sepenuhnya. Ujilah kemampuan anda secara berperingkat dengan mengadakan latihan-latihan mengingat semula sehari selepas itu, seminggu kemudian, dua minggu kemudian dan seterusnya.  
*alaaahh. macam gosok gigi. kan kene gosok gigi 3x sehari. cecube kalau korang tak gosok gigi. eee? jadi ape hah? so, macam study lah jugak. cube compare = how often do you study compared to you brush your teeth? haaa *dah sedar tak sekarang? ok. GO & CHANGE.
 

11. Cuba gunakan apa yang telah anda pelajari untuk praktikal.
Contoh = masa korang dok shopping beli barang kepeluan kan. beli biskut munchys dapat free mangkuk ayun. beli nesvita dapat free mug. dah tuu ada plak tester nugget,hotdog la. boleh mamam sampai kenyang. 

*ada lagiii. tengok henpon dapat massage (pakwe no. 2 hantar) :" happy birthday.. enjoy free massage & cakap2 lah selama 1 hari.1 malam. ooh. rupa2 nya ini subject marketing(MKT243)  chapter 17, sales promotion. haha.


***


p/s : lepas solat 5 waktu sehari semalam rajin2 kan lah sujud & sebut Subahanallah.
dengan bersujud selalu, oxigen akan masuk InsyaAllah kita akn mendapat kekuatan.

p/s : nak exam ni jangan makan asam taw,.. tak moh ! junkfood tu pun tak yah. titew kene menjaga kewarasan otak. otak pulak suka makanan yang berkhasiat & halal. banyakkan minum susu, madu , kismis (selawat jgn lupe).

eh ada lagi.. banyakkan baca ayatul kursi =D



mekaceeh sudi bace. ehh   ..tak nak like ke ? =D
..hihi

Monday, April 11, 2011

aku dah bosan dengan kau !


Assalamualaikum..



awak,.. saya penat la.
penat !!!

faham taaaakkk ???
saya dah bosan lagi menyampah kat awak.

serious ni ! saya tak main-main langsung.
berapa kali nak cakap ha?



kenapa la aku perlu berhadapan dengan kau.
~!@#$)*& *



oh honestly,

aku dah tak boleh nak pendam..
apetah lagi nak menahan perit nye..

euuwwh !

it was sooooooo *&^#$%^$
err *aku bukan mencarut ok!



you know what???




balik..balik dari quiz account tadi je..

habih ..sume barang ateh meja aku campak merata.

aku baling2 segala bagai. *bengang nii

time bukak tutup pintu aku hempasssss..*kuat2

aghhh, peduli hapa ngn roommates aku, lantak ah diorang.

aku tak kesah. nak benci aku? fine. go ahead !



begitulaaaaa..

aku yang rakusnya sedang marah..
and.. semue yang aku cite tadi tipuuu je.

hahahahaa..

wakah kah kah *waah,.. legaaaa dpt gelak LOL ;P
;O


tapiiiiii inilah sebenarnye yang terjadikk..

aku yang dah bosan menggila kat study ni

wehee..
bukan masalah hapa pun.

aipppppp..

bukan pasal dgn cik tayunk la.
betul tak ada. * kan sayang :) hehe

titew ngn die ok je,.. saling rindu-merindui

eceeeh. *blushing

hahaa..



ohh..


i'm just really tiring doing all things in hurry !

all is getting messy me too.

so burden.. my brain get stuck. until now.

is it my fault?Font size

perhaps.

next time.. i dun want to study late anymore.

like when test, quiz just at around a corner,
at only that time lah,

i'm forcing to put all things at in one time.





....j u s t w o n d e r i n g


kan besttttt..

if study just like eating. just put in stomach .
so, go to class dgn gembiranya..

lay down at the table.
kasi goyang kaki sket..

then..

dengan terujanya.. studying

like eat the heavy books, plentiful notes.

when boring... eat hearty keywords + notes.

when starving, quickly grab & eat them.

waaalaaaah. *heaven.

ahh. no no.food is still no.1.
compulsory wokeyh.

the books, notes & all that ,treat them like goody, candy, sweetie.

haha. so, no need to remember all fucking notes.

siape setuju nii??? angkat aa tangan. hihi

daah. dah. jgn nak jadi gile.
jgn nak berangan.

so.ape kata anda cuba cara mak saya.*pakse !!!

ekelleh.pahal tetibe mak lu ni?
tu aar.ni nak cite..

mak aku tepon tadi.

aku pun merungut, ciap membebel ag.
macam2 laa n bla bla bla.

mak aku cakap.. uhm..berdoa laah.

thennn... i'm deeply thinking.

ouh sekarang, solat subuh tak pukul 6.55, mesti kul 7.
solat nak cepat je. doa ? hehe.. yang simple je .

so tawan.tawan .moh kite pakat.

berdoa lah..


sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar..

InsyaAllah Allah akan memakbulkan doa dan permohonan hambanya. Allah SWT ,pemilik rahmat yang tidak terbatas..

***

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. (QS. Al-Baqarah, 186)


***


Dan Tuhan-mu Berfirman, ”Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku Perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang -orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (QS. Al-Ghafir, 60)






Ya Allah.. to deal with all the obstacles and trials of this great world..
please give me
strengthen YA ALLAH...


wassalam...

mekaceeh sudi bace :)