Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday 1







.
.
.
.
.
.






.
.
.
.
.
.



<3

Tuesday, June 28, 2011

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu



Assalamualaikum^^





Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"


(sharing is caring:)

MOOD : mandy moore - only hope

Monday, June 27, 2011

kisah cinta - aku tak pernah meninggalkannya



Assalamualaikum^^




Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.


Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.


Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.


Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.




Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.


Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.


Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.


Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.


Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.


Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”


Aku menggeleng, dan ibuku berkata, 




















































“Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”



Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.



*credit : tentangcinta.com

# random







Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Friday, June 24, 2011

beach walk


Assalamualaikum^^


hari ni cuti.(teregganu off day) tapi..lepas subuh je aku dah semangat bangun..mandi lagi tuu..walaupun rutin setiap jumaat adalah terbongkang atas katil sampai matahari tegak atas kepala dan bergerak menuju barat.

tapi... hari ni lain,  aku rajin !


siap join lagi beach walk anjuran UiTM.. haha.. engkau hingat aku rajin nak bangun pagi semata-mata untuk 'beach walk' ? ohh.tidak! matlamat utama menyertai ialah untuk mengumpul merit. YA! merit sangat diperlukan kerana ia membolehkan aku untuk terus mendapat kemudahan kolej bagi semester hadapan.kalau tidak..? rumah sewa adalah pilihan ketiga selepas membina rumah sendiri di pantai yang terletak berhadapan dengan UiTM Dungun.. ewah~





wajah-wajah pelajar rajin


hurm. not bad. not bad. 
ramai yang join


kekanak riang terus eksssaaiittedd



eksaited lagi



percubaan pertama gagal untuk melompat



pun masih masih gagal
HAHA


=
=
=


OHH! sedang syiokk..syiookk mengamati keindahan di tepian pantai..
terjumpa satu makhluk pelik..





 
PELIK




jomm.. masak lemak cili api
paling koman.. untuk seploh orang makan..



EHH! jangan...main GILAAA.. pokcik yang mancing tu kata..ni ikan beracun
*kesian..dia terdampar keseorangan..kalau dia tak pelik..
dah lama aku bawak balik.hehe..






akhirnya..sampai jua..
YAYY..lompatan berjaya!

.
.
.

tapiiiii.. ada perbalahan pulak..
Nina tak puas hati sebab Nad sampai dulu..


apabila kemarahan menggila..
terus nak cekik Nad


padahal.. aku yang sampai dulu..
muahHAHAHA..




dah depan pantai..belah tepi ada tasik pula..

-----sekarang tak heran dah dengan pantai.tasik ke hapa-----
puas dah berchentaaa chentuun. hehehehe





aktiviti - beach walk.bola tampar.tarik tali.cabutan bertuah





 M I S S  Y O U 
okaylah.. bye!

Tuesday, June 21, 2011

ewahh.. joli sakan nampak~


HAIII.. I'M BACK!

oh! tuan punya blog masih sihat walafiat walaupun
..pergi seminggu dan sepi tanpa CINTA berita !






Assalamualaikum^^


okaylaah! ni cerita sabtu lepas.hah? basi ke? takk.. mana ade! mak aku cakap kalau tak tumbuh cendawan lagi..tak basi.masih elok tauuu..hehehe..ohh ye..khamis lepas aku balik ampang (home sweet home sebentar) dek kerana Terengganu menang bola dalam Piala FA tuu ,terengganu dapat ler cuti hari ahad. kalau tak, ada 3 kelas tau hari ahad.huh! *nyammmmpah!




oleh yang demikian..

aku pi beronggeng with mah GE GURL FRIENDS..

*FATIN SYAFIKA
*SYAREENA
*KHAIRUNISA
*BALQIS
**atyn's friends.
(wehh..lagi 2 orang tu apa ke namanya..sorry.lupa!) hehehe




with atyn and cherry.. 
bff & merangkap jiran di taman saga..

.
.
.


wajah 2007..



eksaiiiteddd gila babing masa jumpa..
then..

  • tak sah lah kan.kalauuuu tak..



posing-posing



ayu musa. atyn. YB
(ceh..ceh...ingat dah)



nisa .. bal




makan-makan




kalau ghase datang 4-5 orang tu..
mehh sini meh..

steamboat set C RM 59.90








 okay bye! 






ni bukan ada ketumbuhan di kepala ya..
ini mangsa fashion tudung masa kini.. huaaa



Saturday, June 11, 2011

surat buat ayahanda

Assalamualaikum^^


Kolej Perhentian A,        
UiTM Kampus Dungun,
Sura Hujung, 23000,
Dungun, Terengganu.

Kepada ayahandaku tersayang,

abbah.. apa khabarmu di sana? anakanda di sini alhamdulillah sihat walafiat. alarm note dalam handphone anaknada berbunyi dengan merdunya tepat jam pukul 12 malam tadi menunjukkan hari ini genap abbah berusia 52 tahu. alhamdulillah.. selamat hari lahir abbah. maafkan anakanda kerana tidak dapat pulang ke tanah air ..(bajet study oversea jap) ..dan pula..tidak dapat bersama untuk menyambut hari lahir abbah. sedih kepiluan di dalam hati ini.OHH.maafkan anakanda..kerana tiada hadiah yang ekslusif untuk di beli.harap abbah faham.. duit ptptn hanyalah cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan anakanda di sini (hehe).

tapi abbah..walaupun anakandamu tidak membeli apa-apa hadiah yang mahal..tapi..sebenarnya..anakanda sentiasa menyediakan hadiah yang paling istimewa buat abbah.. setiap pagi,petang dan malam anakanda tidak jemu untuk mendoakan kesejahteraan abbah.anakanda mendoakan supaya abbah panjang umur dalam keimanan.dimurahkan rezeki yang berkat.dipanjangkan umur untuk terus berbuat kebaikan.dipermudahkan segala urusan.amiin~ juga..setiap kali selepas menunaikan solat.seutus al-fatihah anakanda sedekahkan kepada abbah.kerana anakanda yakin..doa memang mempunyai kekuatan dan kemanisannya sendiri."sesungguhnya ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM MAHA TAHU
SETIAP NADA DALAM HATI DAN FIKIRAN MAHUPUN UCAPAN.."

TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat abbah..anakanda tahu jerih payah dan susahnya abbah membesarkan kami anak beranak.tapi..abbah seorang yang cekal lagi tabah.anakanda kagum dengan abbah.terima kasih abbah.anakanda berjanji akan menjadi insan yang baik di muka bumi ini.menjadi anak solehah dan menjaga nama baik keluarga. anakkanda tidak pinta untuk menjadi hebat yang menjadi perbualan orang atau darjat yang kaya semewahnya. anakanda hanya berharap semoga abbah juga mendoakan untuk anakanda. doa darimu yang kupinta..ya abbah~

terasa sayu abbah,.. anakanda tidak mampu untuk meneruskan sisipan surat ini, kerana air mutiara yang bertakuk sudah berjurai dengan benjirnya di atas keyboard laptop pemberian abbah 3 tahun setengah yang lalu nii.sekian sampai di sini sahaja abbah..kirim salam sayang kepada semua dan anakanda sertakan peluk kuat-kuat dan ciuman buat kelurga serta hero-hero poojaan hati makcu ;yusuf.rifqi.rayyan <3 MISSYOU~




LOTS OF LOVE,
marliyana_mohd_khandani 

Friday, June 10, 2011

SIPUT BABI dan SIPUT GERGASI jadi mangsa

Assalamualaikum^^




+




=































=,=














hah..amekawww. siput gergasi aku bagi.

. "bagai siput tak makan seploh tahun.."




kesimpulannya adalah,


internet tidak produtif langsung! berukband pun SEMPUT menjelang waktu puncak dan klimaks iaitu pada tengah hari hingga ke malam.lagi-lagi weekdays macam ni lahh..jumaat,sabtu (ohh.biasaaa. ganuuu kitew!)

tapi.. kenapa?
SIPUT BABI dan SIPUT GERGASI jadi mangsa.. ohh..MAAF. mereka makhluk tidak berdosa langsung..anggap sahaja ini perumpaan okay! .. 
siput babi dan siput gergasi.. geli ke? TAKKKKK PUNNN.. laki tua yang dah ada bini..pergi menggatal kat perempuan lain.terkinja-kinja tak hingat dunia.haa.tu seribu kali ganda GELIIIIII !!!!



NI pun pulun tenaga dan kerah jasmani untuk update... *sebab ghinduu :D hehehehehe
aktiviti lain malam ini :  mengerah otak untuk buat cluster .topic : internet addiction. any idea?  

Wednesday, June 08, 2011

tidur sambil beribadah

Assalamualaikum^^


HAIIII. yelahkan.. nak tidur je dok pasang ear phone..apa-pun mesti nak on music dup ploh pat jam kan?dengar lagu kuat-kuat! AISHH.. bila lagi nak beribadahnya..? sebenarnya Islam itu mudah! tapi.. BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN! yang mudahnya tu pun kita tak boleh nak buat. OHH..apakah? kita layak ke... syurga-Nya? memang dah sodar diri kita ni di akhir zaman..tapi cukupkah amalan kita? *bekalan diri sendiri pun tak cukup.tak pernah cukup!





tahukah anda? tidur hakikatnya sama dengan kematian tertunda.. Allah SWT berfirman, Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa (orang) yang telah.Dia tetapkan kematiannya dan dia melepaskan kembali jiwa orang (yang tidur menjadi hidup kembali ketika bangun) sampai waktu yg ditentukan. 
oleh itu..kita perlulah banyak berdoa. Rasulullah SAW pun dalam beberapa hadisnya mempersamakan tidur dengan kematian. Ketika hendak tidur, baginda selalu berdoa, "Ya, Allah dengan namamu aku hidup dan mati." (HR Bukhari dan muslim)


BAGAIMANA
menjadikan tidur sebagai ibadah???

  • EMPAT AMALAN SEBELUM TIDUR
Berkaitan dengan persiapan menjelang tidur. Rasulullah SAW pernah pula berwasiat kepada isterinya,Siti Aisyah,Rasulullah SAW bersabda,"Wahai Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat hal: 
  1. Mengkhatamkan Al-Qur'an,
  2. memperoleh syafaat dari para nabi, 
  3. membuat hati kamu Mukminin dan Mukminat,
  4. melakukan haji dan umrah.


Aisyah bertanya, "Ya, Rasul! Bagaimana mungkin aku melakukan semua itu sebelum tidur?" 


.
.


.
.



Rasulullah SAW menjawab,

.
.

.
.

  • Sebelum tidur, bacalah Qul huwallahu ahad 3 kali. Itu sama nilainya dengan mengkhatamkan Al-Qur'an. Yang dimaksud Qulhuwallahu ahad adalah surah Al-Ikhas.Baca sebanyak 3 kali.
  • Kemudian agar engkau mendapat syafaat dariku dan para nabi sebelumku, bacalah selawat: Allahumma shallii'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad, kamashalayta'ala Ibrahim wa'ala ali Ibrahim. Allahumma barik 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad. Kamabarkata 'ala Ibrahim wa'ala ali Ibrahim fil 'alamina innaka hamidun majid."
  • Siapa yang membaca Subahanallah, Wal hamdulillah wa la ilaha illallah huwallahu akbar, ia dinilai sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah.
ok. dah tahu kan??? sama-samalah kita beribadah.. ^ ^



***Menurut Ummul Mukminin Aisyah ra. Beliau berkata: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, baginda akan menghinmpunkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali." (HR. At-Tirmidzi , Lihat Kitab Syamail Muhammad cet Telaga Biru, hlm 167-168 )



------- S E K A D A R  R E N U N G A N -------




Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun
... kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya.

Tuesday, June 07, 2011

OHH ketagih.. dream high

Assalammualaikum^^

HAHA.. seminggu masuk semester 3 macam biasalah weh.. tengok korean drama jer koje. dahh roomate aku ni K-POP lovers!!! aku ? HOHO.. join sekakilah.. gila kau tak layan? bestttt kot.. and up to now, aku dah gila lagi angau kat satu drama ni..yeaahh.. DREAM HIGH ! pergghhh..best gilaa.. entah kali berapa aku tengok.. khatam habis kott.. many people think that this drama are quiet similar to GLEE? yaahh.kalau korang LIKE glee for sure LIKE  DREAM HIGH ni 10000000000x  ~bestttt :D *mood : can't wait for season 2..



thumbs up for DREAM HIGH !


Synopsis (from : drama wiki) 
Dream High tells the story of six students at Kirin Art High School who work to achieve their dreams of becoming music stars in the Korean music industry. Go Hye Mi is a student who had majored in classical music but has to give up her dream by entering Kirin Art High School to pay off her father's debt. However, she needs to get two other students to also come to the school in order for her to enroll in the school conditionally. These two students are Song Sam Dong, who lives in the countryside, and Jin Guk, whom she accidentally meets while trying to escape from a loan shark. Yoon Baek Hee, formerly Hyemi's sidekick, becomes her rival in school because Hye Mi betrays her during an audition to enter the school.




Main Cast


Kim Soo Hyun as Song Sam Dong
Suzy (Miss A) as Go Hye Mi



Taecyeon 2PM as Jin Gook
Ham Eun Jung T-ARA as Yong Baek Hee
Wooyoung 2PM as Jason
IU as Kim Pil Sook







kim soo hyun & suzy 
they are so sweet together... such a lovely  <3


DREAM HIGH OST

  1. Dream High - Suzy, Kim Soo Hyun, Wooyoung, Taecyeon, JOO
  2. Someday - IU
  3. Maybe - Sunye Wondergirls
  4. Dreaming - Kim Soo Hyun
  5. Don't leave - Junsu, Lim Jeong Hee
  6. My Valentine
  7. Winter Child - Suzy
  8. banyak lagilaa..Click here to see next!






so far..
Palingggggg sukaa gilagilagilaaa laa.* Jong Hoon, Jaejin ( ft island) , Min Ho (shinee), Nickhun 2PM..haha.. he's next! 



OHHHHH...


KIM SOO HYUN..
saranghae oppa :D





p/s : lelaki bermbut pendek? whoaa..kemas!..sukesangatttt :D



====================================





romanization Lyrics 


I dream high nan kkumeul kkujyo
himdeul ttaemyeon nan nuneul gamgo
kkumi irwojineun geu sunganeul 
gyesok tteoollimyeo ireonajyo

duryeoumui kkeuteseo nan oneuldo heundeullijyo 
tteoreojilkka bwa naraoreuji motaneun eorin saecheoreom
jakku naega hal su inna nae kkumi irwojilkka
naeditneun georeum han 
georeum georeumi dasi duryeowo jil ttaemada

I dream high nan kkumeul kkujyo 
himdeul ttaemyeon nan nuneul gamgo 
kkumi irwojineun geu sunganeul 
gyesok tteoollimyeo ireonajyo

I can fly high naneun mideoyo 
eonjenganeun jeo haneurwiro 
nalgaereul pyeogo nugubodado 
jayuropge nopi nara oreulgeoeyo

neomeojin nal ireukyeo jul yonggiga pillyohajyo 
meonjireul teolgo dasi ireona tto han beon ttwieogal yonggiga
dasi han beon nareul mitgo naui unmyeongeul mitgo
modeun geol geolgo nae kiboda nopeun 
byeogeul ttwieo neomeulgeoeyo

Dream high a chance to fly high 
apeumdeureun ijen modu da bye bye 
haneure inneun jeo byeoldeulcheoreom nopi narabwa ni 
kkumdeureul pyeolchyeo boneun geoya
time for u to shine
ijebuteo sijagiya gotta make em mine
ni soneuro irwoga mirael duryeowo hajima
ijen himkkeot jasinitge georeoga 
Destiny sungmyeongiji meomchul su eomneun unmyeongi 
jigeum uri nunape pyeolchyeojiji
igeon neoreul wihan whole new fantasy 
geureoni ijebuteo yeogi nae soneul jaba
uriui mokpyoneun jigeumbuteo hana 
kkumgwa mirae pogihaji anha jeormeum 
yeoljeong yeogi moduda Dream High


english lyrics

I dream High I have a Dream                                                                       
When it gets hard I close my eyes                                                               
while replaying the moment                                                                       
my dream come true I get up

I shake in the face of fear today as well
Like a young bird who’s afraid to fly in fear of falling down
I keep asking whether I can do this
whether my dreams can come true
Whenever I make a step by step
the fear comes back

I dream High I have a Dream 
                                                                                  
When it gets hard I close my eyes                                                                                                   

while replaying the moment                                                                                       
my dream come true I get up

I can fly high I believe
That one day into that sky
that I will spread my wings
and fly up higher than anyone before

I need courage
to help me get up
the courage which would make me jump again
after brushing the dust off
Believing in myself and
in my destiny once again
Risking everything I will jump over the wall
higher than myself


I dream High  I have a Dream   

                                                                                
When it gets hard I close my eyes                                                                                                   

while replaying the moment                                                                                       
my dream come true I get up

I can fly high I believe
That one day into that sky
that I will spread my wings
and fly up higher than anyone before


Dream high a chance to fly highfrom now to all the pain bye byetry and fly as high
as those stars in the sky
watch your dreams to unfold for you to shineit’s the start gotta make them mine
don’t be afraid of building your own future
walk on confidently with all your might
destiny is your fate unstoppable destiny
now it’s spreading in front of us
this is a whole new fantasy for you
so just take my hand
our goal now is the same
don’t give up on your dreams and future
everyone with a youthful passion dream high


I dream High I have a Dream                                                                                   
When it gets hard I close my eyes                                                                                                   
while replaying the moment                                                                                       
my dream come true I get up

I can fly high I believe
That one day into that sky
that I will spread my wings
and fly up higher than anyone before