Saturday, July 30, 2011

belum puas lagi


Assalamualaikum^^
Dah puas ke? Semestinya tidak! Manusia sememangnya rakus dan tamak. tamak mahukan duit, tamak mengejar kebanggaan, tamak membeli makanan, tamak kepada kebendaan duniawi dan sebagainya. Ledakan tamak yang membuak-buak akan menjadi kritikal dan impak yang maksima sekiranya perasaan tamak itu tidak dikawal dan dibendung. 
*eh, apahal macam jawab soalan karangan SPM je ni. Haha


Okaylah. Apa yang ingin dibincangkan pada enteri kali ini ialah :



venue : The Gardens, Mid Valley
 
Nafsu makan.


Aku paling suka makan. Aku akan makan apa sahaja bermulalah daripada batang sayur, ulam pelbagai jenis lebih-lebih lagi yang tertanam di belakang rumah aku, hingga ke nasi 3 pinggan pun insyaAllah aku mampu. haa. dan apa-apa jelah kecuali..

makanan laut (tapi ikan aku lahab je) semua jenis keturunan udang,ketam,sotong,lala ke hapa aku tak makan.(rasa nak muntah) jadi.. kalau nak ajak aku pergi makan lobster besauuuuuu punye, ketam gedabak ke..Sorry, I’m not interested + I lose appetite already. Huhuhu.(bukan memilih..tapi memang tak boleh makan)

……………………………


Ada beberapa situasi yang tidak menyenangkan dalam hidup aku :

Situasi 1 
> ee.. kesiannya kau ni yana.. rugi tau tak makan seafood.

Situasi 2
> Kat laki kau pun kesian..tak dapek nak makan seafood selalu, apatah lagi nak kau masak.

Situasi 3
> Patut la keding ..tak makan seafood rupanya..maintain tiang je dari dulu sampai sekarang.


..Situasi berikutnya berlanjutan hingga ke hari ini, dan saat ini.. puiihhhhh


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berdasarkan situasi tersenarai di atas..aku tiada rasa sedikit pun nak mencuba makanan laut dan tak rasa rugi pun lah.. bagi aku lagi jimat, seafood kan mahal.

Untung laki aku, tak payah nak belanja seafood bagai..hehe


 
“hari-hari melantak ikan, ayam, daging ye banggg”. Hahaha.


 ok. mekaceh sudi bace :D




puasa dah nak dekat.. maaiiilah rasa makanan baru.. kang kempunan perut tuu.
aku syorkan ... : ) Bim bim bap

Friday, July 29, 2011

Mega Giveaway by Yana & Cik Putih


Assalamualaikum^^


haaa.. itu diaa.. mood sudah mari. haha.. lepas join contest, kita join lah GA lah pulak an..EK EHH! kalau dah ada orang yang bermurah hati nak bagi duit, hadiah segala lumayan tuuu.. kita kenalah grab.. harapan siapa yang tak menggunung kan? tak kisah la harapan tu terbang melayang ke, yang penting USAHA dulu..*sebab tu aku punyalah gigih dalam mencurahkan entri sebegini. hehehe.. 

so, kesempatan nak menyambut Ramadhan ni..aku doakan kepada semua penganjur ,sponsor GA dan contest yang ada diluar pagar sana supaya mereka murah rezeki dan diberkati.amiin. ~inshaAllah.

.
.
.
.
.

YAYYY.. MEGA GIVEAWAY;
sumpah nak terjojol tengok hadiah-hadiah best




jangan malu-malu picit semua ni yea..
|
>cik penganjur : YANA & CIK PUTIH <


senarai sponsor yang budiman:
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 

ok.sekian.

Tuesday, July 26, 2011

ETONG'S ME AND MIRROR CONTEST



assalamualaikum^^


apakah cermin sudah sebati dengan diri anda? jikalau jawapan anda YA, 
tahniah anda normal. EHH! underweight, overweight, obesiti tiada kena mengena di sini yea..hehe


aku dengan rasa berbesar hati sungguh teruja kerana cik penganjur blog sendiri yang turun padang menjemput hamba join contetst ni.maiilaaah.. bukan susah pun.. pergi depan cermin,tangkap gambar,buat entry & post. wehh.. sambil minum ribena pun boleh dapat hadiah la. manalah tahu rezeki kan..hehe.oleh itu, marilah kita bersama-sama menyemarakkan suasana contest ni.. alahaiiiii..
bila masanya lagi? masa camni la kita nak buang tebiat. haha..kang kalau dah tua bangka tak ke batak sungguh perbuatannya itu  :)



terma & syarat penyertaan terdapat di blog cik penganjur




gambar yang diperjuangkan

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


 
ewahh.. dalam fitting room pun sempat.. 
kemain lagi.. ( tehee :)



"Saya suka bergambar di hadapan cermin kerana ...... "

depan cermin laa tempat afdal nak syok sendiri..takde laa nak susahkan orang ambilkan gambar posing habisss lagi maut tu kan. (malu mak) haha.. lagipun, memang dah secara lumrahnya ambil gambar depan cermin sebelum keluar memane..baru confident.. ececehh

tags :
  • ayu
  • nina
  • semua followerkuh juaa

sekian.. ma'salamah

Friday, July 08, 2011

SAKIT KRITIKAL !


Assalamualaikum^^




kehidupan aku agak dah berubah sekarang.aku LEMAH! tak kuat macam dulu lagi.. aku tak berdaya nak update blog macam dulu yang kebiasaanya aku mencurah entry sebanyak sekali sehari. OHH! aku dah cuba! tapi..


tak boleh! rasa seperti kesemua lecturer aku pasti akan menyimbah! menghumban assignment dan kerja di mana bebannya yang sama seperti memerlukan peruntukan masa selama sebulan! (susunan ayat aku tak indah langsung) HAHA. okaylaa..


sekarang agak sibuk sebab cuti mid term bakal menjelang minggu hadapan.. sudah PASTIIII ! quiz, test sana-sini.. hari cutiku pula dipenuhi dengan kegiatan yang rumit! perlu menghadiri Modul selama 2 hari, menyertai aktiviti kolej perhentian.. senang cerita, asal pagi sampai petang menghadap modul, lepas tu kena gotong-royong..ada pula lagi BBQ.dahla kelas pack.lepas tu, lepas tu.. bila masanya aku nak buat assignment? prepare for the test? 



CTU241 - assignment Konsep Pengagihan + presentation
BEL311 - paraphrase + making outline + reading comprehension + speking pre test
ECO211 - tutorial (5pages)
QMT 181 - PYQ (oct + apr 2010) + test
ARABIAN - test + choral speaking
Kembara (koku) - kertas kerja tasik kenyir + presentation + pendakian air terjun
MGT 269 - nasib baik tak ade !!!


need to finish within one week ! 



ADUUHHH..

sakit kepala! 



ADUHHH..

SERABUTTTT !

.
.
.
.
.

Adehh..adehh

Sakit hati pun ada niiii !

*** Adoiii.. nak CAP IBU & ANAK

  • Dahh..dah.. kang dengan korang-korang serabut..OHkay. setakat ini sahaja yang termampu. SEKIAN TERIMA KASIH :D


HAMBA redha..

Friday, July 01, 2011

hari ini dapat RM 1000.



Assalamualaikum^^




syukur..alhamdulillah~ setelah berbulan-bulan lamanya menunggu beserta dengan berkat doa dan kesabaran.. akhirnya..dapat jugak..hehehe.. EH! apa ni? duit durian runtuh ka? laah bila pulak musim durian? BUKANNN..  EH! duit turun dari langit ka? PUNN BUKANNN.. abehh.. celah mana pulak aku dapat free-free je ni?


apa pun.. bukan NUFFNANG yang bagi.. sebab aku still tak tahu dengan natang tuh.. apa lagi Buffered Earnings ,hantar ticket bagai..memang aku tak reti ! ate..koma ajar laa.. teman dok reti lew.. hehe.. yang lagi sedih akaun Nuffnang aku tak pernah naik.. 0.00 je..stats naik je memanjang. tapi, takpe lah.. niat berblog pun suka jea bagi terisi masa lapang..eceh!



TERIMA KASIH PBTM !

Persatuan Bekas Tentera Malaysia.. terima kasih banyak-banyak kerana telah menyumbangkan sebahagian wang kepada akaun Bank Islam aku di mana jumlah akaunnya sering sahaja susut. hee :) dan..yang paling aku berterima kasih kepada my beloved abbah.mekacehhh bah.. abbah aku seorang bekas sarjan tentera..so, PBTM memang akan bagi sejumlah wang kepasa anak bekas tentera yang melanjutkan pelajaran..

.
.
.
.


HABUAN KEPADA PELAJAR BARU IPT..


Okay.. korang tuu yang baru masuk IPT.. rajin-rajinkan lah diri cari permohonan kat internet ke hapa ka.. IPTS? i'm not sure.. macam last year..aku ada apply for Hadiah IPT by Selangor.. memang dapat.. Diploma je dah RM1000. kalau degree berapa ya agaknya? tapi ada syarat-syaratnya lah..like Hadiah IPT Selangor tu..mestilah samaada IBU /AYAH /PERMOHON lahir di Selangor.nasib ayah aku lahir kat Selangor..aleh-aleh duit masuk kat aku jugak.. hehe..

tahun ni pulak.. PBTM pula sedekah kat aku.. syukur..alhamdulillah.. sujud syukur :)
apa pun..tak boleh nak happy sangatlahkan.. sekarang ni belanja tinggi de. sebulan mahu tak RM300++. aishh.. ada duit susah.. tak ada pun duit susah..okaylah bye..



p/s : teringinlah dengan sekeping ni..



hee :D thanks for reading..
mood : tidur nyenyak ler malam ni