Monday, August 26, 2013

LOBAK GORENG sedap bak hiang!


Assalamualaikum^^


 

hari ini hari malas sedunia. tak kuase aku nak taip panjang menjela
jadi..aku mau gelojoh memperkenalkan wajah lobak goreng yang SUPERRRRRRRR lazat ya bedaa beduuuuu! tak pasti kenapa perlu ada ya bedaa beduuuu. kau sedang melompatkah? kau tanya aku kah?
sudah tentuuuuu lompatttttt weiiii.sumpah sedaaaaapppppppp ini makanan..macam char kue tiaw.. tapi versi lobak!  ahhh, gituww


tidakkah itu bagus? kue tiaw digantikan dengan sayuran (lobak putih).. superrrr & RARE sungguh! idea sapoolah ni :) muehehehe

aku tak pasti (sekali lagi tak pasti , namun unsur gharar tiada di sini! harap maklum) makanan ni berasal dari mana..sesuka hati jiwa raga bakul dan beg aku ja kata sedap bak hiang.. yang pasti bukan berasal dari utaghaa.. rita rudaini suka sebut bak hianggg.jadi aku rasa macam best nak guna. wakhwkahwkahakakakakakak


 


jadi, anda sekalian boleh mendapatkannya di SOGO, KL
(jangan kata kau tak kenai tempat ni wei???)

SOGO KL Food Court (Level 6)
190 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

sila order dan bayar RM 4.50 untuk merasai kesedapan lobak goreng iniiiiiiii





apa korang dah rasa? sedap tak?
jangan bagi aku malu sensorang..cakap sedap sekarang! hehehhee




 
1st time aku makan benda ni time shopping dengan Nad, (3 bulan lepas mungkin)
kahakahkahakah.. tapi tak tipu, sampai sekarang aku ingat sedap dia camna :)
#nakthrowbackboleh?
#OK!TAKPAYAH!
#hashtagcengginiapabaguskekau? puahawkawhah



tak pasti lagi.tadi kata malas nak taip memanjang.aishhhh.. nasib baik tangan ada 2, jari jemari runcing ada 10. cer kalau tangan ada 4.jari jemari ada berapa dah? boleh imagine aku taip pung pang pung pang boleh masuk "Book of World Records" (melampau kau!)

ok. slot makan tamat. selamat berbuka ucapkan pada diri sendiri.
gigih betul taip enteri makanan time puasa2 ni. #SALAM LEBARAN #19 SYAWAL






Thursday, August 22, 2013

Perempuan dan shopping adalah BFF!



Assalamulaikum^^



 "Perempuan dan 'Shopping' memang tak dapat dipisahkan" walaupun peribahasa ni tak official dalam kamus dewan tapi aku pasti tu dah terpahat dalam sanubari wanita. Perempuan  memang gila meroyan time membeli.ya. itu normal. apa kau abnormal??? tahniah!


aku ni kalau boleh time shopping tu memang nak beli semua 10 helai baju 10 kasut 10 handbag tapi...
duit tak de kan.wkakwkakwhahwkaaka. selagi almari kat rumah tak meletup mari kita memeriahkan koleksi.padahal dah meletup pun T.T
peranan mak kat rumah plak membebel dup ploh pat jam.. hahahhahaahahaha
kalau keluar ada je beli nye. kalau duk rumah pun ade saja barang sampai depan pintu rumah. kuanghajooo aishhh pos laju ni. mekaseh..puahahaha..



 

tapi !!! ada lagi satu penyakit kronik orang perempuan ni. dah beli baju beriban-riban lepas tu mula cakap tak de baju nak pakai. (aku la tuh!) Vahwhahhahhaa. kalau esok nak keluar, aku memerlukan minima satu malam untuk pikir baju apa nak pakai. hahahha. last-last esok pagi aku capai baju lain, baju yang sama gak pakai tiap kali keluar! dasar perempuan gile!!!



  • bila membeli tu hapa tak hingat dunia. balik rumah sedar2 berguni beg bawak balik kahkahkahkah.. pastu mula nyesal"alamakkkk.apahal aku g beli baju ni.." 

  • bila menyesal.kita akan repeat. means... g shopping lagi sampai puas. ye..sampai puas nafsu serakah kau!!! selagi tak puas, kau tak puas hati.... bila tak puas hati. kau beli lagi dan beli.

ok. nampak dah kronologi shopping tuh camne? hahahahaha..


jadi...dalam kes ni. NAFSU ialah punca / penyebab/ faktor utama duit kau melayang. puihpuihhhh.
susah betul nak lawan nafsu membeli ni lagi-lagi kawan kau semua setan."ahhh..cantik ni. ambik! ambik!"
wahahha. mari lempang kawan cenggitu.




gambar hiasan



SO? apakah cara terbaik nak melawan nafsu tu? 

aku pelan-pelan la ni musabah diri. kuatkan iman tak mo beli bazir amala syaitan ni. tapi....... pantangla duit ada kan.mesti nak beli jugak. aishhhhh.. 

"tak pe. ni last.. ni betul-betul last" padahal dalam hati istighfar ni. tapi TERbeli gak. waaaaahuaaaaaaaaaa
so, betul la "Perempuan dan shopping adalah BFF!"






Wednesday, August 21, 2013

Allah menguji hamba-Nya. tapi, KENAPA???



Assalamualaikum^^








Terasa diri ini sering diuji. Kesakitan. Kepayahan. Kegagalan. Kemiskinan. Perpisahan. Kesedihan.
Ya. Tanpa kita sedari kita sudah persoalkan kuasa Allah. MashaaAllah. 

Siapalah kita? Kita hanyalah hamba yang kerdil lagi hina. dan langsung tak berhak menyoal, bahkan..kita yang akan disoal kelak! Setiap kali diuji ingatlah....


ان لله و إن اليه راجعون
"Kami milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan"


Ia mengingatkan bahawa kita milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. 
Janganlah kita mengeluh dengan ujian, musibah, bencana yang Allah berikan, kerana habisnya satu ujian itu.akan datang pula ujian yang lain. Ujian itu rahsia Allah. 





here, al- Quran menjawab segala pertanyaan manusia kenapa kita diuji.
credited to : http://anak-qurani.blogspot.com/2011/10/al-quran-menjawab-jangan-mengeluh-dan.html

KENAPA AKU DIUJI ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUSTRATION ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT  ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”




 




Monday, August 19, 2013

Baju oren dalam kenangan!



Assalamualaikum^^


DULU akulah yang paling bangkang sekali kalau nak kena beli baju korporat ni. Apa kejadah!!!! dah last semester la baru terhegeh-hegeh nak design baju, suruh orang beli dan pakai. Alasanku sekadar di mulut... last-last beli jugak ..............
terbang 60 ringgit Malaysiakuh muehehehehe (makan seminggu pun lopeh ni)


Q&A session
nervous orang pertama tanya soalan.terusssss soalan bodoh yang keluar T_T erghhh
 tengok lecturer dengan kawan kat sebelah...senyum ada makna tu. hmmmm xpe xpe








mula-mula dapat baju ni..semua orang tak puas hati..dahla eja ENTREPRENEUR salah.
apalah ke buruk beno ghupenyee
kalau aku design mesti meriah ngko! hahah..nasib baik bukan aku.
kata pun mula-mula..tapi tibai jelaa. time pakai buat2 jela bangga..aku okay je pakai setiap hari rabu. heheheheh ada yang kata geng dengan mokcik cleaner laa.. persatuan van kunyit laa
tapi memang pun..sama orennya.
=hamba redha=




 

tapi aku silap... segala makian aku mintak maaf yeeeee
kihkihkihkih...
senang ada baju ni.boleh boria satu kelas. tak payahla ngko berebut dan berdiskusi nak pakai baju apa.
kan nampak satu kelebihan kat situ..nampaklah formal sikit kalau ada Lawatan sambil Belajar.
ok. nampak dah RM60 it is worth it..hehhehehehe

picture courtesy from Penang Port


 


so..... as the memories never fade. ecewahhh
aku pun mengabdikan gambar-gambar baju oren tudung oren ni sebagai kenangan kau dan aku~~~
wkwkakwhahahha
 bila lagi nak pakai kannn.. itu sebab aku tepek kat blog & up entry ni wuwuwuwuwu




ok.tak sah tak ada gambar dengan abang geng aku ni !
sengaja ambil  nak sumbat dalam report. jadi kami telah sepakat membawa berkat ajak abang ni memeriahkan report kami.hehehhe
OH YE!
sebabkan aku rase aku kecik aku order la baju size S. tapi.. ianya meleset..singkat habis baju eden
Uhm..nak kata tinggi tu takda laa. 163cm in height je pun..puahahahaha motip sangat ken kau???







from left : jemah, joyah, bedah, senah, kiah, temah

sengaja curi gambar ni.rinduuuuuuuuunye!
semua makcik2 ni buat muka makcik2.
comel belaka makcik2 ni. makcik ghase rindu yang menebal kat makcik2 yang lain
apakah makcik2 yang lain rindu makcik kat sini???
apa ngko rasa best tak aku taip makcik2 ni banyak kali.
wakakwkkahahahawhawakka





 

tak boleh lupa..makcik2 ni menonjolkan kehebatan memasing dalam gelanggang roller skate.
 jatuh gedebuk macam nangka masak ranum berapa kali dah. 
nama pun kawan.. ketawa menangis jatuh bangun pun bersama heheheh

tapi. berdasarkan situasi gambar di atas, aku baru lepas jatuh lah tuh..
but what are my best friend's did was...
I will pick you up after I finish laughing!!!

yes.. YOU ARE MY BEST FRIENDS. TRUE FRIENDS. hahahahahahha



Thursday, August 15, 2013

SENARAI KESYUKURAN


Assalamualaikum^^



OK.tak nak merepek banyak. Mari kita mulakan.. Bismillah....

  1. Saya bersyukur dilahirkan dalam Islam.
  2. Saya bersyukur ada mak abah.
  3. Saya bersyukur ada orang sayang saya.
  4. Saya bersyukur ada orang yang nasihatkan saya.
  5. Saya bersyukur masih hidup supaya untuk terus beribadah kpd ALLAH.
  6. Saya bersyukur mempunyai tubuh badan yang sihat.
  7. Saya bersyukur abah hadiahkan handphone.
  8. Saya bersyukur makanan sudah tersedia tiap kali sarapan. makan tengah hari. makan malam.
  9. Saya bersyukur dapat masuk Uitm Dungun dan saya sedar banyak perubahan dalam diri saya
  10. Saya bersyukur ada kawan yang ambik tahu pasal saya
  11. Saya bersyukur rezeki dari ALLAH tak pernah putus untuk hambaNya
  12. Saya bersyukur dulu saya aktif dalam olahraga.badan beruniform membuatkan saya tak lembik dan pandai berdikari.
  13. Saya bersyukur mak abah tak pernah kongkong hidup saya
  14. Saya bersyukur dalam kelas bila menyalin tak perlu nak kehadapan. (tajam penglihatan)
  15. Saya bersyukur saiz senang cari kalau cari baju ke seluar ke hapa (perlu lagi merungut kuruskah
  16. Saya bersyukur kulit muka tak kisah tonyoh apa pun. Kulit tak bermasalah.
  17. Saya bersyukur saya suka makan sayur.ulam dan segala yang vegetarian.
  18. Saya bersyukur mempunyai metabolism yang tinggi. (berak hari2 wehh!)
  19. Saya bersyukur tidak anti sosial.
  20. Saya bersyukur ada udara untuk saya terus bernafas.
  21. Saya bersyukur umur masih panjang.
  22. Saya bersyukur boleh makan nasi lemak pepagi dan pilih apa yang suka.
  23. Saya bersyukur semua keperluan ada.
  24. Saya bersyukur Mesia aman damai.boleh solat kat mana2 je
  25. Saya bersyukur Allah bagi ujian kat saya
  26. Saya bersyukur ada bekalan air bersih.
  27. Saya bersyukur boleh makan banyak2 dan tak yah risau badan gemuk.
  28. Saya bersyukur tak ada lemak berlebihan so tak perlu ke london weight management.
  29. Saya bersyukur badan saya yang susah nak gemuk ni.
  30. Saya bersyukur tak perlu nak mengangkut air.air paip tersedia dah.
  31. Saya bersyukur sekarang semua ada di hujung jari. online je.tengok2 baju sampai depan rumah.
  32. Saya bersyukur mempunyai keluarga aman, bahagia sentosa.
  33. Saya bersyukur saya tak makan seafood. bukan takut gemuk.tapi seafood buat aku nak muntah!!
  34. Saya bersyukur dilahirkan dengan cukup sifat.
  35. Saya bersyukur gigi saya berlapis.so, rasa macam mahu rendah diri je selalu & jauhkan dari sifat riak/takbur dengan kecantikan yang ALLAH bagi. alhamdulillah pinjaman ALLAH.
  36. Saya bersyukur saya tak tinggi sangat tak pendek sangat.
  37. Saya bersyukur saya suka minum susu.kesiannnn toi tengok orang xboleh minum susu.sedappp gile!
  38. Saya bersyukur mak abah dan adik beradik saudara mara sahabat handai saya masih sihat.
  39. Saya bersyukur atas ikatan yang terjalin antara saya dan orang lain.mohon salah silap saya di maafkan.
  40. Saya bersyukur melihat orang lain gembira.saya tumpang sekaki
  41. Saya bersyukur kedudukan Malaysia terletak di tempat strategik, pelbagai culture dan makanan best best belaka.
  42. Saya bersyukur saya dah berjaya setelkan Diploma.
  43. Saya bersyukur ikan di laut tak pernah habis.
  44. Saya bersyukur ada siang dan malam. sungguh besar ciptaanMU YA ALLAH
  45. Saya bersyukur ada orang nak baca entry ni. terima kasih daun keladi.baca la lagi..
  46. Saya bersyukur saya tidak terjebak dengan lembah atau kancah yang negatif. mudah-mudahan *jauhkanlah aku dari kegelapan keraguan dan perkara yang keji dan mungkar.
  47. Saya bersyukur masih berada di atas muka bumi yang nyata.
  48. Saya bersyukur dikelilingi dengan orang2 yang happening.
  49. Saya bersyukur akan keseronokan dan kemanisan iman yang saya kecapi.moga istiqamah yana!
  50. Saya bersyukur saya berjaya menyenaraikan semua kesyukuran yang tiada had ini.
  51. Saya bersyukur ALHAMDULILLAH.....
  52. Saya bersyukur ni dapat taip panjang2 sambil bau kari ayam mak yang sedap fuhlamak lapar gila


Andai kata salah satu nikmat ini ditarik..janganlahhh bersedih kerana ada banyak lagi nikmat yang kita kecapi saat ini, hari ni. kalau engkau bersedih, yakinlah..ALLAH ITU MAHA MELIHAT, MENDENGAR AKAN DOA HAMBA2NYA...BERDOALAH... BERSYUKURLAH!!!

NIKMAT APA LAGI YANG KAU DUSTAKAN????????????


 




sila rujuk kesyukuran yang bernombor 35. wakwkkakkwkakkakahalahlahkahkahkah.. 
berani mati betoi pengakuan macam ni.. takpeee.. imperfection is unique (:sedapkan hati) hmmmmmm..tak kesah kalau orang tak terima. yang penting dengan ALLAH bukan dengan manusia..



CARA-CARA BERSYUKUR :

  • Syukur dengan hati, iaitu kepuasan batin atas anugerah. (sujud syukur)
  • Syukur dengan lidah, dengan mengakui anugerah dan memuji pemberinya.(ucaplah ALHAMDULILLAH)
  • Syukur dengan perbuatan, dengan memanfaatkan anugerah yang diperoleh sesuai dengan tujuan penganugerahannya. ( menggunakan nikmat tersebut ke jalan yang diredhai Allah)








sesungguhnya ALLAH berfirman :
“Jika kamu bersyukur pasti akan Kutambah (nikmat-Ku) untukmu, dan bila kamu kufur, maka sesungguhnya siksa-Ku amat pedih” (QS. Ibrahim [14]: 7).


alhamdulillah
haaa.. kari ayam mak siap da.hihikk. mari kita makannn ^_^



selepas puas bertapa


Assalamualaikum^^



ouhhh..perasaan ini.. dua bulan dahh rasanya.. yee!!! dua bulan dah kandungan dalam perut ni ha. motip kau bold???? wkwkakwkakkwkakwka..cakak owang ganu lahhh.. pale otak mung!!! hehehehhe 2 bulan tak update blog ler

alhamdulillah.. kini.aku kembali.. kembali merapu serta meraban. lepas..hmmm.. lepas puas bertapa kat gunung Anjasmara. amboiii.. nak asmara je.hihikkk. ni budak SPM baca ayat gini failed dah ni.. kahkahkahh
so, akak nasihatkan dik. jangan baca yang merapu2 ni.akak tahu korang tension.saja buat lawak.

tapi..langsung tak kelakar T_T
kan?




ALHAMDULILLAH... almost seminggu dah kira meraikan syawal.. seronok kan. tumpang gembira tengok semua orang happy. aku pun seronok makan itu ini.. muehehe.. masa raya keempat kot (sila rujuk gambar yang tak seberapa tuhhh) dahla baru je lepas selesai ziarah-menziarahi beraya 3 buah rumah.singgah festival city pun cari makan jugak tuh.. buruk beno upenye.makannn je tahu..tapi. tak pa la kan..bukan cari laki..makan je pun.wahahhaa.. laki dengan makan pun kau nak kaitkan dah kenapa kan? .kahkahkah



macam nilah life wa sikarang.. duduk rumah..makan tidur. solat 5 waktu alhamdulillah... adalah saki baki barapa minggu lagi..sebelum aku sambung belajar balik.. *feeling great :) alhamdulillah