Friday, November 29, 2013

Pembakar semangatku





 


anugerah idaman setiap pelajar
tak sangka dapat jugak............




Ha ah.. memang dapat sangat..

dapat pegang JE padahal
hauhuahauhaaa



Assalamualaikum^^


haiiiii korang..  Hari Minggu ni penat sesangat sangat tau..sedar-sedar je meriah tengok dak laki pi kelas pakai baju melayu. nak pi solat jumaat kan.oh.. Jumaat dah rupanya..Salam Jumuaah!

ni yang kena taip lelaju..kita tak boleh lama-lama kat sini.. ni mai singgah sini sat sajaaaa la nak habaq event hari selasa hari tuh.. kita bukan pa.. kengkonon nak coretkan segala kenangan kat blog ni.
"THINGS END BUT MEMORIES LAST FOREVER" ha gituww..
bukan nak gebang apa pun. kita jugak nanti bila bosan-bosan, boleh baca entry lama-lama tu
biasa dah.sendiri taip, sendiri bace.. KAHKAHKAH ^,~ 





Pada selasa lepas, aku menyumbang sedikit tenaga kat event ni.. Sebagai contoh, tolong pegang & angkat dulang, susun hadiah berupa plak dan scroll, bersuka-ria & bergambar tak ingat dunia belakang pentas, cover cun & sengih memanjang atas pentas, ambik gambar & borak-borak dengan DEKAN & TIMBALAN DEKAN..

eh, macam banyak je sumbang aku..  Pada selasa lepas, aku menyumbang banyak tenaga kat event ni
K! dah buat correction dah.



MAJILIS ANUGERAH DEKAN under Faculty of Business Management

walaupun bukan penerima anugerah dekan, kerja menolong belakang tadbir je.. tapi,sedikit sebanyak mendorong aku untuk lebih bekerja keras untuk sem ni dan sem2 akan datang. In shaa Allah..

so, semester pertama untuk degree ni adalah peluang terbaik untuk pulun habis-habisan.. semoga saya lebih rajin! bukan grade/ cgpa tinggi yang dikejar semata-mata.. tapi, the learning process itself! I always ask myself... masa belajar, buat assingment, groupwork, presentation.. apa semua tu? apa input yang kita dapat? how we deal with stress, people around us, sabar tak kita, merungutkah kita? marah, bengang kat kawan buat assignment group entah apa ape.. marah kat lecturer ajar macam tak ajar je. tu semua learning process.
and.. I'll do my best to have a positive learning process :)


eh, banyak pulak membebel makcik ni..




perkenalkan..some of my classmates..

have a great times even it was such a tired day





k. busuk dahhh.. TATA








Sunday, November 24, 2013

HARI MELUAH PERASAAN SEDUNIA + EVENT FOR TODAY



Assalamualaikum^^


what a hectic week.. 



After back from Dungun (convocation ceremony) , I am busy preparing my body to increase running stamina in order to improve endurance, for being a runner for event track and field . as I volunteered to participate for Sukan Antara Fakulti (SAF), UITM.. yes.. I am the one representing for my faculty which is Faculty of Business Management (FBM) ..  but, last Friday was the game. our team was not strong enough, those athlete such a powerful team.  We cannot beat them…

I deliberately tell this story up by showing that I totally exhausted and even so.. today is Sunday, my class (with another 3 classes) and I are doing some projects under the subject of Personal Development. The projects are comprised of talk and community service that held at Kompleks Penyayang Bakti, Sri Damansara. 


as I am the AJK Protocol (person who in charge the speaker) supposed the talk should be conducted by the speaker at 8.30 a.m. in the morning today. I have tried so many many many hundred times calling him. buttttttttttt, he didn’t pick up my call.. and I do not know where is he.. is he on the road? Is he waking up already or not.. does he forget or what? And the list of terrible thoughts goes on in my mind.. I had no idea. Oh! come on… you are DR. tittle.. 
WHAT MANNER OF MAN IS THIS????? 

After discussing with my lecturer, we delayed a while for the talk session and proceed to the next activity by conducting several games (outdoor & indoor games) with orphaned and some of old folks there.
YOU KNOW HOW STRESSED AM I……….


It's okay...life must go on...in spite of difficulties and hardships. i am glad that madam (my lecturer) really comprehend as regards on this condition and we got consent to do a talk during class the day after tomorrow. Of course with another speaker..again... i have to deal with the new ones.
May Allah ease.

so here is some of the activities............. :)


(forcing a smile)




JALINAN KASIH KEUTUHAN UKHWAH is the name for the event...


 with some of the team members

 indoor activity..

peluang beramah mesra with Makcik Limah (bukan nama sebenar) ahhahahaa.. berusia 69tahun..
semoga Allah merahmati makcik dan semua ibu-ibu yang lain...
teringat mak kita kat rumah..

sesungguhnya anak-anak...jagalah ibu ayah kita sementara mereka masih ada..sayangilah mereka, doakan mereka..sedekahkanlah al-fatihah kepada mereka..
(*sedekah al-fatihah tanda sayang..bukan untuk mati je)







outdoor activity...




class of BM 2313L


hari meluah perasaan.. sorry for my poor English writing...



Saturday, November 23, 2013

Bibimbap





Assalamualaikum^^





ini ialah wajah bibimbap yang selamat berada di dalam perut saya.. di mana saya makan pada waktu tengah hari tadi.. sekarang saya ... tengok terliur dan mahu makan lagi.. ergh, laparrrrrr daaa ni T.T

apakah aku racist asip promote makanan korea je? oh tak. tak.. korean dish is dah macam sebati dengan I.. sebab boyfriend kite kan k-pop star.. jadi I pun kena tahu segala jenis korean food.. dah apahal macam gampang je kau ni? HAHAHAHAH







this is the real bibimbap...

it is served as a bowl of warm white rice topped with namul (sautéed and seasoned vegetables) and gochujang (chili pepper paste). A raw or fried egg and sliced meat (usually beef) are common additions.
and that is why i do love to eat bibimbap.. nutritious and rich with vegetables.. siapa tak suka makan sayur memang kesian... tahukah anda di dalam sayur ada chlorophyll sebab tu sayur color hijau...and

what makes chlorophyll so beneficial to our health because it’s such a powerful blood cleanser and blood builder. Chlorophyll delivers a continuous energy transfusion into our bloodstream, replenishing and increasing red blood cell count. And since hemoglobin carries oxygen to our cells, increasing hemoglobin thereby increases the ability of red blood cells to carry oxygen and delivers us increased levels of oxygen – and this is a very good thing.

ok balik kepada sayur ni kan.. pelik la kalau angpa tak suka makan.. dah laa rangupppp..aku suka makan lagi2 kalau mentah.. perghhhhhhhhh... macam makan kopok je youuuuuuuu.. kalau nak kulit muka sihat dan CANTIK, makan laa sayur-sayuran, rumput-rumputan, daun-dedaunan..







 

Gini lah cara nak makan dia.. The ingredients are stirred together thoroughly just before eating..  gaul semua lepas tu sumbat dalam mulut k.. lagi apa lagi nak aku ajar? sorry kalau kurang ajar...

hahaahahahahahah


Tuesday, November 19, 2013

MY GRADUATION CEREMONY






Assalamualaikum^^




Yesterday was my convocation ceremony.. I graduated Diploma in Business Studies from Universiti Teknologi Mara in April this year. After three years, all the hard works, stress, whines and almost gave up moments that I went through was all worth it when I receiving my scroll from the Pro-Canselor; Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad at UiTM Dungun which is known as resort campus. HAUHUAHUAHUAA..



 
ni idea aku la ni sampai terbaring-baring atas rumput.. 
mokcik pokcik yang lepak kat pantai bersabarrrrr je tengok adegan2 dan aksi aku
hahahahahahahahahah

 
  ni aksi bersama kawan-kawan
harussssssss baring jugak,hahahah


gonna miss u the clear blue beach




see.. i told youuuuu..Uitm Dungun resort campus.
bukak pintu, keluar pagar, panjat pagar nampak terbentang luas pantainya..
waktu study tak yah cakap..dengar dentuman ombak pantai memecahkan suasana
ecewahhh...tapi, kat sini kau pisanggggg ah..
selalu aku turun kuantan je pergi menghiburkan diri bersama kawan-kawan..
itu pun setiap semester sekali...mau terbakar duit kau nak pergi tiap-tiap bulan???




AMARAN!!!
SEMOGA ANDA TERHIBUR DENGAN GAMBAR-GAMBAR YANG DISAJIKAN
 ^_^



 


 
 
 
 



 






TEMPAT : SEKITAR PANTAI TELOK GADUNG, DUNGUN
CAMERA : SAMSUNG GALAXY NOTE 1, 2, I PHONE 4S
Tapi, gambar atas ni dari phone aku note 1 (berjasa sungguh)
CETUSAN IDEA ADALAH DARI KAMI BERLIMA
*tiada jurugambar professional


 GAMBAR PRE-CONVO TAMAT!

"habis perut aku lapar balik duk memikirkan nak pilih gambar mana..semua gambar cantik-cantik
macam orang-orang dalam gambar tu jugak.kahkahkah"






.
.
.
.


MY GRADUATION DAY


#OOTD

baju raya tahun ni
kain dan kasut beli tahun lepas kat Zalora
tudung (hood pink, purple) beli minggu lepas kat jalan tar RM 5.80
tudung bawal pink jenama kangaroo beli tahun lepas

hahahahahahahah.. pokoknya, aku takda nak tempah2..
semua pakat tibai apa yang ada

nota kaki : kat Jalan Tar ada satu kedai tudung, baju murahhhhhhhhhhh gila
anda boleh mendapatkannya di Muadz Textile (near Semua House)
kat situ la aku beli hood tudung 5 hingget
haaahahahahahahhahha



A MOMENT TO BE REMEMBER



Thanks to Ustaz Wan (being emcee yesterday) for this photo.. 
dah nak naik pentas masa ni..(I iz nervous) sweet tau ustaz ambik gambar kite, pastu hantar kat whatsapp
hahahahahah..




last but not least,






 


MY PILLARS OF STRENGTH
MY LOYAL SUPPORTERS
MY BACKBONE
...............THEY ARE MY PARENTS 
<3
MAK, ABAH..this is for youuuuuuuuuuuuu :)


alhamdulillah...




Monday, November 11, 2013

SUGAR 21




Assalamualaikum^^



ALHAMDULILLAH... segala puji bagi Allah..
I almost forgot about this post..could not make it yesterday. and.... finally
I am here to update about my 21st Birthday bash.. ok tipu.. tak ada party nye la
kau dah besarrrrr panjang.. doa-doa korang dah mencukupi.ecewahhhh


sugar 21? oh my.. kau nak potong kaki apa? to be frank, i am not a sweet tooth person.
aku lebih prefer benda yang tawar especially drinks la. but not for lauk-pauk or makanan.kau gila apa masak lauk sambal ke, masak lomak ke.. tak kan nak tawar2 kan..so in this case, air je la aku suka tawar hebeh
hahaahhahahaha..mampuih mak mertua datang reject terus apa.
but, i do love cakesssss... and kit kat..and chocolate..ahahaha.yes. imma chocolate lover.


ok then, tu je la updatenye dengan mencerikan serba sedikit tentang diriku.. dengan harapan ada hadiah mengejut seperti kit kat depan pintu. cadbury terbang masuk bilik. forrero rocher bawah bantal. hahahaha
(dinasihatkan bakal suami suka memberi surprise, sebab aku memang sukaaaaaaaaaaaaaa :)



mak kite masa muda-muda and my fresh look baru ambik semalam (amboi)
bezanya aku make-up and mak aku natural beauty
hahhahahah tata

Saturday, November 09, 2013

5 WEEKS LEFT!




Assalamualaikum^^


Hai selamat pagi korang...  amacam? breakfast dah? aku teguk air putih je pepagi ni.. alhamdulillah..
sekarang aku rasa macam susah nak tidur pagi.. huahuaaaaa.. dulu macam lepas kui  9pg cam tu. letak kepala dalam apa keadaan pun mesti boleh lelap.. tapi sekarang dah dok main mata, belai-belai mata pun tak mo tidur jugak.naik hairan mak.. korang naik apa? hahahhahaha.
tak lawak yana!





amacam kelas sekarang? (apa ni, sendiri tanya, sendiri jawab) hahahahaha. kau kekurangan kasih sayang apa??? oh penangan camera 360 (rujuk gambar di atas) dah macam mayat hidup ghupenye.. hahahaaha
ada macam putih tak???  harrrrr..aku baru tukar produk kulit muka sebenarnya. kahkahkahakh

hehehhehehehe.okay.okay..tadi tanya pasal perkembangan kelas kan..ok. stop jap pasal kulit muka.
wuwuwuww.. how time flies... tak sangka tinggal lagi 5 minggu nak study week.lepas tu final exam..
yang aku tak paham.aku pun tak paham apa aku belajar dalam kelas.. T_T


(gambar tak dapat nak diselamatkan lagi) innalillah

oh ho.. i am carrying 8 subjects for this semester. tough is in it? aku rasa sem ni subject paling banyak aku bawak.. sebelum ni 6 - 7 sub je.. oh makkkk aih.. lagi-lagi sekarang uitm ada memperkenalkan sistem pembelajaran yang baru...which is BLENDED LEARNING..

gilaa tak suka.. hantar assignment atas katil je. hahaha. it is like a virtual learning.. alaaa..lecture post soalan through i-learn.. pastu jawab lah.. aku jawab after 2 weeks the questions has been posted. hahahahaha
yeah.. there are several pros and cons.. kalau student pemalas macam aku memang ambik kesempatan laa..buat bukan-bukan... disebabkan blenden learning ni jugaklah kelas dah tak banyak..

mon : QMT 425
tue : MGT 538
wed : ENT 540, ENT 501
thu : ELC 500, ENT 530, TAC 501
fri : QMT 425 ,ENT 542


total class in a week.. 9 kelas je...honeymoon habissssssssss..pastu nanti yana kau merana... 
susah sekarang, senang kemudian.. 
senang sekarang, susah kemuadian
pilihlah mana kau nak... 5 weeks left.tak lama dah tu.. 

please.. i need kata-kata perangsang sekarang.......................




Friday, November 08, 2013

Batch SPM 2009




Assalamualaikum^^





Hari ini hari jumaat.. Seronoknya. Hari minggu yang di nanti hampir tiba..
after half day of classes for today 8am-12noon, aku keseorangan dalam bilik..melayan perasaan.
Roommate keluar berjimban pergi KL, kawan ada pi dating dengan boipren, ada yang balik rumah..ada pi jenjalan... aku? aih, kan dah cakap layan perasaan sensorang tadi

hehehehehhehe.. aku niat nak study hari ni sebenarnya.. tapi lain yang jadi, contoh benda yang lain yang jadi tu seperti tengok movie berjam-jam, main game, golek-golek atas katil pastu dalam melaghakan diri ada sambil-sambil tu.. basuh baju, kemas bilik, sapu bilik, lap tingkap, cuci kipas (amboi, nak jugak bagi tahu buat kerja pekdah? tapi, yang 2 kerja dari belakang tu nampak nau nipunye..






sekarang kan musim hebat kencang budak-budak sekolah sits for SPM examination.. takziah diucapkan pada pelajar yang meninggal ketika jawab soalan spm.ada ke kata soalan spm killer sangat.. tak baik tau korang.. sedekah al- Fatihah cepat...

ok motip sangat kau buh gambar kau..ingat gambar hiasan dinding rumah???  hahahahaha.sejujurnya aku rindu sekolah!!! macam apa je dulu.. bangun pagi pergi sekolah, belajar, pergi tuisyen, tidur.. aku pun tak taulah belajar apa kat sekolah. macam biasalah.semua seminar nak attend. tapi haprak pun tak dak. hahahahahaahhaaha. teruk betul perangai. alhamdulillah..semenjak masuk uitm ni banyak benda aku ambil pengajaran & iktibar. taubat! takmo buat benda sia-sia dah. perhabih boras yo.orang nogori yang kato.eden tak kato..




taraaaaaaaaaa, ni zaman masa jam gedabak besau-besau nau..well, aku tengok muka aku tak da berubah apa sangat pun.. macam tu jugak.tepek collagen berploh inci pun camni jugak.. har, baby face sangat muka i u olls.. hahahahahahaha.penampor nak? gambar ni tak salah pergi lawatan ke FRIM, KEPONG 2009 wo hooo i rinduuu semua kawan-kawan zaman era persekolahan ni...macam-macam rupa,pe'el, karenah ada..




camera dulu 2 megapixel je dik..sekarang u name it..apa yang tak nampak, jeragat? jerawat? lubang hidung pun boleh nampak kan..hahahhahahaha. tambah lagi dengan kuasa hebak mengedit..hambik
muka flawless habis..makcik2 tengok pun nak buat menantu, tengok depan2 tak tahulah..hahaahaha
tapi trend  yang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang adalah ambil gambar depan cermin
 (walaupun mop dan penyodok are part of the view in the pic) belasah! ahahhaha
baik perempuan ke lelaki.sama je.... korang kalau tak pernah buat ada something wrong la tuh..


ok lah.. cukuplah mengomel sampai sini.. 
to all spm candidates 2013, bitauffiq wannajah fil imtihaan!


Wednesday, November 06, 2013

Sweetnya Allah



Suatu hari di kantin, rakan-rakan sibuk gosipkan diriku dengan seorang guru lelaki satu ‘batch’ induksi. Masing-masing tidak membantah kerana daerah yang sama dengan tempat aku mengajar. Tapi takdir Allah, ada seorang guru yang aku panggil dengan panggilan ‘akak’ menyapa.

“Akak tak kisah dengan siapapun awak akan pilih, tapi satu pesan akak apa yang kita inginkan mintalah dengan Dia dalam solat dhuha. Buatlah solat dhuha dan khabarkan hajat itu padaNya.”

Aku terdiam. Setelah lama berfikir akhirnya tergerak hati ini untuk tunaikan solat dhuha. Selama ini aku sekadar membaca kelebihan orang yang tunaikan solat dhuha.



Sweetnya Allah dia sampaikan hidayah kepadaku melalui orang lain. Kini, impian untuk mendirikan rumahtangga telah tertunai meskipun bukan dengan lelaki tersebut.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi, terdengar suara rengekan si kecil Zahra tanda lapar. Lantas aku bangkit untuk bancuh susu. Terdetik di hati kalaulah aku tunaikan solat tahajjud sementara menunggu Zahra habiskan susu lagi baik. Mungkin ini panggilan dari Allah untuk hamba yang dikasihiNya

Sweetnya Allah dia kejutkan hamba-Nya untuk bangun malam dengan cara yang cukup lembut. Adakalanya kita bangun di tengah malam untuk buang air kecil dan lapar, itulah tandanya Allah bangunkan kita untuk merintih dan mengadu pada-Nya. Namun seringkali kita alpa dan lupa.





Seperti biasa aku menjalani rutin harianku setiap hujung minggu untuk memandu  balik ke Terengganu berjumpa suami dan anak.  Sesungguhnya hati manusia ini sering berbolak balik. Terdetik juga di hati kenapa aku tidak mendapat peluang seperti orang lain hidup bersama-sama suami dan anak-anak. Teringin sekali masak menu kegemaran mereka untuk makan tengahari dan malam. Menghabiskan waktu petang bersama-sama.

Tapi sweetnya Allah dia ingin tarbiyyah diriku dengan sifat sabar. Tanda kasih sayang-Nya kepada hamba. Barulah aku terfikir Allah rindu akan rintihanku. Mungkin apabila bersama dengan orang yang aku sayangi, masa untuk aku mengadu pada-Nya lebih singkat dari biasa.

Sweetnya Allah aku diajar  untuk menjadi seorang yang redha dengan ujian-Nya. Aku manfaatkan masa sepanjang perjalanan selama enam jam itu untuk berzikir dan berdoa kepada-Nya agar kami diberikan kesempatan untuk hidup bersama. Dengan imtihan ini aku kenal erti kasih sayang,lebih menghargai,bersyukur, perikemanusiaan dan sabar.

“… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah, ayat 216)

Adakalanya kita persoalkan mengapa harus kita yang diuji dengan kesusahan dan kesakitan. Tapi pernahkah kita persoalkan mengapa kita yang harus mendapat kejayaan dan kenaikan pangkat ini, bukan orang lain?
Sweetnya Allah dia uji hamba-Nya untuk meningkatkan keimanan dan menghapus dosa-dosa silam jika kita redha dengan ujiannya. Di setiap kepahitan pasti ada kemanisannya.


“… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.” (Surah Al-Insyirah)

Kehidupan manusia di bumi tidak ubah seperti seorang pengemis. Yang sentiasa meminta pada Ya Wahab agar menunaikan segala kehendak kita. Sikap manusia yang sentiasa merasa ingin lebih dan tidak cukup menyebabkan kita sering meminta-minta.

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana nikmat yang ada pada kita adalah pinjaman Allah yang akan dipertanggungjawabkan di padang Masyar kelak.





 




Editor :Abi Aisyah
credit : iluvislam.com

 
SUBHANALLAH... tersentuh hati baca artikel ni.. indahkan hidup di bawah kasih-NYA :)



Tuesday, November 05, 2013

harga binatang lagi mahal dari perempuan tak tutup aurat???





 Assalamualaikum^^


 
 ok.boleh menangis baca kenyataan ni...
 

perempuan bertudung memang ramai, tapi,..
dalam pada yang ramai tu berapakah yang menutup aurat dengan sempurna?
tengok diri-sendiri........




 


hmm..hmmm
sama-samalah kita perbaiki diri... aku pun belum menutup dengan sempurna lagi. in shaa Allah..slow-slow.

okaylah. SALAM MAAL HIJRAH 1435H, 2013M.
semoga tahun baru ini lebihkan ibadah, lebih bahagia, lebih berjaya, lebih baik dan semua lebih.hehehe


credit: here