Wednesday, February 26, 2014

jodoh itu rahsia Allah




Assalamualaikum^^


Jodoh ni pelik-pelik...

jumpa hari-hari, makan bersama, bercinta 6-7 tahun belum tentu lagi ke jinjang pelamin..
tapi, itulah hasrat untuk si dua isi hati. mesti mahu yang terbaik untuk hubungan yang di bina berteguhkan cinta itu.

betul kata orang.. bercinta lama-lama tu tak elok.. hurm...ada orang baru kenal sehari terus ke alam rumah tangga meniti cinta halal bersama.alhamdulillah. dah sampai jodoh dia..tiada siapa yang tahu.

ada orang bercinta bertahun-tahun bila dah kahwin baru tahu perangai sebenar pasangan itu.. selama bercinta ni apa? YA.. sempurna di mata sahaja.

ada juga bercinta bertahun-tahun..di luaran nampak baik.sampaikan perempuan itu tak cari lain.. punya setia menunggu kekasih hati..tapi di tipunya hidup-hidup oleh lelaki durjana

perempuan kata, lelaki sekarang susah nak cari.. kalau baik belum tentu setia.. kalau yang setia belum tentu baik.. tapi memang betul pun, mana nak cari lelaki sekarang ni. tak mintak harta.. minta baik budi pekerti cukuplah..buat membahagiakan..cukup.



jadi, kepada lelaki di luar sana..tolonglah....janganlah mainkan perasaan perempuan.. 


kepada wanita, jangan taksub sangat dengan lelaki.. jaga maruah. jangan berikan maruah anda kepada lelaki yang belum sah jadi suami anda.. hati perempuan ni lembut, jaga-jagalah..jangan termakan dengan pujuk rayu lelaki.. tak perlulah sibuk mencari cinta sejati..jika cinta Ilahi belum di cari..

apa perasaan di tipu hidup-hidup??? ALLAHURABBI.. Allah sahaja yang tahu, sakit hati ini, remuk perasaan ini, punah harapan..... hanya Allah yang tahu.. tiada yang tenang selain mendapat ketenangan-NYA


orang kata, kalau tak dapat di dunia. di akhirat itu ada.. janji Allah itu pasti.. jadi, tak perlulah mensia-siakan hidup dengan cinta entah pape.kalau engkau belum faham cinta itu apa..


(tetibe emosi, biasalah kehidupan)



Wednesday, February 19, 2014

RESEPI: Popia Nestum Horlicks





Assalamualaikum^^


Hamboi. hamboi..kemain makin beranak pulak resepi kat blog ni. tapi, kalau resepi creme brulee, grilled fish with banana leaves, BBQ chicken ranch pizza, nasi arab ke memang tak la ye.. kau tunggu laaaa sampai 7-eleven tutup.. memang tak kan ada. haahahahaha

selalu kuih ni dia punya meriah time hari raya.. orang baru nak datang ke rumah beraya, kuih ni dah habis dulu dek dikerjakan rakus oleh penghuni rumah..har, kan meriah tuuu.. ekekekke..aku pun sesaja buat sebab bahan semua dah ada.just beli kulit popia tu je...boleh la buat makan-makan time tengok tv. ye dak? :)


Bahan-bahan:

  • Kulit popia size besar (50 keping)
  • 3 sudu tepung gandum
  • sedikit air 
  • 2 setengah cawan Nestum
  • 5 sudu gula castor/halus (letak lebih kalau nak manis)
  • 1 sachet horlicks 3 in 1


1. bancuh tepung gandum dengan sedikit air..ia berfungsi sebagai gam, makesure tepung tu pekat ye




 
2. Leraikan kulit popia
3. Gulungkan kulit popiah (boleh guna chopstick/lidi)
4. Gamkan dihujungnya dengan bancuhan tepung yang pekat tadi

 TIPS:
- kulit popia cepat mengering, so..jauhkan daripada angin kipas
- untuk memudahkan proses menggulung, pastikan kulit popia tu lembut
- jangan gulung terlalu padat/ kecil..asal ada lubang ok ye



5. selepas menggulung kulit popia, gunting secara serong macam gambar di atas

TIPS: 
kulit popia ni memang cepat kering..aku nasihatkan lepas gulung terus gunting..tak ada la sakit tangan tu..
buat laa 10, 10.. maksudnya, lepas siap 10 helai kulit digulung, terus gunting...
gunting secara serong ye..baru ade lubang2 tu

dah siap bab gulung & gunting..

6. GORENG kulit popia tu ke dalam kuali dengan minyak yang betul-betul panas
baru rangup gituuuuuu

7. Toskan 


 8. Blend kesemua bahan diatas; nestum, gula, horlicks...
ikut sukatan k. jangan aku kata semua..habis kesemua bungkus gi blend..

 9. taburkan keatas kulit popia yang dah ditoskan minyak tadi
10. sebati dan ratakan
maka, dapatlah serbuk-serbuk ni masuk ke dalam lubang dan itulah fungsi aku suruh gunting secara serong dan jangan gulung padat.

***hasil 50 keping dapat banyak dalam gambar tu je...





 
selamat mencuba yaaa..ini pun percubaan pertama saya
kah kah kah kah (kantoi !)

 happy munching :)

Sunday, February 16, 2014

Happy 26th Birthday, Sayang!




Assalamualaikum^^


kah kah kah... siapa sayang ngko ni? dia pun tak kenal kau kemain nak sayang-sayang eh.. aku pun geli buat tajuk serupa gitu.. tapi...saje nak tingkatkan kontroversi, kurangkan prestasi.. hagahgahahah

aku bukan lah fanatic gilagilalagigila.. tapi, I'm one of the supporters sebab pakwe aku ni (hamboih, pakwe terus tau!) sangat sangat berbakat! good job my dear, Kim Soo Hyun! 16th February 2014, saengil chukha hamnida :)

there are a few things that I like about him:


 1. APPEARANCE:
mana aku tak jatuh hati.. handsome betul pakwe aku,kah kah kah.. aku tahu ramai orang simply judge mana tak hensemnya..plastic surgery je semua tuh.. indeed! tapi, bukan semua tau... kim soo hyun has never done any surgeries :)



 2. GOOD ACTOR:
of course.. semua watak yang dia ni bawak perghhhh...bercelaru jiwa kacau tak tidur malam dibuatnya..
and this is the latest, A Man From the Stars acting as alien.. hahhahaha... tak tahu plak alien ni handsome perfect, selalunya T_T har.tahu kan.. yang pasti aku dah sampai episod 19 sekarang ni. ekkeeekke.apa lagi..sila download!




3. SUPER MODEL & CF:
dengan ketinggian 180cm dan rupa paras menawan yang kacak serta bakat yang ada, kim soo hyun being active in modelling, product ambassador and commercial business. ziozia, bean pole, clinique, maserati automobile, petzl and many more..so much making money and publicity.. hew hew hewwwww




   
4. SINGING & DANCING:
dia ni pun pandai menyanyi dan menari tauuuu comel betul awak ni tahuuuu.. ekekekek. semua ni banyak exposed dalam Dream High :) Ada jugak menyanyi untuk OST Moon Embracing The Sun..hmm..
not bad..not bad. You never failed to impress me :)




  You are just my type! ottokeeeeeeeeee



Saturday, February 15, 2014

My Online Shop: THE SCOSHA











Assalamualaikum^^

harrrr itu diaa... ALHAMDULILLAH :) dah selamat lahir my online shop ni.. ini lah yang mampu buat setakat ni..I KNOW....dah beribannn online shop sekarang..layan tak terlayan je.. bagai cendawan tumbuh.. thescosha salah satu cendawan tu.ekekeke.. tak paaa.. rezeki masing-masing..saya usahakannya sahaja :)



Ouh ye.. aku partner dengan Syira run business online ni.. semua buat minggu ni.. hari selasa beli barang, hari rabu shoot gambar, hari khamis released.. kah kah kah.. gopoh gilaa makcik berdua ni..tapi, baru released Umbrella skirt (seperti dalam gambar) dan Palazzo.. insyaAllah..will updating soonnnnnnnnnnn :)




kenangan parcel 1st customer.. kih kih kih... KORANGGGG.. kepada customer terawal ada a small gift dari the scosha team tauuu...nak tahu apa? jeng jeng..kena la beli babe :) kami buat Ikhlasssssssss...part-part bungkus & pos parcel Syira yang handle. Cantik kan! I pun terggiur tengok (terggiur? cam pelik je)



 

kerja aku ni laaa... ambik order.. menghabiskan air liur dok pung pang promote barang sendiri. haihh
gila tak malu..segannnnn tau nak update memenuhkan wall orang.. tapi apakan daya..itulah namanya marketing..menabur air liur. kekekekek....maluuuuu itew T_T
(I'm wearing SHERRA palazo)




gambar ni aku curi kat page FB: The Scosha..
dah updated pun ohkay :) MARI SILA/ JEMPUT/ SINGGAH/ LAWATI/ KUNJUNGI/ ZIARAHI/ IKUTI ke sana cuci mata...skirt ni serius besttttt.. kain THICK CHIFFON, tak jarang langsung, fit kat peha dan elok cantik je terletak.. harga mampu milik..yang pasti HARGA SEMUA BAWAH RM 55 shj

perkenalkan......inilah business partner I, Syira namanya. ouh lawa.. dia ni memang lawa.tapi jangan hantar e-mail tanya pasal tuan punya badan yea..yang seluar tu je jual  (She's wearing LILIANA palazzo) 
palazzo sekarang pun tinggal 3 pcs je... pisang goreng panas betul palazzo sekarang ni. ekekee


baiklah..itu sahaja update dari thescosha TEAM...jangan lupa singgah yaa page the scosha yang tak seberapa..baru nak merangkak..heheheheeh

FACEBOOK: The Scosha
INSTAGRAM: thescosha
E-MAIL: thescosha@yahoo.com

thank you lovelies!





Friday, February 14, 2014

Bulan Februari Bulan Cinta?





Assalamualaikum^^
Tajuk kemain propa tauuu.. keh keh keh... 

tak ada maknanya cinta-cinta.. bulan Februari ni bulan debaran.. sampai termimpi-mimpi aku dek kerana apalah rupa result aku untuk semester pertama in degree ni.. T_T

bila dah study main-main.. gap exam 2 hari pun sempat melayan korean drama  The Heirs.. maka..inilah hasilnya...aku rasa semester lepas, aku punya usaha + study 50% jeeeeeeee....wkaakakakak.. aku dah silap..sepatutnya degree kena work lebih lagi..tapi aku masih dalam mood honeymoon, bersenang-lenang sesuka hatiku...uhmmmmmm... yang paling penting tak ada repeat..itu dah cukup ALHAMDULILLAH SYUKUR~






aku rasa aku dah faham sangat diri aku ni.. 8 subjects tu berat sangat oi.. 1 subject pulak sampai 15 chapter perginya..itu baru satuuuu.. JADI, itu yang study kelaut..heheheheh
habis punah harapan nak merasa ANC.. haahhahahaha (berangan ngko ni apa tak malu ke???)

takpaa.. baru permulaan.. ini yang membakar semangat nak study gilagilagilaaagilaaa ni..ekekeke... aku akan pastikan aku grad dengan pointer 3.85 ke atas.. amboiiiiiiiiiiiiiii


 

:)     T A T A




Monday, February 10, 2014

What I am up to







Assalamualaikum^^

Cuti semester berbaki tinggal beberapa minggu sahaja lagiii.. Awal bulan Mac InsyaAllah dah start register kolej (hostel) nasib baik eden dapat kolej lagi... memang tak kuasa la nak cari or tinggal kat rumah sewa.. tahu jelah sekarang jenayah di mana-mana.. walaupun stay kolej, sidai baju kat ampaian pun baju kena curik ni apetah nak duduk di rumah sewa.. memang macam-macam berlegar dalam kepala otak ni
Semoga kita dijauhkan dari benda yang tak baik.. 



oh ya.. kalau ikutkan dalam surat tawaran sepatutnya course aku kena pindah ke UiTM Puncak Alam. Tapi, tak jadi pun..certain courses je yang kena pindah.. uhmm..aku teringin jugak la nak merasa fakulti baru tu.  katanya dah nak siap fakulti Business kat sana.. mesti gah dan cantik. ekekeke... tapi tak kisahla mana-mana pun..asalkan habis degree pada waktunya.. hehheheh jadi, baik sekarang kita enjoyyyyyyyyyyyy je belajar ni.
ye dak?




ho ho.. cuti dah tinggal sisa barulah terhegeh-hegeh nak work on something..tiba-tiba idea datang nak buat side income sikit.. INSYAALLAH~ dengan izin Allah.. in this week jugak Aku & Syira akan launch our duos-project (ececeyyyy) tunggu naaaaaa :)

 

aku dah lama berhasrat nak berbisness ni.. tapi tulah..tak ada masa sangat lagi pula full-time student.. tapi sekarang kau tak cuba mana nak tahu kan... will do slowly :) sesambil cari pengalaman boleh tanya lecturer. masa nilah aku nak korek rahsia.. kata lecturer semua Prof, Dr., apa lagi...mari gunakan mereka sebaik mungkin

hahgahagahagh! See You Later Lovelies :)




Sunday, February 09, 2014

TIPS: Cara mengatasi bibir kering







Assalamualaikum^^


Lately aku mengalami masalah bibir kering ni.. lepastu mula la tangan pun tak duk diam nak duk kopek-kopek bibir tu. terus jadi pecah-pecah dan luka.. lagi tang nak makan panas lagi pula aku ni hantu pedas.mak aih, sakit aihhh T_T

cuaca sekarang pun panas pun bukan boleh tahan lagi dah tapi memangggg panas Ya Rab, terus mengundang kepada masalah bibir kering ni tau.. Para wanita mesti berhati-hati tauuu.. Para lelaki aku tahu dorang dulik apa benda-benda cengginikan. hahkahkaha!!

tapi lelaki oi, ambik la tahu sikit..nak nak pun boleh share ke mak-mak, kakak-kakak, makcik jiran sebelah, isteri ke.. (nampak la kamu tu concern dan prihatin kat dia. nescaya bini anda melompat kegembiraan hingga ke 7 petala langit) Maaf, hobi kite memang suka merepek, Harap memahami T.T



#TIPS NAK CEPAT AJE:

Sebelum tidur, korang rajin-rajin lah apply lip balm kat bibir tu. but of course, lip balm tu mestilah yang ada fungsi sebagai melembapkan bibir.. and I'd like to recommend; Lip Ice Sheer Color because...........it is;

  • Gentle Beeswax formulation for long lasting hydration. Suitable even for sensitive lips.
  • Enriched with natural ingredients of Shea Butter, Macadamia Nut Oil, Jojoba Oil, Ternifolia Nut Oil, and Aloe Vera Oil Extract to keep lips moisturized, smooth & healthy.
  • Contains effective anti-oxidants of Vitamin E to soothe and protect lips from the harmful environment.

*** Tak ada masalah kalau nak ganti dengan madu ke. tapi kang bangun esok pagi tengok bibir kau dah bersarang dek si semut-semut  jangan marah kite k! ekekeke



#TIPS SILA USAHA LEBIH SIKIT:

1. Minum banyak air 
Dehydration adalah satu sebab bibir kering dan pecah-pecah. so, minumlah sebanyak serta segelen air yang mampu untuk mengekalkan kelembapan kulit :)

2. Scrub bibir / sapu dengan menggunakan bahan semula jadi dan berkhasiat seperti :
Madu
Lemon + Madu
Ekstrak lidah buaya
Tomato
Timun
Minyak kelapa
Mentega



itu sahaja perkongsian dari saya yang tidak seberapa...akhir kata,
Jaga Kesihatan diri memasing tu ye... minum banyak-banyak air tau!!!!!!!!!!!!!!
korang bibir kering buat apa? ke buat dek???


Saturday, February 08, 2014

RESEPI: TOMYAM AYAM MENANGIS !!!





Assalamualaikum^^



 
Aku tujukan resepi ni khas buat students yang duduk rumah sewa,(baik ngko masak boleh berjimat), kepada suri rumah separuh masa (yang busy terkejar-kejar nak siapkan kerja dan melayan anak berderet itu) dan tak lupa juga buat anda yang sukakan menu yang mudah semudah pejam mata sahaja.

ok tipu pejam mata hek ko. Baiklah, sebelum korang menangis akan resepi yang sesenang ini, mari aku perkenalkan akan bahan2 yang diperlukan....



(Untuk 4 orang makan)
BAHAN-BAHAN:
  • bahagian ayam yang dipotong kecik2 (3-4 ketul ayam)
  • bawang putih 4 ulas (diracik halus)
  • bawang besar 1 biji (dipotong bulat/ panjang/ terpulang)
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 biji limau nipis (diperah airnya)
  • 2 biji tomato (potong 8/10/ikut suka hati)
  • carrot, baby corn, cauliflower (potong cantik2, kemas2)
  • 2 kiub tomyam Knorr (kantoi guna kiub,kahkahkah!!!!)
  • cili api 13 batang (7 btg tumbuk, 6 lagi buat cili potong) nak menangis lagi boleh tambah bagi berapi
  • minyak masak 2 sudu
  • Garam
  • Gula



CARA-CARA:

1. Tumis bawang putih hingga kecoklatan dan naik bau

2. Masukkan ayam dan kacau
 Tips: Tutup periuk sebentar supaya jus ayamnya keluar(ni resepi yg aku google cakap camtu,ahak ahak)

3. Masukkan air, setengah periuk ke, nak lebih ke..ikut selera tekak, perut, limpa, hempedu, hati memasing

4. Masukkan bawang besar, daun limau purut serai, 2 kiub tomyam, kesemua cili api, kesemua sayur kecuali tomato dan garam serta gula secukup rasa dan sebanyak kasih sayang yang mungkin

5. Bila dah nak mendidih baru masukkan tomato dan perahan air limau

6. siap! dimakan bersama nasi panas2 dan telur dadar gebusssssssssssssss. perghh.perghh

7. Makan dan bersedia untuk menangis!!!!!!



Kena menangis jugak tauuuu..sebab resepi ni senang nak mamp, sedap gilaaa sampai lap hingus kat kain batik mak dan barulah tomyam namanya bila pedassssss berapi kalau tersedak lagi sodap fuh fuh.. SEKIAN!

Friday, February 07, 2014

TIPS : Ketahui Jenis Kulit Muka Anda





Assalamualaikum^^


oh sebenarnya kan...kalau dulu-dulu time sekolah asal cikgu tanya pasal topik hangat iaitu CITA-CITA dalam kelas, selama 3 tahun berturut-turut aku pertahankan untuk berada dalam bidang kecantikan. Ala..kan kena isi 3 tempat kosong tu kan..apa kau dah lupa? hahaha. tahu apa aku isi...
"Pakar Kecantikan, Pakar Kosmetik, Beauty Consultant"

lepas dah gigi senget benget okay persetankan jelah cita-cita kau tuhh (bisik syaitan masa sekolah rendah dulu) wkahkakwakwhakh  ingat soalan cliche tu dalam zaman universiti dah tak ada. sekali ada jugak. haruslaaaa aku kata nak jadi BUSINESSWOMAN BEKERJAYA & BERKALIBER since aku pursuing/majoring in business kan.. takpa, jual produk kecantikan mungkin..nampaknya akan bersaing sengit dengan Kak Ton nanti.  kehkehkeh



okay tak kelakar aku dah lari topik jap..Baiklah tanpa membuang masa..berdirinya saya di sini untuk berkongsi serba sedikit tentang face skin type ni:



*** Terdapat 4 jenis kulit muka yang ada:

1. Kulit kering
2. Kulit normal
3. Combination Skin (kering+berminyak)
4. Kulit berminyak


                         1                                    2                                     3                               4


KULIT KERING

Cara: dengan menggunakan oil control film, bila wipes pada kulit memang tak de kesan minyak. Tapi, kulit muka akan rasa tight dan mungkin akan rasa sedikit kemerahan atau irritation.
Masalah ini sering dihadapi khususnya ketika cuaca dingin/panas di mana udara menjadi kering. Udara kering menyebabkan kelembapan kulit menghilang.
  • hampir tiada kelihatan pores
  • kelihatan ttidak bermaya
  • ada kemerahan pada kulit
  • kurang anjal
  • visible line jelas kelihatan dan banyak


KULIT NORMAL

Normal skin adalah paling bagus antara semua jenis kulit. Senang cerita paling kurang bermasalah. Ianya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Ianya kelihatan sihat, bersih dan segar. Walaupun dengan minimum care, tapi kesihatan kulit itu dapat dilihat. 
  • hampir tiada masalah kulit
  • tiada alahan atau sensitif pada apa-apa persekitaran
  • liang pori yang kecil dan hampir tidak kelihatan


 KULIT KOMBINASI (KERING+BERMINYAK)

Combination skin berlaku apabila dua jenis kulit bertemu iaitu Dry & Oily. Typically ia terjadi apabila sebahagian part berkulit kering dan sebahagian lagi iaitu the center part atau T-Zone (dahi + hidung + dagu) berminyak. Untuk combination skin ni, mereka memerlukan dua jenis produk yang berbeza untuk mengawal kedua-dua masalah tadi. 
  • liang pori yang kelihatan
  • blackhead, acne di bahagian T-Zone
  • fine lines yang jelas 
  • redness patch pada muka


 KULIT BERMINYAK

Cara: dengan mengunakan oil control film, terdapat kesan tompok dan berminyak. Kebiasaannya, minyak yang berlebihan boleh didapati pada beberapa bahagian muka seperti hidung, dahi dan pipi (T-Zone). Jenis kulit berminyak merupakan jenis kulit yang paling bermasalah kerana ia boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat mahupun jeragat. 
  • kulit kelihatan sangat greasy dan shiny 
  • liang pori kelihatan besar
  • mempunyai blackhead, jerawat dan active acne


 last but not least,

KULIT SENSITIF

Kulit sensitive adalah kulit yang sangat kering. Kadang-kadang masalah kulit sensitive ini boleh berlaku akibat reaction daripada ketidak sesuaian produk yang kita gunakan. Kulit sensitive ni memerlukan penjagaan yang rapi dan bukan senang dalam pemilihan produk penjagaan kulit. Biasanya mereka yang mengalami masalah kulit sensitif, merasa tindak balas jika tidak sesuai dalam masa yang sangat cepat berbanding jenis kulit yang lain.

  • kemerahan pada pipi
  • fragile type of skin
  • mudah meninggalkan parut sekiranya ada masalah
  • cepat rasa pedih jika kandungan pH pada produk berasid

Could I please point out that “sensitive” is not a skin type! Its a skin condition. Anybody is prone to sensitive skin, just because you have had reactions in the past does not mean you will continue to have “sensitive skin.” Yes some skin types are more delicate and prone to reaction than others (mens for example tends to react much easier) but they will still fall into one of these other categories. - See more at: http://www.daisygreenmagazine.co.uk/beauty/features-beauty/skin-analysis-part-2/#sthash.gb0B3vbu.dpuf

Could I please point out that “sensitive” is not a skin type! Its a skin condition. Anybody is prone to sensitive skin, just because you have had reactions in the past does not mean you will continue to have “sensitive skin.” Yes some skin types are more delicate and prone to reaction than others (mens for example tends to react much easier) but they will still fall into one of these other categories. - See more at: http://www.daisygreenmagazine.co.uk/beauty/features-beauty/skin-analysis-part-2/#sthash.gb0B3vbu.dpuf
could I please point out that sensitive is not a skin type but it is a skin condition. ANYBODY is prone to sensitive skin just because you have had reactions in the past does not mean you will continue to have sensitive skin. Yes some skin types are more delicate and prone reaction than others.

SO, WHICH ONE IS YOURS?
THANK YOU! :)


Friday, January 31, 2014

Meet up: Ze Massams Unicorns




Assalamualaikum^^



Muehhehehe.. sesiapa yang friend / follow me in FB and IG mesti dah hadap gambar-gambar ni banyak kali.
Secara langsung atau tidak langsung anda sudah mengikuti perkembangan saya di media sosial dan gambar2 ini sudah tersebar meluas dek kerana my friends and I dah upload masuk Instagram secara automatik sudah di share ke Facebook & Twitter.. jadi tak ada surprise2 lagi dah semua dah bocor di merata tempat and blog is the last resort.. OH DUNIA~




 

Ze Massam Unicorns nama terbaru di group whatapps kitorang enam sekawan ni.. dulu unicorn, smelly unicorns and blaa..blaaa..bab nama havoc ni kawan aku punya kerja k.oh ye.since kitorang dah tak selalu jumpa..jadi bila jumpa macam *&%$@%bit**?!)&^ ha.faham kan.. GIRLS THINGGGGGGGGGGGG





 
 meet them from left : Nad, Nina, Ayu, Liya, Syira

we are since 2010 together in Diploma in Business Studies dulu..sekarang ada yang kerja, further studies dan tak sama course dah.. still met Ayu in UiTM Shah Alam, Liya & Nina are luckily at UiTM Puncak Alam in the same class.the rest tuuu busy cari duit, tunggu lelaki idaman datang meminang.. diorang ni dalam usaha cari jodoh memasing ..masih ada 4 lagi kekosongan jodoh.jadi, sesiapa yang berminat boleh hantar resume ke akunakkahwin@yahoo.com




 

dah macam agenda wajib tiap kali jumpa mesti ke Red Box Plus, Pavilion KL. semua gian dan sangap nak karok. hahaha.. nak nak diorang ni penduduk sekitar KL dan Selangor je pun.. haloo halo je any free time boleh je dating memane.tak gitu.



aku pulak jenis karok punya olang.. pernah je sebulan tu pergi karok 4-5 kali. yela.... each session dengan lain-lain orang.. dengan boipren, kawan sekolah, kawan Uni, jiran tetangga. lepas tu habis rabak duit akuuuuu




suka karok kat Red Box, Low Yat.. karok 4 or 5 jam with student price RM 12++ including drinks dan snacks. kalau kat Red Box, Pavilion. karok 4 jam with Buffet RM 28++ per person.. rates is deffer according to branch k.. sila lawati laman sesawang diorang....eiceh, kali pertama menggunakan ayat sesawang..





ada laa aku sesaja bawak a few boxes of cheesecake untuk diorang ni.. kemain pompuan kat atas ni makan.. kekeke yang pompuan kat belakang tu aku tak dapat nak detect ape masalah ..kes terlebih feeling ke atau duk pikir pasal kenapa kangkung je turun harga eh. tak tak..isu kangkung dah lama.. mungkin sebab kenapa ayam dipersalahkan..tulisan buruk cakar ayam, edar pelacur bapak ayam, tak pakai kasut kaki ayam.(MOTIP???)



 aku tak tahu pulak Kak Mah kesayangan semua orang ni dah jadi penyanyi.. hehehe
siap ada lagu duet dengan mawi. 1 word = Talented
kekekeke



oh yeahh. Happy CNY and happy  ho ho holidaysssssss :)






tak sengaja terpanjang pulak mengomel kali ni..
SEKIAN!





Thursday, January 30, 2014

RESEPI : Kit Kat Chocolate Swirl Cheesecake tanpa bakar!




Assalamualaikum^^



amboi. bercinta betul dengan cheesecake dia... seperti mukaddimah sebelum-sebelum ni.. aku heboh nauu dengan resepi yang sebegini senang dan mudah .. tak perlu bakar! no bake! no tepung! no oven! humban saja ke dalam peti (bangga sangat dengan trademark kau ken) kekeke..  
please click older post to know more

sebenarnya buat cheesecake ni senang sebab cara dia sama sahaja.. ada base dan filling.. just tukar fiiling with different of flavors... kalau buat buh oreo dah jadi oreo cheesecake, buh strawberry jadi ler strawberry cheesecake. kalau buh blackberry jadi ape? ha ah.. pandai blackberry cheesecake kau! cer buh tengok jadi apa.. wkakwkkekekek OMAI OMAI.....since imma chocolate lovers and wanna do something chocolaty, light and yummeh chocolate!




INGREDIENTS | BAHAN-BAHAN
can fit cake/baking tin round size 6'' inch







BASE:
  • 140 gm biscuit (i'm using Boboiboy munchy's captain munch kekeke)
  • 70 gm butter/margerine

FILLINGS:

300 gm cream cheese (i'm using tatura 250g RM 6.99 / 500g RM 12.99)
200 ml whipping cream/ thickened cream ( Pauls 250ml RM 6.09)
2 tbsp caster sugar
40 g chocolate milk (using cadbury RM 2.39)
70 g cooking chocolate (using Nona RM 5.80)
kit kat (RM 2.40)




HOW TO | CARA-CARA


BASE:



1. Hancurkan biskut menjadi crumbs.. gunalah apa2 kaedah pun. jangan kau pijak sudah
2. Cairkan butter
3. Gaulkan melted butter with biskut
4. Mampatkan dalam bekas/loyang menggunakan belakang sudu/ hujung gelas
5. Pop into chiller for 30 minutes -leave it cool




FILLINGS:

 

1. Putar whipping cream, cream cheese dan gula till creamy and soft
2. Cairkan milk chocolate dan cooking chocolate through double boiling technique
3. Sebatikan ke dalam adunan 1. tadi
4. Masukkan ke dalam bekas/loyang/cake/baking tin
5. Lebihan coklat yang dicairkan tadi boleh tuang ke atas kek for swirl effects
6. Biarkan cake dalam chiller/peti ais semalaman

LEFT   : 4 batang kit kat yang aku potong sambil masuk mulut untuk tanam ke dalam fillings

RIGHT :  cadbury milk dan cooking chocolate yang di cairkan untuk fillings..
                the left over aku buat swirl effects kat atas cake as decoration




 


sebabkan aku suka kit kat aku tanam dia hidup-hidup ke dalam cheesecake ni..korang kalau kaya sikit sebab jimat makan kangkung.. boleh la potong dan campak kan ferrero rocher ke dalam cake korang.

terus jadi FERRERO ROCHER chocolate swirl cheesecake.. omjee.omjee. GAH NAMA! 

oh ye.... cara buat swirl tu just guna hujung sudu and make the swirl / marble effect on it!







 aku prefer guna cadbury chocolate sikit dan coklat masakan sikit to make it balance..
sebab selalunya coklat masakan is too dark dan pahit if use it alone..

the taste and smell of cadbury tak boleh nak disangkal lagi seiring dengan taste of happiness dia.kekekeke




unfortunately, kalori degil ini jugak yang sodapppp
selamat mencuba dan happy gaining weight :)


#happycalorie