Friday, January 31, 2014

Meet up: Ze Massams Unicorns




Assalamualaikum^^



Muehhehehe.. sesiapa yang friend / follow me in FB and IG mesti dah hadap gambar-gambar ni banyak kali.
Secara langsung atau tidak langsung anda sudah mengikuti perkembangan saya di media sosial dan gambar2 ini sudah tersebar meluas dek kerana my friends and I dah upload masuk Instagram secara automatik sudah di share ke Facebook & Twitter.. jadi tak ada surprise2 lagi dah semua dah bocor di merata tempat and blog is the last resort.. OH DUNIA~




 

Ze Massam Unicorns nama terbaru di group whatapps kitorang enam sekawan ni.. dulu unicorn, smelly unicorns and blaa..blaaa..bab nama havoc ni kawan aku punya kerja k.oh ye.since kitorang dah tak selalu jumpa..jadi bila jumpa macam *&%$@%bit**?!)&^ ha.faham kan.. GIRLS THINGGGGGGGGGGGG





 
 meet them from left : Nad, Nina, Ayu, Liya, Syira

we are since 2010 together in Diploma in Business Studies dulu..sekarang ada yang kerja, further studies dan tak sama course dah.. still met Ayu in UiTM Shah Alam, Liya & Nina are luckily at UiTM Puncak Alam in the same class.the rest tuuu busy cari duit, tunggu lelaki idaman datang meminang.. diorang ni dalam usaha cari jodoh memasing ..masih ada 4 lagi kekosongan jodoh.jadi, sesiapa yang berminat boleh hantar resume ke akunakkahwin@yahoo.com




 

dah macam agenda wajib tiap kali jumpa mesti ke Red Box Plus, Pavilion KL. semua gian dan sangap nak karok. hahaha.. nak nak diorang ni penduduk sekitar KL dan Selangor je pun.. haloo halo je any free time boleh je dating memane.tak gitu.



aku pulak jenis karok punya olang.. pernah je sebulan tu pergi karok 4-5 kali. yela.... each session dengan lain-lain orang.. dengan boipren, kawan sekolah, kawan Uni, jiran tetangga. lepas tu habis rabak duit akuuuuu




suka karok kat Red Box, Low Yat.. karok 4 or 5 jam with student price RM 12++ including drinks dan snacks. kalau kat Red Box, Pavilion. karok 4 jam with Buffet RM 28++ per person.. rates is deffer according to branch k.. sila lawati laman sesawang diorang....eiceh, kali pertama menggunakan ayat sesawang..





ada laa aku sesaja bawak a few boxes of cheesecake untuk diorang ni.. kemain pompuan kat atas ni makan.. kekeke yang pompuan kat belakang tu aku tak dapat nak detect ape masalah ..kes terlebih feeling ke atau duk pikir pasal kenapa kangkung je turun harga eh. tak tak..isu kangkung dah lama.. mungkin sebab kenapa ayam dipersalahkan..tulisan buruk cakar ayam, edar pelacur bapak ayam, tak pakai kasut kaki ayam.(MOTIP???)



 aku tak tahu pulak Kak Mah kesayangan semua orang ni dah jadi penyanyi.. hehehe
siap ada lagu duet dengan mawi. 1 word = Talented
kekekeke



oh yeahh. Happy CNY and happy  ho ho holidaysssssss :)






tak sengaja terpanjang pulak mengomel kali ni..
SEKIAN!





Thursday, January 30, 2014

RESEPI : Kit Kat Chocolate Swirl Cheesecake tanpa bakar!




Assalamualaikum^^



amboi. bercinta betul dengan cheesecake dia... seperti mukaddimah sebelum-sebelum ni.. aku heboh nauu dengan resepi yang sebegini senang dan mudah .. tak perlu bakar! no bake! no tepung! no oven! humban saja ke dalam peti (bangga sangat dengan trademark kau ken) kekeke..  
please click older post to know more

sebenarnya buat cheesecake ni senang sebab cara dia sama sahaja.. ada base dan filling.. just tukar fiiling with different of flavors... kalau buat buh oreo dah jadi oreo cheesecake, buh strawberry jadi ler strawberry cheesecake. kalau buh blackberry jadi ape? ha ah.. pandai blackberry cheesecake kau! cer buh tengok jadi apa.. wkakwkkekekek OMAI OMAI.....since imma chocolate lovers and wanna do something chocolaty, light and yummeh chocolate!




INGREDIENTS | BAHAN-BAHAN
can fit cake/baking tin round size 6'' inch







BASE:
  • 140 gm biscuit (i'm using Boboiboy munchy's captain munch kekeke)
  • 70 gm butter/margerine

FILLINGS:

300 gm cream cheese (i'm using tatura 250g RM 6.99 / 500g RM 12.99)
200 ml whipping cream/ thickened cream ( Pauls 250ml RM 6.09)
2 tbsp caster sugar
40 g chocolate milk (using cadbury RM 2.39)
70 g cooking chocolate (using Nona RM 5.80)
kit kat (RM 2.40)




HOW TO | CARA-CARA


BASE:



1. Hancurkan biskut menjadi crumbs.. gunalah apa2 kaedah pun. jangan kau pijak sudah
2. Cairkan butter
3. Gaulkan melted butter with biskut
4. Mampatkan dalam bekas/loyang menggunakan belakang sudu/ hujung gelas
5. Pop into chiller for 30 minutes -leave it cool




FILLINGS:

 

1. Putar whipping cream, cream cheese dan gula till creamy and soft
2. Cairkan milk chocolate dan cooking chocolate through double boiling technique
3. Sebatikan ke dalam adunan 1. tadi
4. Masukkan ke dalam bekas/loyang/cake/baking tin
5. Lebihan coklat yang dicairkan tadi boleh tuang ke atas kek for swirl effects
6. Biarkan cake dalam chiller/peti ais semalaman

LEFT   : 4 batang kit kat yang aku potong sambil masuk mulut untuk tanam ke dalam fillings

RIGHT :  cadbury milk dan cooking chocolate yang di cairkan untuk fillings..
                the left over aku buat swirl effects kat atas cake as decoration




 


sebabkan aku suka kit kat aku tanam dia hidup-hidup ke dalam cheesecake ni..korang kalau kaya sikit sebab jimat makan kangkung.. boleh la potong dan campak kan ferrero rocher ke dalam cake korang.

terus jadi FERRERO ROCHER chocolate swirl cheesecake.. omjee.omjee. GAH NAMA! 

oh ye.... cara buat swirl tu just guna hujung sudu and make the swirl / marble effect on it!







 aku prefer guna cadbury chocolate sikit dan coklat masakan sikit to make it balance..
sebab selalunya coklat masakan is too dark dan pahit if use it alone..

the taste and smell of cadbury tak boleh nak disangkal lagi seiring dengan taste of happiness dia.kekekeke




unfortunately, kalori degil ini jugak yang sodapppp
selamat mencuba dan happy gaining weight :)


#happycalorie




RESEPI : Cheesekut tanpa bakar (CHEESE BISCUIT CAKE)


Assalamualaikum^^




Hai kita berjumpa lagi dalam segmen humban sajaaaa dia  ke dalam peti ais.. macam biasa lerrrrr...
tak perlu susah-susah nak bakar! tak perlu tepung! no bake! no oven! tup tuppppp terus boleh jadi cake.
ni dah cukup malas punya resepi..kalau malas nak buat jugak, terbukti tahap kemalasan anda boleh berada di zon kritikal kat Hospital Columbia Asia. eh.


Ya. Mari berkenalan dengan bahan-bahan untuk membuat cheese biscuit cake ini.. Saya percaya bahan-bahan ni mudah di dapati di dapur anda sendiri serta di kedai runcit berhampiran. Anda perlukan :

INGREDIENTS | BAHAN-BAHAN
(can fit cake/baking tin square 6" inch)
  • 250g cream cheese (RM 6.99 beli di aeon with 20g extra. YAY!)
  • setengah tin susu pekat manis
  • susu low fat/ full cream/ fresh milk (either one)
  • Hup Seng Deluxe Crackers (1 pack RM 4.39 )
  • Nestum (RM 3.95)


 HOW TO | CARA-CARA



 1. Beat cream cheese along with susu pekat manis till creamy texture

2. Celup biskut ke dalam susu segar (jangan lembik sangat, agak2 soggy dah) biskut acah acah mandi susu ini bertujuan untuk lembut apabila di makan

(nasib tak berapa baik dapat biskut hangus hitam kelentung) apaaaa ni hup seng warna biskut tak seperti dalam gambar.. tak putih..perlukan aura white mungkin...

3. Celetkan cream cheese dan susu pekat manis yang dah pukul tadi ke kemudian taburkan nestum ke atas biskut yang dah mandi susu tuuuu

4. Sila ulang step 2 dan 3 sampai kehabisan biskut dan cream cheese

5. Biarkan cake anda rest in peace ke dalam peti ais/ chiller selama 4 jam atau semalaman







selamat mencuba! :)


Saturday, January 25, 2014

CARA-CARA : PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN

 

Assalamualaikum^^


semenjak aku dah tamat pengajian dalam diploma dulu, PTPTN apo laie... secara pantasnya PTPTN memulakan operasi menuntut hutang dengan menyebarkan surat cinta ke rumah aku siap WARNING since aku adalah peminjam wang untuk pengajian berjumlah
RM 15,000. dengan menerima wang pendahuluan 3 tahun lalu menjadikan jumlah aku patut bayar menjadi RM 16, 500! WAHHHH!!! terkejut mak hencikkkkk dapat surat warning suruh bayar seperti dalam perjanjian kami, setiap bulan aku kena bayar RM 137.50 selama 120 BULAN

haa.mampossssssssss ahkak! aku meneruskan pengajian ke peringkat ijazah oleh yang demikian, mano eden ade pitih nak bayar woiiiii..jadi mari kita memohon untuk membuat penangguhan bayaran......sebelum anda nak memohon, prosedur pertama yang perlu anda ikuti ialah menyemak criteria-criteria untuk mengetahui anda ni layakkkkk ke nak mohon buat penangguhan..





PROSEDUR PERMOHONAN



FIRST STEP

  • Syarat - Syarat Permohonan Layak Dipertimbangkan:
1. Pembiayaan Ujrah;
2. Penerima biaya yang telah menamatkan pengajian dan menyambung semula pengajian secara
sepenuh masa;
3.Penerima biaya yang mengikuti pengajian secara kursus berkembar iaitu kursus yang diikuti secara 2+1 atau 2+2 atau seumpamanya yang memerlukan penerima biaya menyambung pengajian ke luar negara secara sepenuh masa untuk menyelesaikan pengajian;
4. Penerima biaya yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksimum yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pembiayaan pendidikan.
5. Penerima biaya yang berstatus gagal/ berhenti/batal, penangguhan hanya dibenarkan bagi penerima biaya yang meneruskan pengajian secara sepenuh masa sahaja.
6. Penerima biaya yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan, penangguhan boleh dipertimbangkan setelah membayar kos guaman.
7. Penerima biaya yang mempunyai pertindihan penajaan, penangguhan boleh dipertimbangkan
setelah membayar amaun bertindih.
8. Penerima biaya yang melanjutkan pengajian ke luar negara
secara sepenuh masa;
9. Penerima biaya yang mengikuti kursus PhD atau setaraf secara sepenuh masa;
10. Pinjaman Konvensional yang telah membuat pertukaran kepada pembiayaan Ujrah boleh dipertimbangkan penangguhan bayaran balik.
  • Syarat - Syarat Permohonan Tidak Layak Dipertimbangkan:
1. Pinjaman Konvensional;
2. Penerima biaya yang melanjutkan pengajian secara separuh masa (contohnya PJJ, program Eksekutif atau setaraf);
3. Penerima biaya yang mengambil cuti belajar dengan bergaji penuh atau bergaji separuh
atau cuti tanpa gaji atas urusan peribadi;
4. Penerima biaya tidak bekerja dan tempoh bayaran balik asal telah melebihi 24 bulan;
5. Penerima biaya telah bekerja



SECOND STEP




  • Sekiranya anda tidak layak..maaf, sila bayar hutang anda ya..





THIRD STEP


  • Dokumen - Dokumen Yang Diperlukan:
1. Borang permohonan penangguhan boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN
www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2; dan
2. Salinan surat tawaran pengajian terkini; dan / atau
3. Surat pengesahan jangkaan tarikh tamat pengajian terkini daripada IPT sekiranya dalam surat tawaran tiada tempoh pengajian; dan/atau
4.  Surat pengesahan majikan bagi penerima biaya yang mengambil cuti belajar dengan bergaji
penuh atau bergaji separuh atau cuti tanpa gaji atas urusan peribadi; Jika penerima biaya masih belum bekerja dan tiada pendapatan:
5. Surat pengesahan tidak bekerja dari pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional/
penyata KWSP terkini; atau Jika penerima biaya menambahan tempoh pengajian:
6. Surat pengesahan jangkaan tarikh tamat pengajian terbaru daripada IPT ; dan/atau Jika penerima biaya mendapat penaja lain:
7. Salinan surat tawaran penaja baru sekiranya menerima penaja lain



 FOURTH STEP

SILA HANTAR BORANG YANG LENGAKAP SERTA DOKUMEN2 YANG DI PERLUKAN KE ALAMAT BERIKUT: TEKAN DI SINI / CLICK HERE / DIREKTORI / CAWANGAN PEJABAT PTPTN NEGERI:





 *Jadi, anda tidak perlulah menyusahkan diri ke pejabat / kaunter PTPTN (seperti yang dialami oleh penulis blog ini pergi UTC lagi tuuuuuu)  padahal prosedurnya hanya di hujung jari anda sahaja..


SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PEMINJAM DAN 
SELAMAT MEMBAYAR HUTANG (ucapan untuk diri sendiri juga):



Friday, January 24, 2014

Selendang Kedut Seribu





Assalamualaikum^^


perempuan oh perempuan.. kalau bab shawl / tudung pun boleh bikin stress.. sebab nak tahu kenapa..
sebabnya.....nak fikir nak pakai warna apa, matching ke tak, sesuai ke dengan bentuk muka, gaya apa, ikut trend masa kini ke tak, nak pin belah mana, nak selimpang camna.. aku pun selalu berhadapan dengan masalah seperti yang tertera. lagi-lagi duk pikir nak pergi kelas (belum kerja lagi tuuu) hahahahah..

dah tu.. tudung pulak ada pelbagai mak enon kau nak pung pang tak habissssss sehari citer diaaaaa...ada shawl, selendang, tudung bawal, pashmina, tudung sarung, tudung ninja, tudung saji, shawl half moon, full moon, tudung lip lap lip lap dan termasuklah tudung kedut seribu aku nak cite ni,

wkwkwkhwkwhakahk

 


 
tak kira lerrrr old fashion ka, aku ketinggalan zaman kaa.yang penting tudung ni best dan selesa
gigih aku cari serata tempat pelosok kuala lumpur dengan satu matlamat :
NAK CARI TUDUNG / SELENDANG TAK PAYAH IRON

hahahahha.gaya macam ada anak 10 orang kau punya busy pemalas nak iron!!!!!!! bukan pemalas!!!!!!
tapi kan senang tak payah iron..rajin pulak nak pergi kedai runcit Pak Meon nak iron tudung????
k.. terbukti aku pemalas bertempat. HAHHAHAH




gambar di atas terhasil apabila aku membuat kajian terhadap shawl ni di mana..
aku main letak dan lilit yang mencatat masa selama 10 saat sahaja
so, dalam masa 1 minit boleh siap sepenuhnya
selebih masa kau boleh selfie / selca  (self-portrait photograph) tapi, lagi afdal yakni baik kita beristighfar aje
#useful #tips #manage #time #wisely
WKAKHKHAKHWKW







Okaylah..aku bukan promote macam nak jual shawl ni.. aku tak jual pun..aku kongsi idea serta pendapat yang shawl ni sangat memahami anda yang berkehidupan sibuk dan tak ada masa..oh ye..nak lipat pun jimat masa..kau renyukkan aja sumbat masuk beg.. kata pun kedut seribu...hahahah


tu jelahh.. yang penting it is a wide shawl..labuh, tutup dada dan tidak jarang..
JOMMMMMMM LABUHKAN TUDUNG! :)






JUMPA LAGI..



Sunday, January 19, 2014

#KISAH 2: bercinta dan kentot



Assalamualaikum^^


hai.. kita bersua lagi dipetang ahad.. Alhamdulillah. duduk rumah ni kerjayanya makan tidur, makan tidur sahaja.. pegang senduk time cedok nasi, pegang kuali belum lagi, tapi pegang penyapu aku rajin...sebab aku pantang rumah bersepah..tapi bab memasak.. kita pass kepada orang yang lebih afdal bertukang di dapur iaitu mak aku ler. sapo laie hhahahahahaa...




oh ye..marilah aku nak sambung kisah-kisah anak buah aku ni.. banyak je koleksi..tapi aku update mana yang aku ingat je lah.. hahahaa..

alkisah anak-anak buah tinggal kat rumah aku sekarang..sebab abang n kakak ipar pergi berkonvoi dengan geng motor ke Perak..jadi, mama (kakak ipar aku) selalu laaaaa tepon menanyakan khabar raksaksa2 yang ada ni..bermulalah perbualan mereka...

kringgg..kringgg (telefon berbunyi)



MAMA :               ASSALAMUALAIKUM

AKU    :               WA'ALAIKUMUSALAM... n bla.. blaaa. blaaaa
                           (raksaksa2 sedang memekak memecah suasana perbualan)

ABG YUSUF :     MAMAAAA.. BILA NAK BALIK?

MAMA :               MALAM ESOK MAMA BALIK LER.. ABANG JANGAN NAKAL2 YE.                                             JAGA ADIK2.. JANGAN BULI MASHU.. n blaa. blaaa

ABG YUSUF:      IYA..IYE.. MAMA NI PERGI MANA? BILA NAK BALIK? (duh..tanya lagi)

MAMA :               HEHEHE.. MAMA... MAMA PERGI BERCINTA DENGAN AYAH..

ABG YUSUF :      HAH. CHENTA..CHENTA JE.. KAN MAMA TAK SUKA AYAH.. 
                             AYAH KAN SUKA KENTOT MERATA-RATA...

MAMA :               @#$%^&iu&ghjf(*t#$*()(*COI*^&#~!!!


PUAHAAHHAHAHAHAHA...



kisah tamat

Friday, January 17, 2014

#KISAH 1 : raksaksa, mashu dan sekolah




Assalamualaikum^^


kussss semangat.. raksaksa bertempiaran kat rumah sekarang ni.. sorang memekak maksu nak main game, maksu nak tengok otomen cosmos, maksu nak main tu, mashu nak kencing, mashu nak makan kek, mashu nak mandi kolam, mashu nak makan nasi (dah makan satu suap je pun) yang paling tak tahan.. mashu nak aiskrim (mentang2 nenek kau kilang membuat aiskrem) when mashu said NO! CAN NOT! habissss semua kau cakap je nak apa..pasti si atuk akan kabulkan...dan ianya bersambung.. mashuuu.. mashuuuuu


 



ada 3 raksaksa kesemuanya.. tapi, yang paling kecik tu perempuan.. boleh tahan jugak level kekuatan dia..aku tarik napas dalam-dalam dengan mereka ni.. tapi, macam mana pun..merekalah penyeri, merekalah buat kita ketawa.. merekalah anak-anak buah aku.. haaaa... punya cepat kitaran masa berlalu.. tahun ni diorang; AbgYusuf -dalam gambar- (6 tahun), Abg Rifqi (5 tahun) dah tadika.. Sarah tu jelah belum lagi baru 2 tahun




#KISAH 1 si abang di sekolah (sumber dari kakak ipar)


ABG YUSUF: MAMA.. MAMA

MAMA:  IYEEEE

ABG YUSUF: Tadikan cikgu cerita kisah Nabi kat sekolah

MAMA: waaaaa... iye ke.. best tak

ABG YUSUF: bestttt.. tapi ....kan... kenapa cikgu cakap nama atuk nabi Abu Mutoilet???? toilet tu kan
              tandas, tandas tu kan tempat najis.. kenapa cikgu kata najis kat nama dia.. cikgu ni cakap tak baik

 MAMA: aduiiii abang ni.. abang salah dengar..nama atuk Nabi Muhammad SAW , Abu Mutalib
                bukan Abu mutoilet




halaa. halaaaa...budak ni memang la tak buat lawak.. innocent dia yang buat aku tergelak berdekah-dekah.. tapi bagussssla dia pandai la membezakan mana elok ke tak baik.. ni dah sekolah 3 minggu memang menangis tiap kali sampai sekolah..hahahahhaha  tapi yang cikgu puji abang ni petah bercakap, suka bercerita.. suka berkawan..


kisah tamat

Tuesday, January 14, 2014

semester break






Assalamualaikum^^



yayyyy... EXAMS dah habis!

aku rasa exam kali ni aku paling teruk la...almost semua paper ada je yang tak sempat jawab :( :( :(
time study pulak banyak termenung sana sinun..kalau study 3 jam tu.. 30 minit je aku fokus..
yang lain haram.. baring, termenung, online, baca nota tapi tak masuk, tengok instagram masuk pulak
pastu exam pukul 9 pagi.. pukul 4 pagi tu bangun terhegeh-hegeh nak study.time tu la baru fokus
haishhhh...dah la.dah la.. tak nak pikir..kang aku nangisss
#menyesal #throwback




yea bebeh... apa pun
alhamdulillah.. eden dah selamat sampai rumah semalam.. 
3 trip hoiiii duk mengangkut barang..
barang pulak bukan sikit2.. dengan baldi, beg tarik, beg sandang, beg tangan, beg plastik, beg baju kotor, beg kecik, beg besar, beg make up, beg duit
haaaa.tengok! beg je dah banyak.. belum citer baju, tudung, kasut lagi
 habis tangan serta jari-jemari i yang lemah-lembut ni berurat-urat dah
penangan betul bilik tingkat 5 ni.. nanti aku mesti rindu DELIMA 2508
 muuaah..muuaaahh
(apakah yang kau cuba cium di sini?)




gambar selingan