Thursday, August 25, 2011

tips : tentang perfume

 Assalamualaikum^^


Harrr.. dah la tipah, senah, bidah oiii.. cukup-cukuplah buat kuih raya yang tak menjadi tuh.. ce meh sini jap.. aku nak pok pek sikit pasal perfume ni.. haha.. al maklumlah..kan lagi seminggu nak raya.. mesti korang semua nak berbau wangi kan..



dahlaa dengan nak meronda satu kampungnya, nak main bunga api yang berasapnya, nak kutip duit raya rumah paklong, pakngah, pak lebai, makteh, mak rumah jiran sebelah, mak mertua (haa..ni bestt), makcu, mak tiri, mak dara. ha ambik kau, nak list semua memang sampai deepavali pun tak habis...

macam-macam nak buat ni.. tapiiiiiii..
nak badan berbau harum dup ploh empat jam.. gane ni?

.
.
.

korang kena tahu, ..ada 4 jenis perfume :

1. Cologne -4% minyak pati
2. Eau de toilette (EDT) -8%-15% minyak pati
3. Eau de perfume (EDP) - 15%-22% minyak pati
4. Parfum -22% minyak pati

harrr.. pikir2 lah..mane satu perfume yang korang pakai tahan sampai esok pagi..
.
.
.
Tips untuk pakai perfume


Waktu siang: 
Semburkan pada pergelangan tangan, sendi kaki dan perut. Cara ni untuk elakkan tindak balas perfume dengan sinar UV supaya tak berlaku skin irritation (kegatalan kulit)

Waktu malam: 

Spraylah atau lumurlah sesuka hati anda sampai habis sebotol,tapi..

lebih afdal dekat leher.hehe
.
.
.

nak tahu perfume anda original ke tak?
goncang perfume anda,  lepastu.. tengok buih dia..
kalau buih sikit pastu cepat hilang tu maknanye..
TAK ORI


 *runsing nak pilih perfume yang mana??
JOMM..try kuiz kat sini dan kat sini okayyy

 
 
 

 bila 1st time beli perfume..berejam-rejam..bau plak semue nak same je.. last2 angkut semue natang nihh.betullahh perempuan... 9 nafsu, 1 akal



Saturday, July 30, 2011

belum puas lagi


Assalamualaikum^^
Dah puas ke? Semestinya tidak! Manusia sememangnya rakus dan tamak. tamak mahukan duit, tamak mengejar kebanggaan, tamak membeli makanan, tamak kepada kebendaan duniawi dan sebagainya. Ledakan tamak yang membuak-buak akan menjadi kritikal dan impak yang maksima sekiranya perasaan tamak itu tidak dikawal dan dibendung. 
*eh, apahal macam jawab soalan karangan SPM je ni. Haha


Okaylah. Apa yang ingin dibincangkan pada enteri kali ini ialah :



venue : The Gardens, Mid Valley
 
Nafsu makan.


Aku paling suka makan. Aku akan makan apa sahaja bermulalah daripada batang sayur, ulam pelbagai jenis lebih-lebih lagi yang tertanam di belakang rumah aku, hingga ke nasi 3 pinggan pun insyaAllah aku mampu. haa. dan apa-apa jelah kecuali..

makanan laut (tapi ikan aku lahab je) semua jenis keturunan udang,ketam,sotong,lala ke hapa aku tak makan.(rasa nak muntah) jadi.. kalau nak ajak aku pergi makan lobster besauuuuuu punye, ketam gedabak ke..Sorry, I’m not interested + I lose appetite already. Huhuhu.(bukan memilih..tapi memang tak boleh makan)

……………………………


Ada beberapa situasi yang tidak menyenangkan dalam hidup aku :

Situasi 1 
> ee.. kesiannya kau ni yana.. rugi tau tak makan seafood.

Situasi 2
> Kat laki kau pun kesian..tak dapek nak makan seafood selalu, apatah lagi nak kau masak.

Situasi 3
> Patut la keding ..tak makan seafood rupanya..maintain tiang je dari dulu sampai sekarang.


..Situasi berikutnya berlanjutan hingga ke hari ini, dan saat ini.. puiihhhhh


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berdasarkan situasi tersenarai di atas..aku tiada rasa sedikit pun nak mencuba makanan laut dan tak rasa rugi pun lah.. bagi aku lagi jimat, seafood kan mahal.

Untung laki aku, tak payah nak belanja seafood bagai..hehe


 
“hari-hari melantak ikan, ayam, daging ye banggg”. Hahaha.


 ok. mekaceh sudi bace :D




puasa dah nak dekat.. maaiiilah rasa makanan baru.. kang kempunan perut tuu.
aku syorkan ... : ) Bim bim bap

Friday, July 29, 2011

Mega Giveaway by Yana & Cik Putih


Assalamualaikum^^


haaa.. itu diaa.. mood sudah mari. haha.. lepas join contest, kita join lah GA lah pulak an..EK EHH! kalau dah ada orang yang bermurah hati nak bagi duit, hadiah segala lumayan tuuu.. kita kenalah grab.. harapan siapa yang tak menggunung kan? tak kisah la harapan tu terbang melayang ke, yang penting USAHA dulu..*sebab tu aku punyalah gigih dalam mencurahkan entri sebegini. hehehe.. 

so, kesempatan nak menyambut Ramadhan ni..aku doakan kepada semua penganjur ,sponsor GA dan contest yang ada diluar pagar sana supaya mereka murah rezeki dan diberkati.amiin. ~inshaAllah.

.
.
.
.
.

YAYYY.. MEGA GIVEAWAY;
sumpah nak terjojol tengok hadiah-hadiah best




jangan malu-malu picit semua ni yea..
|
>cik penganjur : YANA & CIK PUTIH <


senarai sponsor yang budiman:
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 

ok.sekian.

Tuesday, July 26, 2011

ETONG'S ME AND MIRROR CONTEST



assalamualaikum^^


apakah cermin sudah sebati dengan diri anda? jikalau jawapan anda YA, 
tahniah anda normal. EHH! underweight, overweight, obesiti tiada kena mengena di sini yea..hehe


aku dengan rasa berbesar hati sungguh teruja kerana cik penganjur blog sendiri yang turun padang menjemput hamba join contetst ni.maiilaaah.. bukan susah pun.. pergi depan cermin,tangkap gambar,buat entry & post. wehh.. sambil minum ribena pun boleh dapat hadiah la. manalah tahu rezeki kan..hehe.oleh itu, marilah kita bersama-sama menyemarakkan suasana contest ni.. alahaiiiii..
bila masanya lagi? masa camni la kita nak buang tebiat. haha..kang kalau dah tua bangka tak ke batak sungguh perbuatannya itu  :)



terma & syarat penyertaan terdapat di blog cik penganjur




gambar yang diperjuangkan

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


 
ewahh.. dalam fitting room pun sempat.. 
kemain lagi.. ( tehee :)



"Saya suka bergambar di hadapan cermin kerana ...... "

depan cermin laa tempat afdal nak syok sendiri..takde laa nak susahkan orang ambilkan gambar posing habisss lagi maut tu kan. (malu mak) haha.. lagipun, memang dah secara lumrahnya ambil gambar depan cermin sebelum keluar memane..baru confident.. ececehh

tags :
  • ayu
  • nina
  • semua followerkuh juaa

sekian.. ma'salamah