Wednesday, April 15, 2015

Fesyen Pakaian Wanita



Assalamualaikum^^



Kalau tak silap lepas pangkah-pangkah kalendar (in shaa Allah) lagi 67 hari lagi kita akan bertemu Ramadhan. Amboi. Jangan asyik pangkah birthday boipren gilpren, tarikh keramat, tarikh anniversary yang ke lapan puluh lapan tahun , tarikh kali pertama bertentang mata, tarikh clash dengan pakwe korang je. Tengok sikit kalendar tu dah ganti puasa ke belum? muehehe


Oh ya, mesti ada di antara kita yang dah tempah baju raya kan..  Bagus buat persiapan awal-awal ni, tak da lah drama baju tak siap di pagi lebaran. tapi, manalah tahu kot-kot baju raya kau ketat sarung nangka, baju singkat, kain labuh mop lantai, dan sebagainya. Apa nak buat? Tak kan nak nangis sambil makan lemang, rendang daging tok dan kuah lodeh? Mesti tak nak kan… hahahaha


Meh sini, akak nak bagi idea atau tips yang berguna mengenai pakaian wanita kasual. Ni kira outfit penyelamat di saat genting di hari lebaran. Gitu.







  • Simple yet eleganceAlways standby jubah cotton atau shirt dress seperti ini di dalam wardrobe anda ok! Percayalah, jubah atau dress la yang paling senang dan selesa. Tambah lagi sekarang in hottest trend, ada potongan mermaid, princess-cut dan macam-macam. 
  • Nak lagi senang cari je jubah dress. it is jubah, tapi very flexible dengan cutting dress. some design also comes with adjustable belt untuk kelihatan lebih bergaya.




  • Second option adalah peplum tops. Kenapa peplum? Sebab peplum memang all-time fav and paling senang untuk anda padankan bersama skirts labuh atau jeans.
  • Peplum ni dah 2, 3 tahun tapi masih "in". Kita pun mestilah ada masa malasss sangat nak pakai baju kurung kan, so, korang boleh swipe dengan peplum top and match dengan kain potongan mermaid. memang win :)




 


  • Pilihan ketiga adalah blouse Muslimah atau kimono top. Pakaian jenis ini memang boleh dipadankan dengan apa jua jenis skirts dan seluar untuk mendapatkan suatu penampilan yang cukup menawan. always standby blouse sebab blouse paling senang nak matchy-matchy. ada yang potongan labuh, printed, plain chiffon, "lace" and many more


ok girl.. see ya :)



Tuesday, February 17, 2015

RESEPI: Popia Goreng inti sayur dan Sos Pencicah




Assalamualaikum^^



hihi. macam biasa, dapur cik yana memang menyajikan resepi-resepi yang senang dan mudah; Senang cari bahan, mudah nak buat dan sedap untuk di jamu. kekeke. semua nak senang, tengok oranglaa pemalas boleh tahan. tapi, kalau korang tengok je, tak cuba sendiri tu baru lah pemalas yang sebenar. aku boleh tahan je pemalasnya. hehe

oh ye.. aku ni bukan penggemar popia pun, kalau pergi pasar malam ke, petang-petang nak cari kuih ke, pasar ramadhan ke. popia bukan lah pilihan aku..sebab kau tahu kan popia goreng yang jual kat luar minyak dia lagi banyak dari inti, inti tak payah cakaplaa rasa nak nangis sikit je isinya, tup tup tup 3 biji RM 2. nangis lagi sebab harga tak berbaloi dengan kualiti. eiceh (bedasarkan pengalaman sendiri gitu)

Ada suatu pagi tu, aku bangun dari tidur.. tiba-tiba je nak sangat makan popia goreng, tapi aku nak buat sendiri. harr.. nampak tak dia suruh ke dapur tu? hahahah. jadi bahan semua dah ada, apa lagi tunggu...Marilahhhhhhh~~~



Bahan-Bahan

Inti Sayur:
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang carrot
  • 1 biji sengkuang
  • 1 biji Telur
  • taugeh
  • Kulit Popia
  • Serbuk Lada hitam secukup rasa
  • Serbuk Lada Putih secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Gula Secukup rasa

Sos Pencicah:
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato (dikisar) -optional
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar sos cili
  • Garam Secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Air (jikalau terlalu pekat)

Bahan Pelekat:
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar air



Cara-Cara

Inti Sayur

  1. Basuh semua sayur,  potong sayur secara memanjang dan basuh lagi. Ketepikan.
  2. Hiris halus bawang putih.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. 
  4. Kacau telur dan masukkan ke dalam kuali dan kacau rata. 
  5. Masukkan carrot dan sengkuang 
  6. Masukka serbuk lada hitam, lada putih, garam dan gula secukupnya.
  7. Biarkan sehingga layu dan kering. (api sederhana)
  8. Kalau tak cukup rasa, tambah garam dan gula. 
  9. Siap, biarkan sejuk. Bila nak menggulung, toskan inti sayur ni terlebih dahulu.


Sos Pencicah
  1. Hiris halus atau blend bawang putih.
  2. Masukkan bawang putih, tomato yang sudah dikisar, cili boh dan sedikit air.
  3. Kacau dan tunggu sedikit mendidih.
  4. Kemudian, masukkan 1 sudu besar cili boh dan kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak dan sebati.
  6. Rasa dulu, kalau semua rasa dah okay. Okay dah siap!



Popia



 
  1. Tanggalkan kulit popia sehelai-sehelai.
  2. Letak kulit popia macam diamond kat atas piring. 
  3. Letakkan inti sayur dekat dengan bucu kulit popia dan mula menggulung 2 kali. Selepas itu, lipat bahagian tepi gulungan dan gamkan dengan bancuhan tepung. Gulung lagi sekali dan lekatkan lagi.
  4. Buat sehingga habis inti sayur dan bolehlah menggoreng.
  5. Panaskan minyak dan goreng popia tadi. Api sederhana.
  6. Yay, siap! Bolehlah dihidangkan dengan sos popia ;)






atas idea abah, kita innovation sikit letak tuna dan bungkus macam samosa
makan panas-panas bersama teh o strawberry sambil tonton tv


alhamdulillah :)



Monday, February 16, 2015

I am now officially a GREEN TEA-AHOLIC



Assalamualaikum^^


I have a confession to make. I do not know how it start but what can I say is that I am addicted to matcha.. most of the time I want matchaaaa... machaa machaa (saying in tamil) hahahahahhaha.
bukan macha yang tu ye. this kind of matcha is from Japanese word known as green tea :)

ouhhh.. I was wondering if anyone here drinks green tea? yayyy. sipp sippp.. boleh geng. jomm boleh lepak cerita gebang sambil pekena green tea. hehehe. well, I started drinking this about 4 years ago not surprisingly now kat mana-mana dah ada.. most cafe pun dah revamped menu and they put green tea/matcha in their menu. APPLAUSE !!!

OKAYY. meh nak tunjuk a few drinks yang menjadi kegilaan aku sekarang as it for sure its related to green tea. heyyy come on.. this is good rather than coffee that contains caffeine. Green tea is powerful anti-oxidants and has many health benefits>>> kindly refer here :)





1. GREEN TEA TOWER BINGSU at Caffe Bene, Sunway Pyramid 
(small= RM 10.80, big=RM18.80)

Yang berdiri hensem hensem so sexy tuuu laa one of my favorite. Definitely, matcha lovers macam aku ni memang enjoy this perfect marriage of mushy red beans and green tea gelato sitting on a tower of green tea flavored ice cream. hihihi macam mana eh nak cakap rasa dia, rasa sedap laa. lagi-lagi tang gelato (ice cream) tu. Alaaaa, korang cuba laaa try entah-entah jatuh cinta berterabur iman






2. JAPANESE MATCHA RED BEAN SMOOTHIE at Chatime (RM 7.90)

Again disaster for me! mana laa tidaknya.. almost everywhere ada chatime outlet, the green color itself yang cantik menggoda betul. again, perfect match with red bean sebab its blended together and garnished with red bean on top. terasa green tea dia. hmmm.. tengok color pun tahu. dia pekat tapi bukan laaa pahit pon. tapi sedap yang pastinya hehehhehe. oh ya. it comes along with latte as well :) Btw, I prefer the smoothie one.. sebab kalau latte sekali sedut dah habis.. tak puas! hahahahah





3. GREEN TEA BLENDED at Secret Recipe (RM 8.90)

favorite all the time at secret recipe.. aku ni suka boleh katekan suka jugaklah cuba benda-benda baru. bagi pandangan kawan-kawan aku, diorang kata aku suka air pelik-pelik.. macam air daun saleri. hahaha kan ada air green apple celery.. sedap je aku minum. ada ke diorang kata air rumput...
tapi aku memang suka pun air rumput2 ni.. hehehehe
Oh ya. yang sedap green tea blended ni memang rasa pure/asli laa green tea dia. pekat, terasa rich in natural elements and nutrients. wahhh. tetibe~






4. GREEN TEA DRINKS (hot/cold) & MATCHA ICE CREAM at Sushi King

hehe. selain suka makan nasi lauk2 kampung, aku juga suka makan sushi especially kat Sushi King laa.. kadang-kadang sampai tak sedar dalam sebulan tu 3,4 kali aku makan kat sini.. semua sebab Salmon skin piri-piri & ice cream tu. ehh. eh. tak jugak. semua aku suka sebenarnya kecuali yang mentah/raw tu memang aku tak pandai makan..(kembang tekak)
kalau air tu they use Japanese green tea bags tapi aku tak tahu brand apaa. huhu.






5. GREEN TEA BLENDED LATTE at Korean Food Sweetree, Ampang  (RM 8.90)

okay dah nampak dah, dari color aku dah tahu air ni manis sebab banyak susu dari green tea. tapi still sedap sebab the texture is very smooth and what to do its list on my favorite. hehheehe. kalau perasan ada blended and latte kat situ. so boleh bayangkan laa kan dia tak la fully blended and it mixed with more milkier :) in love






6. GREEN TEA CHILLER at Chemistry Cafe, Seksyen 7 Shah Alam (RM 10.90)

memang chemistry habis aku dengan dia niii.. comel sangat container tu kan. rasa nak curi kat laboratory pastu bawak balik masuk dapur.tapi apakan daya, lab pun aku masuk masa zaman sekolah dulu-dulu dalam kenangan je.. tapi sekarang tidak lagi, korang boleh masuk lab lagi ala ala cafe meh datang sini. boleh main dengan apparatus, main inject2, pakai coat lab etc.. anyway, green tea chiller ni memang best, jatuh hati...............................kali pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, ke jinjang pelamin, ke anak cucu, ke nak kene lempang?





 let's swap from coffee to green tea. YAY!!!






sincerely,
matcha lover


Sunday, February 15, 2015

RSMY The Best Cheese Naan



Assalamualaikum^^


Holla people! Nak dijadikan cerita. Aku ni tak la minat sangat roti nan cheese ni. biasa-biasa je. sebab aku pernah beli sebelum ni tak ada yang sedap pun. cheese dia pun alahai. sikit taik gigi je. then kalau lepak mamak aku lagi suka order mee/bihun/kue tiaw pastu roti kosong satuuu pastu air belimbing. kalau nak jimat duit, limau ais sudahla kan. hehe

ada masa satu tengah malam tu aku ambik mood nak tidur.duk scroll instagram, ternampaklah orang post gambar roti naan cheese yang meleleh tuu. dah laa lapar. perghhh. rasa dia membuak-buak habis perut, limpa, hati, hempedu aku craving habislaaaaa masa tu.

yang ini mengikut menu ialah "Yummy Cheese Naan"
naan with cheese and chicken slice RM 8 tak silap

kalau yang biasa RM 6 



HMMM. They said this is the besttttt naan cheese in town. So, lets get the shot. 




well, tekak aku makan ni sekali sekala boleh la. since dia cheese, dimakan bersama kuah dal so agak muak.hmmm kan best cicah dengan sambal ikan bilis pedas-pedas atau apa-apa sambal laaa janji pedas. weh, aku siap mintak sambal kot-kot kalau ada. tapi orang tu sengih je, ingat aku main-main ke? huhuhu aku tunggu jugak.. tapi tak ada ponn (sedih)  malas nak layan karenah tekak aku letew



chicken tandoori RM 10
bagi aku boleh laaaa. dah order kan, licin je makan..
(macam redha, pasrah jee)






ok u olls.. kalau dah kempunan boleh laa singgah RSMY. hehehe. aku pergi area Danau Kota, Setapak. ehhh, jangan risau.. RSMY ada banyak cawangan.boleh pi yang mana berdekatan yeee :)


Rating: ★★★★☆