Friday, February 22, 2013

tak sedar selama ni hidup dengan biawak



Assalamualaikum^^ hai korangggggg (macam ler ramai sgt bace blog aku kenn) HAHAHA!
WAHHHH!!! ada cerita aku nak sajikan kat korang..
so, anda akan bersama sayalah dalam rancangan "cerita paling bestttt minggu ini" YAYYYER!
excited x? alaaaa.. silaaa la excited,


O oo O (hidung kembang tak berape nak jadi)




sebelum tuuuu..
JOMMM saya bawa anda bersiar-siar di BUTTERFLY FARM (front) and JURASSIC PARK (back)!
tak payah bayar! nak masuk boleh bawak bekalan makanan (tips : boleh suap2 kepada haiwan sekeliling).. paling tidakpun.. kenyang perut owner.heheh





mempekenalkan ini ialah rumah sewa saya di Dungun (bangga masuk dalam rancangan terhebak) hiksss.
EHHHH...EHH. pastikan anda memakai sublock SPF 100++ (ada di pasaran) untuk melindungi kulit anda..cuaca di sini boleh tahan panas..35 darjah celcius. (agak2 je! tak sempat nak install instaweather.. )

gambar ni pun ehsan dari instagram je..



keadaan di belakang rumah

biawak tengok tv di ruang tamu


SABTU 16/2 9.20pm
- balik ke dungun lepas cuti seminggu CNY

harr..ni yang nak cite ni..
kalau tak silap, lepas balik kelas..aku nampak ada taik kat depan bilik air..
tapi ini bukan sebarang taik..UNDEFINED
size dia besar. confidentla bukan taik cicak..aihhh..tikus ke?? persoalan di situ.hmmm


SELASA 19/2  2.05pm
masing2 dok siap pakai tudung ngadap depan cermin.
AAAAAAA...kawan aku sorang dah perasan ada benda terjuntai kat balik langsir.
sekali punye selak..FUHHH..nasib bukan ular..tapi biawak.
adoiiii..terkejut mak hencik..
put an effort nak halau dia keluar.tapi dia lari pi bilik air aku..lubang dah tutup mmg dia tak boleh lari
kitorg simbah dgn air..dah dia lariiiiiii, kitorg pun lari masuk bilik..
keluar bilik, cek2 tengok dia takde..pintu pagar terbuka luas.
hmmm..dah keluar kot..balik2 kelas kemas rumah..dia xde..selamat dah keluar


RABU 20/2 3.30pm
balik dari kelas, bukak pintu..
aku tergerak hati nak pandang tingkap belah kiri
mangaiiiiiiiiiiii...aku nampak ekor dia terjuntai

ada lagi???? euwwww...yang malam tadi kitorg golek2 tengok tv tu dia ngintailah kot
HUAAAAAAAAA



 
 terpaksa google nak bagi gambaran jelas kat korang (sebijik macam ni!!!!!!!!!)
hahaha..walaupun dia baby..tp still GELIIIIII.euwwwwww!






ni still cerita hari rabu..hahaha..tak boleh jadik! sampai bila dia nak duduk dalam rumah anak dara ni
tak aman hidupppppppppppp.. 

"abang!!!!! datang rumah!!! ada biawak besarrrrrrrrrr (hikhihkhik)
paksa tuan rumah datang..
selamat..dia datang dengan kawan dia..
kitorg kepung biawak tu sampai tuan rumah datang..dia nyorok bawah almari tv.
phewhhh..kawan abg tuan rumah tu tangkap pakai kain je..


kiteorg????? JERITTTTT jelaaa..puahhahahahah
bayangkan..dah berapa hari kitorg tinggal serumah dgn dia????






Tuesday, February 19, 2013

kopipes



  



 

 

 
 




 


#copypaste fr google




kan.. bukan cerita kopi atau pes kopi.  urghh??? tapi pasal heppi..
ang hepi dak???




Monday, February 18, 2013

KENAPA anda sangat malas???



Assalamualaikum^^ hiksss.. cuti dah habis seminggu....cuti pun tak tenteram.. dok pikir itu ini.. ecehh..macam ada hutang negara nak kena selesaikan ni.

bila time kuliah sibuk nak cuti..sekarang cuti dah habis semua tak tenang.. masalah sekarang ni pulak pemalas tahap @#$%^&*()(*&%^*(&*^**)!!!! ok.. zwktt swgtt plmsss! kau afamh tka?


like this morning la kan.. konon nak buat nota..esok nak test 8 chapter, satu hapa pun tak prepare..
konon lepas bukak ilearn nak study la...PUIHHHH..
melencong habis..lepastu sempat hasilkan enteri ini. TAHNIAH yana..anda gagal menyiapkan nota!






inilah koje aku... dah puas online.. pi bukak google, mintak kata-kata perangsang..



ok.tahniah sekali lagi.. benda macam ini semua not lasting!!! 
motivate cenggini bertahan cuma 5 minit..



because.. there are 5 things I'm not lazy at :
  1. eating
  2. drinking
  3. online
  4. sleeping
  5. playing games 

puahhahaha.. lepas tu nanti dapat result. menyesal! padan muka kau!!!
last-last what I did was??? krohhh kroh kroh ZzZzZ (ehhh..tak , tak)


TIPS : sebelum study, make sure letak gambar mak ayah kat depan! 
gambar boipren tolak tepi jap.pastu cakap sensorang..

"mak abah, yana study rajin2 ni..nanti nak konvo dapatlah bintang (sbb dpt dekan 4x sem) nak dapat selimpang ANC dok mampu, dah terlambat nih.. bintang pun jadilah buat mak abah bangga.wahahahah.. kena study jugak nak dapatkan biasiswa..nanti nak shopping tak payah mintak kat mak (wehh..niat dah tak betul). bukan.bukan...tak nak susahkan mak abah bagi duit

..kihkihkihhhh..

ok..saya ada banyak kerja sekolah..mari kita buat..



Thursday, February 14, 2013

37 days to go..

Assalamualaikum^^



hiksss...kalau Faris update 59 days to go for diploma ends.. NAHHHH.. aku update lagi 5 minggu nak sit for final exam..aku tak dalah pangkah-pangkah kalendar..cuma, baru tersedar sampai terjojol biji mata.



37 hari lagi? (nasib baik faris bagi tahu, kalau tak aku tak sedar lagi tuh)

erkkk???
tu belum tolak makan, tidur, berak, melaghakan diri dengan game..
lepas tolak semua agak-agak how much left??? 20 hari lagi ke apa..


HOIIIII..terus migrain..


i bet dengan banyak presentation..loads of assignment yang tak usik..lagi early March ada trip dengan kelas nak pergi Penang. nasib baik tak jadi pergi Jakarta..kalau tak..mmampuihhh2! dahlah subject Transportation aku tak faham apa pun.. tulah..dalam kelas lecturer dok mengajar hang pi dok online..tapi nak buat macam mana kan..dah ada Wi-fi mestilah guna sebaik-baiknya.hehehe


ok..dah! membebel cenggini tak akan berubah apa-apa! let's do something, otherwise it become worst la kan? this is your last sem (make it last!) last final results for diploma. last chance. last hope for getting 4 flat.VAH.VAH vahhh..ada hati lagi tuwwww! hahahahahah.. ye.. aku memang berangan jelar o_O
tapi, manalah tahu ada miracle lagi.hehehe.. aku bukan apa.. memang sem ni kena do the best out of the best la dengan harapannya masuk degree nak apply biasiswa.. nak sambung oversea i know well aku ni tak boleh adapt the environment hurm.INSYAALLAH. Master maybe? heeeee

May ALLAH ease us in every difficult things..



"Allah intends for you ease, and does not want to make things difficult for you" [2:185]; and "Allah does not want to place you in difficulty" [5:6].


Friday, February 08, 2013

DILEMA pelajar tahun akhir diploma : COURSE TERBAIK UNTUK DEGREE?




Assalamualaikum^^



sekarang sudah bulan 2, pendaftaran akan di tutup pada bulan 3.. persoalannya dah beli no pin BSN? ok.kalau yang nak kahwin tak payahla beli.. HAHAH.. macam aku diploma in uitm.. terus beli no pin untuk permohonan under uitm jugak.maksudnya, kalau Uitm terima, adala.  kalau tak da? no more chance, unless u buat rayuan (kalau ada). it cost RM10 tak salah aku..


for those are from Faculty of Business Management, memang ada banyak program to possess in Degree..
but, first... ask yourself la..MINAT KE TAK????

  • Marketing
  • Finance
  • International Business (IB)
  • Islamic Banking (ISBAC)
  • Human Resource (HR)
  • Operations Management (OPEM)

huaaa..aku pun pening tak tahu nak pursue in apa.. kalau based on ability..aku suka half theory and half calculation.macam OPEM. takda lah bosan sangat..in market perspective pulak, i've seen Malaysian now seems well for Islamic banking industry. so, the products have great potential in the future.. kot?


back to ambition? HAHAH.. it may change anytime due to several influence factors.. senang cerita..aku ni pendirian tak tetap..kalau orang cakap itu ini..aku pun ikut jelaa kalau beneficial la kan..mih mih mih


 



need your valued consultation.







Wednesday, February 06, 2013

mari bergebang bersama




Assalamualaikum^^



Danggggg! Ding ! Dong!


FEBRUARY? oh really it's February?
MasyaAllah...pantas sungguh masa berlalu..tanpa aku sedari dah bulan dua..

okay.. entry kali ini aku nak tulis format skema (nerd) sikit..mohon baca sampai habis..
kalau rasa nak menguap sila tutup mulut..





ALHAMDULILLAH! aku perlu menyerbarkan berita gembira ini pada kalian.. terutama sekali kepada peminat..oh..delete.delete.. kepada sahabat handai (betul ke ejaan cam ni?), saudara-mara, jiran tetangga, pakcik makcik dan satu dunia yang mengenali diri ini.. berita untuk mendirikan rumah tangga jauh sekali tetapi..


bermula 10 hari dari sekarang, saya.... dengan suka dan penuh riang rianya berada di rumah sekali gus tidak perlu memikirkan hal-hal yang remeh.. nak sarapan apa? tengah hari makan apa? malam nak masak apa? yaaa...apabila anda berdepan seperti situasi tersebut, sebenarnya.. adalah amat sukar untuk membuat keputusan! padahal, jawab test OPERATIONS MANAGEMENT pun tak susah macam tu.



begitulah nasib pelajar seperti saya.. saya amat tertekan! yaa..STRESSSS! bak kata Gary.. lagi-lagi aku dah lah jarang beli makanan kat luar.. kalau cuti 4 hari.. 4 hari lah terperap kat rumah..mau kau tak pening nak makan apa.. masak dah laa tak pandai.. HEHHEHE... itulah jua akibatnya bila mak masak kat dapur kau ketawa berdekah-dekah tengok reality show korea.. yang kerapnya mengadap laptop. tau tau je semua dah terhidang..bila lapar makan.. dah kenyang sambung balik... siot tak siot perangai kau ni Yana!



OH YE..di sebabkan aku baru je lepas azab dengan test sana sini..tu yang langsung tak update blog.. laptop pun tak bukak tau.. bukannya aku kuat study pun.. mih mih mih.. tahu aku buat apa? HOIIIIIII.. gila.. tengok nota seminit..main game berjam-jam.. kuangjaqqq temple run 2 ni..habis jahanam, tah apa nasib result tests aku..  assignment ETR yang kena buat business plan apa pun tak jalan.. aku pulak jadi CEO? hahahahah..lagi sekali jahanammmmmm!






hikss..aku merungut tah pape..
NAH..popcorn buat pencuci mulut...  o_O