Friday, November 25, 2011

setelah seminggu di Dungun

Assalamualaikum^^


yeahhh..dah seminggu kat Dungun ni..seminggu jualah blog aku ni terbiar dan tidak dapat belaian kasih sayang dari tuannya..sadiskah? tidak! yang teramat sadisnya apabila internet connection kat sini langsung tidak superb..nak upload gambar pun mengambil masa selama setengah jam..uhhh..uhhh.not cool!


sebab musabab aku malas nak update blog,tambahan sekarang sedang melayan variety show korea : running man & oh! my school..hahahah.. makan,tidur, solat, mengadap depan lappy dan gelak terbahak-bahak sehinggakan nak terkeluar anak tekak lepastuuu ulang balik benda yang sama :D


ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pelajar yang baru masuk semester baru..oh yeah..rutin harian yang sungguh mengasyikkan :)..tapi..aku janji..ini adalah sementara..bila class dah start..aku nak focus!!! tak moh dah leka dengan bende lagho canggini.. ceh..ceh..





 okay..seronok.. subject dah semakin sikit..
tapi tough punye tak boleh tahan..calculation & memorize semua cukup rasa..






memang sengaja tempah bilik lama..
naluri ini sudah sebati dengan PHA 209 :)




HAI..adakah korang tahu bahawa kat dungun ni sejuk bukan main kepalang! kipas stick on 1 je..tidur pun berselimut habis siap bersweater..wah! tak dengar lagi suara seksi aku ni..perghhh..sakit tekak punye laaa teruk..nasib terima rawatan kat klinik uitm..dapatlah ubat free..malangnya sampai sekarang suara aku masih belum normal..punye serak basah , nak cakap pun payah :(



Friday, November 18, 2011

tips buat duit dengan Churp Churp



Assalamualaikum^^


HAI..aku pasti ramai yang dah tahu dan pernah dengar pasal churp churp ni..tapi, masih tertanya-tanya dan tak tahu macam mana yea nak buat duit dengan churp churp ni..wuwuwu..aku pun baru je join..hehe..lepas kaji punya kaji tak salah kan nak share dengan korang :)


APA ITU CHURP CHURP?


Churpchurp adalah salah satu program cara mudah untuk buat duit di internet untuk rakyat Malaysia . Churpchurp ialah adik kepada Syarikat Nuffnang (bukannya pesaing) . Dengan hanya mempromosi offer dari pihak churpchurp di  Twitter, Facebook, YM, blog. Mungkin sebab ia lebih banyak mengunakan medium twitter, logo churpchurp juga berbentuk burung seperti logo twitter. Ok, disini aku tunjukkan cara buat duit melalui Churpchurp!


1. pertama sekali, korang perlulah daftar akaun churp churp..percuma je! DAFTAR SINI

2. pergi ke bahagian SETTINGS (kanan belah atas) dan isi semua maklumat iaitu profile, sharing preferences, survey.

3. Dah siap! :)








*3 Cara buat Duit dengan ChurpChurp

 

1.  Social Sharing Churpchurp
Ia merupakan cara paling senang untuk buat duit dengan churpchurp sekali sebab anda tak perlukan sebarang kelulusan dari pihak admin.

Hanya share link yang diberikan untuk campaign yang sesuai. Korang akan mendapat ganjaran bila ada yang klik link yang anda berikan itu. Antara cara promosi link paling mudah ialah menggunakan platform sosial, misalnya blog, Twitter, Facebook, IM, atau e-mel. 

 



2. Social Seeding ChurpChurp

Melalui cara ini, korang akan ditugaskan untuk menyampaikan mesej pengiklan pada platform media sosial seperti Twitter, Facebook. Hanya ikuti arahan yang pihak mereka berikan.



3. Scheduled Tweets ChurpChurp

Untuk cara ini, korang perlu mempunyai sekurang-kurangnya 25 follower di akaun Twitter anda (hahaha..sebab tu aku semangat sign up twitter 2 hari lepas..come here bebeh :) twitter.com/marliyanamk. Pihak churpchurp akan hantar review twit yang akan korang submit sebelum diapprove. Korang perlu tulis dengan kreatif tweet tersebut dengan memasukkan kata kunci yang disediakan.




Berapa Banyak ChurpChurp akan bayar?


Bayaran yang diberikan agak berbaloi iaitu sekitar  RM0.20 hingga RM0.40 untuk setiap unique click. Ya, itu 1 klik. Kalau dalam sehari anda mampu mendapatkan hanya 20 klik, jadi dalam masa sebulan anda boleh jana lebih dari RM100. Mudah bukan? psssttt..nak tahu tak? kalau pada hari rabu per click RM 0.40 (so, pandai-pandai lah:)



Kalau ada yang tanya cara mudah tingkatkan klik pada churpchurp ini jawapannya ialah FACEBOOK dan Twitter! Melalui facebook bukan sahaja korang boleh bersosial, tetapi juga boleh buat duit melalui churp churp menggunakan platform facebook. Jadi tugas anda hanyalah post di facebook dan tunggu sahaja duit anda masuk.






 tunjuk ajar oleh : asmawati
 disediakan oleh : marliyana mk




jadi tunggu apa lagi???..jom daftar akaun dan buat duit! DAFTAR DI SINI

*okay ..next entry aku share mengenai tips letak iklan churp churp pulak yea :)











Remy Ishak & Faradhiya Sah Bergelar "Suami Isteri"???

 

Bukan ke Remy Ishak tengah kemaruk bercinta dengan aktres popular, Tiz Zaqyah? Kenapa pula tiba-tiba terkeluar ???? CLICK HERE to read more

 

 

 

 

Wednesday, November 16, 2011

burung terbang saye..

Assalamualaikum^^


OPPPSS! celah mana aku ada burung? terbang bagai lagi? HAHAHA..







  
oh ye..disebabkan ada permintaan dari fans aku ni kan..





maka..wujudlah burung terbang saye!




ianya sungguh memilukan hati kerna diusia sembilan belas tahun barulah aku ada akaun twitter sedangkan budak 6 tahun sekarang bukan sahaja dah ada akaun sendiri..malah beriban follower lagi..

hahahaha..silakan gelak tutup mulut!



alaaa korang ni jangan laa sombong sangat yeh..mehlaaa tweet tweet dengan aku..
ciannnn..burung aku takde kawan lagi (

sob sob 




Sunday, November 13, 2011

thank you NUFFNANG & TGV CINEMAS!

Assalamualaikum^^



wehee :) buat kali pertamanya dalam riwayat hidupkuh dapatlah habuan setelah setahun mendaftar menjadi ahli nuffnang..walaupun earning aku tak pernah naik..(sebab sampai sekarang aku buta huruf dengan nuffang ni): boo me! :P ehem..ada sesiapa yang budiman nak tolong explain kat aku ?




yeahh..dapat tiket wayang for free :)
nak ke? silalah ambil satu
hihihihi




thank you NUFFNANG and TGV CINEMAS :)







birthday korang bila pulak? 
rajin-rajin kanlah cek e-mail tu kan..kot kot terlepas pandang ke



HAHAHA.. alkisah nak pergi ambik complimentery passes tuu pun merajuk 2 jam dengan cik tayunk! sebab dua dua bertekak cari jalan..bila salah masuk jalan..mulalah..kejap salah aku..pastu salah dia pulak..end up..merajuk!!!

kata je anak jati kolompo! tapi poning kepale gak ah cari alamat office nuffnang ni..pakai gps pun sesat sampai highway mahameru..ishhhhhhhh..uwuwuw~ kalau nak senang cari,..office nuffnang ni berdekatan dengan yellow cab pizza jalan raja abdullah.








hikhikhik..rasa dihargai pulak..sebab dulukan aku pernah buat part time di TGV KLCC..6 bulan lebih jugak kot..masa habih spm dolu-dolu ..rasa rindu nak kerja kat situ balik! kat ENTRI NI aku gebang habis laa pasal kerja jadi CRO aku tu.hahahha