Showing posts with label sedap. Show all posts
Showing posts with label sedap. Show all posts

Sunday, February 15, 2015

RSMY The Best Cheese Naan



Assalamualaikum^^


Holla people! Nak dijadikan cerita. Aku ni tak la minat sangat roti nan cheese ni. biasa-biasa je. sebab aku pernah beli sebelum ni tak ada yang sedap pun. cheese dia pun alahai. sikit taik gigi je. then kalau lepak mamak aku lagi suka order mee/bihun/kue tiaw pastu roti kosong satuuu pastu air belimbing. kalau nak jimat duit, limau ais sudahla kan. hehe

ada masa satu tengah malam tu aku ambik mood nak tidur.duk scroll instagram, ternampaklah orang post gambar roti naan cheese yang meleleh tuu. dah laa lapar. perghhh. rasa dia membuak-buak habis perut, limpa, hati, hempedu aku craving habislaaaaa masa tu.

yang ini mengikut menu ialah "Yummy Cheese Naan"
naan with cheese and chicken slice RM 8 tak silap

kalau yang biasa RM 6 



HMMM. They said this is the besttttt naan cheese in town. So, lets get the shot. 




well, tekak aku makan ni sekali sekala boleh la. since dia cheese, dimakan bersama kuah dal so agak muak.hmmm kan best cicah dengan sambal ikan bilis pedas-pedas atau apa-apa sambal laaa janji pedas. weh, aku siap mintak sambal kot-kot kalau ada. tapi orang tu sengih je, ingat aku main-main ke? huhuhu aku tunggu jugak.. tapi tak ada ponn (sedih)  malas nak layan karenah tekak aku letew



chicken tandoori RM 10
bagi aku boleh laaaa. dah order kan, licin je makan..
(macam redha, pasrah jee)






ok u olls.. kalau dah kempunan boleh laa singgah RSMY. hehehe. aku pergi area Danau Kota, Setapak. ehhh, jangan risau.. RSMY ada banyak cawangan.boleh pi yang mana berdekatan yeee :)


Rating: ★★★★☆


Thursday, January 30, 2014

RESEPI : Cheesekut tanpa bakar (CHEESE BISCUIT CAKE)


Assalamualaikum^^




Hai kita berjumpa lagi dalam segmen humban sajaaaa dia  ke dalam peti ais.. macam biasa lerrrrr...
tak perlu susah-susah nak bakar! tak perlu tepung! no bake! no oven! tup tuppppp terus boleh jadi cake.
ni dah cukup malas punya resepi..kalau malas nak buat jugak, terbukti tahap kemalasan anda boleh berada di zon kritikal kat Hospital Columbia Asia. eh.


Ya. Mari berkenalan dengan bahan-bahan untuk membuat cheese biscuit cake ini.. Saya percaya bahan-bahan ni mudah di dapati di dapur anda sendiri serta di kedai runcit berhampiran. Anda perlukan :

INGREDIENTS | BAHAN-BAHAN
(can fit cake/baking tin square 6" inch)
  • 250g cream cheese (RM 6.99 beli di aeon with 20g extra. YAY!)
  • setengah tin susu pekat manis
  • susu low fat/ full cream/ fresh milk (either one)
  • Hup Seng Deluxe Crackers (1 pack RM 4.39 )
  • Nestum (RM 3.95)


 HOW TO | CARA-CARA



 1. Beat cream cheese along with susu pekat manis till creamy texture

2. Celup biskut ke dalam susu segar (jangan lembik sangat, agak2 soggy dah) biskut acah acah mandi susu ini bertujuan untuk lembut apabila di makan

(nasib tak berapa baik dapat biskut hangus hitam kelentung) apaaaa ni hup seng warna biskut tak seperti dalam gambar.. tak putih..perlukan aura white mungkin...

3. Celetkan cream cheese dan susu pekat manis yang dah pukul tadi ke kemudian taburkan nestum ke atas biskut yang dah mandi susu tuuuu

4. Sila ulang step 2 dan 3 sampai kehabisan biskut dan cream cheese

5. Biarkan cake anda rest in peace ke dalam peti ais/ chiller selama 4 jam atau semalaman







selamat mencuba! :)