Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, February 07, 2014

TIPS : Ketahui Jenis Kulit Muka Anda





Assalamualaikum^^


oh sebenarnya kan...kalau dulu-dulu time sekolah asal cikgu tanya pasal topik hangat iaitu CITA-CITA dalam kelas, selama 3 tahun berturut-turut aku pertahankan untuk berada dalam bidang kecantikan. Ala..kan kena isi 3 tempat kosong tu kan..apa kau dah lupa? hahaha. tahu apa aku isi...
"Pakar Kecantikan, Pakar Kosmetik, Beauty Consultant"

lepas dah gigi senget benget okay persetankan jelah cita-cita kau tuhh (bisik syaitan masa sekolah rendah dulu) wkahkakwakwhakh  ingat soalan cliche tu dalam zaman universiti dah tak ada. sekali ada jugak. haruslaaaa aku kata nak jadi BUSINESSWOMAN BEKERJAYA & BERKALIBER since aku pursuing/majoring in business kan.. takpa, jual produk kecantikan mungkin..nampaknya akan bersaing sengit dengan Kak Ton nanti.  kehkehkeh



okay tak kelakar aku dah lari topik jap..Baiklah tanpa membuang masa..berdirinya saya di sini untuk berkongsi serba sedikit tentang face skin type ni:



*** Terdapat 4 jenis kulit muka yang ada:

1. Kulit kering
2. Kulit normal
3. Combination Skin (kering+berminyak)
4. Kulit berminyak


                         1                                    2                                     3                               4


KULIT KERING

Cara: dengan menggunakan oil control film, bila wipes pada kulit memang tak de kesan minyak. Tapi, kulit muka akan rasa tight dan mungkin akan rasa sedikit kemerahan atau irritation.
Masalah ini sering dihadapi khususnya ketika cuaca dingin/panas di mana udara menjadi kering. Udara kering menyebabkan kelembapan kulit menghilang.
  • hampir tiada kelihatan pores
  • kelihatan ttidak bermaya
  • ada kemerahan pada kulit
  • kurang anjal
  • visible line jelas kelihatan dan banyak


KULIT NORMAL

Normal skin adalah paling bagus antara semua jenis kulit. Senang cerita paling kurang bermasalah. Ianya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Ianya kelihatan sihat, bersih dan segar. Walaupun dengan minimum care, tapi kesihatan kulit itu dapat dilihat. 
  • hampir tiada masalah kulit
  • tiada alahan atau sensitif pada apa-apa persekitaran
  • liang pori yang kecil dan hampir tidak kelihatan


 KULIT KOMBINASI (KERING+BERMINYAK)

Combination skin berlaku apabila dua jenis kulit bertemu iaitu Dry & Oily. Typically ia terjadi apabila sebahagian part berkulit kering dan sebahagian lagi iaitu the center part atau T-Zone (dahi + hidung + dagu) berminyak. Untuk combination skin ni, mereka memerlukan dua jenis produk yang berbeza untuk mengawal kedua-dua masalah tadi. 
  • liang pori yang kelihatan
  • blackhead, acne di bahagian T-Zone
  • fine lines yang jelas 
  • redness patch pada muka


 KULIT BERMINYAK

Cara: dengan mengunakan oil control film, terdapat kesan tompok dan berminyak. Kebiasaannya, minyak yang berlebihan boleh didapati pada beberapa bahagian muka seperti hidung, dahi dan pipi (T-Zone). Jenis kulit berminyak merupakan jenis kulit yang paling bermasalah kerana ia boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat mahupun jeragat. 
  • kulit kelihatan sangat greasy dan shiny 
  • liang pori kelihatan besar
  • mempunyai blackhead, jerawat dan active acne


 last but not least,

KULIT SENSITIF

Kulit sensitive adalah kulit yang sangat kering. Kadang-kadang masalah kulit sensitive ini boleh berlaku akibat reaction daripada ketidak sesuaian produk yang kita gunakan. Kulit sensitive ni memerlukan penjagaan yang rapi dan bukan senang dalam pemilihan produk penjagaan kulit. Biasanya mereka yang mengalami masalah kulit sensitif, merasa tindak balas jika tidak sesuai dalam masa yang sangat cepat berbanding jenis kulit yang lain.

  • kemerahan pada pipi
  • fragile type of skin
  • mudah meninggalkan parut sekiranya ada masalah
  • cepat rasa pedih jika kandungan pH pada produk berasid

Could I please point out that “sensitive” is not a skin type! Its a skin condition. Anybody is prone to sensitive skin, just because you have had reactions in the past does not mean you will continue to have “sensitive skin.” Yes some skin types are more delicate and prone to reaction than others (mens for example tends to react much easier) but they will still fall into one of these other categories. - See more at: http://www.daisygreenmagazine.co.uk/beauty/features-beauty/skin-analysis-part-2/#sthash.gb0B3vbu.dpuf

Could I please point out that “sensitive” is not a skin type! Its a skin condition. Anybody is prone to sensitive skin, just because you have had reactions in the past does not mean you will continue to have “sensitive skin.” Yes some skin types are more delicate and prone to reaction than others (mens for example tends to react much easier) but they will still fall into one of these other categories. - See more at: http://www.daisygreenmagazine.co.uk/beauty/features-beauty/skin-analysis-part-2/#sthash.gb0B3vbu.dpuf
could I please point out that sensitive is not a skin type but it is a skin condition. ANYBODY is prone to sensitive skin just because you have had reactions in the past does not mean you will continue to have sensitive skin. Yes some skin types are more delicate and prone reaction than others.

SO, WHICH ONE IS YOURS?
THANK YOU! :)


Sunday, January 13, 2013

Tips mudah mengingat ketika belajar



Assalamualaikum^^



Salam Ahad.. Alhamdulillah! macam biasa..ahad bukan waktu pergi berjoli, tapi waktu kelas..HAHAH..
happy sunday morning people..

this week till the end of this month, i'll busy menelaah buku due to tests and quizzes just around the corner..and i know i bukan lah top student, just wanna share with you guys what i'm doing / how i study..



1. MERANGSANG kesemua deria dalam pelajaran.

 -Kita ingat 10% apa yang dibaca         
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% apa yang dipraktikkan

macam aku, cara aku praktikkan dengan 4 easy steps :
1. buat nota sendiri,
2. baca,
3. faham
4. hafal..
and try to answer past year questions without refer to any notes/ formula. for me, thats the best way..
BUAT NOTA SENDIRI.. 14 chapter? har, 14 chapter lah kau ada notes sendiri. wajib!

2. STRATEGI
notes yang aku buat usually i'll keep short and simple..any word yang panjang and subject yang memerlukan memorize, aku belajar buat akronim.
Contoh : Cabaran Globalisasi : M E D I K
M Modal intelek
E Ekonomi ( Aspek Ekonomi menyeberangi sempadan
D Dunia tanpa Sempadan
 I  ICT ( kepentingan ICT )
K K-Masyarakat ( mewujudkan K-Masyarakat )

kalau untuk formula : 

aku creates formula using my own story (reka cerita la der), aku salin dan buat sampai betul without refer to any formula. salin 88 kali biar tersemat di hati, bukan untuk exam je..tapi untuk survive. (tak faham sudah) HAHA.

how to answer essay questions?

kalau budak business macam aku memang banyak subject membaca..bila baca need hafal.
so how? JUST REMEMBER TO INCLUDE THIS :

a. fakta
b. huraian
c. contoh

Kau goreng lah macam mana pun.paling penting kau ada isi untuk 3 benda ni..

Contoh: 5 points/factor untuk soalan 25 markah.
Mesti ada 6 perenggan including introduction. setiap perenggan point/factor tu mesti ada fakta, huraian,contoh. so, each paragraph dalam 8 baris, dapat lah dalam 2 page..
problem is macam mana nak goreng? itu salah kau kalau kau tak baca/study awal..that is why ada notes sendiri tu penting..buatlah nota sendiri!


3. STUDY SMART NOT STUDY HARD
for those kaki study lambat macam aku, try this!

Contoh, hari ni nak study chapter 1-3.
give appropriate time..let say each chapter takes 3 hours.
dalam masa 3 jam, kau mesti fokus! belajar dalam keadaan kondusif bukan depan tv/ dengar radio.
macam aku, i'm prefer to study alone.  fokussss!!! instead kau study half day tapi satu input pun tak masuk baik study dalam masa 3 jam tapi dah cover chapter 1 dah.. see.. make it simple!!!


4. ULANG

‘Repetition is the mother of all skills”

refresh your memory without refer to any notes!!! paling penting.. jawab soalan past year banyak kali.dah buat? tak pa! buat lagi.. ulang lagi..
just open notes sepintas lalu.. then, ask the questions balik..kalau boleh jawab, alhamdulillah..


5. SOLAT & DOA

kau pergilah mana-mana pun, hingga ke ceruk dunia ke..apa sahaja kau nak buat mesti dengan keredhaan, keberkatan dari Allah SWT. solat tiang agama, doa senjata mukmin.. korang paham sendiri jelah. before, during and after study.berdoalah..kalau kau ikhlas..insyaALLAH..ALLAH tolong..



6. JAGA ADAB, JAGA KESIHATAN & PEMAKANAN

adab dengan ibu bapa, guru, kawan.. hormat lecturer..dia marah kau macam mana pun, dia yang ajar kau..hormat.dia marah untuk siapa? untuk kau laaah! kesihatan? tu.. tidur cukup! lepas subuh jangan tidur.. rezeki masuk..tak nak ke???? hehe.. makan? jangan makan yang melemahkan memori macam asam, minum dah masuk semut ke and etc.. makanlah kismis, madu, kurma, buah-buahan (pandai2lah ko hidup yea)



satu je prinsip aku pegang : GOOD EFFORT = GOOD RESULT


ok cau!