Showing posts with label Ampang. Show all posts
Showing posts with label Ampang. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

#KISAH 2: bercinta dan kentot



Assalamualaikum^^


hai.. kita bersua lagi dipetang ahad.. Alhamdulillah. duduk rumah ni kerjayanya makan tidur, makan tidur sahaja.. pegang senduk time cedok nasi, pegang kuali belum lagi, tapi pegang penyapu aku rajin...sebab aku pantang rumah bersepah..tapi bab memasak.. kita pass kepada orang yang lebih afdal bertukang di dapur iaitu mak aku ler. sapo laie hhahahahahaa...




oh ye..marilah aku nak sambung kisah-kisah anak buah aku ni.. banyak je koleksi..tapi aku update mana yang aku ingat je lah.. hahahaa..

alkisah anak-anak buah tinggal kat rumah aku sekarang..sebab abang n kakak ipar pergi berkonvoi dengan geng motor ke Perak..jadi, mama (kakak ipar aku) selalu laaaaa tepon menanyakan khabar raksaksa2 yang ada ni..bermulalah perbualan mereka...

kringgg..kringgg (telefon berbunyi)



MAMA :               ASSALAMUALAIKUM

AKU    :               WA'ALAIKUMUSALAM... n bla.. blaaa. blaaaa
                           (raksaksa2 sedang memekak memecah suasana perbualan)

ABG YUSUF :     MAMAAAA.. BILA NAK BALIK?

MAMA :               MALAM ESOK MAMA BALIK LER.. ABANG JANGAN NAKAL2 YE.                                             JAGA ADIK2.. JANGAN BULI MASHU.. n blaa. blaaa

ABG YUSUF:      IYA..IYE.. MAMA NI PERGI MANA? BILA NAK BALIK? (duh..tanya lagi)

MAMA :               HEHEHE.. MAMA... MAMA PERGI BERCINTA DENGAN AYAH..

ABG YUSUF :      HAH. CHENTA..CHENTA JE.. KAN MAMA TAK SUKA AYAH.. 
                             AYAH KAN SUKA KENTOT MERATA-RATA...

MAMA :               @#$%^&iu&ghjf(*t#$*()(*COI*^&#~!!!


PUAHAAHHAHAHAHAHA...



kisah tamat

Friday, January 17, 2014

#KISAH 1 : raksaksa, mashu dan sekolah




Assalamualaikum^^


kussss semangat.. raksaksa bertempiaran kat rumah sekarang ni.. sorang memekak maksu nak main game, maksu nak tengok otomen cosmos, maksu nak main tu, mashu nak kencing, mashu nak makan kek, mashu nak mandi kolam, mashu nak makan nasi (dah makan satu suap je pun) yang paling tak tahan.. mashu nak aiskrim (mentang2 nenek kau kilang membuat aiskrem) when mashu said NO! CAN NOT! habissss semua kau cakap je nak apa..pasti si atuk akan kabulkan...dan ianya bersambung.. mashuuu.. mashuuuuu


 



ada 3 raksaksa kesemuanya.. tapi, yang paling kecik tu perempuan.. boleh tahan jugak level kekuatan dia..aku tarik napas dalam-dalam dengan mereka ni.. tapi, macam mana pun..merekalah penyeri, merekalah buat kita ketawa.. merekalah anak-anak buah aku.. haaaa... punya cepat kitaran masa berlalu.. tahun ni diorang; AbgYusuf -dalam gambar- (6 tahun), Abg Rifqi (5 tahun) dah tadika.. Sarah tu jelah belum lagi baru 2 tahun




#KISAH 1 si abang di sekolah (sumber dari kakak ipar)


ABG YUSUF: MAMA.. MAMA

MAMA:  IYEEEE

ABG YUSUF: Tadikan cikgu cerita kisah Nabi kat sekolah

MAMA: waaaaa... iye ke.. best tak

ABG YUSUF: bestttt.. tapi ....kan... kenapa cikgu cakap nama atuk nabi Abu Mutoilet???? toilet tu kan
              tandas, tandas tu kan tempat najis.. kenapa cikgu kata najis kat nama dia.. cikgu ni cakap tak baik

 MAMA: aduiiii abang ni.. abang salah dengar..nama atuk Nabi Muhammad SAW , Abu Mutalib
                bukan Abu mutoilet




halaa. halaaaa...budak ni memang la tak buat lawak.. innocent dia yang buat aku tergelak berdekah-dekah.. tapi bagussssla dia pandai la membezakan mana elok ke tak baik.. ni dah sekolah 3 minggu memang menangis tiap kali sampai sekolah..hahahahhaha  tapi yang cikgu puji abang ni petah bercakap, suka bercerita.. suka berkawan..


kisah tamat

Saturday, December 07, 2013

the weddings




Assalamualaikum^^

Sabtu lepas.. ya. entry ni agaklah basi sikit. maafkan saya.. due to a lot of commitment as a mahasiswi ni kan..wajarlah update blog seminggu sekali... kite siapkan kerja sekolah dulu.. ha..ni pon baru je selesai shooting untuk video arabic..ada lagi 2 video untuk project pd n QMT kena buat.. beruban jugak kang kepala aku ni..biasalah..lagi 2 minggu je nak final exam.. macam-macam kerja tak settle..tak pa..
innallaha ma'ana :)

tengok tajuklah babe.. sekarangkan musim orang kahwin.. anak meon nak kahwin dengan makcik sapodah, bilaaaala aku nak pi nikah??? kahkahkah..sekian rangkap pantun tak boleh blah! uniknya wedding aku pergi minggu lepas, kedua-duanya along. bukan mau minta tolong atau ahlong, tapi memang along dah kahwin jadi bini orang LOL


yang best wedding ni, baju ditaja oleh sepupu.terima kasih sepupu!!! seperti gambar di atas, bersama sepupu sepapat belah mak. anak dara di atas juga masih berstatus bujang, pandai mengemas rumah, menjahit, membasuh baju, melipat kain, memasak dan rajin pulak tuh. kahkahkah



 
 inilah pengantinnya, along.. pengantin laki cabut lari sebab boleh tahan pemalunya
make up along hari tu lawaaaaa gila, berseri-seri..
baju cantik, pelamin cantik, makeup cantik!

baarak-allaahu laka, wa baaraka ‛alayka, wa jama‛a baynakumaa fee khayr
doa cantik jangan lupa ei


with Sarah
anak buah yang sudah membuah yang selalu .......
korek lipstik mashu dendiam
korek compact powder mashu
dan korek lain-lain




 
the next day
pergi wedding kak long kat Ampang Hilir.
perghhhhh... pelamin ni waktu jam 3 petang masih cantik dipandang
memang cantik!
tapi, aku boleh tahan pelupa, lupa nak ambik gambar pengantin
apa pun..to kak long & suami hashtag doktor congratssssssss! happy newlyweds! heheheh



gambar dengan adik pengantin (bertudung biru) mana boleh lupa
kalau dah pengantin kak long, ni adik pengantin kak ngah pun lawaaaaaa you!

teringat dulu main kat belakang rumah orang, dalam longkang, dalam semak, dalam jamban je tak
tak sangka jiran-jiran i ni semua dah membesar dengan cantik, manissss dipandang


outfit of the day..
baju ni saje je sabotage aku tauuuuuu, terus nampak macam pompuan pregnant!

Sunday, November 03, 2013

the best halal korean food restaurant : SWEETREE




 
Assalamualaikum^^




haih.. nak masuk sepuluh kali pergi baru sekarang nak buat review. hahaha. tapi tak dulik,
nak jugak bagi korang tengok & mengidam meleleh aiyak liuq. weh baik jahat kau ni !

ouh yeah..i really love the interior design and the concept of the restaurant. so, nampak tak.. the tropical environment insides attract me to chill out there.



yeahhh.. this is the restaurant.

No 13 L-1 & 2, Jalan. Ampang Putra, Taman. Putra Sulaiman, Ampang. 68000, Selangor.

cantik kan.. aku terjumpa kedai ni atas ehsan pakcik google. alaaa..
biasalah dulu-dulu tengok korean drama gila terliur tengok diorang makan tteoukboki , bim bap laa, kimchii..
jadi, aku tak puas hati selagi tekak aku tak merasa sendiri. punyalah google, cari merata kedai.sebab susah nak jumpa yang halal.. memang banyak BBQ KOREAN restaurant.tapi, semua tak halal..

sekali jumpa ni area ampang.. arghh..memang kampung aku la kan.. hahahaha
kedai sweetree ni dekat dengan dagang avenue. galaxy ampang sana tu..kalau korang tak jumpa tak lama dah tu...innalillah (sebut innalillah kalau ada musibah berlaku, bukan untuk orang mati je)  eh, tetiba...





nama pun dah sweetree.. of course there are trees inside their restaurant.
alaa tapi dalam gambar ni tak nampak pokok plak. nampak daun je..
maafkan makcik. makcik separa pro bab ambik gambar ni




their story..










taraaaaaaa.... ni semua permandangan indahh kat level atas.
kat bawah aku tak sempat nak snap.. kang nampak aku ni zah bedah busy body sangat.. hahahah.
better korang pergi sendiri and feel it. hahahahahah





tercuri gambar dari google

ada satu hal lagi.. kalau korang pergi jangan buat muka naik hairan plak dengar ada orang dok anneyong anneyong hasa yo. annyeong pastu tunduk2. haaaa. itu lah si owner yang peramah sangat.
aku panggil ahjushii... ahjushi ni pok pek pok pek.. rajin sangat siap tunjuk candy show lagi

kalau korang layan reality show we got married KHUNTORIA. yang si nikhun dengan victoria buat gula handmade pakai caramel amende tah. haaa.tulah yang ajhushi ni buat kat aku. siap ada lagi lesson practicing korean dengan dia.. kelako betul pakcik ni!


 

ok dah. lets talk about the food.
 benda ni kira side dishes la..kalau order memang dia bagi..
ada la terung, bendi, kentang, kimchii semua benda yang simple..tapi sodappppppp




ha. close up sikit si kimchii ni..
tekak aku takde masalah..memang boleh accept benda ni.
kalau korang tak boleh, tekak korang masalah arr tu..
hahahaha.siyessss sedap.. nama pun jeruk kobis.memang masam..





tu diaaa... fav sangat niiiiiiii..
green tea ice blended latte (RM 8.90)




1. kimbap (sushi rolls) RM 7
2. bulgogi rice RM 18
3. cheese topoki RM 16


eh.eh.. kenapa makanan pompuan ni comel sangat. kekeke



 1. bulgogi rice (favourite sangatttttt) RM 18
kalau bulbogi pot (RM 19) sama je macam bulgogi rice just it comes in a pot dan berkuah.
2. jjjang myun RM 17
3. yyuk gae jang kimchii jigae RM 18








dah tandas pun menawan


harga pun boleh tahan menawan
semenjak ni tah kenapa harga menu dah bertukar..naik la dalam 3-4 ringgit
so, aku tak boleh bagi exact.. price range tu starts from RM 7 - RM 49
macam dalam gambar atas tu 1 pinggan around RM 18 and above and ++ (biasalah tax)


pengaruh korean drama hebak sungguh.. habis rabak duit. hahahaha
once in a month tak pe kot.. berbaloi la sebab portion dia besau..
ni bayar memahal makan je cenonet buat taik gigi.tak paham betul. wkakwkwkwkaha

 annyeong!


Monday, February 07, 2011

nostalgia. aww. seronokk nye nokk

Assalammualaikum


haii koranggggg..
amacam? hari ni seronok tak? hah? biase je?
ha r.. bagi aku hari ni tak da pape best pon.
tapi.. best la jugak.. dapat aku ke tap ke tap ,taip kat blog ni kan.
kalau tak. argghh.macam haraam!
line kat sini.acik 1 je line.
paling aku terkesima tak derk line lgsung. *erk ;O
hari ni.aku jampi sikit.dapat la nge update.

entry ni saje nak publish.konon nak berangan nostalgia2 lama tuu.

korang..
korang..


zaman paling skema korang rasa ape?

zaman paling best ah gituu.

tiba-tiba aku teringat.

haaa...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

zaman hidung berhingus cendol tu kot..

aihhh. tapi..ape yg seronok?

wat malu jerkk.haha.


elleh.korang pon sama.

takyah nak gelak kat aku sorang laa.
hehe.


uhm.
ye..betulll :D

betul

aku rasa aku rindu zaman sekolah :)


ingat lagi dulu2..


Masa nak pergi sekolah agama dengan menaiki bas Pkcik Malik , (Darjah 3, tahun 2001) klu xsilap..


Mak : Yanaa.. daaahhh g siap. jap g bas nak datang dah. nak kol 2 nii.
Aku : Alaaa. jap.jap. (padahal saja buat lambat2 x tak g skola agama)
Mak : Yanaaaaaaa.. (memekik) bas dah dtg ni. cepat2.
Aku : (Lambat 10 minit, bas dah belah pun. so aku kene tggu bas kt bawah jalan uma)
Dah ciap ni. Duit belanje mane?
kelam-kabut (pakai kain terbalik,tudung senget benget)
Mak : aiisshhh... kan dah 3 hingget bagi pagi td.
Aku : salam tangan (*muka kesian)

.
.
.
.

Sebab aku lambat ,aku tunggu bas kat bawah jalan ghumah aku. (selalu tnggu bas depan uma.tp aku saje lmbat2. nak naik 2nd trip)

so,mak aku tataw aku naik bas ke x.



10 minit kemudian..



Aku : Maaakkkkkkk..
Mak : Laaa..ingat kan dah smpai sekolah.wat p balik? dah. pergi2
Aku : Makk.. dah kena tinggal bas laa. td da 2nd round.
Mak : ___$%#$@&*^ (_'')

Aku : masuk bilik gelak kuat2. gelak besar.haha.haha.haha
padahal masa bas datang aku nyorok lam longkang. bagus x? haha
berjayaaaa.. dan merasa sungguh bahagiaa tak g skolah :)


Kahhkahhakahh.. best tak cara aku? aku pun tataw nape wat cmtu.
tp yg pastiiii. malasss sgt nak g skolah petang.penatt
ouhh.. anak2 yg lain dilarang meniru aksi ini.


dah macam2 cara/alasan aku gune. ahaaha. tp ade gak yang tak berjaya ouh.

tiap kali aku gune cam xsihat, ke apa. mak aku cakap.
argghh. tak payah pkai alasan basi tuu.

camtu la aku. dulu susah nak ponteng.tapi dak2 sekarang senang2 je ponteng.kan?kan?
nasib baik aku xda adik. kalau tak, aku dah ajar dia. haha. xde laa :D



so, ade la jugak kenangan terindah masa sekolah.




bila tgk gambar2 ni rasa rinduuu sekolah,cikgu2, rindu kelas, rindu sygkuh. hehe.
rindu makcik kantin. erk? yeke? haha



ni masa form 2. semangat nak merentas desa nii. ha..aku dpt num 11. hihi



kawan.kawan semuaa comel comel



muka dak2. tgkkk.kain batik ktorg cantikk.


hai.. saya budak 2 dedikasi. (2006)



kawan baiikkk.. ceri & atyn. ni la dak2 yang menyerikan belakang umah.. haha. men kat blkg uma je. main masak2..main kt longkang. haha








graduation











hooorayyy... last day for school.
last paper physics




aku laa yang sapu taik2 kuda tuu.
and akulah yang kutip taik2 gajah..
haaaa.. ngko ade? :P


dgn abg bertugas..
haha


dgn cikgu helmi..

makcik yana wat keje kebajikan kat z0o negara.. haha.



waaahhhh.. Zaman Kegemilangan


uhmm..aku aktif dulu. masuk olahraga.
tapi masuk olahraga peringkat daerah tak pernah menang.haha.
100m, 200m, 4x100m, 4x400m semuaaa aku rembat.
tp tulaa. tak menang.
tapiii aku bangga. aku menyumbang tenaga kat sekolah aku.
haaa.. ngko ade? :P hehe

tak lepas tuu..
aku aktifffff kawad.
aigooo.penattt.
tapi tulaa passion aku.
kawad kdg2 terpaksa sebab dah xde orang.huuhu



muka komander ambik sijil
yayy. menang.













disebabkan aku pergi kursus sarjan.aku kene la jd komander.hukhukk.
Tak Nakkk..
aku malasss nak jemur bwh matahari. xsuka aww.





tp tulaaaa Aku.. masa dulu dulu :D



*missYouAll