Showing posts with label senang nak mampus. Show all posts
Showing posts with label senang nak mampus. Show all posts

Saturday, January 31, 2015

RESEPI: Tiramisu tanpa bakar



Assalamualaikum^^


HELLO 2015 :)
Pfftttttttt... it has been so longggggg and my previous entry was on February last year T.T how sad is that hahahaha. well, aku tetap aku, masih tak berubah and I'm back with some simple recipes..as usual, it goes on resepi tanpa bakar aku..(tak habis-habis) wakwhkahwkhahaa oh! selalu jugak aku buat tiramisu ni..why not I'm sharing here kan.

Mari bertira miss you sama-sama. muaahhh (tetibe)



Mummy and babies <3


BAHAN-BAHAN | INGREDIENTS:

  1. Biskut lady fingers / sponge cake (coffee/chocolate/pandan) *dalam gambar guna kek span coklat sebab biskut lady fingers susah nau nak jumpa. selalu biskut tu jual kat kedai kek
  2. 250g Cream cheese (Room temparature)
  3. 200ml Whipping cream
  4. 1/2 cup of icing sugar / gula castor
  5. 1 tbs Vanilla essence
  6. Air suam 1 cawan
  7. Serbuk nescafe / Nescafe 3 in 1
  8. Serbuk koko



CARA-CARA:


BAHAN A:

  1. Pukul cream cheese, whipping cream, gula castor dan esen vanilla


BAHAN B: KEK SPAN

  1. Kalau guna kek span: potong kek span pada 2 atau 3 bahagian
  2. Bancuh air suam dan serbuk nescafe (tanpa gula) atau in case takde guna je nescafe 3 in 1 tuuu. 
  3. Bahagian pertama kek yang di potong masuk ke dalam bekas atas cawan atau apa2 je
  4. Titis rata air nescafe pada kek span. Korang tahu kan kek span ni lembut kang kalau celup dalam air bancuhan nescafe jenuh habis lencun kek kau. 
  5. Masukkan BAHAN A (agak-agak la jangan masuk semua pulak : LAPISAN PERTAMA
  6. Tapiskan serbuk koko
  7. Ulang step 3 - step 6 sebagai LAPISAN KEDUA. 
  8. kalau bahan banyak lagi. Boleh ulang step tadi sebagai LAPISAN KETIGA pulak
  9. Semadikan dalam peti ais sekurang-kurangnya 6 jam atau overnight



*** Kalau guna biskut lady fingers, caranya sama je. Tapi its better celupkan biskut lady fingers (pastikan celup sebati dan rata) ke dalam bancuhan air nescafe tu dan susun rata dalam bekas


wajah-wajah ketika disemadikan dalam chiller
now its time to taste and enjoy


happy tira miss youuuuuuu guys!



Thursday, January 30, 2014

RESEPI : Cheesekut tanpa bakar (CHEESE BISCUIT CAKE)


Assalamualaikum^^




Hai kita berjumpa lagi dalam segmen humban sajaaaa dia  ke dalam peti ais.. macam biasa lerrrrr...
tak perlu susah-susah nak bakar! tak perlu tepung! no bake! no oven! tup tuppppp terus boleh jadi cake.
ni dah cukup malas punya resepi..kalau malas nak buat jugak, terbukti tahap kemalasan anda boleh berada di zon kritikal kat Hospital Columbia Asia. eh.


Ya. Mari berkenalan dengan bahan-bahan untuk membuat cheese biscuit cake ini.. Saya percaya bahan-bahan ni mudah di dapati di dapur anda sendiri serta di kedai runcit berhampiran. Anda perlukan :

INGREDIENTS | BAHAN-BAHAN
(can fit cake/baking tin square 6" inch)
  • 250g cream cheese (RM 6.99 beli di aeon with 20g extra. YAY!)
  • setengah tin susu pekat manis
  • susu low fat/ full cream/ fresh milk (either one)
  • Hup Seng Deluxe Crackers (1 pack RM 4.39 )
  • Nestum (RM 3.95)


 HOW TO | CARA-CARA



 1. Beat cream cheese along with susu pekat manis till creamy texture

2. Celup biskut ke dalam susu segar (jangan lembik sangat, agak2 soggy dah) biskut acah acah mandi susu ini bertujuan untuk lembut apabila di makan

(nasib tak berapa baik dapat biskut hangus hitam kelentung) apaaaa ni hup seng warna biskut tak seperti dalam gambar.. tak putih..perlukan aura white mungkin...

3. Celetkan cream cheese dan susu pekat manis yang dah pukul tadi ke kemudian taburkan nestum ke atas biskut yang dah mandi susu tuuuu

4. Sila ulang step 2 dan 3 sampai kehabisan biskut dan cream cheese

5. Biarkan cake anda rest in peace ke dalam peti ais/ chiller selama 4 jam atau semalaman







selamat mencuba! :)