Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

RESEPI : Cheesekut tanpa bakar (CHEESE BISCUIT CAKE)


Assalamualaikum^^




Hai kita berjumpa lagi dalam segmen humban sajaaaa dia  ke dalam peti ais.. macam biasa lerrrrr...
tak perlu susah-susah nak bakar! tak perlu tepung! no bake! no oven! tup tuppppp terus boleh jadi cake.
ni dah cukup malas punya resepi..kalau malas nak buat jugak, terbukti tahap kemalasan anda boleh berada di zon kritikal kat Hospital Columbia Asia. eh.


Ya. Mari berkenalan dengan bahan-bahan untuk membuat cheese biscuit cake ini.. Saya percaya bahan-bahan ni mudah di dapati di dapur anda sendiri serta di kedai runcit berhampiran. Anda perlukan :

INGREDIENTS | BAHAN-BAHAN
(can fit cake/baking tin square 6" inch)
  • 250g cream cheese (RM 6.99 beli di aeon with 20g extra. YAY!)
  • setengah tin susu pekat manis
  • susu low fat/ full cream/ fresh milk (either one)
  • Hup Seng Deluxe Crackers (1 pack RM 4.39 )
  • Nestum (RM 3.95)


 HOW TO | CARA-CARA



 1. Beat cream cheese along with susu pekat manis till creamy texture

2. Celup biskut ke dalam susu segar (jangan lembik sangat, agak2 soggy dah) biskut acah acah mandi susu ini bertujuan untuk lembut apabila di makan

(nasib tak berapa baik dapat biskut hangus hitam kelentung) apaaaa ni hup seng warna biskut tak seperti dalam gambar.. tak putih..perlukan aura white mungkin...

3. Celetkan cream cheese dan susu pekat manis yang dah pukul tadi ke kemudian taburkan nestum ke atas biskut yang dah mandi susu tuuuu

4. Sila ulang step 2 dan 3 sampai kehabisan biskut dan cream cheese

5. Biarkan cake anda rest in peace ke dalam peti ais/ chiller selama 4 jam atau semalaman







selamat mencuba! :)


Wednesday, September 04, 2013

RESEPI : oreo cheese cake tanpa bakar!


 Assalamualaikum^^





  
dibuat dengan penuh kasih sayang dan dimakan dengan penuh kerakusan  T.T

heee.. memang sukaaaaa jiwa raga bakul beg baju kita ni kalau buat kek tak payah bakar.. maksudnya tak perlu masak dalam oven tetapi anda hanya perlu menghumban oh maaf.kang berderai kek kau.. tapi, hanya perlu letak (ok dah sopan) kek kau di dalam peti ais bukan peti surat ye adik-adik

bila googling..wahhhhhhhh.macam2 resepi cheese cake yang korang boleh buat.. tak ada mixer boleh guna blender.. sonangggg yorrr! ok. malas nak tekan banyak2....lets get started..


BAHAN-BAHAN:


  1. Biskut Oreo / Marie / digestive (2 rows of pack of biscuit)
  2. Butter / Marjerin (80gm, agak-agak rata kesemua biskut ok la tu)
  3. 250 g Cream cheese
  4. 200ml whipping cream
  5. 1 cawan gula castor/ halus (agak-agak dan sila rasa)
  6. 1 tsp perisa vanila (untuk bau wangi)
  7. yogurt / full cream milk / susu segar (optional = tak perlu pun xpe)
  8. gelatin masakan jenama halagel (optional = tak perlu pun xpe)


CARA - CARA:




BASE :
 
  1. Masukkan biskut ke dalam plastik, tumbuk dan hancurkan sehingga menjadi crumbs
  2. Gaulkan crumbs bersama butter/ marjerin yag telah dicairkan
  3. agak-agak biskut dah boleh kepal, mampatkan ke dalam bekas
  4. masuk bekas tersebut ke dalam peti (chiller) selama 20 - 30 minit




(bila base cake dah masuk ke dalam chiller.mari buat fillings nye pula)



FILLINGS:


  1. putarkan cream cheese dan gula sehingga kembang
  2. masukkan whipping cream, yogurt/susu segar, esen vanilla
  3. masukkan gelatin yang telah dicairkan
  4. apabila semua dah kembang, masukkan crumbs oreo. 
sebatikan...

  1. kemudian, tuangkan fillings ke atas base. (hentak sikit bekas bagi mampat, perlahan ye)
  2. hias dengan oreo ke, kisses, hirisan coklat (suka hati kauuuu)
  3. biarkan ke dalam peti ais selama 4-6 jam / overnight 


GELATIN?
berfungsi sebagai agen pemekat 
gelatin dalam masakan adalah untuk mengenyalkan dan mengentalkan cake!
caranya : cairkan serbuk gelatin menggunakan air panas
contoh : 2 sudu serbuk gelatin larutkan ke dalam suku cawan cawan air panas
yang penting HALAL



oreo cheese cake yang dikasihi dan disayangi


first time buat..deco nye agak failed sikit.hahahahah
ok.jemputt :)