Showing posts with label uitm shah alam. Show all posts
Showing posts with label uitm shah alam. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

semester break






Assalamualaikum^^



yayyyy... EXAMS dah habis!

aku rasa exam kali ni aku paling teruk la...almost semua paper ada je yang tak sempat jawab :( :( :(
time study pulak banyak termenung sana sinun..kalau study 3 jam tu.. 30 minit je aku fokus..
yang lain haram.. baring, termenung, online, baca nota tapi tak masuk, tengok instagram masuk pulak
pastu exam pukul 9 pagi.. pukul 4 pagi tu bangun terhegeh-hegeh nak study.time tu la baru fokus
haishhhh...dah la.dah la.. tak nak pikir..kang aku nangisss
#menyesal #throwback




yea bebeh... apa pun
alhamdulillah.. eden dah selamat sampai rumah semalam.. 
3 trip hoiiii duk mengangkut barang..
barang pulak bukan sikit2.. dengan baldi, beg tarik, beg sandang, beg tangan, beg plastik, beg baju kotor, beg kecik, beg besar, beg make up, beg duit
haaaa.tengok! beg je dah banyak.. belum citer baju, tudung, kasut lagi
 habis tangan serta jari-jemari i yang lemah-lembut ni berurat-urat dah
penangan betul bilik tingkat 5 ni.. nanti aku mesti rindu DELIMA 2508
 muuaah..muuaaahh
(apakah yang kau cuba cium di sini?)




gambar selingan




Sunday, December 22, 2013

coming soon


Assalamualaikum^^




har.. tak mo taip banyak-banyak.. i'am freaking out my first paper will be on next Monday.
sekarang pula, selamat berada di rumah.. macam biasa.. perangai aku tiap kali study week, beg berat macam batu penuh dengan buku je..takut jugak, kejadian masa lampau akan berulang kembali..di mana.....
macam mana buku tu sampai, macam tu jela buku tu tersadai kat rumah. tak sentuh sikit pun..
wakakakakaka

tapi, inshaa Allah , kali ni aku akan perangi sifat malas!!! sifat syaitonnnnnnirrajin ni!!!
daoakan saya lebih rajin! doakan saya.......




#throwback after done presentation.. banyak sangat presentation tak ingat dah..ni last week kot.
carilah saya..lihatlah saya.. huahuahauahua.. aku suka okay sebab gambar ni aku nampak gemok.
hahahahha..lagi gembira balik rumah terus timbang badan tak salam mak abah dulu, timbang punye timbang yayyy. naik 3.5kg. hahahahah..aku suka.aku suka.aku suka!






Friday, November 29, 2013

Pembakar semangatku





 


anugerah idaman setiap pelajar
tak sangka dapat jugak............




Ha ah.. memang dapat sangat..

dapat pegang JE padahal
hauhuahauhaaa



Assalamualaikum^^


haiiiii korang..  Hari Minggu ni penat sesangat sangat tau..sedar-sedar je meriah tengok dak laki pi kelas pakai baju melayu. nak pi solat jumaat kan.oh.. Jumaat dah rupanya..Salam Jumuaah!

ni yang kena taip lelaju..kita tak boleh lama-lama kat sini.. ni mai singgah sini sat sajaaaa la nak habaq event hari selasa hari tuh.. kita bukan pa.. kengkonon nak coretkan segala kenangan kat blog ni.
"THINGS END BUT MEMORIES LAST FOREVER" ha gituww..
bukan nak gebang apa pun. kita jugak nanti bila bosan-bosan, boleh baca entry lama-lama tu
biasa dah.sendiri taip, sendiri bace.. KAHKAHKAH ^,~ 





Pada selasa lepas, aku menyumbang sedikit tenaga kat event ni.. Sebagai contoh, tolong pegang & angkat dulang, susun hadiah berupa plak dan scroll, bersuka-ria & bergambar tak ingat dunia belakang pentas, cover cun & sengih memanjang atas pentas, ambik gambar & borak-borak dengan DEKAN & TIMBALAN DEKAN..

eh, macam banyak je sumbang aku..  Pada selasa lepas, aku menyumbang banyak tenaga kat event ni
K! dah buat correction dah.



MAJILIS ANUGERAH DEKAN under Faculty of Business Management

walaupun bukan penerima anugerah dekan, kerja menolong belakang tadbir je.. tapi,sedikit sebanyak mendorong aku untuk lebih bekerja keras untuk sem ni dan sem2 akan datang. In shaa Allah..

so, semester pertama untuk degree ni adalah peluang terbaik untuk pulun habis-habisan.. semoga saya lebih rajin! bukan grade/ cgpa tinggi yang dikejar semata-mata.. tapi, the learning process itself! I always ask myself... masa belajar, buat assingment, groupwork, presentation.. apa semua tu? apa input yang kita dapat? how we deal with stress, people around us, sabar tak kita, merungutkah kita? marah, bengang kat kawan buat assignment group entah apa ape.. marah kat lecturer ajar macam tak ajar je. tu semua learning process.
and.. I'll do my best to have a positive learning process :)


eh, banyak pulak membebel makcik ni..




perkenalkan..some of my classmates..

have a great times even it was such a tired day





k. busuk dahhh.. TATA








Thursday, September 12, 2013

Degree student





Assalamualaikum^^







cepat betul masa berlalu dan aku berharap degree ni pun cepat2 lah habis.. sebab i iz tak sabar nak kahwin youuuuuuuuuuuuu.
wakwkkkwkwkwkakhkhwk. sekarang dalam doa lepas solat je "Ya Allah, percepatkanlah jodohku" amiin. kahwin patut dipercepatkan ape. hehehehe. kau bab kahwin cepat je ann..padahal~  ni baru first week as a degree student of UiTM Shah Alam

amacam best dak???


so, from 0.. Aku jumpa kawan baru. coursemates baru. tempat baru. and everything is like very new to me. ini tempat shah alam. jadi g mana-mana je ada je jumpa orang. ehhh... kawan kerja aku, member sekolah ni, kawan masa diploma memang bersepah. jadi okayyyy je :) :) :)


7th sept hari tu lepas daftar.letak barang semua..aku terusss cau pi rumah abang. dekat depan seksyen 7 ni je. 5 minit pun tak sampai. so, malam tu aku tidur situ. sonangggggggggggggggg keje mak hencik


oh ye.. aku dapat Kolej Delima bernombor 2508.(Blok 2, Tingkat 5, no. bilik 08) YESSS. PALING SUKAAAA KALI PERTAMA KAKI TANGAN KEPALA LUTUT BUKU LALI kita dapat tingkat 5! dahla park kereta kat padang kawat. kena naik bas pi kolej pulak tu. SUKA KALI KEDUA! YAY! =,=




ok.dah kata bagi no. bilik semua siap. mari aku bawak korang masuk bilik aku.wahhhhh..bukan semua boleh masuk bilik i ni tauuu.. dediva and divasss vasss je boleh!


2 orang satu bilik. amannnnn. takde la kau nak rebut ampai buat gantung baju.
ehh. teka la mana meja aku. nanti aku buatkan cekodok




tema katil aku ialah merah pink.
tema kahwin tunggu kad kahwin aku k!. ahahahahha



ye betul.. meja aku haruslaaa yang ada stok bekalan minum yang banyak
pastu menceceh cari toilet..hahahaahah





so far..baru ada beberapa kelas. penat tauuu tunggu lecturer. tak masuk2 pun.. bila aku tak datang masuk pulak. (nangis dalam jamban) haaa.kelas tu bukannye dekat2. jalan kaki dalam 15- 20 minit dari kolej untuk sampai ke kelas (nangis dalam locker) 

bercintaaaaaaaa dengan tangga je. asip2 jumpa tangga. naik bukit.turun bukit.. mampuihhhhh aku camni.makin melidi badan aku. habis lemak-lemak kesayangan dibakar hidup2. nak ternak lemak bukan senang. kau kena keluar duit. makan (yang ni senang) lepas tu sehari sekali kena buang. ni masa taip ni pun ada rasa nak membuang, hahahhahahahahahahhahhah



takpe... apa pun hidup ni kena teruskan..





“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Al-Baqarah : 286