Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Bulan Februari Bulan Cinta?





Assalamualaikum^^
Tajuk kemain propa tauuu.. keh keh keh... 

tak ada maknanya cinta-cinta.. bulan Februari ni bulan debaran.. sampai termimpi-mimpi aku dek kerana apalah rupa result aku untuk semester pertama in degree ni.. T_T

bila dah study main-main.. gap exam 2 hari pun sempat melayan korean drama  The Heirs.. maka..inilah hasilnya...aku rasa semester lepas, aku punya usaha + study 50% jeeeeeeee....wkaakakakak.. aku dah silap..sepatutnya degree kena work lebih lagi..tapi aku masih dalam mood honeymoon, bersenang-lenang sesuka hatiku...uhmmmmmm... yang paling penting tak ada repeat..itu dah cukup ALHAMDULILLAH SYUKUR~






aku rasa aku dah faham sangat diri aku ni.. 8 subjects tu berat sangat oi.. 1 subject pulak sampai 15 chapter perginya..itu baru satuuuu.. JADI, itu yang study kelaut..heheheheh
habis punah harapan nak merasa ANC.. haahhahahaha (berangan ngko ni apa tak malu ke???)

takpaa.. baru permulaan.. ini yang membakar semangat nak study gilagilagilaaagilaaa ni..ekekeke... aku akan pastikan aku grad dengan pointer 3.85 ke atas.. amboiiiiiiiiiiiiiii


 

:)     T A T A




Friday, January 31, 2014

Meet up: Ze Massams Unicorns




Assalamualaikum^^



Muehhehehe.. sesiapa yang friend / follow me in FB and IG mesti dah hadap gambar-gambar ni banyak kali.
Secara langsung atau tidak langsung anda sudah mengikuti perkembangan saya di media sosial dan gambar2 ini sudah tersebar meluas dek kerana my friends and I dah upload masuk Instagram secara automatik sudah di share ke Facebook & Twitter.. jadi tak ada surprise2 lagi dah semua dah bocor di merata tempat and blog is the last resort.. OH DUNIA~




 

Ze Massam Unicorns nama terbaru di group whatapps kitorang enam sekawan ni.. dulu unicorn, smelly unicorns and blaa..blaaa..bab nama havoc ni kawan aku punya kerja k.oh ye.since kitorang dah tak selalu jumpa..jadi bila jumpa macam *&%$@%bit**?!)&^ ha.faham kan.. GIRLS THINGGGGGGGGGGGG





 
 meet them from left : Nad, Nina, Ayu, Liya, Syira

we are since 2010 together in Diploma in Business Studies dulu..sekarang ada yang kerja, further studies dan tak sama course dah.. still met Ayu in UiTM Shah Alam, Liya & Nina are luckily at UiTM Puncak Alam in the same class.the rest tuuu busy cari duit, tunggu lelaki idaman datang meminang.. diorang ni dalam usaha cari jodoh memasing ..masih ada 4 lagi kekosongan jodoh.jadi, sesiapa yang berminat boleh hantar resume ke akunakkahwin@yahoo.com




 

dah macam agenda wajib tiap kali jumpa mesti ke Red Box Plus, Pavilion KL. semua gian dan sangap nak karok. hahaha.. nak nak diorang ni penduduk sekitar KL dan Selangor je pun.. haloo halo je any free time boleh je dating memane.tak gitu.



aku pulak jenis karok punya olang.. pernah je sebulan tu pergi karok 4-5 kali. yela.... each session dengan lain-lain orang.. dengan boipren, kawan sekolah, kawan Uni, jiran tetangga. lepas tu habis rabak duit akuuuuu




suka karok kat Red Box, Low Yat.. karok 4 or 5 jam with student price RM 12++ including drinks dan snacks. kalau kat Red Box, Pavilion. karok 4 jam with Buffet RM 28++ per person.. rates is deffer according to branch k.. sila lawati laman sesawang diorang....eiceh, kali pertama menggunakan ayat sesawang..





ada laa aku sesaja bawak a few boxes of cheesecake untuk diorang ni.. kemain pompuan kat atas ni makan.. kekeke yang pompuan kat belakang tu aku tak dapat nak detect ape masalah ..kes terlebih feeling ke atau duk pikir pasal kenapa kangkung je turun harga eh. tak tak..isu kangkung dah lama.. mungkin sebab kenapa ayam dipersalahkan..tulisan buruk cakar ayam, edar pelacur bapak ayam, tak pakai kasut kaki ayam.(MOTIP???)



 aku tak tahu pulak Kak Mah kesayangan semua orang ni dah jadi penyanyi.. hehehe
siap ada lagu duet dengan mawi. 1 word = Talented
kekekeke



oh yeahh. Happy CNY and happy  ho ho holidaysssssss :)






tak sengaja terpanjang pulak mengomel kali ni..
SEKIAN!





Sunday, December 22, 2013

coming soon


Assalamualaikum^^




har.. tak mo taip banyak-banyak.. i'am freaking out my first paper will be on next Monday.
sekarang pula, selamat berada di rumah.. macam biasa.. perangai aku tiap kali study week, beg berat macam batu penuh dengan buku je..takut jugak, kejadian masa lampau akan berulang kembali..di mana.....
macam mana buku tu sampai, macam tu jela buku tu tersadai kat rumah. tak sentuh sikit pun..
wakakakakaka

tapi, inshaa Allah , kali ni aku akan perangi sifat malas!!! sifat syaitonnnnnnirrajin ni!!!
daoakan saya lebih rajin! doakan saya.......




#throwback after done presentation.. banyak sangat presentation tak ingat dah..ni last week kot.
carilah saya..lihatlah saya.. huahuahauahua.. aku suka okay sebab gambar ni aku nampak gemok.
hahahahha..lagi gembira balik rumah terus timbang badan tak salam mak abah dulu, timbang punye timbang yayyy. naik 3.5kg. hahahahah..aku suka.aku suka.aku suka!






Saturday, November 09, 2013

5 WEEKS LEFT!




Assalamualaikum^^


Hai selamat pagi korang...  amacam? breakfast dah? aku teguk air putih je pepagi ni.. alhamdulillah..
sekarang aku rasa macam susah nak tidur pagi.. huahuaaaaa.. dulu macam lepas kui  9pg cam tu. letak kepala dalam apa keadaan pun mesti boleh lelap.. tapi sekarang dah dok main mata, belai-belai mata pun tak mo tidur jugak.naik hairan mak.. korang naik apa? hahahhahaha.
tak lawak yana!





amacam kelas sekarang? (apa ni, sendiri tanya, sendiri jawab) hahahahaha. kau kekurangan kasih sayang apa??? oh penangan camera 360 (rujuk gambar di atas) dah macam mayat hidup ghupenye.. hahahaaha
ada macam putih tak???  harrrrr..aku baru tukar produk kulit muka sebenarnya. kahkahkahakh

hehehhehehehe.okay.okay..tadi tanya pasal perkembangan kelas kan..ok. stop jap pasal kulit muka.
wuwuwuww.. how time flies... tak sangka tinggal lagi 5 minggu nak study week.lepas tu final exam..
yang aku tak paham.aku pun tak paham apa aku belajar dalam kelas.. T_T


(gambar tak dapat nak diselamatkan lagi) innalillah

oh ho.. i am carrying 8 subjects for this semester. tough is in it? aku rasa sem ni subject paling banyak aku bawak.. sebelum ni 6 - 7 sub je.. oh makkkk aih.. lagi-lagi sekarang uitm ada memperkenalkan sistem pembelajaran yang baru...which is BLENDED LEARNING..

gilaa tak suka.. hantar assignment atas katil je. hahaha. it is like a virtual learning.. alaaa..lecture post soalan through i-learn.. pastu jawab lah.. aku jawab after 2 weeks the questions has been posted. hahahahaha
yeah.. there are several pros and cons.. kalau student pemalas macam aku memang ambik kesempatan laa..buat bukan-bukan... disebabkan blenden learning ni jugaklah kelas dah tak banyak..

mon : QMT 425
tue : MGT 538
wed : ENT 540, ENT 501
thu : ELC 500, ENT 530, TAC 501
fri : QMT 425 ,ENT 542


total class in a week.. 9 kelas je...honeymoon habissssssssss..pastu nanti yana kau merana... 
susah sekarang, senang kemudian.. 
senang sekarang, susah kemuadian
pilihlah mana kau nak... 5 weeks left.tak lama dah tu.. 

please.. i need kata-kata perangsang sekarang.......................




Monday, September 02, 2013

BARANG YANG PERLU DIBAWA KE UNIVERSITI


Assalamualaikum^^



Hello! Hai semuaaaaaaaa.. tak sangka kita bertemu lagi dalam.. rancangannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..... BARANG YANG PERLU DIBAWA KE UNIVERSITI ! alaaaa.takmo berduka lara kalau anda ketinggalan dengan episod sebelum ni, anda boleh menontonnya secara online melalui tonton.jangantaktonton.com.my atau boleh telefon saya di talian bebas tol di nombor 017-20 tekan tekan dapat penamporrrrrrr... Hiksss.. sejak bila entah ada rancangan hebat ni. WKWKAHWKWHWKAHHWKKW


sila betulkan rancangan anda.bukan 30 minit Ustaz Don Daniyal Biyajid ok. tapi,rancangan hebaks bersama saya anak perempuan Dani atau dalam jawanya Dannnn.. hahahahahhaa. Baiklah.kita berhenti berehat seketika,beri laluan kepada penaja (amboihhhh, baru cakap sikit dah iklan!)


OK! OK! Mari serius.. kang kalau barang kau tercicir jangan kau nak tepon mak abah suruh pos barang!
(aip, cakap diri sendiri letewww) hahahahha





SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA : (UiTM Dihatiku)

SENARAI DOKUMEN: 

Surat Tawaran (6 copy)
Borang Maklumat Pelajar Baru (bertampal gambar)
Borang Pengesahan Akuan Pendapatan
Bil Bayaran Yuran yg telah dijelaskan
Salinan IC Pelajar, Ibu dan Bapa
Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
Salinan SPM , STPM/ Asasi/ Matrikulasi
Salinan Penyata Pendapatan Ibu Bapa
Laporan Pemeriksaan Kesihatan & X-Ray
Gambar Passport (6-8 keping)

Orientasi (MDS untuk pelajar UiTM ,tak tau lagi U lain macam mana. terpulang kalau nak bawak):

Baju kurung (sekurang kurangnya 6 pasang)
Kain hitam (untuk gegirls) untuk dipakai dengn baju batik Uitm
Kasut sukan (kalau bawak kasut fancy takut kotor so bawak je lah)
Laptop tak payah bawak (takut ada kes kecuriaan) nak bawak pun mak sure lock locker
Girls free hair- bawa 2 or 3 helai tudung
Guys-  baju kolar, baju kemeja, kasut bertutup, tie (pakaian formal)
Pakaian dalam --" (secukupnya)

p/s: yang atas ini semua untuk minggu orientasi.
daftar nak pakai apa? baju kurung ke jubah paling selamat..asal x berpinar mata orang lain dah!

Pakaian & Footwear

Baju kurung especially for Monday - Friday
T-shirt (berkolar bagi lelaki)
Baju kemeja
Seluar jeans
Tudung 2-3 helai untuk girls free hair & secukupnya & brooch
Anak tudung (dah ada tudung, anak jangan dilupakan!)
Seluar tidur or Pajama
Kain batik/pelikat
Cardigan. Sweater? Maybe yes or no. depends on you!
Telekung
Baju putih kosong lengan panjang for diploma students only
Stoking (sila bawak 1-2 pasang)
Kasut sukan
Kasut/Sandal pergi kelas (sandal aku reti eja)
Kasut/selipar jalan jalan
Selipar tandas (selipar jepun)


Toiletries

Shower gel (kalau guna sabun, jangan lupa bekas nya k)
Berus gigi & ubat gigi
Pencuci muka
Lotion badan
Shaver
Shampoo & conditioner
Deodorant
Perfume
Powder
Nail clipper
Baldi & gayung
Pad (untuk gadis)
Mekap (untuk gadis (?) kalau nak)
Pewangi locker (terpulang)
Cotton bud (terpulang)
Plastik sampah (penting! takut bersepah bilik. mana tahu roomate tak bawak)
Mini sewing kit
Tuala 1 atau 2 helai (penting! untuk yang tinggal jauuuhhh~)
Tuala kecil


Laundry

Sabun basuh baju (kalau serbuk letak dalam bekas lain. takut berterabur k)
Iron
Hanger (dalam 20. terpulang)
Pengepit baju

Emergency

Penadol
Minyak angin
Losen mustajab/minyak gamat
Ubat selsema
Ubat nyamuk (terpulang)

Makan & Minum

Sudu, Garpu
Stok makanan especially for breakfast (biskut dalam tin, maggi)
Pinggan, Mangkuk, Gelas
Minuman 3 in 1
Container (terpulang)
Botol air

Alatan Tulis / Kelas


Testpad
Tali kad matrik
Pendrive
File untuk isi kertas
Laptop & charger / Broadband
Alat tulis secukupnya
Buku kosong 1-2 buah buku / notebooks

Etc

Al- Quran / Surah yassin (agama islam. untuk non-muslim boleh bawak kitab masing masing)
Beg/beg sandang (untuk pergi kelas)
Bantal, Selimut
Cadar (kalau boleh 2 untuk yang tinggal jauuuhhh)
Charger handphone
Jam loceng (henpon kau mesti ada alarm)
Tisu
Mangga Locker
Penyapu ke Tikar
Rak buku / kotak
Penyangkut yang ada gam kat dinding (boleh gantung2 barang)



credit : Nur Khaleeda & Izzati atas perkongsian anda :)
diolah oleh saya. hehhehhehehe





selamat mengharungi, menjalani liku-liku kehidupan sebagai budak U. jadi pikiran pun jadilah macam orang yang berakal.. jangan pentingkan diri..maksudnya..awak tinggal dengan orang lain.silaaaaa lah jangan jadi pengotor! sila berperangai matang. dah makan maggi ke apa ke sila basuh bekas anda dan jangan buang sisa makanan di dalam sinki. TERIMA KASIH!!!!







Friday, May 17, 2013

APA ITU DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES ? BM 111

Assalamualaikum^^

 Hai adik2.. sihat? ok.baiklah hari ni akak nak kongsi and buat review about the course as stated above.
so, akak harap adik2 dapatlah input, a snap shot atau a glimpse pasal course ni.bukan apa, ini untuk memudahkan untuk adik2 isi masa UPU application ke, hapa ke..

kahkahakah..memang mintak penampar!!! akak2 adik2..poyo sangat kennnnn...akak ni takdelah tua mana.. tapi dalam enteri ni nak jugak bahaskan diri as kakak! desperate takde adik.macam nilah..ok adik-adik? haaaa.gituwwww. wahahahhaha (boleh muntah sekarang!!!)


ok..Diploma in Business Studies, UITM ni selalu orang panggil budak DBS..
DBS ada 6 semester ke semuanya..dulu ada praktikal..sekarang idok lagi..tak taulahh nanti tukar ke apa
takpe..meh akak buatkan list. bagi berpinar sikit mata tuu..hahahha


SEMESTER 1
  • KO-KURIKULUM 1
  • CTU 1 (PRINSIP ASAS ISLAM)
  • BEL 1 (LANGUAGE SKILLS)
  • FINANCIAL ACCOUNTING
  • BUSINESS MATHS
  • FUNDAMENTALS OF MANAGEMENT

SEMESTER 2
  • KO-KURIKULUM 2
  • CTU 2 (TAMADUN ISLAM)
  • BEL 2 (MUET'S PREPARATION)
  • INTRO TO COST ACCOUNTING
  • MICROECONOMICS
  • FUNDAMENTALS OF MARKETING

SEMESTER 3
  • KO-KURIKULUM 3
  • CTU 3 (ASAS EKONOMI ISLAM)
  • BEL 3 (ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSE)
  • INTRO TO STATISTICS
  • MACROECONOMICS
  • BUSINESS COMMUNICATION
  • THIRD LANGUAGE 1 (ARABIC/MANDARIN)

SEMESTER 4
  • BUSINESS LAW
  • INFORMATION TECH IN BUSINESS
  • FUNDAMENTALS OF FINANCE
  • PRINCIPLE OF PUBLIC RELATIONS
  • THIRD LANGUAGE 2 (ARABIC/MANDARIN)


SEMESTER 5
  • MALAYSIAN ECONOMICS
  • HUMAN RESOURCE MANAGEMENT
  • INVESTMENT MANAGEMENT
  • ORGANIZATIONAL BEHAVIOR
  • CREATIVE & CRITICAL THINKING

SEMESTER 6
  • FUNDAMENTALS OF ENTREPRENEURSHIP
  • FUNDAMENTALS OF TRANSPORT
  • FUNDAMENTALS OF INSURANCE
  • OPERATIONS MANAGEMENT
  • INTRO TO INTERNATIONAL BUSINESS

HAAAA..gituwww... crystal clear??? dah nampak kan? percayalahhhh.. kalau korang pay attention in class, tak ponteng class and  forbid what so ever yang unethical, nak dapat 3.5 above memang senang2 jeee

DBS includes 40% calculation and 60% theory for the whole sem laa..Portion nak hafal theory tu hambek kauuu.. get ready! so, jangan tahu makan jajan je !!!
pi makan madu, kismis untuk kuatkan daya ingatan.cehhh.cehhh...

tapi maggi memang tak boleh elak.kalau duduk hostel/rumah sewa maggi macam main food.ohhh tidak! sebab tu student ni belajar tinggi2 kemain, kadang2 bangang jugak..fast food lah sebabnye..so, kalau boleh jangan makan selalu ye adik2... (membebel plak akak ni !!!) hahaha


CAREER OPPORTUNITIES / PROSPECTS ???

A business diploma/degree prepares you for a career in business field. no worries..luassss sangat!
in diploma, belajar basic the whole things in business.OK! basic jeee... nanti, nak pursue degree baru narrow a bit to specialize in that field. macam marketing,admin,finance,int.business,HR,PR etc............
kalau ade minat,ok..jalan dik !

Applying logic and theory to situations..yayyyyy! satu tips untuk score in exam:
all it takes is UNDERSTAND first! sebab tu boleh jawab exam.ikut logic pale otak.
KBKK is need here.hahahhahah


rasanya itu je kot...nak tahu apa lagi? let me know k!



Sunday, May 12, 2013

exam result : season finale



Assalamualaikum^^


OH HAIII.. happy mother's day.. untuk semua para ibu , mak , mummy , mama , mother-to-be. especially to my mom, MARIAM BINTI MD NOOR :)
hari ibu ni sebenarnya hari-hari.. jagalah perasan mak kite. hihi.. teringin nak jadi ibu. tapi tak kawin lagi cemna??? (kau dah kenapa?) HAHAHA

oh ye.. hari khamis lepas result dah pun keluar. perghhh... nebessss dia tahap apedaa.takut sangat.yelah..last sem kan.di buatnya ada paper kena repeat tak main gila kau.ALHAMDULILLAH.. SYUKURRRRRR..
i'm proudly and officially graduated fr Uitm Dungun, big thanks to lectures, friends, classmates fr semester 1 till 6. i thought my result teruk as i mentioned previous entry, kan aku ada banyak failed test, quiz and tak sangka sem ni pointer paling tinggi walaupun study sambil main candy crush !!!






orang lain malam exam tidur and get rest. but not me, i woke up as earlier as i can which is  4 am in the morning dan study sebab banyak lagi chapter xcover. time jawab exam pening sebab ngantuk. tapi, alhamdulillah wala ilahaillah wallahuakbar!!! idea aku mencurah-curah. 3 jam non stop writing and calculating siap highlight lagi main point.. 3jam tu macam 30 minit je.sedar2 dah nak habis masa n ngam-ngam semua dapat jawab dengan yakinnya. syukran YA ALLAH.. mekaceh mak abah.doa mereka siang malam..lebiuu


again, i would like to thank all my lecturers.


tips? tak adalah apa sangat..sebab aku tahu, cara belajar aku memang last minit.dahla malas.main game tak malas. tak boleh dicontohi langsung. just satu jela..time study, study.time main.main.. study need to be focus.indeed!!! the most important thing is... JAGA SOLAT!!! buat baik dengan SEMUA!!! buat jahat jangan sekali =)


tapi..kalau aku study lagi harder mesti boleh dapat 4flat..hahahha..berangan lagi..tulah..orang malas, so so jelah result..so, kena rajin!!!

masalah?
time study pernah tak ada kawan yang perangai dia suka macam poyo laa..
"fuiyoooo...orang tu study laa"
"budak pandai dah study laa"
"gilelahhh.rajin study.result gempak ni"
"study rajin mesti dapat dekan ni"
"awalnya study oiii"
"muka budak library"

Have u facing dengan kawan camni.. bengang kan..

kalau ada..ignore je!!! xpun korang jawab la.." alaa, aku tak pandai.sebab tu kena study!"
biaq pi la depa nak kata apa pun..result kau. bukan dia.jangan fikir pasal orang lain..in this case, kau kena pentingkan diri.wahahaha


Saturday, March 16, 2013

young entrepreneur challenge - BUSINESS PLAN

Assalamualaikum^^


syukur alhamdulillah.. legaa..lega. lega baru habis presentation for ETR 300..
hoiii business plan ni banyak betul dugaan..
lagi-lagi kalau dapat lecturer tutorial macam aku yang exactly nak REAL!!!



tapi salah kitaorang jugak..buat kerja last minit (ahaaa..biasa lah)
bayangkan..we just prepared the whole things within 2 weeks. takda pun research jumpa mentor ke hapa
totally..pi consult dengan lecturer tuto..big thanks to Madam Sharifah Nadzrah..we <3 u :))


at first, we decided to open cleaning services..sebulan lebih tak gerak apa..and macam..bosan gile, then
try to seek something else.. pikir..punye pikir..!@#$%^&(%%$#E%&*

taraaaa...

 end up, we invest in ICE CREAM INDUSTRY
our product is called ICE BURG, by combining ice cream and burger






see.. the burger here is not a normal bread..it is a pancake bread..
so fluffy, so soft and of course tastyyy yummayyyyh :))

in terms of flavor, there are so many varieties to choose..
green tea, tiramisu, toffee, chocolate hazelnut fererro, vanilla pistachio, coffee

woww...best tak? best tak?
HAHAHA.. kalau aku bukak business ni korang nak beli tak?



orang kuat in Creative Empire Enterprise


ok.cerita pasal presentation, supposed the presentation start at 12pm
tunggu, punyalah tunggu..the panel are not around
3 jam kot tunggu
last2, aku yang call the other panel yang free masa tuh.
so glad Sir Faizal are free to do so

yang kelakarnya..student pi cari panel
tak pernah2 kes ini terjadi.haiyaaaa O..O


hikhikss.. Sir Faizal as our panel of that day said
..we did a good business plan, good presenter ..sampai dia tak tahu nak cakap ape
hehehe..so happy..



malam tu : pergi dinner faculty dengan mata bengkak ;p

Friday, March 01, 2013

saya menghidap anemia?

entry ni sebenaunye rabu lepas...sempat save on draft je.laaa ni baru publish..hehe
nak wat guane..si owner blog ni boleh tahan pelupa dia.
minggu lepas terminum air di masuk semut.mungkinkah???





assalamualaikum^^pada ketika ini,saya sedih.
hmmm.sebenarnya dah sejam aku dok tunggu kawan2 lining up for blood donation..
best dapat derma darah ni.kepada yg taktau pi google.haha.




(2010 flashback)





sekeding-keding aku adala jugak sejarah dalam hidup derma darah ni..
walaupun masa tu berat aku 44kg je!!! padahal yang layak is 45kg & above!
dengan perangai yang sangat degil dan passed all the stages aku pun gagahkan diri derma darah.
risiko ... lepas selesai amount of 350 ..aku rase nak pengsan lepas dia cabut jarum!!! rasa sgt letih!
(moral of the story : niat ikhlas walaupun sebenarnye tak layak!) kahkahakhakah




OK!
sambung cerita sedih tadi.. kawan aku Nad & Ayu dah passed! dengan berat aku 46kg (turun 2kilos):
aku pun berkobar-kobarlah..sebab selalu kalau ada blood donation, mesti tak berkesempatan..
bendera jepun asyik berkibar (cakap berlapik derrr)..xpaham? pikir2...
HAHA!





credited to puandede.com
aku curik sat kat google.bagi terang dan nyata..



nampak tak aku bulatkan tuuu!!
lepas blood test.. hai.siapa darah O samela dgn itewww.ihik
darah pun akan dimasukkan dalam tu skit
and the result was...darah aku timbul  ???? lajuuuu je
mission failed.

kalau tenggelam boleh lah angpa derma..
aku timbul sebab...... kurang sel darah merah katanyaaaa.
darah aku cukup untuk badan jelaaa.
tula yang dinamakan anemia..
terkejut mak hencikkkk



aku kan busy body sikit..
lepastu soal selidik la dengan nurse tuuu..

"nurse kenapa saya kurang haemoglobin"
"nurse..saya rase saya tidur dah terlebih cukup"
 n blaaa..blaaaaaa


cara mengatasi : (googling)
1. makan buah (apple, anggur, kismis, apricot)
2 .makah hati ayam
3. makan sayur
4. makan kacang almond


makan sayur?
it has been a big part of my life!!!! all time favorite wehhh!
ada yang kurang ke??? humm..OK CAU.wa ade test ahad ni


Friday, February 22, 2013

tak sedar selama ni hidup dengan biawak



Assalamualaikum^^ hai korangggggg (macam ler ramai sgt bace blog aku kenn) HAHAHA!
WAHHHH!!! ada cerita aku nak sajikan kat korang..
so, anda akan bersama sayalah dalam rancangan "cerita paling bestttt minggu ini" YAYYYER!
excited x? alaaaa.. silaaa la excited,


O oo O (hidung kembang tak berape nak jadi)




sebelum tuuuu..
JOMMM saya bawa anda bersiar-siar di BUTTERFLY FARM (front) and JURASSIC PARK (back)!
tak payah bayar! nak masuk boleh bawak bekalan makanan (tips : boleh suap2 kepada haiwan sekeliling).. paling tidakpun.. kenyang perut owner.heheh





mempekenalkan ini ialah rumah sewa saya di Dungun (bangga masuk dalam rancangan terhebak) hiksss.
EHHHH...EHH. pastikan anda memakai sublock SPF 100++ (ada di pasaran) untuk melindungi kulit anda..cuaca di sini boleh tahan panas..35 darjah celcius. (agak2 je! tak sempat nak install instaweather.. )

gambar ni pun ehsan dari instagram je..



keadaan di belakang rumah

biawak tengok tv di ruang tamu


SABTU 16/2 9.20pm
- balik ke dungun lepas cuti seminggu CNY

harr..ni yang nak cite ni..
kalau tak silap, lepas balik kelas..aku nampak ada taik kat depan bilik air..
tapi ini bukan sebarang taik..UNDEFINED
size dia besar. confidentla bukan taik cicak..aihhh..tikus ke?? persoalan di situ.hmmm


SELASA 19/2  2.05pm
masing2 dok siap pakai tudung ngadap depan cermin.
AAAAAAA...kawan aku sorang dah perasan ada benda terjuntai kat balik langsir.
sekali punye selak..FUHHH..nasib bukan ular..tapi biawak.
adoiiii..terkejut mak hencik..
put an effort nak halau dia keluar.tapi dia lari pi bilik air aku..lubang dah tutup mmg dia tak boleh lari
kitorg simbah dgn air..dah dia lariiiiiii, kitorg pun lari masuk bilik..
keluar bilik, cek2 tengok dia takde..pintu pagar terbuka luas.
hmmm..dah keluar kot..balik2 kelas kemas rumah..dia xde..selamat dah keluar


RABU 20/2 3.30pm
balik dari kelas, bukak pintu..
aku tergerak hati nak pandang tingkap belah kiri
mangaiiiiiiiiiiii...aku nampak ekor dia terjuntai

ada lagi???? euwwww...yang malam tadi kitorg golek2 tengok tv tu dia ngintailah kot
HUAAAAAAAAA



 
 terpaksa google nak bagi gambaran jelas kat korang (sebijik macam ni!!!!!!!!!)
hahaha..walaupun dia baby..tp still GELIIIIII.euwwwwww!






ni still cerita hari rabu..hahaha..tak boleh jadik! sampai bila dia nak duduk dalam rumah anak dara ni
tak aman hidupppppppppppp.. 

"abang!!!!! datang rumah!!! ada biawak besarrrrrrrrrr (hikhihkhik)
paksa tuan rumah datang..
selamat..dia datang dengan kawan dia..
kitorg kepung biawak tu sampai tuan rumah datang..dia nyorok bawah almari tv.
phewhhh..kawan abg tuan rumah tu tangkap pakai kain je..


kiteorg????? JERITTTTT jelaaa..puahhahahahah
bayangkan..dah berapa hari kitorg tinggal serumah dgn dia????






Friday, February 08, 2013

DILEMA pelajar tahun akhir diploma : COURSE TERBAIK UNTUK DEGREE?




Assalamualaikum^^



sekarang sudah bulan 2, pendaftaran akan di tutup pada bulan 3.. persoalannya dah beli no pin BSN? ok.kalau yang nak kahwin tak payahla beli.. HAHAH.. macam aku diploma in uitm.. terus beli no pin untuk permohonan under uitm jugak.maksudnya, kalau Uitm terima, adala.  kalau tak da? no more chance, unless u buat rayuan (kalau ada). it cost RM10 tak salah aku..


for those are from Faculty of Business Management, memang ada banyak program to possess in Degree..
but, first... ask yourself la..MINAT KE TAK????

  • Marketing
  • Finance
  • International Business (IB)
  • Islamic Banking (ISBAC)
  • Human Resource (HR)
  • Operations Management (OPEM)

huaaa..aku pun pening tak tahu nak pursue in apa.. kalau based on ability..aku suka half theory and half calculation.macam OPEM. takda lah bosan sangat..in market perspective pulak, i've seen Malaysian now seems well for Islamic banking industry. so, the products have great potential in the future.. kot?


back to ambition? HAHAH.. it may change anytime due to several influence factors.. senang cerita..aku ni pendirian tak tetap..kalau orang cakap itu ini..aku pun ikut jelaa kalau beneficial la kan..mih mih mih


 



need your valued consultation.







Friday, February 18, 2011

aku rasa aku dah JATUH HATI kat suami orang.. macam mana nak lenyapkan perasaan ini? tolonglah.....

Assalammualaikum

aku jatuh hati dengan orang lain..suami orang ???
sekarang aku baru paham..
bagaimana rasanya jadi orang ketiga dalam rumah tangga seseorang.
aku tak berniat mempunyai perasaan kat dia..
aku tak nak memusnahkan kebahagiaan dia.
lebih-lebih lagi dia..laki orang.
bakal menjadi seorang ayah lagi.
perasaan..perasaan..
aku pun tak tahu bagaimana nak hapuskan segala durjana perasaan ini..
aku tahu..kalau aku berterus terang dengan orang lain..
kalau aku teruskan perasaan aku ini..
pasti masyarakat akan pandang hina terhadapku.



dengan entry ikhlas aku ini..

aku harap semua orang boleh paham aku

..
..
..

secara jujurnya





aku mulai JATUH HATI
dengan dia

.
.
.
.
.
.



???





segalanya bermula di sini ...






semua perasaan ni timbul gara-gara aku join program ni


program yang dianjurkan oleh pihak UiTM Dungun, Terengganu
pada 16/2/2011 di Dewan Aspirasi




dengan itu...


aku rasa




korang dah tertipu. haha..

saja je nak buat gimik.. hehe.
ngko gila ape. tak kan la aku nak main perasaan kat laki orang.
kang marah doktor harlina yunos. maaf ye puan..

"Ya Allah.. mintak jauh laa " :)


JATUH HATI yang aku maksudkan adalah..

aku kagum dengan kebolehan, ketabahan, kesabaran, kecekalan seorang anak jati Malaysia yang menempuh segala cabaran dan halangan demi mengejar cita-cita yang beliau impikan..




datuk doktor sheikh muzaphar shukor


seriously, ....i am really proud of him.





the way he's speaks. whoaaaa..
memang semua orang histeria lah :D





luckily, aku dapat sit baris ke-4 dari pentas.
memang teruja. exXxXtra excited nih..






agak laa.. masa bulan lepas aku dah dengar
yang doktor memang nak datang uitm dungun ni..
tapi.. aku bukan lah teruja sangat..
rasa-rasa aku tak pergi pun tak kisah.
tapi lagi kan..yang lainnya..
kelas aku terpilih untuk join program ni.
FREE OF CHARGES je :P
Alhamdulillah .. rezeki-Nya.
aku bersyukur aku salah seorang insan terpilih :)
wuwuwuuu~ hati gembiraaa




























he is totaly superb!!! when he speaks..really confident.
mesra dgn semua orang. spoortingggggg gile.
senang nak cite ..beliau terlalu sempurna..
I LIKEEEEEE :D


alaaaaa..




he's leaving.

bye-bye

























wowww.. sho sweet lah.. semoga berbahagia hingga ke syurga & selamanya..


p/s : aku kurang gemar kalau orang cakap kan.
"semoga berbahagia hingga ke anak cucu "
anak cucu je ??? tak complete ahhh gituu
rasa macam sampai cucu/cicit je ke?
kan lagi better hingga akhirat.
tapi..yang lagi penting. doa seikhlas hati yer :)


kan..kan ?







cehh.. ni nak menyibok jugak..haha
no..just wanna telling the truth.
whatever it is....
aku jatuh hati n cinta with him jeaaa :)