Showing posts with label no bake cheesecake. Show all posts
Showing posts with label no bake cheesecake. Show all posts

Saturday, January 31, 2015

RESEPI: Tiramisu tanpa bakar



Assalamualaikum^^


HELLO 2015 :)
Pfftttttttt... it has been so longggggg and my previous entry was on February last year T.T how sad is that hahahaha. well, aku tetap aku, masih tak berubah and I'm back with some simple recipes..as usual, it goes on resepi tanpa bakar aku..(tak habis-habis) wakwhkahwkhahaa oh! selalu jugak aku buat tiramisu ni..why not I'm sharing here kan.

Mari bertira miss you sama-sama. muaahhh (tetibe)



Mummy and babies <3


BAHAN-BAHAN | INGREDIENTS:

  1. Biskut lady fingers / sponge cake (coffee/chocolate/pandan) *dalam gambar guna kek span coklat sebab biskut lady fingers susah nau nak jumpa. selalu biskut tu jual kat kedai kek
  2. 250g Cream cheese (Room temparature)
  3. 200ml Whipping cream
  4. 1/2 cup of icing sugar / gula castor
  5. 1 tbs Vanilla essence
  6. Air suam 1 cawan
  7. Serbuk nescafe / Nescafe 3 in 1
  8. Serbuk koko



CARA-CARA:


BAHAN A:

  1. Pukul cream cheese, whipping cream, gula castor dan esen vanilla


BAHAN B: KEK SPAN

  1. Kalau guna kek span: potong kek span pada 2 atau 3 bahagian
  2. Bancuh air suam dan serbuk nescafe (tanpa gula) atau in case takde guna je nescafe 3 in 1 tuuu. 
  3. Bahagian pertama kek yang di potong masuk ke dalam bekas atas cawan atau apa2 je
  4. Titis rata air nescafe pada kek span. Korang tahu kan kek span ni lembut kang kalau celup dalam air bancuhan nescafe jenuh habis lencun kek kau. 
  5. Masukkan BAHAN A (agak-agak la jangan masuk semua pulak : LAPISAN PERTAMA
  6. Tapiskan serbuk koko
  7. Ulang step 3 - step 6 sebagai LAPISAN KEDUA. 
  8. kalau bahan banyak lagi. Boleh ulang step tadi sebagai LAPISAN KETIGA pulak
  9. Semadikan dalam peti ais sekurang-kurangnya 6 jam atau overnight



*** Kalau guna biskut lady fingers, caranya sama je. Tapi its better celupkan biskut lady fingers (pastikan celup sebati dan rata) ke dalam bancuhan air nescafe tu dan susun rata dalam bekas


wajah-wajah ketika disemadikan dalam chiller
now its time to taste and enjoy


happy tira miss youuuuuuu guys!



Thursday, January 30, 2014

RESEPI : Kit Kat Chocolate Swirl Cheesecake tanpa bakar!




Assalamualaikum^^



amboi. bercinta betul dengan cheesecake dia... seperti mukaddimah sebelum-sebelum ni.. aku heboh nauu dengan resepi yang sebegini senang dan mudah .. tak perlu bakar! no bake! no tepung! no oven! humban saja ke dalam peti (bangga sangat dengan trademark kau ken) kekeke..  
please click older post to know more

sebenarnya buat cheesecake ni senang sebab cara dia sama sahaja.. ada base dan filling.. just tukar fiiling with different of flavors... kalau buat buh oreo dah jadi oreo cheesecake, buh strawberry jadi ler strawberry cheesecake. kalau buh blackberry jadi ape? ha ah.. pandai blackberry cheesecake kau! cer buh tengok jadi apa.. wkakwkkekekek OMAI OMAI.....since imma chocolate lovers and wanna do something chocolaty, light and yummeh chocolate!




INGREDIENTS | BAHAN-BAHAN
can fit cake/baking tin round size 6'' inch







BASE:
  • 140 gm biscuit (i'm using Boboiboy munchy's captain munch kekeke)
  • 70 gm butter/margerine

FILLINGS:

300 gm cream cheese (i'm using tatura 250g RM 6.99 / 500g RM 12.99)
200 ml whipping cream/ thickened cream ( Pauls 250ml RM 6.09)
2 tbsp caster sugar
40 g chocolate milk (using cadbury RM 2.39)
70 g cooking chocolate (using Nona RM 5.80)
kit kat (RM 2.40)




HOW TO | CARA-CARA


BASE:



1. Hancurkan biskut menjadi crumbs.. gunalah apa2 kaedah pun. jangan kau pijak sudah
2. Cairkan butter
3. Gaulkan melted butter with biskut
4. Mampatkan dalam bekas/loyang menggunakan belakang sudu/ hujung gelas
5. Pop into chiller for 30 minutes -leave it cool




FILLINGS:

 

1. Putar whipping cream, cream cheese dan gula till creamy and soft
2. Cairkan milk chocolate dan cooking chocolate through double boiling technique
3. Sebatikan ke dalam adunan 1. tadi
4. Masukkan ke dalam bekas/loyang/cake/baking tin
5. Lebihan coklat yang dicairkan tadi boleh tuang ke atas kek for swirl effects
6. Biarkan cake dalam chiller/peti ais semalaman

LEFT   : 4 batang kit kat yang aku potong sambil masuk mulut untuk tanam ke dalam fillings

RIGHT :  cadbury milk dan cooking chocolate yang di cairkan untuk fillings..
                the left over aku buat swirl effects kat atas cake as decoration




 


sebabkan aku suka kit kat aku tanam dia hidup-hidup ke dalam cheesecake ni..korang kalau kaya sikit sebab jimat makan kangkung.. boleh la potong dan campak kan ferrero rocher ke dalam cake korang.

terus jadi FERRERO ROCHER chocolate swirl cheesecake.. omjee.omjee. GAH NAMA! 

oh ye.... cara buat swirl tu just guna hujung sudu and make the swirl / marble effect on it!







 aku prefer guna cadbury chocolate sikit dan coklat masakan sikit to make it balance..
sebab selalunya coklat masakan is too dark dan pahit if use it alone..

the taste and smell of cadbury tak boleh nak disangkal lagi seiring dengan taste of happiness dia.kekekeke




unfortunately, kalori degil ini jugak yang sodapppp
selamat mencuba dan happy gaining weight :)


#happycalorie