Monday, November 11, 2013

SUGAR 21




Assalamualaikum^^



ALHAMDULILLAH... segala puji bagi Allah..
I almost forgot about this post..could not make it yesterday. and.... finally
I am here to update about my 21st Birthday bash.. ok tipu.. tak ada party nye la
kau dah besarrrrr panjang.. doa-doa korang dah mencukupi.ecewahhhh


sugar 21? oh my.. kau nak potong kaki apa? to be frank, i am not a sweet tooth person.
aku lebih prefer benda yang tawar especially drinks la. but not for lauk-pauk or makanan.kau gila apa masak lauk sambal ke, masak lomak ke.. tak kan nak tawar2 kan..so in this case, air je la aku suka tawar hebeh
hahaahhahahaha..mampuih mak mertua datang reject terus apa.
but, i do love cakesssss... and kit kat..and chocolate..ahahaha.yes. imma chocolate lover.


ok then, tu je la updatenye dengan mencerikan serba sedikit tentang diriku.. dengan harapan ada hadiah mengejut seperti kit kat depan pintu. cadbury terbang masuk bilik. forrero rocher bawah bantal. hahahaha
(dinasihatkan bakal suami suka memberi surprise, sebab aku memang sukaaaaaaaaaaaaaa :)



mak kite masa muda-muda and my fresh look baru ambik semalam (amboi)
bezanya aku make-up and mak aku natural beauty
hahhahahah tata

Saturday, November 09, 2013

5 WEEKS LEFT!




Assalamualaikum^^


Hai selamat pagi korang...  amacam? breakfast dah? aku teguk air putih je pepagi ni.. alhamdulillah..
sekarang aku rasa macam susah nak tidur pagi.. huahuaaaaa.. dulu macam lepas kui  9pg cam tu. letak kepala dalam apa keadaan pun mesti boleh lelap.. tapi sekarang dah dok main mata, belai-belai mata pun tak mo tidur jugak.naik hairan mak.. korang naik apa? hahahhahaha.
tak lawak yana!





amacam kelas sekarang? (apa ni, sendiri tanya, sendiri jawab) hahahahaha. kau kekurangan kasih sayang apa??? oh penangan camera 360 (rujuk gambar di atas) dah macam mayat hidup ghupenye.. hahahaaha
ada macam putih tak???  harrrrr..aku baru tukar produk kulit muka sebenarnya. kahkahkahakh

hehehhehehehe.okay.okay..tadi tanya pasal perkembangan kelas kan..ok. stop jap pasal kulit muka.
wuwuwuww.. how time flies... tak sangka tinggal lagi 5 minggu nak study week.lepas tu final exam..
yang aku tak paham.aku pun tak paham apa aku belajar dalam kelas.. T_T


(gambar tak dapat nak diselamatkan lagi) innalillah

oh ho.. i am carrying 8 subjects for this semester. tough is in it? aku rasa sem ni subject paling banyak aku bawak.. sebelum ni 6 - 7 sub je.. oh makkkk aih.. lagi-lagi sekarang uitm ada memperkenalkan sistem pembelajaran yang baru...which is BLENDED LEARNING..

gilaa tak suka.. hantar assignment atas katil je. hahaha. it is like a virtual learning.. alaaa..lecture post soalan through i-learn.. pastu jawab lah.. aku jawab after 2 weeks the questions has been posted. hahahahaha
yeah.. there are several pros and cons.. kalau student pemalas macam aku memang ambik kesempatan laa..buat bukan-bukan... disebabkan blenden learning ni jugaklah kelas dah tak banyak..

mon : QMT 425
tue : MGT 538
wed : ENT 540, ENT 501
thu : ELC 500, ENT 530, TAC 501
fri : QMT 425 ,ENT 542


total class in a week.. 9 kelas je...honeymoon habissssssssss..pastu nanti yana kau merana... 
susah sekarang, senang kemudian.. 
senang sekarang, susah kemuadian
pilihlah mana kau nak... 5 weeks left.tak lama dah tu.. 

please.. i need kata-kata perangsang sekarang.......................




Friday, November 08, 2013

Batch SPM 2009




Assalamualaikum^^





Hari ini hari jumaat.. Seronoknya. Hari minggu yang di nanti hampir tiba..
after half day of classes for today 8am-12noon, aku keseorangan dalam bilik..melayan perasaan.
Roommate keluar berjimban pergi KL, kawan ada pi dating dengan boipren, ada yang balik rumah..ada pi jenjalan... aku? aih, kan dah cakap layan perasaan sensorang tadi

hehehehehhehe.. aku niat nak study hari ni sebenarnya.. tapi lain yang jadi, contoh benda yang lain yang jadi tu seperti tengok movie berjam-jam, main game, golek-golek atas katil pastu dalam melaghakan diri ada sambil-sambil tu.. basuh baju, kemas bilik, sapu bilik, lap tingkap, cuci kipas (amboi, nak jugak bagi tahu buat kerja pekdah? tapi, yang 2 kerja dari belakang tu nampak nau nipunye..






sekarang kan musim hebat kencang budak-budak sekolah sits for SPM examination.. takziah diucapkan pada pelajar yang meninggal ketika jawab soalan spm.ada ke kata soalan spm killer sangat.. tak baik tau korang.. sedekah al- Fatihah cepat...

ok motip sangat kau buh gambar kau..ingat gambar hiasan dinding rumah???  hahahahaha.sejujurnya aku rindu sekolah!!! macam apa je dulu.. bangun pagi pergi sekolah, belajar, pergi tuisyen, tidur.. aku pun tak taulah belajar apa kat sekolah. macam biasalah.semua seminar nak attend. tapi haprak pun tak dak. hahahahahaahhaaha. teruk betul perangai. alhamdulillah..semenjak masuk uitm ni banyak benda aku ambil pengajaran & iktibar. taubat! takmo buat benda sia-sia dah. perhabih boras yo.orang nogori yang kato.eden tak kato..




taraaaaaaaaaa, ni zaman masa jam gedabak besau-besau nau..well, aku tengok muka aku tak da berubah apa sangat pun.. macam tu jugak.tepek collagen berploh inci pun camni jugak.. har, baby face sangat muka i u olls.. hahahahahahaha.penampor nak? gambar ni tak salah pergi lawatan ke FRIM, KEPONG 2009 wo hooo i rinduuu semua kawan-kawan zaman era persekolahan ni...macam-macam rupa,pe'el, karenah ada..




camera dulu 2 megapixel je dik..sekarang u name it..apa yang tak nampak, jeragat? jerawat? lubang hidung pun boleh nampak kan..hahahhahahaha. tambah lagi dengan kuasa hebak mengedit..hambik
muka flawless habis..makcik2 tengok pun nak buat menantu, tengok depan2 tak tahulah..hahaahaha
tapi trend  yang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang adalah ambil gambar depan cermin
 (walaupun mop dan penyodok are part of the view in the pic) belasah! ahahhaha
baik perempuan ke lelaki.sama je.... korang kalau tak pernah buat ada something wrong la tuh..


ok lah.. cukuplah mengomel sampai sini.. 
to all spm candidates 2013, bitauffiq wannajah fil imtihaan!


Wednesday, November 06, 2013

Sweetnya Allah



Suatu hari di kantin, rakan-rakan sibuk gosipkan diriku dengan seorang guru lelaki satu ‘batch’ induksi. Masing-masing tidak membantah kerana daerah yang sama dengan tempat aku mengajar. Tapi takdir Allah, ada seorang guru yang aku panggil dengan panggilan ‘akak’ menyapa.

“Akak tak kisah dengan siapapun awak akan pilih, tapi satu pesan akak apa yang kita inginkan mintalah dengan Dia dalam solat dhuha. Buatlah solat dhuha dan khabarkan hajat itu padaNya.”

Aku terdiam. Setelah lama berfikir akhirnya tergerak hati ini untuk tunaikan solat dhuha. Selama ini aku sekadar membaca kelebihan orang yang tunaikan solat dhuha.



Sweetnya Allah dia sampaikan hidayah kepadaku melalui orang lain. Kini, impian untuk mendirikan rumahtangga telah tertunai meskipun bukan dengan lelaki tersebut.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi, terdengar suara rengekan si kecil Zahra tanda lapar. Lantas aku bangkit untuk bancuh susu. Terdetik di hati kalaulah aku tunaikan solat tahajjud sementara menunggu Zahra habiskan susu lagi baik. Mungkin ini panggilan dari Allah untuk hamba yang dikasihiNya

Sweetnya Allah dia kejutkan hamba-Nya untuk bangun malam dengan cara yang cukup lembut. Adakalanya kita bangun di tengah malam untuk buang air kecil dan lapar, itulah tandanya Allah bangunkan kita untuk merintih dan mengadu pada-Nya. Namun seringkali kita alpa dan lupa.





Seperti biasa aku menjalani rutin harianku setiap hujung minggu untuk memandu  balik ke Terengganu berjumpa suami dan anak.  Sesungguhnya hati manusia ini sering berbolak balik. Terdetik juga di hati kenapa aku tidak mendapat peluang seperti orang lain hidup bersama-sama suami dan anak-anak. Teringin sekali masak menu kegemaran mereka untuk makan tengahari dan malam. Menghabiskan waktu petang bersama-sama.

Tapi sweetnya Allah dia ingin tarbiyyah diriku dengan sifat sabar. Tanda kasih sayang-Nya kepada hamba. Barulah aku terfikir Allah rindu akan rintihanku. Mungkin apabila bersama dengan orang yang aku sayangi, masa untuk aku mengadu pada-Nya lebih singkat dari biasa.

Sweetnya Allah aku diajar  untuk menjadi seorang yang redha dengan ujian-Nya. Aku manfaatkan masa sepanjang perjalanan selama enam jam itu untuk berzikir dan berdoa kepada-Nya agar kami diberikan kesempatan untuk hidup bersama. Dengan imtihan ini aku kenal erti kasih sayang,lebih menghargai,bersyukur, perikemanusiaan dan sabar.

“… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah, ayat 216)

Adakalanya kita persoalkan mengapa harus kita yang diuji dengan kesusahan dan kesakitan. Tapi pernahkah kita persoalkan mengapa kita yang harus mendapat kejayaan dan kenaikan pangkat ini, bukan orang lain?
Sweetnya Allah dia uji hamba-Nya untuk meningkatkan keimanan dan menghapus dosa-dosa silam jika kita redha dengan ujiannya. Di setiap kepahitan pasti ada kemanisannya.


“… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.” (Surah Al-Insyirah)

Kehidupan manusia di bumi tidak ubah seperti seorang pengemis. Yang sentiasa meminta pada Ya Wahab agar menunaikan segala kehendak kita. Sikap manusia yang sentiasa merasa ingin lebih dan tidak cukup menyebabkan kita sering meminta-minta.

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana nikmat yang ada pada kita adalah pinjaman Allah yang akan dipertanggungjawabkan di padang Masyar kelak.





 




Editor :Abi Aisyah
credit : iluvislam.com

 
SUBHANALLAH... tersentuh hati baca artikel ni.. indahkan hidup di bawah kasih-NYA :)