Saturday, February 14, 2015

Grafa Cafe SS15 | Girls Outing



Assalamualaikum^^



Biasalah selagi hidup membujang ni kerjanya lepak sana-sini. Aku pantang kawan ajak lepak-lepak ni, memang ON je. Kau halo je kat mana pukul berapa. Aku mesti rajin punya, dia punya rajin selari dengan rajin buat kerja rumah. hehe





dekorasi cafe ni cantikkkk, sesuailah dengan gaya masa kini;  people are more to urban style concept as well as the cafe is located surroundings household, facilities and facing rapid development in which it is good, isn't? :) Oh yes... since almost a year tak update blog I guess this is my first picture up into my blog for the year 2015. Yayyerrrrr (clapping) do you miss me?





ni la 3 sekawan semangat kejiranan Taman Saga. hahahah. Si comel berbaju biru ialah Atyn. semenjak dia dah busy jadi jururawat ni susah nau nak jumpa. asik-asik kena ikut schedule dia je. dia ingat Misiku Atyn ke? keekkeke

while, yang cute bertudung pink tu Kak Ngah. kalau kakak dia mestilah Kak Long kan. hahaha. nama dia memang dah mencanang dari aku kenal zaman kecik2, zaman sekolah dan sekarang camtulah jugak. kesian dia. selalu belanja adik2 duit tol, duit minyak.  "pecah kaca pecah gelas, nanti yana dah kerja ada gaji lebih yana balas" hihihi






what we ordered? hmm. actually, aku tak tahu nak order apa. sebab the menu list is not bad, ada nasi goreng tomyam (my fav so much), ada chicken chop, spaghetti, cakes, sandwich steak and more. so meraih otak jugak aku nak pilih. 





HMMMM, I feel  like to had something creamy then, I had the pasta carbonara. yessss so creamy and my god! such in a big portion. it's really worth buying the food. balik rumah duk terbayang pasta yang aku tak habiskan. ada laa lagi 2, 3 suap.. menyesal tak sudah. hahahhaha. 


spaghetti bolognese RM 25


spaghetti carbonara with meatballs RM 25


Parmesan chicken with creamy mashed potato RM 20

for the drinks, aku punya Avocado chocolate RM 12 (tapi kurang rasa avocado rasa chocolate je), ribena lychee and chocolate iced (lupa dah harga)







We really love the ambiance, the friendliness of everyone in the restaurant, the decor, the food and they have plenty of seats for both indoor and outdoor . u guys can come over and enjoy with the loved ones here:


No 55, S15/4B, Subang Jaya, 47500 |Tel: 03-5611 7600


Rating: ★


Saturday, January 31, 2015

RESEPI: Tiramisu tanpa bakar



Assalamualaikum^^


HELLO 2015 :)
Pfftttttttt... it has been so longggggg and my previous entry was on February last year T.T how sad is that hahahaha. well, aku tetap aku, masih tak berubah and I'm back with some simple recipes..as usual, it goes on resepi tanpa bakar aku..(tak habis-habis) wakwhkahwkhahaa oh! selalu jugak aku buat tiramisu ni..why not I'm sharing here kan.

Mari bertira miss you sama-sama. muaahhh (tetibe)



Mummy and babies <3


BAHAN-BAHAN | INGREDIENTS:

  1. Biskut lady fingers / sponge cake (coffee/chocolate/pandan) *dalam gambar guna kek span coklat sebab biskut lady fingers susah nau nak jumpa. selalu biskut tu jual kat kedai kek
  2. 250g Cream cheese (Room temparature)
  3. 200ml Whipping cream
  4. 1/2 cup of icing sugar / gula castor
  5. 1 tbs Vanilla essence
  6. Air suam 1 cawan
  7. Serbuk nescafe / Nescafe 3 in 1
  8. Serbuk koko



CARA-CARA:


BAHAN A:

  1. Pukul cream cheese, whipping cream, gula castor dan esen vanilla


BAHAN B: KEK SPAN

  1. Kalau guna kek span: potong kek span pada 2 atau 3 bahagian
  2. Bancuh air suam dan serbuk nescafe (tanpa gula) atau in case takde guna je nescafe 3 in 1 tuuu. 
  3. Bahagian pertama kek yang di potong masuk ke dalam bekas atas cawan atau apa2 je
  4. Titis rata air nescafe pada kek span. Korang tahu kan kek span ni lembut kang kalau celup dalam air bancuhan nescafe jenuh habis lencun kek kau. 
  5. Masukkan BAHAN A (agak-agak la jangan masuk semua pulak : LAPISAN PERTAMA
  6. Tapiskan serbuk koko
  7. Ulang step 3 - step 6 sebagai LAPISAN KEDUA. 
  8. kalau bahan banyak lagi. Boleh ulang step tadi sebagai LAPISAN KETIGA pulak
  9. Semadikan dalam peti ais sekurang-kurangnya 6 jam atau overnight



*** Kalau guna biskut lady fingers, caranya sama je. Tapi its better celupkan biskut lady fingers (pastikan celup sebati dan rata) ke dalam bancuhan air nescafe tu dan susun rata dalam bekas


wajah-wajah ketika disemadikan dalam chiller
now its time to taste and enjoy


happy tira miss youuuuuuu guys!



Wednesday, February 26, 2014

jodoh itu rahsia Allah




Assalamualaikum^^


Jodoh ni pelik-pelik...

jumpa hari-hari, makan bersama, bercinta 6-7 tahun belum tentu lagi ke jinjang pelamin..
tapi, itulah hasrat untuk si dua isi hati. mesti mahu yang terbaik untuk hubungan yang di bina berteguhkan cinta itu.

betul kata orang.. bercinta lama-lama tu tak elok.. hurm...ada orang baru kenal sehari terus ke alam rumah tangga meniti cinta halal bersama.alhamdulillah. dah sampai jodoh dia..tiada siapa yang tahu.

ada orang bercinta bertahun-tahun bila dah kahwin baru tahu perangai sebenar pasangan itu.. selama bercinta ni apa? YA.. sempurna di mata sahaja.

ada juga bercinta bertahun-tahun..di luaran nampak baik.sampaikan perempuan itu tak cari lain.. punya setia menunggu kekasih hati..tapi di tipunya hidup-hidup oleh lelaki durjana

perempuan kata, lelaki sekarang susah nak cari.. kalau baik belum tentu setia.. kalau yang setia belum tentu baik.. tapi memang betul pun, mana nak cari lelaki sekarang ni. tak mintak harta.. minta baik budi pekerti cukuplah..buat membahagiakan..cukup.



jadi, kepada lelaki di luar sana..tolonglah....janganlah mainkan perasaan perempuan.. 


kepada wanita, jangan taksub sangat dengan lelaki.. jaga maruah. jangan berikan maruah anda kepada lelaki yang belum sah jadi suami anda.. hati perempuan ni lembut, jaga-jagalah..jangan termakan dengan pujuk rayu lelaki.. tak perlulah sibuk mencari cinta sejati..jika cinta Ilahi belum di cari..

apa perasaan di tipu hidup-hidup??? ALLAHURABBI.. Allah sahaja yang tahu, sakit hati ini, remuk perasaan ini, punah harapan..... hanya Allah yang tahu.. tiada yang tenang selain mendapat ketenangan-NYA


orang kata, kalau tak dapat di dunia. di akhirat itu ada.. janji Allah itu pasti.. jadi, tak perlulah mensia-siakan hidup dengan cinta entah pape.kalau engkau belum faham cinta itu apa..


(tetibe emosi, biasalah kehidupan)



Wednesday, February 19, 2014

RESEPI: Popia Nestum Horlicks





Assalamualaikum^^


Hamboi. hamboi..kemain makin beranak pulak resepi kat blog ni. tapi, kalau resepi creme brulee, grilled fish with banana leaves, BBQ chicken ranch pizza, nasi arab ke memang tak la ye.. kau tunggu laaaa sampai 7-eleven tutup.. memang tak kan ada. haahahahaha

selalu kuih ni dia punya meriah time hari raya.. orang baru nak datang ke rumah beraya, kuih ni dah habis dulu dek dikerjakan rakus oleh penghuni rumah..har, kan meriah tuuu.. ekekekke..aku pun sesaja buat sebab bahan semua dah ada.just beli kulit popia tu je...boleh la buat makan-makan time tengok tv. ye dak? :)


Bahan-bahan:

  • Kulit popia size besar (50 keping)
  • 3 sudu tepung gandum
  • sedikit air 
  • 2 setengah cawan Nestum
  • 5 sudu gula castor/halus (letak lebih kalau nak manis)
  • 1 sachet horlicks 3 in 1


1. bancuh tepung gandum dengan sedikit air..ia berfungsi sebagai gam, makesure tepung tu pekat ye




 
2. Leraikan kulit popia
3. Gulungkan kulit popiah (boleh guna chopstick/lidi)
4. Gamkan dihujungnya dengan bancuhan tepung yang pekat tadi

 TIPS:
- kulit popia cepat mengering, so..jauhkan daripada angin kipas
- untuk memudahkan proses menggulung, pastikan kulit popia tu lembut
- jangan gulung terlalu padat/ kecil..asal ada lubang ok ye



5. selepas menggulung kulit popia, gunting secara serong macam gambar di atas

TIPS: 
kulit popia ni memang cepat kering..aku nasihatkan lepas gulung terus gunting..tak ada la sakit tangan tu..
buat laa 10, 10.. maksudnya, lepas siap 10 helai kulit digulung, terus gunting...
gunting secara serong ye..baru ade lubang2 tu

dah siap bab gulung & gunting..

6. GORENG kulit popia tu ke dalam kuali dengan minyak yang betul-betul panas
baru rangup gituuuuuu

7. Toskan 


 8. Blend kesemua bahan diatas; nestum, gula, horlicks...
ikut sukatan k. jangan aku kata semua..habis kesemua bungkus gi blend..

 9. taburkan keatas kulit popia yang dah ditoskan minyak tadi
10. sebati dan ratakan
maka, dapatlah serbuk-serbuk ni masuk ke dalam lubang dan itulah fungsi aku suruh gunting secara serong dan jangan gulung padat.

***hasil 50 keping dapat banyak dalam gambar tu je...





 
selamat mencuba yaaa..ini pun percubaan pertama saya
kah kah kah kah (kantoi !)

 happy munching :)