Tuesday, February 17, 2015

RESEPI: Popia Goreng inti sayur dan Sos Pencicah




Assalamualaikum^^



hihi. macam biasa, dapur cik yana memang menyajikan resepi-resepi yang senang dan mudah; Senang cari bahan, mudah nak buat dan sedap untuk di jamu. kekeke. semua nak senang, tengok oranglaa pemalas boleh tahan. tapi, kalau korang tengok je, tak cuba sendiri tu baru lah pemalas yang sebenar. aku boleh tahan je pemalasnya. hehe

oh ye.. aku ni bukan penggemar popia pun, kalau pergi pasar malam ke, petang-petang nak cari kuih ke, pasar ramadhan ke. popia bukan lah pilihan aku..sebab kau tahu kan popia goreng yang jual kat luar minyak dia lagi banyak dari inti, inti tak payah cakaplaa rasa nak nangis sikit je isinya, tup tup tup 3 biji RM 2. nangis lagi sebab harga tak berbaloi dengan kualiti. eiceh (bedasarkan pengalaman sendiri gitu)

Ada suatu pagi tu, aku bangun dari tidur.. tiba-tiba je nak sangat makan popia goreng, tapi aku nak buat sendiri. harr.. nampak tak dia suruh ke dapur tu? hahahah. jadi bahan semua dah ada, apa lagi tunggu...Marilahhhhhhh~~~



Bahan-Bahan

Inti Sayur:
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang carrot
  • 1 biji sengkuang
  • 1 biji Telur
  • taugeh
  • Kulit Popia
  • Serbuk Lada hitam secukup rasa
  • Serbuk Lada Putih secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Gula Secukup rasa

Sos Pencicah:
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato (dikisar) -optional
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar sos cili
  • Garam Secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Air (jikalau terlalu pekat)

Bahan Pelekat:
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar air



Cara-Cara

Inti Sayur

  1. Basuh semua sayur,  potong sayur secara memanjang dan basuh lagi. Ketepikan.
  2. Hiris halus bawang putih.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. 
  4. Kacau telur dan masukkan ke dalam kuali dan kacau rata. 
  5. Masukkan carrot dan sengkuang 
  6. Masukka serbuk lada hitam, lada putih, garam dan gula secukupnya.
  7. Biarkan sehingga layu dan kering. (api sederhana)
  8. Kalau tak cukup rasa, tambah garam dan gula. 
  9. Siap, biarkan sejuk. Bila nak menggulung, toskan inti sayur ni terlebih dahulu.


Sos Pencicah
  1. Hiris halus atau blend bawang putih.
  2. Masukkan bawang putih, tomato yang sudah dikisar, cili boh dan sedikit air.
  3. Kacau dan tunggu sedikit mendidih.
  4. Kemudian, masukkan 1 sudu besar cili boh dan kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak dan sebati.
  6. Rasa dulu, kalau semua rasa dah okay. Okay dah siap!



Popia



 
  1. Tanggalkan kulit popia sehelai-sehelai.
  2. Letak kulit popia macam diamond kat atas piring. 
  3. Letakkan inti sayur dekat dengan bucu kulit popia dan mula menggulung 2 kali. Selepas itu, lipat bahagian tepi gulungan dan gamkan dengan bancuhan tepung. Gulung lagi sekali dan lekatkan lagi.
  4. Buat sehingga habis inti sayur dan bolehlah menggoreng.
  5. Panaskan minyak dan goreng popia tadi. Api sederhana.
  6. Yay, siap! Bolehlah dihidangkan dengan sos popia ;)






atas idea abah, kita innovation sikit letak tuna dan bungkus macam samosa
makan panas-panas bersama teh o strawberry sambil tonton tv


alhamdulillah :)



3 comments:

Rashid Majid said...

woot woot new neighbour ;)
http://rashidmajidofficial.blogspot.com/2015/02/rm-modestyonstreet.html

Nour Leeman said...

Salam marliyana..salam kenal..klu buat sendiri lg best kan..puas hati lg sbb bole mkn bnyk..heehe

Anonymous said...

sedapnya popia atau samosa :-)