Friday, September 20, 2013

I am suffering from bruxism!



Assalamualaikum^^



Bruxism.. nama bandar diberi. Atau secara kampungnya  ialah bunyi gigi berlaga ketika tidur. Omputih kata, teeth grinding. Boifren aku tak kata apa2.. sebab dia k-pop star.busy modeling, shooting and aku rasa benda ni sungguh tak kelakar! (thiz iz zerious man)


aku tak ketahui benda ni sehinggalah ada orang yang bagi tahu. bangun subuh je..

"weiiiiiiiiiiiii yana! apahal kau laga2 gigi kau.bunyi dia scaryyyyyyyyyyyyyy. ngiluuuuuuuuuuuu..macam nak hancur gigi kau!!! aku rasa macam nak paku mulut kauuuu"

ouh yeh?


time aku tidur, aku tak pernah/ neverrrrrrrrrrrrrr everrrrrrrrrrr sedar aku buat benda tu. dan bila sedar pun.aku tak da la rasa gigi aku sakit sampai rasa nak hancur bak kata roommate aku tu. hmmmmmm.
even bukanlah tiap2 malam. bukan aku pinta jadi begini.........



bila dah 2, 3 orang cerita benda sama.aku...... jadiiiii...




aku pun tak faham..aku cite kat dinasour belakang tu pun lagi dia tak faham masalah aku..
sebab..dia hanyalah batu.. yang di sumpah menjadi batu untuk entertain orang.. jadiiiii, aku stress sebab kau hanyalah batu yang mempunyai gigi yang rapi (kau dah kenapa)





kembali kita dengan model yang aku seludup khas dari i-City khas untuk koranggggggg semua.
aku tak pasti pergerakan gigi tu acano sampai roomate aku yang tidur mati pun boleh dengar aku punya grinding teeth. bak kata pokcik google aku, ianya semacam...

 satu keadaan pergeseran secara paksaan antara permukaan occlusal gigi bawah dan gigi atas (permukaan yang digunakan untuk kunyahan). Pergeseran itu biasanya berlaku tanpa kawalan samada geseran ke depan dan kebelakang atau ke kiri dan ke kanan. Dan biasanya bruxism berlaku bersama jaw clenching (ketapan - mandible shut tightly). Mereka yang mendapat kondisi ini dipanggil bruxers.


Adakah Bruxism membawa masalah?

Ya. 
Kondisi bruxism yang tidak ditangani dengan cepat mampu memberikan kerosakan yang kekal kepada gigi dan ketidakselesaan di bahagian mulut dan muka. Kondisi teeth grinding yang berlaku tanpa kawalan ini sangat berbahaya kepada gigi terutamanya waktu tidur. Semasa tidur, mastication force (kekuatan kunyahan) boleh mencecah 6 kali ganda lebih dari kekuatan kunyahan biasa dan boleh berlaku dalam 40 minit dari 1 jam waktu tidur.


Faktor bruxism pada orang dewasa:

1. Tekanan perasaan. Ia adalah punca utama berlakunya bruxism di kalangan orang dewasa terutamanya sewaktu tidur. Tekanan perasaan boleh mengganggu kitaran tidur seseorang.
2. Kekecewaan dan menyimpan dendam dan marah. Semasa marah atau kecewa, biasanya seseorang akan menggigit dengan kuat mulutnya menyebabkan berlakunya bruxism. Biasanya keadaan ini tidak dapat dikawal.
3. Perwatakan yang agresif. Sama dengan sebab yang sebelumnya, iaitu berkaitan emosi. Cuma kali ini, mereka tidak menyimpan dendam atau marah, malah melepaskan marah mereka dalam keadaan mengetap gigi dengan kuat tanpa kawal. Beberapa kajian menyatakan bahawa mereka yang agresif, suka bertanding, suka mengawal dan mengarah mendapat keadaan bruxism ini.
4. Masalah fungsi Central Nervous System. Beberapa kajian membuktikan disfunction of central nervous system sebagai punca berlakunya bruxism seperti Huntington's disease dan Parkinson's disease (neurological disorder).
5. Ubatan dan dadah. Ubat antidipressant seperti Prozac dan Celexa, dadah seperti ekstasi dan kokaine dibuktikan memberikan bruxism sebagai kesan sampingan penggunaannya.
6. Susunan gigi yang tidak normal. Ia lebih dikenali malocclusion. Inilah salah satu sebab fizikal bruxism. Namun, ia masih dalam peringkat teori dan belum dibuktikan mana-mana kajian saintifik.









apakah aku berdendam? beremosi? tekanan perasaan?
weeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. i just don't get it !!!


tapi, ada jugak tu banyak mengatakan ada kaitan dengan sihir, saka blaa blaa blaa
tapiiii, aku rasa tu tabiat tidur. tapiiiii, kesian roomate aku..tapi, aku bukan boleh control kan.
tapiiiiiiiiii...........








Thursday, September 12, 2013

Degree student





Assalamualaikum^^







cepat betul masa berlalu dan aku berharap degree ni pun cepat2 lah habis.. sebab i iz tak sabar nak kahwin youuuuuuuuuuuuu.
wakwkkkwkwkwkakhkhwk. sekarang dalam doa lepas solat je "Ya Allah, percepatkanlah jodohku" amiin. kahwin patut dipercepatkan ape. hehehehe. kau bab kahwin cepat je ann..padahal~  ni baru first week as a degree student of UiTM Shah Alam

amacam best dak???


so, from 0.. Aku jumpa kawan baru. coursemates baru. tempat baru. and everything is like very new to me. ini tempat shah alam. jadi g mana-mana je ada je jumpa orang. ehhh... kawan kerja aku, member sekolah ni, kawan masa diploma memang bersepah. jadi okayyyy je :) :) :)


7th sept hari tu lepas daftar.letak barang semua..aku terusss cau pi rumah abang. dekat depan seksyen 7 ni je. 5 minit pun tak sampai. so, malam tu aku tidur situ. sonangggggggggggggggg keje mak hencik


oh ye.. aku dapat Kolej Delima bernombor 2508.(Blok 2, Tingkat 5, no. bilik 08) YESSS. PALING SUKAAAA KALI PERTAMA KAKI TANGAN KEPALA LUTUT BUKU LALI kita dapat tingkat 5! dahla park kereta kat padang kawat. kena naik bas pi kolej pulak tu. SUKA KALI KEDUA! YAY! =,=




ok.dah kata bagi no. bilik semua siap. mari aku bawak korang masuk bilik aku.wahhhhh..bukan semua boleh masuk bilik i ni tauuu.. dediva and divasss vasss je boleh!


2 orang satu bilik. amannnnn. takde la kau nak rebut ampai buat gantung baju.
ehh. teka la mana meja aku. nanti aku buatkan cekodok




tema katil aku ialah merah pink.
tema kahwin tunggu kad kahwin aku k!. ahahahahha



ye betul.. meja aku haruslaaa yang ada stok bekalan minum yang banyak
pastu menceceh cari toilet..hahahaahah





so far..baru ada beberapa kelas. penat tauuu tunggu lecturer. tak masuk2 pun.. bila aku tak datang masuk pulak. (nangis dalam jamban) haaa.kelas tu bukannye dekat2. jalan kaki dalam 15- 20 minit dari kolej untuk sampai ke kelas (nangis dalam locker) 

bercintaaaaaaaa dengan tangga je. asip2 jumpa tangga. naik bukit.turun bukit.. mampuihhhhh aku camni.makin melidi badan aku. habis lemak-lemak kesayangan dibakar hidup2. nak ternak lemak bukan senang. kau kena keluar duit. makan (yang ni senang) lepas tu sehari sekali kena buang. ni masa taip ni pun ada rasa nak membuang, hahahhahahahahahahhahhah



takpe... apa pun hidup ni kena teruskan..





“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Al-Baqarah : 286



Thursday, September 05, 2013

EDISI BUMPER : Berjimba di Sunway Lagoon


Assalamualaikum^^


 yehaaaaa... hari tu kami sekeluarga berjimba-jimban di Sunway Lagoon. oh, maafkan aku. hari tu aku sebenarnya dah almost 2 weeks da padahal. hehehe. jadi dalam edisi bumper kali ni, aku memaparkan gambar-gambar di sekitar sana. kelajuan internet amat diperlukan supaya gambar2 tersebut timbul (er, timbul? ) maksud aku.. tak blank arr gambar tuuu >.<





saya berasa sungguh teruja (kat atas tu muka tak cukup teruja pulak, maafkan saya) dan ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada MQA atas tajaan tiket, makanan dan minuman. (seperti yang tertera di atas habis urat hijo ungu biru timbul semua nampak)






jadi, aku bermandi-manda la dengan bebudak ni haaa.. adoiii.tak mencabar betul.. mandi kat kolam budak-budak.. main gelongsor budak2. anak-anak buah aku ni kalau mashu dia tak naik, takdenya dorang nak main gelongsor. habis malu kite kena marah dengan brader yang bertugas kat situu..
"kak, gelongsor ini untuk bebudak je"

time brader tu tak nampak aku cepat-cepat hilang pi wi wiwiwiiiiiiii lalu gelongsor. hahhaaha.. mesti brader tu maki hamun dalam hati.







soalan : apakah perbezaan yang ketara di dalam gambar di atas?

jawapan : kenapa mak aku sesat kat sini.aishhhhh. bertuah punya anak kau edit and selitkan mak kau dalam kumpulan haiwan.

(tapi, mak tetap paling comel sebab tuuu burung hantu tu merajuk, tak nak pandang camera henpon aku kan..ambik kau.. terus kalah dengan mak aku dalam kategori " Siapa yang paling COMEL!"
tahniah mak! kalau mak dah comel, anak perempuan dia mesti lah comel kuasa 2

wkakwhkahwkahhaha


sampai ternganga-nganga buayaaaaa tu 3 beranak ni tengok dia. nasib baik buaya tak boleh berdiri , kalau tak mesti buaya ni dah tertonggek-tonggek.. (tarik perhatian kennnn) puahahahhah







zoom sehabis boleh.. apa anda dapati? yaaaa.. tepat sekali. harimau2 ni sedang beradu dengan penuh keasyikan dan tawaduq! penat aku terpekik-pekik , tepuk2, dia buat dek je.. telinga je gerak2.
kau tahu tak kau tuuu sangat hensemmmmmmm wahai harimauuuuuu!!!!







 


 
gituwwwlaaah aktiviti-aktivi kalenjar-kalenjar yang ketat dan tak sepatutnya dapat dilonggarkan.
dah macam g zoo.. tengok haiwan je banyak.. main pun tak main apaa sangat.aku bersabar jee.
tapi aku okay je sebenarnya sebab........


the next week tu aku pergi lagi, kali ni dengan kawan-kawan seperjuangan
ribuan terima kasih kepada cousin aku , sebab kauuuu aku dapat tiket murah
hahahahha

dengan diorang ni lagi tak tangkap gambar
perghhhhhhhhhh..best gila main.. almost 90% game dalam tu aku main and try apa yang ada..
rumah hantu, naik atv, waterplexx 5D ,
paling puas hati naik vuvuzela sampai 4 kali ngko. tu pun nak main lagi.tapiiii dorang ni jiwa tak berapa remaja, penatla.malas nak panjat tangga laa.jadi aku pun turut serta tak bape nak remaja tuh!


taraaa.. kitorang pergi berjimban 5 orang..
balik rumah terus tersadai macam mati laki sampai bunga api Malam Ambang Merdeka pun lenyap tak kedengaran. mimpi yang dilayankannnn. fuh fuhhh..tidur nyerrrr sedap ya Rabb



korang pergilaaah berseronok-ronok di alamat:

SUNWAY LAGOON
3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia. 


rates ? RM 90 (with my kad ) RM 120 (wihout my kad)
SEMUAAAAAAAAAA boleh main kecuali......
bungee jump, go cart, g force X, paintball war game! 
WATER PARK, SCREAM PARK, AMUSEMENT PARK, WILD PARK, EXTREME PARK
SEMUAAAA OK! except those 4 i have mentioned and others yang dalam maintenance lah!


ok. entry berjimban tamat. lusa nak masuk semester baru.. *lipat baju bawah katil =..=

Wednesday, September 04, 2013

RESEPI : oreo cheese cake tanpa bakar!


 Assalamualaikum^^





  
dibuat dengan penuh kasih sayang dan dimakan dengan penuh kerakusan  T.T

heee.. memang sukaaaaa jiwa raga bakul beg baju kita ni kalau buat kek tak payah bakar.. maksudnya tak perlu masak dalam oven tetapi anda hanya perlu menghumban oh maaf.kang berderai kek kau.. tapi, hanya perlu letak (ok dah sopan) kek kau di dalam peti ais bukan peti surat ye adik-adik

bila googling..wahhhhhhhh.macam2 resepi cheese cake yang korang boleh buat.. tak ada mixer boleh guna blender.. sonangggg yorrr! ok. malas nak tekan banyak2....lets get started..


BAHAN-BAHAN:


  1. Biskut Oreo / Marie / digestive (2 rows of pack of biscuit)
  2. Butter / Marjerin (80gm, agak-agak rata kesemua biskut ok la tu)
  3. 250 g Cream cheese
  4. 200ml whipping cream
  5. 1 cawan gula castor/ halus (agak-agak dan sila rasa)
  6. 1 tsp perisa vanila (untuk bau wangi)
  7. yogurt / full cream milk / susu segar (optional = tak perlu pun xpe)
  8. gelatin masakan jenama halagel (optional = tak perlu pun xpe)


CARA - CARA:




BASE :
 
  1. Masukkan biskut ke dalam plastik, tumbuk dan hancurkan sehingga menjadi crumbs
  2. Gaulkan crumbs bersama butter/ marjerin yag telah dicairkan
  3. agak-agak biskut dah boleh kepal, mampatkan ke dalam bekas
  4. masuk bekas tersebut ke dalam peti (chiller) selama 20 - 30 minit




(bila base cake dah masuk ke dalam chiller.mari buat fillings nye pula)



FILLINGS:


  1. putarkan cream cheese dan gula sehingga kembang
  2. masukkan whipping cream, yogurt/susu segar, esen vanilla
  3. masukkan gelatin yang telah dicairkan
  4. apabila semua dah kembang, masukkan crumbs oreo. 
sebatikan...

  1. kemudian, tuangkan fillings ke atas base. (hentak sikit bekas bagi mampat, perlahan ye)
  2. hias dengan oreo ke, kisses, hirisan coklat (suka hati kauuuu)
  3. biarkan ke dalam peti ais selama 4-6 jam / overnight 


GELATIN?
berfungsi sebagai agen pemekat 
gelatin dalam masakan adalah untuk mengenyalkan dan mengentalkan cake!
caranya : cairkan serbuk gelatin menggunakan air panas
contoh : 2 sudu serbuk gelatin larutkan ke dalam suku cawan cawan air panas
yang penting HALAL



oreo cheese cake yang dikasihi dan disayangi


first time buat..deco nye agak failed sikit.hahahahah
ok.jemputt :)



Tuesday, September 03, 2013

get ready



Assalamualaikum^^


rasanya macam baru semalam je aku kemas kain baju, usung barang dan angkut semua harta dari Dungun ke Ampang.. nak dekat 5 bulan dah sebenarnya semalam tu. hahhahaha.. tap tip tup sabtu ni dah masuk Uitm and sambung ijazah pulak.. muehehheehehheheehheeh

tak tahulah rasa apa.. excited, malas, mixed feelings, happy, tak best semua perasaan ni dah bercampur.
banyak benda aku pikir.. nak kawan dengan siapa, pergi kelas dengan siapa, kolej nak tinggal dengan siapa, kelas cam ne.. blaa blaa blaa.and the list goes on.. erghhh..macam budak2 pemikiran aku >.<

lagi satu hal..masalah duit. aiyomaaaa..aku confius, nak apply ptptn ke tak nak? biasiswa JPA pun tak keluar lagi untuk mohon.. ke nak tunggu biasiswa je? masalahnya dapat ke biasiswa result aku atas pagar je..hmmmmm.. jadi apa patut aku buat? aku feninggggg!





May Allah ease our way and guide every step of the way, Amiin

#salam 20 sen

Monday, September 02, 2013

BARANG YANG PERLU DIBAWA KE UNIVERSITI


Assalamualaikum^^



Hello! Hai semuaaaaaaaa.. tak sangka kita bertemu lagi dalam.. rancangannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..... BARANG YANG PERLU DIBAWA KE UNIVERSITI ! alaaaa.takmo berduka lara kalau anda ketinggalan dengan episod sebelum ni, anda boleh menontonnya secara online melalui tonton.jangantaktonton.com.my atau boleh telefon saya di talian bebas tol di nombor 017-20 tekan tekan dapat penamporrrrrrr... Hiksss.. sejak bila entah ada rancangan hebat ni. WKWKAHWKWHWKAHHWKKW


sila betulkan rancangan anda.bukan 30 minit Ustaz Don Daniyal Biyajid ok. tapi,rancangan hebaks bersama saya anak perempuan Dani atau dalam jawanya Dannnn.. hahahahahhaa. Baiklah.kita berhenti berehat seketika,beri laluan kepada penaja (amboihhhh, baru cakap sikit dah iklan!)


OK! OK! Mari serius.. kang kalau barang kau tercicir jangan kau nak tepon mak abah suruh pos barang!
(aip, cakap diri sendiri letewww) hahahahha





SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA : (UiTM Dihatiku)

SENARAI DOKUMEN: 

Surat Tawaran (6 copy)
Borang Maklumat Pelajar Baru (bertampal gambar)
Borang Pengesahan Akuan Pendapatan
Bil Bayaran Yuran yg telah dijelaskan
Salinan IC Pelajar, Ibu dan Bapa
Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
Salinan SPM , STPM/ Asasi/ Matrikulasi
Salinan Penyata Pendapatan Ibu Bapa
Laporan Pemeriksaan Kesihatan & X-Ray
Gambar Passport (6-8 keping)

Orientasi (MDS untuk pelajar UiTM ,tak tau lagi U lain macam mana. terpulang kalau nak bawak):

Baju kurung (sekurang kurangnya 6 pasang)
Kain hitam (untuk gegirls) untuk dipakai dengn baju batik Uitm
Kasut sukan (kalau bawak kasut fancy takut kotor so bawak je lah)
Laptop tak payah bawak (takut ada kes kecuriaan) nak bawak pun mak sure lock locker
Girls free hair- bawa 2 or 3 helai tudung
Guys-  baju kolar, baju kemeja, kasut bertutup, tie (pakaian formal)
Pakaian dalam --" (secukupnya)

p/s: yang atas ini semua untuk minggu orientasi.
daftar nak pakai apa? baju kurung ke jubah paling selamat..asal x berpinar mata orang lain dah!

Pakaian & Footwear

Baju kurung especially for Monday - Friday
T-shirt (berkolar bagi lelaki)
Baju kemeja
Seluar jeans
Tudung 2-3 helai untuk girls free hair & secukupnya & brooch
Anak tudung (dah ada tudung, anak jangan dilupakan!)
Seluar tidur or Pajama
Kain batik/pelikat
Cardigan. Sweater? Maybe yes or no. depends on you!
Telekung
Baju putih kosong lengan panjang for diploma students only
Stoking (sila bawak 1-2 pasang)
Kasut sukan
Kasut/Sandal pergi kelas (sandal aku reti eja)
Kasut/selipar jalan jalan
Selipar tandas (selipar jepun)


Toiletries

Shower gel (kalau guna sabun, jangan lupa bekas nya k)
Berus gigi & ubat gigi
Pencuci muka
Lotion badan
Shaver
Shampoo & conditioner
Deodorant
Perfume
Powder
Nail clipper
Baldi & gayung
Pad (untuk gadis)
Mekap (untuk gadis (?) kalau nak)
Pewangi locker (terpulang)
Cotton bud (terpulang)
Plastik sampah (penting! takut bersepah bilik. mana tahu roomate tak bawak)
Mini sewing kit
Tuala 1 atau 2 helai (penting! untuk yang tinggal jauuuhhh~)
Tuala kecil


Laundry

Sabun basuh baju (kalau serbuk letak dalam bekas lain. takut berterabur k)
Iron
Hanger (dalam 20. terpulang)
Pengepit baju

Emergency

Penadol
Minyak angin
Losen mustajab/minyak gamat
Ubat selsema
Ubat nyamuk (terpulang)

Makan & Minum

Sudu, Garpu
Stok makanan especially for breakfast (biskut dalam tin, maggi)
Pinggan, Mangkuk, Gelas
Minuman 3 in 1
Container (terpulang)
Botol air

Alatan Tulis / Kelas


Testpad
Tali kad matrik
Pendrive
File untuk isi kertas
Laptop & charger / Broadband
Alat tulis secukupnya
Buku kosong 1-2 buah buku / notebooks

Etc

Al- Quran / Surah yassin (agama islam. untuk non-muslim boleh bawak kitab masing masing)
Beg/beg sandang (untuk pergi kelas)
Bantal, Selimut
Cadar (kalau boleh 2 untuk yang tinggal jauuuhhh)
Charger handphone
Jam loceng (henpon kau mesti ada alarm)
Tisu
Mangga Locker
Penyapu ke Tikar
Rak buku / kotak
Penyangkut yang ada gam kat dinding (boleh gantung2 barang)



credit : Nur Khaleeda & Izzati atas perkongsian anda :)
diolah oleh saya. hehhehhehehe





selamat mengharungi, menjalani liku-liku kehidupan sebagai budak U. jadi pikiran pun jadilah macam orang yang berakal.. jangan pentingkan diri..maksudnya..awak tinggal dengan orang lain.silaaaaa lah jangan jadi pengotor! sila berperangai matang. dah makan maggi ke apa ke sila basuh bekas anda dan jangan buang sisa makanan di dalam sinki. TERIMA KASIH!!!!