Friday, December 03, 2010

Rahsia Kecantikan..Aloe Vera


Perlu tahu tentang Aloe Vera (Lidah Buaya).

Daging@gel drpd Aloe Vera adalah lut cahaya. Ia tidak berperisa dan licin untuk disentuh. Tidak semua daging Aloe Vera boleh dimakan. Ada sekitar 300 spesies dari Aloe Vera tetapi hanya segelintir daripada spesiesnya sahaja yang boleh dimakan, selebihnya spesies beracun bahkan beracun untuk dijadikan tanaman pot di rumah.

Aloe Vera penuh dengan antioksidan. Ia adalah satu-satunya tanaman yang mengandungi vitamin B12. Ia juga mengandungi vitamin A, C, dan E. Aloe Vera menghasilkan 20 daripada 22 asid amino yang diperlukan tubuh manusia, termasuk 7 dari 8 asid amino penting yang tubuh kita tidak boleh menghasilkanya sendiri.

Bahagian luaran gel Aloe Vera memiliki banyak manfaat. Ia bertindak untuk melembutkan dan meremajakan kulit, berkesan dalam rawatan topikal luka, menyembuhkan luka terbakar, merawat jangkitan bakteria dan cendawan, mencegah dan / atau mengurangkan keradangan, ini memberikan manfaat untuk melembapkan kulit kepala dan rambut dengan demikian meningkatkan pertumbuhan rambut.

Penggunaan dalaman Aloe Vera baik bagi saluran pencernaan!
Penggunaan dalaman Aloe Vera membantu dalam memerangi kanser sekali gus dapay mengurangkan toksin! Didalam gel Aloe Vera terdapat sifat antioksidan, anti-inflamasi dan mempunyai sifat antikanser. Sifat antikoagulan dan sifat antioksidan. Fungsi kompenan Aloe Vera gel membantu dalam mencegah perkembangan sel-sel barah dan dengan demikian mencegah metastasis dan bahaya penyakit ini pada peringkat awal. Pengambilan Aloe Vera sangat bermanfaat bagi sistem pembiakan! Aloe Vera diterapkan secara luas untuk menetapkan kitaran haid, mengurangkan kejang perut, dan juga untuk mencegah leucorrhea pada wanita.


Buat sendiri di rumah. ok?


alahaiii..semua orang nak cantik.tapi dalam rawatan nak cantik duit ada baru jalan.so,cubala cara saya nii..melumur lendir aloe vera at least 4x semiggu.pokok ini paling senang nak jaga.so,no wonder laa kat rumah tumbuh melebat pokok aloe vera yang mak tanam.yang aku nii xde kerja gi la main2 pokok tu n wat pusat kecantikan sendiri di rumah.haha.. Conclusion : Duit jimat! Kulit sihat! love it


lendir di ambil dan dilumurkan pada rambut,muka,parut & sebagainya.


whoaaa..lihat hasil nya.kulit muka mnjd sgt mulus :)

No comments: