Saturday, June 11, 2011

surat buat ayahanda

Assalamualaikum^^


Kolej Perhentian A,        
UiTM Kampus Dungun,
Sura Hujung, 23000,
Dungun, Terengganu.

Kepada ayahandaku tersayang,

abbah.. apa khabarmu di sana? anakanda di sini alhamdulillah sihat walafiat. alarm note dalam handphone anaknada berbunyi dengan merdunya tepat jam pukul 12 malam tadi menunjukkan hari ini genap abbah berusia 52 tahu. alhamdulillah.. selamat hari lahir abbah. maafkan anakanda kerana tidak dapat pulang ke tanah air ..(bajet study oversea jap) ..dan pula..tidak dapat bersama untuk menyambut hari lahir abbah. sedih kepiluan di dalam hati ini.OHH.maafkan anakanda..kerana tiada hadiah yang ekslusif untuk di beli.harap abbah faham.. duit ptptn hanyalah cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan anakanda di sini (hehe).

tapi abbah..walaupun anakandamu tidak membeli apa-apa hadiah yang mahal..tapi..sebenarnya..anakanda sentiasa menyediakan hadiah yang paling istimewa buat abbah.. setiap pagi,petang dan malam anakanda tidak jemu untuk mendoakan kesejahteraan abbah.anakanda mendoakan supaya abbah panjang umur dalam keimanan.dimurahkan rezeki yang berkat.dipanjangkan umur untuk terus berbuat kebaikan.dipermudahkan segala urusan.amiin~ juga..setiap kali selepas menunaikan solat.seutus al-fatihah anakanda sedekahkan kepada abbah.kerana anakanda yakin..doa memang mempunyai kekuatan dan kemanisannya sendiri."sesungguhnya ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM MAHA TAHU
SETIAP NADA DALAM HATI DAN FIKIRAN MAHUPUN UCAPAN.."

TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat abbah..anakanda tahu jerih payah dan susahnya abbah membesarkan kami anak beranak.tapi..abbah seorang yang cekal lagi tabah.anakanda kagum dengan abbah.terima kasih abbah.anakanda berjanji akan menjadi insan yang baik di muka bumi ini.menjadi anak solehah dan menjaga nama baik keluarga. anakkanda tidak pinta untuk menjadi hebat yang menjadi perbualan orang atau darjat yang kaya semewahnya. anakanda hanya berharap semoga abbah juga mendoakan untuk anakanda. doa darimu yang kupinta..ya abbah~

terasa sayu abbah,.. anakanda tidak mampu untuk meneruskan sisipan surat ini, kerana air mutiara yang bertakuk sudah berjurai dengan benjirnya di atas keyboard laptop pemberian abbah 3 tahun setengah yang lalu nii.sekian sampai di sini sahaja abbah..kirim salam sayang kepada semua dan anakanda sertakan peluk kuat-kuat dan ciuman buat kelurga serta hero-hero poojaan hati makcu ;yusuf.rifqi.rayyan <3 MISSYOU~




LOTS OF LOVE,
marliyana_mohd_khandani 

2 comments:

HaNa Hani said...

wah..hepi beday to ur dad
xpe...doa anak tuh lagi bagus kan
^_^

Ihsan Arifin said...

hmmm dop buwi hadiah tacing abah nok >,<