Sunday, January 23, 2011

aku BENCI kau seumur hidupku..

Assalammualaikum.. selamat hari jumaat

Aku nak sangat dia. Nak sangat! Kalau dia ada,lengkaplah bagi aku dan berasa keyakinan. Tiap2 masa aku terhegeh hegeh cari dia. Tapi dia? Kenapa? Selalu pergi selepas sudah menyelami diriku.. ??? aku memang tak faham.. orang lain bersusah payah nak buang dia. Tapi aku? ..tetap mahukan dia.. aku masih buntu. Tak tahu mana satu nak pilih. Aigoo..*(keluh orang korea) uhm.. pada permulaannya begitulah Yana yang nak sangat sangat mengumpul lemak di badan supaya mendapat badan ideal yang diidamkannya. Penat aku makan..sampai ada kawan aku sorang ni ckp aku macam tong sampah. Terima apa sahaja makan *kecuali seafood! Hehehe :D

maintain jelah kan..harap2 cam gini la sampai beranak 7. heh2. amin dulu :)

hahahaha..


alhamdulillah.. sebelum terlambat..Akhirnya.. aku berjaya mencari ini.

Perlu tahu! ***the readers ,keep reading :D


HAIRAN betul tengok Yana. Dia makan banyak tapi badannya kecil,keding dan kurus. ''Kadang-kadang tengok dia makan tak berhenti. Mulutnya asyik mengunyah namun berat badannya tak pernah berganjak,'' kata Nadiah kepada saya.
Nadiah berasa hairan kerana setelah tiga bulan mengamalkan diet yang ketat dia masih belum mampu menurunkan berat badannya. Sedangkan sahabatnya Yana yang makan banyak tidak pula menjadi gemuk.

-----------------THE END ***watak hanyalah secara #random. 10Q-----------------

Jelaslah bagi kita bahawa faktor makan bukannya sebab yang tepat mengapa seseorang menjadi gemuk. Seseorang menjadi gemuk disebabkan tubuhnya tidak mampu menukar makanan kepada tenaga untuk digunakan. Sebaliknya makanan disimpan menjadi lemak. Orang yang mengalami masalah ini tentu akan berasa letih dan kekurangan tenaga. Apabila dia makan lebih banyak untuk meningkatkan tenaganya, makanan tersebut terus menjadi lemak pada badan dan dia akan bertambah gemuk.

1.Adakah berat badan satu masalah bagi anda?
2.Adakah anda sedang mencari-cari panduan yang berkesan untuk menurunkan berat badan?
3.Adakah anda sering mencuba untuk kurus tetapi gagal?
4.Adakah anda berasa kecewa apabila doktor dan para pakar tidak mampu membantu anda menurunkan berat badan?

Hakikatnya, anda tidak perlu berbelanja mahal untuk kurus. Anda hanya memerlukan pengetahuan yang baik mengenai jenis makanan yang mampu meningkatkan kadar metabolik dan senaman yang berkesan untuk mencapai berat badan idaman anda.

Bila enzim dan hormon pembakar lemak tidak ada dalam badan kita, sudah tentu badan tidak mampu membakar lemak. Akibatnya berat badan tidak berganjak meskipun berpuasa dan berdiet dengan bersungguh-sungguh. Jadi diet dan kaedah meningkatkan enzim dan hormon badan perlulah seiring.

PERSEDIAAN MENTAL UNTUK KURUS.
1) Sudahkah anda memikir dengan teliti mengapa anda mahu mengurang berat badan? Keazaman dan kekuatan minda sangat perlu kerana tanpa keazaman yang kukuh anda tidak mungkin mampu menghadapi cabaran yang hebat sewaktu menjalani proses menurunkan berat badan.
2) Adakah anda ingin mengurangkan berat badan untuk diri sendiri atau untuk orang lain? Mereka yang mahu kurus atas desakan naluri sendiri lebih berjaya pada amnya.
3) Adakah anda bersedia untuk memberi tumpuan dan kesungguhan menukar tabiat, jenis makanan dan aktiviti anda bagi menjayakan rancangan pengurangan berat badan?
Jawapan ya kepada soalan-soalan di atas memberi erti anda bersedia untuk memasuki era baru dalam hidup anda. Semestinya hadiah yang menunggu anda sangat besar ertinya dalam kehidupan anda dan keluarga.

MAKANAN YANG PERLU DALAM DIET.
Banyak kalori boleh dikurangkan dengan mengelak makanan berlemak dan bergula. Kalau membeli makanan pilihlah makanan yang labelnya menunjukkan kandungan kalori atau kandungan gula yang rendah. Makan daging merah, daging ayam dan ikan. Makan makanan yang kandungan gula sedikit. Perlu diingat jus buahan juga mengandungi gula yang tinggi. Minuman beralkohol mengandungi kalori yang tinggi.

Makanan yang berkanji dan jenis tenusu patut ada dalam diet harian kerana ia membantu badan kita mendapat zat dan vitamin untuk keperluan kesihatan. Kita juga perlu mengambil bahan dan bijirin sayuran tiap-tiap hari. Dadih, susu kurang lemak, keju dan apa-apa makanan yang mengandungi susu rendah lemak. Kaum wanita perlu mengambil kalsium untuk mengelak reput tulang.

KAUNSELING PIL DIET.
Pil diet boleh menyebabkan tekanan darah meningkat ke paras bahaya. Janganlah sekali-kali ambil pil diet tanpa preskripsi doktor kerana tidak berbaloi untuk mendedahkan diri kepada bahaya semata-mata kerana ingin badan yang cantik.
Saya tidak bersetuju dengan pil diet kerana ia hanya boleh menurunkan berat badan buat sementara sahaja.

*Jalan utama mengurangkan berat badan adalah mengurangkan pengambilan kalori dan mengambil hanya makanan yang mempunyai glycemic indeks rendah serta bersenam.
Inilah jalan utama untuk membakar kalori dalam badan. Ia cara yang penting untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang dikehendaki. SELAMAT MENCUBA.. aja aja!

Pada hari cuti2 ini. Maklumlah,di terengganu ..jumaat &sabtu public holidays.yehee :D kami pon memeriahkan hari cuti dengan melalukan perkara berfaedah, iaitu bersenam. bagus bukan? :)

Jom ikut kami .. *PROSES MEMBAKAR LEMAK!
Masa : 7pagi - 10pagi
Tempat : Taman Tasik Tanjung Sura ( belakang UiTM Dungun,Trgganu)


berlariii.. 1,2,4 round (ehh..3 pon tak sampai kan?) haha

main turun naik bangku( konon bagi lutut,muscle kuat gitu)


sit up. ko pgg aku,aku pgg kau pulak :P

liyot.nadyot.nenot..
mereka semangat jog..

..
..
tapi aku?
..

mengarut jerk.haha
okay.sambung balik..

apa nii? gelak2 je..



sorry..sorry ..&8*%^$#@$%^&*(*!~~ ouh. nak menari sorry2 by Suju rupa2nya :P

okayh.penat dah... jum jalan2 kat tempat ni sebelum balik..


tasik yang nyaman..


nak balik kl. kami rindu .. syg our family * sedih la plak :(

pulang..marilah pulang. nak dekat dah.sebelah kanan ni uitm.belah kiri pantai..

dah sampai..
okay. bye bye <3

*L E M A K! ..aku BENCI kau seumur hidupku..
itulah yang sebenarnya.

NEXT UPDATE ..
gathering at the beach?
coming soon ok :D

1 comment:

aYuchun_aktfW said...

aku ingat an sape lah kw benci~~~~ kekeke ;p