Saturday, January 29, 2011

tips penjagaan mata.

Assalammualaikum

amboii.. seronok semua orang dok makan buah limau mandarin sambil goyang kaki kan. kesempatan cuti chinese new year ni jangan la dok happy sangat.

kesihatan jaga taw. *ceh..caring jugak aku nii. haha. ha.. kepada semua yang dok selalu mengadap lappy, pc tu. meyh luangkan masa.


SIHAT.MATA.CANTIK.






Tips @ cara yang perlu anda lakukan semasa penggunaan lappy @ PC.

1.Pilihlah monitor yang berbentuk LCD/plasma sebab monitor ini dipercaya lebih baik daripada monitor model lama.

2.Jagalah jarak mata anda dengan monitor komputer. Jarak paling ideal antara mata dan monitor adalah 30 cm.

3.Adjust monitor sejajar dengan mata, jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi. Adjust sehingga kita rasa selesa dengan posisi antara kepala (mata) dan monitor.

4.Adjust warna pada monitor sehingga sedap dipandang mata, tidak terlalu terang sebab ini menyebabkan mata menjadi silau. Juga jangan terlalu gelap sbb akan menyebabkan mata bekerja terlalu keras sehingga membuat mata menjadi cepat kering.

5.Adjust screen refresh rate menjadi 75 htz.. Caranya : jika anda pakai windows XP klik kanan pada desktop-properties-setting-advanced-monitor-lihat kolum screen refresh rate, atur menjadi 75 htz.

6.Boleh gunakan cermin mata khas utk pengguna komputer (works like computer filters)

7.Perhatikan cahaya di sekitar ruangan tempat menggunakan komputer. Usahakan ruangan yg cukup cahaya. Elakkan menggunakan komputer di ruangan yang gelap (tidak cukup cahaya).

8.Selalulah kedipkan mata, sbb dengan mengedipkannya, mata akan merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata yang berfungsi membuat mata menjadi lembab. Jika perlu, mata yang kering dititiskan ubat (eyemo?) untuk membuatkan mata selalu dalam keadaan lembab.

9.Setelah penggunaan komputer dalam jangka waktu yang lama, istirahatkan mata minima 15 minit. Jenguk2 mata ke tempat lain (daripada monitor) untuk menyegarkan mata. Usahakan untuk melihat objek yang berwarna hijau seperti daun/pokok. Menurut para pengkaji, warna hijau mampu membuat mata kembali segar.

10.Perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin A (sayuran hijau) atau yg mengandungi beta-carotine (from veggie/fruits yg berwarna kuning) krn bagus utk mata. . Sila rujuk doktor mata jika terdapat gangguan pada mata.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A W A S.. Ramai yang tidak tahu ini >>>

1. Elakkan dari minum air 2 jam sebelum tidur.Ini kerana minum air dengan banyak sebelum tidur akan mengakibatkan kulit pada bahagian bawah mata bengkak dan sembab.

2. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggal betul-betul, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman, atau dipenuhi dengan bintik-bintik halus.

3. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi, dan ia boleh mengakibatkan 'oil seed' sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, 'witch hazel', dan pro vitamin B5.

4. Elakkan mata memakai kanta lekap lebih dari 12 jam kerana ia meletihkan mata.


..actually, banyak lagi cara. just entry ini aku focus on ketika mengadap lappy & pc. tahu jelah zaman moden teknologi sekarang. everything kita buat mesti on the screen right? so macam penjagaan mata ketika tonton tv, baca buku, banyak lagi lah tuu jangan pandang remeh je. once in a while kita wajib menjaga permata yang kita ada ini. ingat! jaga lah dengan sebaiknya mata yang kita pinjam ini. kang mane tahu. Dia boleh tarik anytime je. before the end..

*jagalah pandangan mata & tengok benda baik2 je tau :D




ok bye. peace dulu :D