Thursday, January 27, 2011

yana & her bed stories..

kelakar habislaaa lala lalalaa
__________________________________

Assalamualaikum

tadi baru je selamat meninggalkan dungun dan dengan cerianya telah pulang ke kl.
*penat dalam seronok
hari2 aku terisi dan penuh dengan aktiviti bersama kawan2 yang sengal macam aku
*seronok tapi penat
walau apa pun,
sebelum korang nak tidur ni kan..

meyh aku hidangkan dengan beberapa cerita.

.........................................................................................
skodeng

Tiga orang askar menjalani latihan di sebuah perkampungan asli di daerah Pahang. Selesai menjalani latihan mereka melalui sebatang sungai.

Sedang mereka melalui sungai itu, mereka ternampak seorang gadis asli sedang mandi tanpa seurat benang pun. Apalagi askar tersebut mengambil kesempatan untukSKODENGgadis tersebut.
menyedari diskodeng gadis itu pun naik ke tebing sungai.

Apa yang peliknya ialah gadis itu tidak menutup badannya tetapi menutup mukanya sahaja dengan kain batik.

Pelik dengan kejadian itu seorang askar menghampiri gadis tersebut dan bertanya:”mengapa awak menutup muka tetapi tidak menutup badan?”
Jawab gadis itu dengan selambanyer: “yang lain semua seghupa tapi muka je lain2″

Ketiga2 askar itu semakin pelik . :D haha

______________________________________________

terkangkang-kangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

_____________________________________

janda hilang pedoman

salmah seorg janda yang mempunyai ank perempuan tunggal bersusia 6 tahun, sejak kematian suaminya,kehidupanya tidak terurus, makan minum pakai tidak menentu sehingga anak ppuannya tidak berbaju adakalanya.

Sedang seronok anaknya bermain pasir ,(mcm biasa x pakai pape). Kebetulan, lalu Usop seorg duda kaya dikampung itu, kerana terkejut melihat anak salmah..

Usop: oi budak mana baju??ei.. malu…mak mana? Nah2.. RM 20. Soh mak beli baju tau!!

Anak salmah pulang dan mencrita segalanya sambil mghulur wang RM 20, salmah sgguh terkejut dan seronok..(xpasal2 dapat RM 20).. Salmah: hurmm kalo aku xpakai pape, mesti dapat RM200..hehe(suke)..

Waktu yg dituggu, salmah menuggu usop lalu,dirinya sudah pun tidak berseurat benang pun dgn harapan usop akan memberinya wang yg banyak..5 minit pastu usop pun lalu..Usop: fuyo!! Mana baju kamu? Nampak #%$% kamu tu..ow x sanggup aku,..dirimu begitu x terurus..dgn nada sedih + geram melihat salmah yg xpkai pape tu.. lalu usop,, nah! RM 0.20.. Salamah: eh 20 sen je??

Usop: cukuplah ,beli pisau cukur!!


_________________________________

panggilan sayang untuk isteri

Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

___________________________________

yang paling berharga

Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja.

"Saya sama sekali tidak mencurinya, Yang Arif " kata si pemuda itu membela diri.

"Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat terpaksa saya mengambil motornya. "

________________________________________
tersalah rendam

seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

Pemuda : Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.

Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.

Pemuda : Bagaimana caranya tok ?

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya, tok bomoh juga berada dirumahnya. Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut. Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih. Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh : Kenapa cepat sangat..?

Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?

Pemuda : Sudah tok. Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh.

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?

Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok..

_______________________________________

asmara orang pencen

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"


............................................................


silakan gelak kalau kelakar ^_^
semoga terhibur

goodnight. ZzzzZz

*aku happy kalau semua orang happy :D


1 comment:

niesz said...

hahahaha...ley plak terberak dlm suar...busuk!

updated entry : sendiri punya sendiri jaga