Thursday, August 15, 2013

SENARAI KESYUKURAN


Assalamualaikum^^



OK.tak nak merepek banyak. Mari kita mulakan.. Bismillah....

  1. Saya bersyukur dilahirkan dalam Islam.
  2. Saya bersyukur ada mak abah.
  3. Saya bersyukur ada orang sayang saya.
  4. Saya bersyukur ada orang yang nasihatkan saya.
  5. Saya bersyukur masih hidup supaya untuk terus beribadah kpd ALLAH.
  6. Saya bersyukur mempunyai tubuh badan yang sihat.
  7. Saya bersyukur abah hadiahkan handphone.
  8. Saya bersyukur makanan sudah tersedia tiap kali sarapan. makan tengah hari. makan malam.
  9. Saya bersyukur dapat masuk Uitm Dungun dan saya sedar banyak perubahan dalam diri saya
  10. Saya bersyukur ada kawan yang ambik tahu pasal saya
  11. Saya bersyukur rezeki dari ALLAH tak pernah putus untuk hambaNya
  12. Saya bersyukur dulu saya aktif dalam olahraga.badan beruniform membuatkan saya tak lembik dan pandai berdikari.
  13. Saya bersyukur mak abah tak pernah kongkong hidup saya
  14. Saya bersyukur dalam kelas bila menyalin tak perlu nak kehadapan. (tajam penglihatan)
  15. Saya bersyukur saiz senang cari kalau cari baju ke seluar ke hapa (perlu lagi merungut kuruskah
  16. Saya bersyukur kulit muka tak kisah tonyoh apa pun. Kulit tak bermasalah.
  17. Saya bersyukur saya suka makan sayur.ulam dan segala yang vegetarian.
  18. Saya bersyukur mempunyai metabolism yang tinggi. (berak hari2 wehh!)
  19. Saya bersyukur tidak anti sosial.
  20. Saya bersyukur ada udara untuk saya terus bernafas.
  21. Saya bersyukur umur masih panjang.
  22. Saya bersyukur boleh makan nasi lemak pepagi dan pilih apa yang suka.
  23. Saya bersyukur semua keperluan ada.
  24. Saya bersyukur Mesia aman damai.boleh solat kat mana2 je
  25. Saya bersyukur Allah bagi ujian kat saya
  26. Saya bersyukur ada bekalan air bersih.
  27. Saya bersyukur boleh makan banyak2 dan tak yah risau badan gemuk.
  28. Saya bersyukur tak ada lemak berlebihan so tak perlu ke london weight management.
  29. Saya bersyukur badan saya yang susah nak gemuk ni.
  30. Saya bersyukur tak perlu nak mengangkut air.air paip tersedia dah.
  31. Saya bersyukur sekarang semua ada di hujung jari. online je.tengok2 baju sampai depan rumah.
  32. Saya bersyukur mempunyai keluarga aman, bahagia sentosa.
  33. Saya bersyukur saya tak makan seafood. bukan takut gemuk.tapi seafood buat aku nak muntah!!
  34. Saya bersyukur dilahirkan dengan cukup sifat.
  35. Saya bersyukur gigi saya berlapis.so, rasa macam mahu rendah diri je selalu & jauhkan dari sifat riak/takbur dengan kecantikan yang ALLAH bagi. alhamdulillah pinjaman ALLAH.
  36. Saya bersyukur saya tak tinggi sangat tak pendek sangat.
  37. Saya bersyukur saya suka minum susu.kesiannnn toi tengok orang xboleh minum susu.sedappp gile!
  38. Saya bersyukur mak abah dan adik beradik saudara mara sahabat handai saya masih sihat.
  39. Saya bersyukur atas ikatan yang terjalin antara saya dan orang lain.mohon salah silap saya di maafkan.
  40. Saya bersyukur melihat orang lain gembira.saya tumpang sekaki
  41. Saya bersyukur kedudukan Malaysia terletak di tempat strategik, pelbagai culture dan makanan best best belaka.
  42. Saya bersyukur saya dah berjaya setelkan Diploma.
  43. Saya bersyukur ikan di laut tak pernah habis.
  44. Saya bersyukur ada siang dan malam. sungguh besar ciptaanMU YA ALLAH
  45. Saya bersyukur ada orang nak baca entry ni. terima kasih daun keladi.baca la lagi..
  46. Saya bersyukur saya tidak terjebak dengan lembah atau kancah yang negatif. mudah-mudahan *jauhkanlah aku dari kegelapan keraguan dan perkara yang keji dan mungkar.
  47. Saya bersyukur masih berada di atas muka bumi yang nyata.
  48. Saya bersyukur dikelilingi dengan orang2 yang happening.
  49. Saya bersyukur akan keseronokan dan kemanisan iman yang saya kecapi.moga istiqamah yana!
  50. Saya bersyukur saya berjaya menyenaraikan semua kesyukuran yang tiada had ini.
  51. Saya bersyukur ALHAMDULILLAH.....
  52. Saya bersyukur ni dapat taip panjang2 sambil bau kari ayam mak yang sedap fuhlamak lapar gila


Andai kata salah satu nikmat ini ditarik..janganlahhh bersedih kerana ada banyak lagi nikmat yang kita kecapi saat ini, hari ni. kalau engkau bersedih, yakinlah..ALLAH ITU MAHA MELIHAT, MENDENGAR AKAN DOA HAMBA2NYA...BERDOALAH... BERSYUKURLAH!!!

NIKMAT APA LAGI YANG KAU DUSTAKAN????????????


 




sila rujuk kesyukuran yang bernombor 35. wakwkkakkwkakkakahalahlahkahkahkah.. 
berani mati betoi pengakuan macam ni.. takpeee.. imperfection is unique (:sedapkan hati) hmmmmmm..tak kesah kalau orang tak terima. yang penting dengan ALLAH bukan dengan manusia..



CARA-CARA BERSYUKUR :

  • Syukur dengan hati, iaitu kepuasan batin atas anugerah. (sujud syukur)
  • Syukur dengan lidah, dengan mengakui anugerah dan memuji pemberinya.(ucaplah ALHAMDULILLAH)
  • Syukur dengan perbuatan, dengan memanfaatkan anugerah yang diperoleh sesuai dengan tujuan penganugerahannya. ( menggunakan nikmat tersebut ke jalan yang diredhai Allah)








sesungguhnya ALLAH berfirman :
“Jika kamu bersyukur pasti akan Kutambah (nikmat-Ku) untukmu, dan bila kamu kufur, maka sesungguhnya siksa-Ku amat pedih” (QS. Ibrahim [14]: 7).


alhamdulillah
haaa.. kari ayam mak siap da.hihikk. mari kita makannn ^_^



No comments: