Saturday, February 08, 2014

RESEPI: TOMYAM AYAM MENANGIS !!!





Assalamualaikum^^



 
Aku tujukan resepi ni khas buat students yang duduk rumah sewa,(baik ngko masak boleh berjimat), kepada suri rumah separuh masa (yang busy terkejar-kejar nak siapkan kerja dan melayan anak berderet itu) dan tak lupa juga buat anda yang sukakan menu yang mudah semudah pejam mata sahaja.

ok tipu pejam mata hek ko. Baiklah, sebelum korang menangis akan resepi yang sesenang ini, mari aku perkenalkan akan bahan2 yang diperlukan....



(Untuk 4 orang makan)
BAHAN-BAHAN:
  • bahagian ayam yang dipotong kecik2 (3-4 ketul ayam)
  • bawang putih 4 ulas (diracik halus)
  • bawang besar 1 biji (dipotong bulat/ panjang/ terpulang)
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 biji limau nipis (diperah airnya)
  • 2 biji tomato (potong 8/10/ikut suka hati)
  • carrot, baby corn, cauliflower (potong cantik2, kemas2)
  • 2 kiub tomyam Knorr (kantoi guna kiub,kahkahkah!!!!)
  • cili api 13 batang (7 btg tumbuk, 6 lagi buat cili potong) nak menangis lagi boleh tambah bagi berapi
  • minyak masak 2 sudu
  • Garam
  • Gula



CARA-CARA:

1. Tumis bawang putih hingga kecoklatan dan naik bau

2. Masukkan ayam dan kacau
 Tips: Tutup periuk sebentar supaya jus ayamnya keluar(ni resepi yg aku google cakap camtu,ahak ahak)

3. Masukkan air, setengah periuk ke, nak lebih ke..ikut selera tekak, perut, limpa, hempedu, hati memasing

4. Masukkan bawang besar, daun limau purut serai, 2 kiub tomyam, kesemua cili api, kesemua sayur kecuali tomato dan garam serta gula secukup rasa dan sebanyak kasih sayang yang mungkin

5. Bila dah nak mendidih baru masukkan tomato dan perahan air limau

6. siap! dimakan bersama nasi panas2 dan telur dadar gebusssssssssssssss. perghh.perghh

7. Makan dan bersedia untuk menangis!!!!!!



Kena menangis jugak tauuuu..sebab resepi ni senang nak mamp, sedap gilaaa sampai lap hingus kat kain batik mak dan barulah tomyam namanya bila pedassssss berapi kalau tersedak lagi sodap fuh fuh.. SEKIAN!

9 comments:

Hanis Nizam said...

tomyam ni yg paling best kalau ada carrot and bawang. tengok pun da teliur tu. eeeeeeeee

Unknown said...

wah! mcm sedap je..nak!

tom yam ayam menangis?haha..
menangis sbb pedas sgt ke..?hehe..=)

Siti Hajar said...

Tau dah kenapa boleh nangis. Letak cili padi 13 batangg tu....

Hajar baru je lepas makan tomyam. Guna kiub tomyam jugak. Hehe. Mudah. Maklumlah, masih pelajar yang tinggal di hostel.

budakvanilla said...

sedapnye. .blh buat jgk nie. .haha :D

Zie Has said...

perghh 13 batang cili.. gerenti menangis.. nampak sedap je tengok gambar tu, rupanya berapi yer ;)

mselim3 said...

Assalammualaikum...marliyana,

selamat menjamu selera..

mselim3

Unknown said...

Oh wow, from the tutorial it does seems like simple to prepare it.. kalau cuba tak tahu la susah mcm mana nanti haha
13 Cili Api? Awesome xD

shamyheart said...

Sha suka tom yam jugak. suka sangat.

Farah said...

Saya pun masak tomyam pakai kiub. Tak tahu nak buat dari scratch macam mana.