Friday, February 07, 2014

TIPS : Ketahui Jenis Kulit Muka Anda





Assalamualaikum^^


oh sebenarnya kan...kalau dulu-dulu time sekolah asal cikgu tanya pasal topik hangat iaitu CITA-CITA dalam kelas, selama 3 tahun berturut-turut aku pertahankan untuk berada dalam bidang kecantikan. Ala..kan kena isi 3 tempat kosong tu kan..apa kau dah lupa? hahaha. tahu apa aku isi...
"Pakar Kecantikan, Pakar Kosmetik, Beauty Consultant"

lepas dah gigi senget benget okay persetankan jelah cita-cita kau tuhh (bisik syaitan masa sekolah rendah dulu) wkahkakwakwhakh  ingat soalan cliche tu dalam zaman universiti dah tak ada. sekali ada jugak. haruslaaaa aku kata nak jadi BUSINESSWOMAN BEKERJAYA & BERKALIBER since aku pursuing/majoring in business kan.. takpa, jual produk kecantikan mungkin..nampaknya akan bersaing sengit dengan Kak Ton nanti.  kehkehkeh



okay tak kelakar aku dah lari topik jap..Baiklah tanpa membuang masa..berdirinya saya di sini untuk berkongsi serba sedikit tentang face skin type ni:



*** Terdapat 4 jenis kulit muka yang ada:

1. Kulit kering
2. Kulit normal
3. Combination Skin (kering+berminyak)
4. Kulit berminyak


                         1                                    2                                     3                               4


KULIT KERING

Cara: dengan menggunakan oil control film, bila wipes pada kulit memang tak de kesan minyak. Tapi, kulit muka akan rasa tight dan mungkin akan rasa sedikit kemerahan atau irritation.
Masalah ini sering dihadapi khususnya ketika cuaca dingin/panas di mana udara menjadi kering. Udara kering menyebabkan kelembapan kulit menghilang.
  • hampir tiada kelihatan pores
  • kelihatan ttidak bermaya
  • ada kemerahan pada kulit
  • kurang anjal
  • visible line jelas kelihatan dan banyak


KULIT NORMAL

Normal skin adalah paling bagus antara semua jenis kulit. Senang cerita paling kurang bermasalah. Ianya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Ianya kelihatan sihat, bersih dan segar. Walaupun dengan minimum care, tapi kesihatan kulit itu dapat dilihat. 
  • hampir tiada masalah kulit
  • tiada alahan atau sensitif pada apa-apa persekitaran
  • liang pori yang kecil dan hampir tidak kelihatan


 KULIT KOMBINASI (KERING+BERMINYAK)

Combination skin berlaku apabila dua jenis kulit bertemu iaitu Dry & Oily. Typically ia terjadi apabila sebahagian part berkulit kering dan sebahagian lagi iaitu the center part atau T-Zone (dahi + hidung + dagu) berminyak. Untuk combination skin ni, mereka memerlukan dua jenis produk yang berbeza untuk mengawal kedua-dua masalah tadi. 
  • liang pori yang kelihatan
  • blackhead, acne di bahagian T-Zone
  • fine lines yang jelas 
  • redness patch pada muka


 KULIT BERMINYAK

Cara: dengan mengunakan oil control film, terdapat kesan tompok dan berminyak. Kebiasaannya, minyak yang berlebihan boleh didapati pada beberapa bahagian muka seperti hidung, dahi dan pipi (T-Zone). Jenis kulit berminyak merupakan jenis kulit yang paling bermasalah kerana ia boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat mahupun jeragat. 
  • kulit kelihatan sangat greasy dan shiny 
  • liang pori kelihatan besar
  • mempunyai blackhead, jerawat dan active acne


 last but not least,

KULIT SENSITIF

Kulit sensitive adalah kulit yang sangat kering. Kadang-kadang masalah kulit sensitive ini boleh berlaku akibat reaction daripada ketidak sesuaian produk yang kita gunakan. Kulit sensitive ni memerlukan penjagaan yang rapi dan bukan senang dalam pemilihan produk penjagaan kulit. Biasanya mereka yang mengalami masalah kulit sensitif, merasa tindak balas jika tidak sesuai dalam masa yang sangat cepat berbanding jenis kulit yang lain.

  • kemerahan pada pipi
  • fragile type of skin
  • mudah meninggalkan parut sekiranya ada masalah
  • cepat rasa pedih jika kandungan pH pada produk berasid

Could I please point out that “sensitive” is not a skin type! Its a skin condition. Anybody is prone to sensitive skin, just because you have had reactions in the past does not mean you will continue to have “sensitive skin.” Yes some skin types are more delicate and prone to reaction than others (mens for example tends to react much easier) but they will still fall into one of these other categories. - See more at: http://www.daisygreenmagazine.co.uk/beauty/features-beauty/skin-analysis-part-2/#sthash.gb0B3vbu.dpuf

Could I please point out that “sensitive” is not a skin type! Its a skin condition. Anybody is prone to sensitive skin, just because you have had reactions in the past does not mean you will continue to have “sensitive skin.” Yes some skin types are more delicate and prone to reaction than others (mens for example tends to react much easier) but they will still fall into one of these other categories. - See more at: http://www.daisygreenmagazine.co.uk/beauty/features-beauty/skin-analysis-part-2/#sthash.gb0B3vbu.dpuf
could I please point out that sensitive is not a skin type but it is a skin condition. ANYBODY is prone to sensitive skin just because you have had reactions in the past does not mean you will continue to have sensitive skin. Yes some skin types are more delicate and prone reaction than others.

SO, WHICH ONE IS YOURS?
THANK YOU! :)


5 comments:

Tie HT said...

akak kan kulit kering ada minyak sikit tu..
:)

Farah said...

Saya punya kulit ni dah macam campuran. Dekat Malaysia macam oily. Dekat Canada macam kering ._.

Unknown said...

saya?sy pun xsure .. haha . hope for normal skin..hehe..=)

Unknown said...

kulit combination la...

shamyheart said...

sha mempunyai kulit berminyak.