Thursday, October 20, 2011

63 PETUA BAHAGIA



untuk apa harta tinggi menggunung tapi hati resah gelisah..
untuk apa muka cantik tapi perwatakannya berlagak lagi sombong..
untuk apa belajar pandai2 sehingga merangkul anugerah dekan setiap sem,tapi kedekut ilmu..
untuk apa lagi???
sekiranya hidup tak tenang..
 (susunan ayat tak berapa indah..harap terima)


Assalamualaikum semuaaaa^^
 
EHEMMM....tadi..aku calling2 dengan datuk..:D
adalah borak-borak..nak ajak datuk gi mengeTEH..tahu2 jelahh..orang busykan..
so, borak punye borak..
NAHHHHH..Datuk Dr Fadzilah Kamsah bagi petua..
harapannya..semoga kita sama-sama praktikkannya :)



1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t


ENTAHHH..bagi aku..susah jugak..
tapi takper.. kita cuba sikit2 :)



"Jadikanlah diri anda orang yang mencontohkan kegembiraan
Jadikan diri anda orang yang memenangkan kehidupan
Memberi semangat bagi yang berputus asa
Menjadi penerang dalam kegelapan
Menjadi pemerhati dan penolong bagi penderitaan orang lain
Orang yang beruntung adalah orang yang memberi manfaat dalam kehidupan"



18 comments:

Just Mini Love said...

insyaALLAH.. ;)

anamizu said...

insyaallah boleh :)


luv,
cik ana

ainul.zmrs said...

praktis slow slow jom.hehe,jom buang masa buat ni:)

http://nurulainulfarhain.blogspot.com/2011/10/bloggers-challenge-aka-pencetus-idea.html

fae jamal said...

gud tips! ;)

NER said...

Tips ni sgt bagus terutama point no. 28. Ramai yang terlalu sayangkan pasangn smpi sanggup menjadi hamba kepada pasangan walaupun ianya sgt membahayakan diri sendiri dan anak.

Marliyana Mk said...

ieyza : sama2 lah kite :)

Marliyana Mk said...

ieyza : sama2 lah kite :)

Marliyana Mk said...

anamizu : yeeee..takde apa yag xboleh..mesti bpleh :D

Marliyana Mk said...

naf : slow2 ni babe..

ooowhh..challenge uh mcm best.. :P

Marliyana Mk said...

fae : thank you :)

Marliyana Mk said...

ekmi : yeee..setuju jugak tuuu..
sgt setuju..:)

harap2 dijauhkan laaa erk

emy|farid said...

prektis smpai skg, kna msj mnta maaf wpun x buat salah. *we never knows. n slalu ckp i love u.

Tie HT said...

thanks 4 sharing :)

Green Apple said...

kena amalkan dari awal... kalau dah lewat.. macam susah sikitttt :D

Marliyana Mk said...

emy : ye btol tuu :)

Marliyana Mk said...

tihara : welcome dear :D

Marliyana Mk said...

green apple : smuanya mmg susah.. juz based kita jugak lah..nak atau tak.. :)

Umie Nadhirah said...

pasti bahagia kalo amalkan :)