Saturday, January 25, 2014

CARA-CARA : PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN

 

Assalamualaikum^^


semenjak aku dah tamat pengajian dalam diploma dulu, PTPTN apo laie... secara pantasnya PTPTN memulakan operasi menuntut hutang dengan menyebarkan surat cinta ke rumah aku siap WARNING since aku adalah peminjam wang untuk pengajian berjumlah
RM 15,000. dengan menerima wang pendahuluan 3 tahun lalu menjadikan jumlah aku patut bayar menjadi RM 16, 500! WAHHHH!!! terkejut mak hencikkkkk dapat surat warning suruh bayar seperti dalam perjanjian kami, setiap bulan aku kena bayar RM 137.50 selama 120 BULAN

haa.mampossssssssss ahkak! aku meneruskan pengajian ke peringkat ijazah oleh yang demikian, mano eden ade pitih nak bayar woiiiii..jadi mari kita memohon untuk membuat penangguhan bayaran......sebelum anda nak memohon, prosedur pertama yang perlu anda ikuti ialah menyemak criteria-criteria untuk mengetahui anda ni layakkkkk ke nak mohon buat penangguhan..





PROSEDUR PERMOHONAN



FIRST STEP

  • Syarat - Syarat Permohonan Layak Dipertimbangkan:
1. Pembiayaan Ujrah;
2. Penerima biaya yang telah menamatkan pengajian dan menyambung semula pengajian secara
sepenuh masa;
3.Penerima biaya yang mengikuti pengajian secara kursus berkembar iaitu kursus yang diikuti secara 2+1 atau 2+2 atau seumpamanya yang memerlukan penerima biaya menyambung pengajian ke luar negara secara sepenuh masa untuk menyelesaikan pengajian;
4. Penerima biaya yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksimum yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pembiayaan pendidikan.
5. Penerima biaya yang berstatus gagal/ berhenti/batal, penangguhan hanya dibenarkan bagi penerima biaya yang meneruskan pengajian secara sepenuh masa sahaja.
6. Penerima biaya yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan, penangguhan boleh dipertimbangkan setelah membayar kos guaman.
7. Penerima biaya yang mempunyai pertindihan penajaan, penangguhan boleh dipertimbangkan
setelah membayar amaun bertindih.
8. Penerima biaya yang melanjutkan pengajian ke luar negara
secara sepenuh masa;
9. Penerima biaya yang mengikuti kursus PhD atau setaraf secara sepenuh masa;
10. Pinjaman Konvensional yang telah membuat pertukaran kepada pembiayaan Ujrah boleh dipertimbangkan penangguhan bayaran balik.
  • Syarat - Syarat Permohonan Tidak Layak Dipertimbangkan:
1. Pinjaman Konvensional;
2. Penerima biaya yang melanjutkan pengajian secara separuh masa (contohnya PJJ, program Eksekutif atau setaraf);
3. Penerima biaya yang mengambil cuti belajar dengan bergaji penuh atau bergaji separuh
atau cuti tanpa gaji atas urusan peribadi;
4. Penerima biaya tidak bekerja dan tempoh bayaran balik asal telah melebihi 24 bulan;
5. Penerima biaya telah bekerja



SECOND STEP




  • Sekiranya anda tidak layak..maaf, sila bayar hutang anda ya..





THIRD STEP


  • Dokumen - Dokumen Yang Diperlukan:
1. Borang permohonan penangguhan boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN
www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2; dan
2. Salinan surat tawaran pengajian terkini; dan / atau
3. Surat pengesahan jangkaan tarikh tamat pengajian terkini daripada IPT sekiranya dalam surat tawaran tiada tempoh pengajian; dan/atau
4.  Surat pengesahan majikan bagi penerima biaya yang mengambil cuti belajar dengan bergaji
penuh atau bergaji separuh atau cuti tanpa gaji atas urusan peribadi; Jika penerima biaya masih belum bekerja dan tiada pendapatan:
5. Surat pengesahan tidak bekerja dari pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional/
penyata KWSP terkini; atau Jika penerima biaya menambahan tempoh pengajian:
6. Surat pengesahan jangkaan tarikh tamat pengajian terbaru daripada IPT ; dan/atau Jika penerima biaya mendapat penaja lain:
7. Salinan surat tawaran penaja baru sekiranya menerima penaja lain



 FOURTH STEP

SILA HANTAR BORANG YANG LENGAKAP SERTA DOKUMEN2 YANG DI PERLUKAN KE ALAMAT BERIKUT: TEKAN DI SINI / CLICK HERE / DIREKTORI / CAWANGAN PEJABAT PTPTN NEGERI:





 *Jadi, anda tidak perlulah menyusahkan diri ke pejabat / kaunter PTPTN (seperti yang dialami oleh penulis blog ini pergi UTC lagi tuuuuuu)  padahal prosedurnya hanya di hujung jari anda sahaja..


SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PEMINJAM DAN 
SELAMAT MEMBAYAR HUTANG (ucapan untuk diri sendiri juga):



12 comments:

Tie HT said...

moga dimudahkan segala urusan

Marliyana Mk said...

terima kasih :)

Fara Azliani said...

kena hantar pos dekat ptptn cawangan k ? bukan dekat HQ ? sori bertanya. kuikui

Marliyana Mk said...

yanie : kat cawangan pun bolehhh yanggggggg...kt mana yg dekat dgn alamat rumah

Anonymous said...

akak... saya kena terminate dari uitm.... patu x kerja.. terus sambung unikl.. nak kena ada borang ape ekk?? pm 0177219875

Unknown said...

salam awak.. kalau download borang tu and dh sediakan semua dokumen yg diperlukan tu. just hantar dekat mana2 cawangan ja kan?

Marliyana Mk said...

elmeen ehmeen sorry.
yang tu better awak deal dgn pegawai ptptn :)

Marliyana Mk said...

wslam nur syahirah,

yes yes.. betul tu :)

Unknown said...

assalamualaikum,mcmmana klu xbekerja ea?sori xberapa nak paham la.. mana nak dapat Surat pengesahan tidak bekerja dari pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional/
penyata KWSP terkini tu?

Unknown said...

Salam, saya berhenti sebab sakit , then boleh mintak penangguhan tak? Bulan 7 ni sy nak smbung sijil di kolej komuniti. Mcm mne ek?

Unknown said...

salam nk tanya...penanguhan byaran balik tu boleh buat dlm permohonan online ke??k terima kasih.....

aina said...

salam nak tanya, hantar post je pun bleh ke?