Thursday, January 30, 2014

RESEPI : Cheesekut tanpa bakar (CHEESE BISCUIT CAKE)


Assalamualaikum^^




Hai kita berjumpa lagi dalam segmen humban sajaaaa dia  ke dalam peti ais.. macam biasa lerrrrr...
tak perlu susah-susah nak bakar! tak perlu tepung! no bake! no oven! tup tuppppp terus boleh jadi cake.
ni dah cukup malas punya resepi..kalau malas nak buat jugak, terbukti tahap kemalasan anda boleh berada di zon kritikal kat Hospital Columbia Asia. eh.


Ya. Mari berkenalan dengan bahan-bahan untuk membuat cheese biscuit cake ini.. Saya percaya bahan-bahan ni mudah di dapati di dapur anda sendiri serta di kedai runcit berhampiran. Anda perlukan :

INGREDIENTS | BAHAN-BAHAN
(can fit cake/baking tin square 6" inch)
  • 250g cream cheese (RM 6.99 beli di aeon with 20g extra. YAY!)
  • setengah tin susu pekat manis
  • susu low fat/ full cream/ fresh milk (either one)
  • Hup Seng Deluxe Crackers (1 pack RM 4.39 )
  • Nestum (RM 3.95)


 HOW TO | CARA-CARA



 1. Beat cream cheese along with susu pekat manis till creamy texture

2. Celup biskut ke dalam susu segar (jangan lembik sangat, agak2 soggy dah) biskut acah acah mandi susu ini bertujuan untuk lembut apabila di makan

(nasib tak berapa baik dapat biskut hangus hitam kelentung) apaaaa ni hup seng warna biskut tak seperti dalam gambar.. tak putih..perlukan aura white mungkin...

3. Celetkan cream cheese dan susu pekat manis yang dah pukul tadi ke kemudian taburkan nestum ke atas biskut yang dah mandi susu tuuuu

4. Sila ulang step 2 dan 3 sampai kehabisan biskut dan cream cheese

5. Biarkan cake anda rest in peace ke dalam peti ais/ chiller selama 4 jam atau semalaman







selamat mencuba! :)


7 comments:

Tie HT said...

nampak mudah tapi
nak kna cari cream kat
supermart dulu..

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

sedapnyer, lapar tgk :(

han said...

sedapnyee :D

Fatin Najwa said...

Woww! Memang habis senang dh resepi mcm nie. can't wait to try ! hehe , thanks for the sharing sis :D

Jom visit :-
http://theilusi.blogspot.com/

Inani Hazwani said...

nak try lah resipi humnaq humbann ni.haha :D

shamyheart said...

wah, ini best.
dan pasti sedap. terliur.
kbye. hehe~

Unknown said...

Wah.. sedapnya..
terima kasih share resepi