Monday, April 25, 2011

I syggg U,..sumpah tak cari lain lah Dato'


Assalammulaikum ^^



HEE :) seronok gila batak kan ada sugar daddy, nak apa semua dapat. lagi-lagi kalau poket dia berkepuk-kepuk berharumkan bau duit tuu.wauuuu syiookkk habis. eh! jangan lah jealous! kalau kau nak, pandai2 lah pancing sendiri.umpan bukannya mahal. pakai taik gigi pun lepas.*eh,yeke? entah. haha..

okaayyy.. aku sebenarnya.. nak mengucapkan bukan ratusan mahupun ribuan tapi jutaan dan berbillion-billion TERIMA KASIH sayang yang tidak terhingga kepada Dato'.. ehem.ehem.batuk-batuk la plak.nasib baik tak terbersin, kang nak kesat hingus malu jea.hehe. ok!  terima kasih kepada Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah. isshh, jangan tahu nak bersangka buruk dengan orang.mintak jauh la sugardaddy ni.aku tak hingin pun!!!
*kan dah ada cik tayunk.eceeh,  ^,~  huhu

sebab... masa aku boring-boring tahap zon kritikal, aku dok terjah2 la.sekali aku jumpa benda nii. bestnyaaaa.tips-tips ni adalah "pemangkin semangat untukku terus belajar & terus belajar seterusnya menjadikanku remaja berwawasan yang menjadi tunjang dan tonggak kepada negara terbilang yang merdeka semenjak tahun 1957 sekali gus melahirkan generasi yang mengamalkan norma-norma murni lagi suci sejajar dengan wawasan 2020 negara Malaysia". naahhh. amek kau! karangan A+. haha.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 

Sila amati, fahami, teliti, amal, praktik secara istiqamah ye.. semoga kita menjadi insan yang cemerlang agar hidup tidak lagi dibelenggu dengan gelombang & gejala serta budaya yang tidak sihat.

  1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
  2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat. 
  3. Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi. 
  4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan. 
  5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa. 
  6. Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif. 
  7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita. 
  8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita. 
  9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya. 
  10. Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan. 
  11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa. 
  12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
  13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif. 
  14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan. 
  15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali. 
  16. Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya.
  17. Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya. 
  18. Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu. 
  19. Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu. 
  20. Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.
  21. Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.
  22. Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.
  23. Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang. 
  24. Jadikan diri anda sebagai besi berani; yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda.
  25. Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda. 
  26. Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah. 
  27. Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah. 
  28. Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan. 
  29. Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda. 
  30. Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya. 
  31. Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan
  32. akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia.
  33. Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi. 
  34. Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung. 
  35. Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah. 
  36. Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang. 
  37. Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu. 
  38. Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat. 
  39. Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya. 
  40. Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar. 
  41. Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri. 
  42. Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental. 
  43. Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.
  44. Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca. 
  45. Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar. 
  46. Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu. 
  47. Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.
  48. Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda. 
  49. Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.
  50. Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira. 
  51. Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.
  52. Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang.
  53. Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang. 
  54. Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki. 
  55. Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif. 
  56. Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif. 
  57. Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga.
  58. Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat. 
  59. Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.
  60. Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini. 
  61. Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan. 
  62. Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.

hiasan semata-mata




* Petikan dari buku : Tips Pelajar Cemerlang
Oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah



ok bubye ^,~ mekaceeh sudi bace. eh! tak nak like ke?


No comments: