Wednesday, May 18, 2011

"jangan tarik nyawa ayahku lagi"

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..




apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah cerita sebenar yang berlaku semalam 17/5/2011,




aku..masih lagi tiada dalam mood untuk BERhuha..huhuaa.HAH? huha?huha? (bersuka ria) semalam.. ayah aku demam selama 2 hari dah akibat terkena hujan ketika pulang dari kerja pada hari isnin lalu.. biasa laa..ingat demam biasa-biasa sahaja.. 


TIBA-TIBA..ketika aku sedang mandi pada waktu lewat maghrib semalam..KEDEGANGGGGG.. kedengaran pintu tandas dihempas kuat.. suasana kecoh meratapi..pantas..aku meluru keluar..YA ALLAH... ASTAGFIRULLAH AL AZIM.. abahh...abahh.. aku melihat mak dan abang aku memapah ayahku.. YE..ayah aku jatuh terduduk di dalam tandas.. aku takut..tatkala itu aku melihat keadaan ayahku macam ???..ayahku bagaikan lumpuh..sepasang matanya meliar melihat ke atas..mukanya hitam kepucatan.. pelikkk..selalu putih,,ni gelap je.. 


CEPAT-CEPAT..aku solat maghrib dan terus membaca yaasiin untuk hadiahkan kepada ayahku..doaku tidak putus.. "YA ALLAH...jangan tarik nyawa ayahku lagi Ya Allah..aku merayu dan meminta pertolongan-Mu Ya Allah..ayahku..masih banyak lagi tugas yang belum dibuat.hutang pun masih ada. yaaa..hutang haji..teringin sekali aku melihat ayahku mengerjakan haji.." 


selesai solat..kedengaran pula suara-suara kecoh diruang tamu.. siapa pula datang???abang-abangkuh yang lain dah sampai agaknya..bisik hatikuh.. ISHHH.. BUKAN! rupa-rupanya kelibat pokcik-pokcik..orang surau datang menjenguk ayahku yang sedang terbaring tidak sedarkan diri.terima kasih.. ramai jiran prihatin yang datang jenguk. lalu.. setelah abang-abangku yang lain sudah sampai.. kami memutuskan untuk membawa ayahku ke hospital dengan segera.. 


AHHH.. KECOH..KECOH.. pekikan bunyian ambulance sudah kedengaran di bawah bukit rumah.. ramai pula jiran-jiran datang..ada sahaja yang dari saga 6,7 dan 8.. ayahku terus dibawa ke hospital ampang dan dimasukkan ke dalam ICU  ..OH! jelas sekali..doktor memberitahu bahawa..ayahku..


paras gula dalam badan abah melambung tinggi tahap maksima..penyakit kencing manis keturunan menyerang ayahku.. ayahku di beri rawatan..masuk air..ALHAMDULILLAH..selepas lebih kurang 3 jam..kondisi abah stabil..dan dibenarkan pulang.. alhamdulillah~ TERIMA KASIH yang prihatin yang sudi melawat..


=
=


DOA KETIKA DITIMPA MUSIBAH..


banyakkan mengucap
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ  inna lillahi wa inna ilaihi raji’un..


dan berdoa : Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa.


(Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya)."Niscaya Allah akan memberinya pahala karena musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik." (HR. Muslim 3/37-38).

.
.
.


Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”



*mekaceeh sudi bace

6 comments:

S.N.R said...

sabar tau yana. doa banyak-banyak. :)

Marliyana Mk said...

yea..yeaa.. mekaseehh kak ngahhh

[[syidin]] said...

"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali." =)

Marliyana Mk said...

yesss..syidin.. betul tuu

Kak Ezza said...

alhamdulillah..
nasib baik x apa apa..

Marliyana Mk said...

thanks ezza..tulaa..nasib baik semuanya dah ok