Monday, May 16, 2011

rasa diri ini tidak berguna !!!



Assalamualaikum



hari ini.. tatkala waktu suram begini..aku banyak memikir.. dan terus memikir.termenung jauh juga lah..tapi... akhirnya..memakan diri.kenapa? yaa.. rasa diri ini sangat tidak berguna.mula lah.. tertekan tahap maksima.. korang dapat rasakah? aura yang terbelenggu di ingatan aku ni. aura sedih ..aku betul-betul sedih :(




OH! ceritanya berbunyi begini :


seperti biasalah.. selepas 3 hari tak jumpa izam (cik tayunk kuh) ..pukul 3 petang tadi dah bertemu janji mahu beronggeng bersama.. lepas touch up muka, siap segala bagai..aku pun tunggu izam. tapi.. "lingg..kereta bateri low lah" .. mesej yang aku dapat ketika aku sedang rakus menunggu dia.. "okaylah..tunggu jap..ling datang amik".. WALAAHH.. last-last aku kebas kereta manual abang aku pi ambil dia. ok! lalu..aku terus drive sampai WW ..aihh..tak kan tak tahu? wangsa walk ahh. HAHA.. EH! mana ada selalu..ni kali ke-2 aku jejak kaki masa cuti semester break ni tau..




"HISHHH...aku fedup betul lah !!! " aku mula marah.. naik angin tahap gila babing. mana tak nya..masa nak sampai WW... ada la beberapa bukit.. traffic light pula acik nak merah menyala je.. kereta aku acik-acik mati enjin..3 kali pula tuh.ADUUHHH! nilaa.. ni la dia sebab dia aku malas nak bawa kereta..aku kurang yakin..auto lainlah cerita!




pernah..hari itu mak aku.."yana..jomlah gi rumah nenek.." ADOIIII "maakkk..bawak tu boleh..parking tu.tak berani laa" thats the problem..tak berani tulaa alasan aku.. "ahh..tak guna kau ada lesen..tak boleh nak bawa kereta!" aku memang tersentap dengan ayat pedas mak aku tuh.. Izam pun sama..dia kata..naik gila naik kereta dengan aku.. OHH..fatin syafika? time aku bawa kau..ada rasa gila tak??? aku harap tak laa..:(




tahu tak.. masa aku drive tuu..PERGHHH... izam kat sebelah aku ni.. tahu kerja nak complaint je.. "eh..ling..tekan minyak..ling.. tu laa..ling ..ni laaa" ISHH.. naik bernanah telinga aku.. teruk sangat ke aku memandu hah? sedih..sedih.. mak aku pun sama..tak berani nak naik dengan aku.. HUHH..tak faham lah. 




memang.. masa aku bawa kereta ..agaklah menggelabah jee..walaupun dah banyak kali aku bawak.. seriously..aku sebenarnya.. terikut dengan penyakit arwah atuk aku (al-fatihah).. penyakit warisan keturunan atuk dan mak aku.. AHH..mak aku pun lebih kurang..ada lesen,tapi penakut nak bawa kereta.. cepat kecut perut..aku dan mak aku samalah 2x5.. pelik..kenapa lah aku tak macam abang-abang dan ayah aku.. bawa kereta macam pelesit..




tadi.. masa balik dari WW..oh..hujan pula..entah apa masalah..mungkin air-cond tak sejuk.macam haba je lebih..cermin kereta jadi kabur..berkuap camtu lah..EEE..tak nampak apa-apa langsung. izam lah yang bawa sampai depan rumah dia.. dah tuu..dia tak bagi aku drive..sanggup! .dia suruh Hafiz (adik izam) follow belakang..then.. hantar aku sampai rumah.. 




AKU TAK NAK, aku tak nak laaa!!! tapi.. dia tak bagi juga aku drive.. dia risau.. terharu? memang lah..tapi..aku tak nak menyusahkan dia.. adik dia.. tak pasal-pasal susahkan diri sebab aku..rasa memang aku tak berguna..aku malu dengan mama.abah & keluarga dia.. ISHH.. segan rasa..

+
+
+


mood : ingin bertapa di gurun sahara.. 






***mekaceeh sudi bace ^^

No comments: